Saturday, August 25, 2012

KAKITANGAN AWAM MELAYU DAH KENA BUANG...???

Belumpun DAP memerintah Malaysia, dah ada kakitangan awam Melayu yang dah di buang...kalaulah DAp dapat perintah Malaysia...????

Dakwaan ramai kakitangan Melayu diberhentikan kerja oleh kerajaan DAP Pulau Pinang ditimbulkan seorang wanita yang merupakan pekerja di sebuah jabatan kerajaan di negeri itu kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sesi dialog di majlis Rumah Terbuka Bersama Perantau anjuran Pas kelmarin. Wanita yang enggan dikenali itu juga mempersoalkan kerjasama Pas dan DAP dalam konteks menjaga hak orang Melayu di jabatan kerajaan di bawah pentadbiran parti yang diketuai Lim Guan Eng.



CEUPACS dah kena kencing dengan kerajaan DAP !

on Thursday, August 23, 2012 by Pejuang Bangsa
 - No Comments



Tindakan memberhentikan ramai kakitangan awam Melayu di Pulau Pinang mungkin ada kaitan dengan hasrat pembangkang untuk mengurangkan 30 peratus jumlah golongan tersebut di negara ini. Sehubungan itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman yang kesal dengan perkembangan terbaru tersebut menasihatkan kakitangan awam agar bijak membuat pilihan pada pilihan raya umum akan datang bagi memastikan nasib mereka terbela.

 "Jika benar dakwaan kerajaan DAP Pulau Pinang telah membuang ramai pekerja (kakitangan awam) Melayu dalam pentadbirannya, maka hasrat pembangkang mengurangkan 30 peratus kakitangan awam mungkin menjadi kenyataan.

 "Tindakan itu langsung tidak boleh diterima dan ia merupakan satu penghinaan kepada kakitangan awam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.




 Dakwaan ramai kakitangan Melayu diberhentikan kerja oleh kerajaan DAP Pulau Pinang ditimbulkan seorang wanita yang merupakan pekerja di sebuah jabatan kerajaan di negeri itu kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sesi dialog di majlis Rumah Terbuka Bersama Perantau anjuran Pas kelmarin. Wanita yang enggan dikenali itu juga mempersoalkan kerjasama Pas dan DAP dalam konteks menjaga hak orang Melayu di jabatan kerajaan di bawah pentadbiran parti yang diketuai Lim Guan Eng.

 Sebelum ini, Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan DAP akan mengurangkan kakitangan awam dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak efisien jika parti itu memerintah. Abdul Hadi ketika menjawab soalan itu bagaimanapun dilihat seolah-olah menyokong tindakan diambil oleh rakan sekutunya apabila menyatakan tindakan tersebut adalah perkara biasa kepada setiap parti yang memerintah

sumber

No comments:

Post a Comment