Bila Minyak Turun, Ekonomi Terus Baik Mulalah Datang Cerita Merepek Dari Pembangkang
Tengah orang sibuk hendak pulang bercuti di kampung, pembangkang pula sibuk mencipta cerita merepek untuk dihasut dalam kepala rakyat. Masa cuti adalah masa yang paling banyak cerita karut disebar. Mahu cerita itu dibincang dan dijadikan topik masa berbual bersama keluarga di kampung.
Topik yang akan dibincang dalam kereta semasa jalan “jammed”, di meja makan dan ketika mengupas buah limau waktu perayaan Tahun Baru Cina ini. Namun bila minyak turun 10 sen, orang yang bawa stereng kereta sudah rasa malas hendak layan cerita cerita karut begini. Apa yang penting, tangki sudah penuh.
Mahathir kata KDNK negara baik tetapi rakyat tidak dapat faedah. Hari ini lihatlah sendiri bila harga minyak turun 10 sen, ringgit makin kukuh kepada RM3.92 berbanding dollar. Kalau tukar sejuta Rupiah sudah dibawah RM300. Ramai yang ke Jakarta, Bali dan Bandung berlibur kerana duit Malaysia sudah mahal. Bibik pun balik kampung raya Cina ini.
Ini nikmat yang rakyat dapat bila keadaan ekonomi negara makin baik. Nikmat yang rakyat bawah semuanya dapat. Semalam, data Bank Negara Malaysia mengeluarkan statistik menunjukkan pertumbuhan KDNK negara tumbuh pada kadar 5.9% pada tahun 2017. Kadar KDKNK yang lebih baik berbanding 4.2% pada 2016.
Bank Negara juga turut membuat penilaian prestai ringgit mengukuh 10.4% sepanjang tahun 2017 berbanding dollar. Malah menurut Standard Chartered Bank, ringgit adalah mata wang terbaik di Asia sepanjang tahun lepas. Pengukuhan ringgit dan pencapaian baik KDNK ini adalah hasil dasar ekonomi yang betul yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib dan kerajaan Barisan Nasional.
Menurut laporan dari Kementerian Kesihatan, setiap tahun sejumlah 1,500 doktor yang berkhidmat di luar negara mahu pulang dan berkhidmat di Malaysia. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Ramai pulang kerana yakin potensi kerja dan kedudukan ekonomi semasa negara.
Rezeki di negara ini dikongsi oleh semua golongan masyarakat.’Di Malaysia ini, kita bukan sahaja berkongsi kekayaan secara adil kepada semua kaum tetapi juga berkongsi politik seperti yang diamalkan Barisan Nasional dan kongsi sambut perayaan’ kata Datuk Seri Najib semalam di Pekan.
Pembangkang masih dalam huru hara. Agih kerusi pun masih tidak betul lagi. Mereka masih lagi gagal selesaikan kemelut dalaman parti mereka. Mereka tidak “repair’ masalah mereka sendiri. Jahatnya, mereka cuba rosakkan pula pemikiran rakyat supaya jadi tidak betul dan huru hara macam mereka.
Dua hari lepas, pengasas Malaysiakini dan Ratu Naga buat cerita kononnya bila KWSP di Petaling Jaya terbakar, maka duit simpanan turut sama terbakar. Ini satu cerita karut sama sekali. Setelah Rafizi masuk penjara kerana memfitnah, ada pula orang yang hendak ganti peranan Rafizi ini membuat fitnah.
Tidak cukup dengan itu, sejak semalam seronok sangat pembangkang reka cerita kononnya Malaysia ini sudah hilang maruah bila ada orang Israel masuk Malaysia. Ini kali pertama diplomat Israel masuk Malaysia, tulis Malaysiakini. Sebenarnya Malaysiakini ‘spin” cerita.
Ayman Rasydan Wong membetulkan cerita ‘spin’ Malaysiakini itu, ini fakta yang sebenarnya ;
“Diplomat UN ni memiliki pasport diplomatik yang dikenali seagai “Laissez Passer” (bermaksud “Let him pass” dalam Bahasa Perancis). Menurut Konvensyen Kekebalan dan Keistimewaan Pegawai-Pegawai UN ("Convention on the Privileges and Immunities of the United Nations") yang dipersetujui oleh Malaysia, kerajaan tak boleh menghalang kemasukan pegawai UN, dan perkara yang sama termaktub dalam Akta Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) Tahun 1992”
David Roet datang sebagai diplomat UN, pakai passport UN bukan passport Israel seperti yang didakwa oleh Malaysiakini. Ramai penyokong bunga yang baru kenal Mahathir melompat sakan semalam tentang cerita ini.
Apa yang mereka tidak tahu adalah sejarah ini. Orang Malaysia yang pertama kali pergi ke Israel sejak Malaysia merdeka pada 1957 adalah Tunku ”Charlie”, rakan bisnes Mahathir pada bulan Jun 1994. Passport Malaysia larang masuk Isreal, tetapi kenapa rakan bisnes Mahathir itu boleh masuk?
Kedua, orang Israel yang paling ramai masuk Malaysia adalah pada 24 Mac hingga 13 April 1997. Seramai 14 orang pemain kriket dari Israel berada 20 hari di Malaysia untuk kejohanan Piala Carlsberg International Cricket Cup. Pasukan Israel ini kalah semua lima perlawanan.
Masa itu bukan main lagi Mahfuz dan Din Pudu buat demonstrasi hingga ditangkap Mahathir masuk lokap kerana kes 14 orang pemain kriket Israel. Hari ini, Mahfuz dan Din Pudu ada buat demo bila David Roet masuk ke Malaysia untuk program United Nations sebagai diplomat UN? Tiada.
Sumber yang Malaysiakini ambil dan petik untuk dijadikan isu ini pun dari Times Of Israel, surat khabar dari Israel. Samalah ketika Datuk Seri Najib terserempak dengan Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel di PBB pada 1 Oktober 2015. Pembangkang ‘spin’ kononnya ada hubungan mesra antara Najib dan Netanyahu.
Gambar itu pun pembangkang ambil dari sumber wartawan Israel, kemudian “spin” cerita hendak bagi rakyat Malaysia marah. Sebenarnya, Datuk Seri Najib hanya terserempak sahaja dengan Netanyahu. Sebelum itu, seluruh dunia tahu isi dan ketegasan Datuk Seri Najib tentang isu Palestin.
Jangan dilupakan, pada tahun 2013, Najib adalah Perdana Menteri Malaysia yang pertama jejak kaki ke Palestin. Pada 2016, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) telah meluluskan resolusi menentang penempatan haram Israel di Palestin dan ia adalah hasil suara Malaysia bersama tiga lagi negara iaitu New Zealand, Senegal dan Venezuela.
Oleh itu, cerita David Roet masuk Malaysia ini dijadikan isu untuk tutup kelemahan dan pergaduhan rebut kerusi dalam pembangkang. Untuk tutup cerita orang kanan Guan Eng yang disoal berbelas jam oleh SPRM tentang isu terowong.
Usah percayalah cerita persepsi pembangkang ini. Mereka tidak ada kebaikan lagi untuk diceritakan, setiap hari kena reka cerita palsu ini bagi burukkan Datuk Seri Najib dan kerajaan Barisan Nasional. Di musim cuti ini, mari kita kongsi banyak banyak cerita kegembiraan dan kejayaan negara kita. Tolak jauh jauh berita palsu ini.
Tulisan :
Beruang Biru
BB782, Khamis
15 Februari 2018
#KamiGengNajibRazak
No comments:
Post a Comment