Bila Ringgit Sudah Kukuh, Mulalah Serangan Jahat Pembangkang Dari Luar Negara
Ingatkan ada cerita baru, rupanya cerita lama. Bila tengok balik sumber yang bercakap dalam dokumentari BBC yang ditayangkan pada Selasa lepas itu adalah orang yang sama. Orang yang sudah kalah saman iaitu Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.
Orang yang sama, “recycle” balik cerita lama. Cuma dulu mereka guna Sarawak Report, guna Wall Street Journal, tetapi kali ini guna BBC pula. Tukar platform sahaja, masih pusing cerita “recycle” yang sama. Suka sangat pembangkang ini dengan benda benda “recycle” ini, calon Perdana Menteri pun mereka hendak “recycle”.
Perkara yang disebut dalam dokumenteri BBC itu sudah diperjelaskan berulang kali. Pembangkang di Malaysia memang suka ulang ulang pembohongan. Ulang cerita bohong banyak kali menggunakan strategi Joseph Goebbels, Menteri Propaganda Hitler
“If you tell a lie big enough and keep repeating it, people will eventually come to believe it” kata Joseph Goebbels.
Oleh itu, rakyat Malaysia jangan mudah sangat percaya dan terpedaya dengan cerita bohong ini. Lebih karut bila sumber yang dipetik oleh BBC itu sendiri sudah terbukti bukanlah sumber yang boleh dipercayai lagi.
Clare Brown sudah tidak ada kredibiliti lagi untuk bercakap soal berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Clare Brown telah terbukti memfitnah di mahkamah. Dia sudah diperintah membayar denda sejumlah RM83,700 kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana memfitnah Presiden PAS itu.
Editor Sarawak Report itu dalam kenyataan pembelaannya memetik nama pemimpin BERSIH, S Ambiga sebagai sumber yang memberitahunya berkenaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya ada memberi wang RM90 juta kepada PAS. Sampai sekarang, Ambiga tidak jawab lagi dakwaan Clare itu dan terus berdiam diri.
Nampak sangatlah Clare Brown berbohong dan menipu. Begitu juga Ambiga, tidak menyahut pun apa yang disebut oleh Clare Brown. Rakyat Malaysia kena percaya apa yang disebut oleh Menteri Luar Arab Saudi berkaitan derma RM2.6 billion. Bukannya percaya cakap Clare Brown yang memetik sumber Ambiga.
14 April 2016, “Apa yang saya tahu, kes ini sudah ditutup,. “Kami juga maklum Peguam Negara Malaysia (Tan Sri Apandi Ali) telah meneliti secara terperinci perkara tersebut dan mendapati tidak ada sebarang salah laku.’’ kata Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir. Ianya adalah derma daripada Arab Saudi, tiada kaitan dengan 1MDB.
Semua serangan jahat pembangkang dari luar negara ini dibuat kerana dengki melihat kedudukan ringgit yang semakin kukuh. Serangan dibuat kerana dengki melihat pertumbuhan ekonomi negara terus kukuh. Serangan dibuat kerana dengki melihat layanan istimewa yang diberikan kerajaaan Arab Saudi terhadap Datuk Seri Najib semasa menunaikan umrah minggu lepas.
Datuk Seri Najib boleh masuk dalam Kaabah dan boleh masuk ke dalam makam Rasullullah SAW. Di media sosial, bukan main teruk lagi perangai penyokong pembangkang, menghamburkan kata kata nista terhadap ibadah yang dibuat Datuk Seri Najib. Bukan penyokong sahaja berperangai begitu, anak Mahathir pun turut sama berperangai buruk bila pertikai Datuk Seri Najib masuk dalam Kaabah.
Tidak cukup dengan itu, mereka bersekongkol pula dengan media asing untuk terus burukkan ekonomi negara. Syed Saddiq pernah dedahkan yang exco Armadanya mengakui ada wang RM5 juta yang dibayar oleh Daim dan Mahathir kepada media asing dan Yayasan Clinton untuk memburukkan Malaysia.
Apakah serangan terbaru dari BBC ini adalah sebahagian dana RM5 juta yang didedahkan oleh exco Syed Saddiq itu? Boleh jadi juga. Syed Saddiq pun masih enggan mengulas. Takut kena marah dengan Mahathir dan Daim bila sudah pecah pekung sendiri.
Bila nilai ringgit berbanding Dolar Amerika terus meningkat, runsinglah pembangkang. Bagi pembangkang, mereka terus “attack, attack dan attack” kerajaan Datuk Seri Najib dengan apa sahaja isu yang ada.
Itulah cara mereka, isu mereka tidak sedikit pun mereka jawab. Mereka sibuk ‘recyle” isu dan serang isu isu persepsi. Hendak bagi rakyat marah. Hendak bagi rakyat benci. Macam macam dibuat agar rakyat lupa apa sahaja kebaikan yang telah diberi oleh kerajaan Barisan Nasional. Inilah cara jahat pembangkang.
Rakyat jangan terpedaya dengan dakyah jahat pembangkang dari luar negara ini. Sebagai rakyat yang sayangkan negara, kita harus bangkit bersama sama pertahankan Malaysia ini daripada campur tangan pihak pemfitnah dari negara asing.
Tulisan :
Beruang Biru
BB747, Jumaat
19 Januari 2018
No comments:
Post a Comment