Kit Siang Pun Jadi Tak Tahu, Dulu Cakap Dalam Parlimen Rugi Hingga RM25 Billion
Pelik sungguh. Tiba tiba sahaja semua orang jadi "tidak tahu". Mula mula Nor Yackop, kemudian Anwar Ibrahim, Daim dan kemudian Mahathir. Penyakit "tidak tahu" ini berjangkit jangkit.
Memang "tidak tahu" atau memang berpakat untuk bagi jawapan sama iaitu "tidak tahu"?
Selain Mahathir, Anwar Ibrahim, Daim Zainuddin dan Nor Mohamed Yakcop, nama Lim Kit Siang turut menarik minat ramai ketika Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat mengenai kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) akibat urus niaga matawang asing (Forex) diadakan sebelum ini.
Ini kerana Kit Siang adalah pengkritik paling lantang terhadap Mahathir ketika Bank Negara Malaysia (BNM) mengalami kerugian berbilion ringgit sekitar awal 90-an lalu.
Malah Kit Siang yang menjadi ketua pembangkang pernah menyatakan bahawa kemungkinan Bank Negara mengalami kerugian antara RM 16.5 bilion ke RM25.6 bilion.
Perkara itu terkandung dalam penyata rasmi Parlimen pada tarikh 12 April 1994.
Ketika itu juga, Kit Siang telah mengulangi seruannya supaya Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat kerugian besar itu.
“Tugas pertama Suruhanjaya Siasatan DiRaja ialah memastikan sama ada kerugian tukaran wang asing Bank Negara sejak tahun 1992 boleh melebihi RM30 bilion.
“Tugas kedua Suruhanjaya Siasatan DiRaja ialah menentukan sama ada terdapat apa-apa kecurangan kewangan dan penyalahgunaan kuasa memandangkan penjelasan tentang kerugian besar tukaran wang asing yang tidak konsisten dan bercanggah, “so many loopholes”, begitu banyak masalah.
Adalah tidak masuk akal bagi Bank Negara menyalahkan kelewatan
serahan komputer yang “sophisticated”,’ kata Kit Siang dalam ucapan di Sidang Dewan Rakyat, pada 1994.
Kini sudah terbukti hilang lebih dari RM32 billion seperti yang dijangka Kit Siang. Ia juga angka yang sama dengan apa yang dulu Kit Siang pernah tulis dalam bukunya bertajuk "The Bank Negara RM30 Billion Forex Losses Scandal” yang ada 38 mukasurat. Ditulis Kit Siang pada tahun 1994.
Namun kini selepas RCI diadakan, Kit Siang tidak lagi bersemangat seperti tahun 90-an. Jika dulu, boleh dikatakan apabila giliran Menteri Kewangan menjawab soalan di Dewan Rakyat, Kit Siang tidak pernah melepaskan peluang untuk bertanyakan mengenai kerugian BNM akibat forex.
Tapi kini suara-suara Kit Siang tidak selantang dulu. Mungkin sebab beliau sudah bersama-sama dengan Mahathir yang selalu melaungkan "Melayu Mudah Lupa". Kini wabak mudah lupa ini turut berjangkit pada Kit Siang.
Sebelum ini, pada 4 April 2017, pemimpin De Facto Leader Pakatan Harapan, iaitu Lim Kit Siang telah dipanggil untuk memberi keterangan berkenaan kes penyelewengan wang FOREX di Kementerian Kewangan, Putrajaya.
Sidang panel seramai 7 orang yang diketuai oleh Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah menemubual Kit Siang dalam anggaran masa 30 minit sahaja. Hanya 30 minit sahaja Kit Siang cakap pasal forex, lebih pendek berbanding ceramah politik dan tulisan dalam bukunya mengenai forex.
Kit Siang pun sudah terjebak dengan wabak "tidak tahu" ini. Artikel artikel yang berkaitan forex yang terdapat dalam blognya, Roketkini dan Malaysiakini sudah pun dipadam. Pembangkang memang berpakat hendak buat "tidak tahu" tentang wang yang hilang RM32 billion ini.
Selepas dipanggil RCI Forex, Anwar dan Mahathir menjadi bahan sinis netizen apabila mereka menjawab "tidak tahu" mengenai kerugian besar yang dialami oleh Bank Negara akibat urus niaga Forex itu.
Apabila konspirasi "tidak tahu" ini telah dirancang, memang tidak mengejutkan apabila Kit Siang tiba tiba menjadi bodoh mengenai Skandal Forex. Kit Siang juga tidak datang memberikan sokongan kepada Anwar dan Mahathir ketika mereka memberikan keterangan.
Daripada seorang ahli politik yang bersungguh-sungguh memperjuangkan isu kerugian Bank Negara Malaysia akibat kerugian berpuluh bilion itu pada sekitar tahun 90-an hingga menerbitkan buku mengenainya, Kit Siang kini meragui pula RCI yang ditubuhkan itu.
Sedangkan RCI itulah ditubuhkan mengikut kehendak Kit Siang sendiri. Sepatutnya Kit Siang berasa gembira kerana cadangannya dipersetujui kerajaan tetapi lain pula yang berlaku.
Memang boleh diagak kenapa Kit Siang berkeadaan demikian. Ini kerana musuhnya dulu kini telah menjadi kawannya. Rakyat kena "tahu" bahawa pembangkang memang berkonspirasi untuk bercakap "tidak tahu" mengenai wang yang hilang RM32 billion ini.
Sah sekarang, memang RM32 billion sudah hilang. Di mana pergi semua wang itu? Masuk ke poket siapa? Siapa yang tiba tiba jadi billionair selepas tahun 1994? Ini yang rakyat kena cungkil dan ambil tahu. Lihatlah senarai Forbes Malaysia, siapa yang ada situ.
Tulisan :
Beruang Biru
BB588, Jumaat
22 September 2017
No comments:
Post a Comment