Seleweng 8 Billion Kena Penjara, Hilang RM32 Billion Cakap Tidak Tahu Sahaja
Semalam, bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra telah dihukum penjara selama 5 tahun oleh Mahkamah Tinggi Thailand kerana kesalahan menyeleweng subsidi beras yang dianggar bernilai 8 billion bath.
Yingluck sebelum itu menafikan semua dakwaan yang dibuat terhadapnya dan dilaporkan telah terbang ke Dubai. Itu kisah mengenai Yingluck, dia tidak cakap "tidak tahu" mengenai tuduhan yang dibuat terhadapnya.
Besar nilainya 8 billion bath itu. Kalau dikira dalam tukaran Ringgit Malaysia boleh jadi RM9.6 billion. Bermacam macam boleh dibuat dengan RM9.6 billion itu.
Di Malaysia, baru baru ini RCI Forex sudah mengesahkan bahawa wujud kerugian sampai RM32 billion akibat urusniaga mata wang oleh Bank Negara pada tahun 1990an.
Nilai yang rugi di Bank Negara ini jumlahnya adalah empat kali ganda jumlah yang dikatakan diseleweng oleh Yingluck di Thailand.
Bezanya, bila ditanya pada Perdana Menteri yang terbabit ketika hilang RM32 billion itu, dia kata dia "tidak tahu". Amat pelik "tidak tahu" bila dirujuk balik pengakuan Tajuddin Ramli di mahkamah pada tahun 2006.
6 Julai 2006, Tajuddin Ramli dedahkan di mahkamah, beliau diarah oleh Mahathir dan Daim untuk beli saham MAS yang dimiliki oleh Bank Negara Malaysia bagi membantu sebahagian kerugian urusniaga forex yang berjumlah RM32.5 bilion.
Kalau tengok kenyataan Tajuddin ini, bermakna Mahathir sudah tahu rugi yang teruk akibat skandal forex di Bank Negara.
Hari ini, Mahathir patut malu dengan kehilangan RM32 billion pada zamannya ini. Jika mengikut rekod di dunia, kerugian RM32 ini adalah rekod kehilangan paling besar di dunia.
Di Aracruz, Brazil pada tahun 2008, rugi sejumlah AS$2.43 billion. Pada tahun 1993 di Showa Shell Sekiyu, Jepun rugi sejumlah AS$2.14 billion. Di Khashima Oil, Jepun rugi sebanyak AS$2.09 billion pada tahun 1994.
Tahun 2008, di CITIC Pasific, China rugi sejumlah AS$1.82 billion dan di Bawag, Austria rugi sejumlah AS$1.56 billion pada tahun 2000.
Semua pemimpin di negara yang mengalami kerugian ini bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Mereka tidak kata "tidak tahu" dan saya tidak berada dalam bilik urusniaga itu.
Hari ini Mahathir hendak bercakap soal janji dan harapan baru untuk rakyat Sarawak. Mahathir sendiri pun tidak berani turun kempen masa PRK Tanjung Datu dan PRN Sarawak.
Kenapa takut turun masa itu? Kerana Mahathir tahu dia jarang melawat Sarawak pada zamannya. Selama 22 tahun berapa kali Mahathir datang ke Sarawak?
Bekas Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem pernah berkata pada tahun 2015 ;
"Perdana Menteri sekarang lebih banyak memajukan Sarawak berbanding Mahathir yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun"
Datuk Seri Najib telah membina Lebuhraya Pan Borneo dan meluluskan Petros untuk rakyat Sarawak. Jika tidak rugi RM32 billion dulu, sudah lama agaknya lebuhraya boleh dibina di Sarawak.
Negeri Sarawak sebenarnya jauh lebih hebat berbanding Pulau Pinang dan Selangor. Rizabnya sahaja berpuluh ganda lebih banyak dari dua negeri yang diperintah oleh PKR dan DAP itu.
Mahathir sendiri gagal menjawab dengan baik tentang kerugian RM32 billon ini. Hanya cakap "tidak tahu" bukanlah jawapan yang munasabah.
Malah jawapan itu juga tidak menjawab banyak persoalan persoalan yang pernah Kit Siang tulis dalam bukunya. Mahathir lebih bernasib baik berbanding Yingluck.
Kalau di negara lain, hilang sampai RM32 billion, entah bagaimanalah nasibnya. Itu pun masih hendak tuduh tiada demokrasi dan kebebasan dalam negara ini sekarang ini.
Kalaulah Mahathir yang masih Perdana Menteri, agaknya apa nasib orang yang hilangkan RM32 billion ini? Anda tahu apa nasibnya, tidak akan menikmati kebebasan seperti "Mr Tidak Tahu" sekarang ini.
Tulisan :
Beruang Biru
BB593, Khamis
29 September 2017
No comments:
Post a Comment