Wednesday, January 14, 2015

SESUNGGUHNYA AKU KAGUM DENGAN NEGARA YANG BERNAMA MALAYSIA NI...

Penduduk negara Palestine mendoakan rakyat Malaysia..Negara China beri bantuan peralatan dan sebagainya..terkini Thailand kerahkan tenteranya untuk bantu mangsa banjir di Kelantan. Semua ini memerlukan hubungan diplomatik yang luar biasa. Kalau Malaysia bukan negara yang luar biasa dari hubungan persahabatan tentu Malaysia tidak akan dapat simpati sebegini dari rakan-rakan negara sahabat!!!


PM Thai arah tentera bantu mangsa banjir di Kelantan


Perdana Menteri Thailand, Jen Prayuth Chan-ocha
PATTANI: Perdana Menteri Thailand, Jen Prayuth Chan-ocha, mengarahkan pasukan tentera di selatan negara berkenaan supaya membantu mangsa banjir di Kelantan.
Panglima Tentera Bahagian ke-4, Leftenan Jeneral Prakarn Chollayuth, berkata Prayuth juga mengarahkan semua badan kerajaan di selatan Thailand memberi bantuan kepada mangsa bencana itu secepat mungkin.
Prakarn berkata, Unit Keselamatan Dalam Negeri Bahagian ke-4 akan mula menerima barangan keperluan dan peralatan membina rumah serta membaiki kenderaan yang rosak bermula hari ini.
"Untuk permulaan, kami merancang membawa sumbangan ke tiga kawasan di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas dan Tanah Merah pada 17 dan 18 Januari," katanya pada sidang media di Kem Sirinthorn, Yarang, di sini hari ini.
Beliau berkata, pusat penyelaras bagi menerima sumbangan berkenaan ialah di Pejabat Gabenor wilayah Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkla.
"Bagi penduduk yang ingin menghulurkan bantuan boleh berurusan di Pejabat Gabenor di empat wilayah tersebut," katanya.
Bulan lepas, bencana banjir turut melanda selatan Thailand membabitkan wilayah Yala, Pattani dan Narathiwat.
- BERNAMA
SUMBER


No comments:

Post a Comment