Monday, January 13, 2014

TOLONG JANGAN GANDAKAN DOSA ANDA..!!!!

Tersalah langkah tak bermakna harus terus bersalaha selamanya..Ada peluang untuk kembali..jangan terus menerus melakukan dosa..kembali ke pangkal jalan dan bertaubat..ada yang sedia membantu...

KEPADA WANITA YANG SUDAH TERLANJUR DAN BERANAK TAPI TAK MAHU ANAKNYA!!!

Monday, January 13, 2014

Ada satu komen yang sepatutnya diberikan highlight memandangkan komen tersebut dibuat dalam posting yang sudah lama disiarkan dan barangkali sudah dilupakan....

Mungkin bagi sesetengah orang, mereka akan mencebik sepertimana mereka mencebik apabila Kerajaan Negeri Melaka suatu masa dahulu mewujudkan sekolah untuk remaja-remaja yang mengandung luar nikah. Bagaimanapun, demi memastikan nyawa dan 'Adam' yang Allah Taala anugerahkan kepada manusia, tidak disia-siakan, penulis dengan ini memohon agar penulis komen terbabit menghalalkan penulis menyalin-tampal dalam posting ini.

Assalamualaikum wrbt & Salam sejahtera kepada semua pembaca.
Saya hanya berkongsi maklumat.

Kepada para gadis/wanita di luar sana, jika tidak berkeinginkan anak yg sedang dikandung & bakal lahir ke dunia, tolong jangan buang/bunuh bayi-bayi yg tidak berdosa ini. Gunakanlah kemudahan yang disediakan, baby hatch (bayi selamat untuk ditinggalkan berseorangan), yg disediakan oleh NGO Orphancare yg terdapat di Selangor, Johor & Kelantan.

(1) Kampung Tunku, Petaling Jaya, Selangor

(2) Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor

(3) Jalan Padang Penjara, Pengkalan Chepa, Kota Bharu 


Nombor yang boleh dihubungi 03-7876 1900 (waktu pejabat) & 010-2830 528 (sebarang kecemasan selepas pukul 6pm).

**Anda juga boleh mendapat perlindungan sementara dari Orphancare. Segala perbelanjaan bersalin akan ditanggung oleh Orphancare/bakal ibubapa angkat.
 

No comments:

Post a Comment