Sunday, January 5, 2014

PERHATIAN : TOLONG BINA JEJANTAS DI HADAPAN SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI HASSAN ITAM, SIMPANG EMPAT

JKKKPKSS merayu kepada pihak berwajib agar segera membina jejantas di hadapan Sekolah Kebangsaan Haji Hassan Itam, Simpang Empat kerana sekali lagi jalan tersebut telah meragut nyawa pelajar sekolah rendah tersebut. Abang mangsa pula cegera parah. Jalanraya yang sibuk dan sempit ditambah lagi dengan pemandu yang memandu secara gila babi telah mendatangkan bahaya kepada pelajar-pelajar sekolah terbabit.

Diharap pihak berwajib segera memperbesar jalan dan membina jejantas kerana di samping murid sekolah Kebangsaa Haji Hassan Itam, terdapat sebuah lagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang terletak berhampiran ( sengaja JKKKPKSS menyebut sekolah Cina kerana selalunya bila disebut melibatkan sekolah cina, pelbagai pihak akan segera turun memberi bantuan dan pelbagai bantuan lagi...)

Sekian..jangan sampai ada murid  yang terkorban lagi ...harap maklum..!!!

Lori yang telah melanggar murid terbabit

No comments:

Post a Comment