Tuesday, January 30, 2018

NAK TIPU PENGUNDI BANDAR TUN RAZAK PULAK?

Selepas Kajang & Permatang Pauh, Giliran Orang Bandar Tun Razak Pula Kena Tipu

Khabar angin sudah tersebar bahawa Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan bertukar kawasan. Kali ini kerusi Parlimen Bandar Tun Razak pula menjadi sasarannya.

Kerusi berkenaan disandang oleh bekas Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim yang menang atas tiket PKR tetapi selepas dipecat, beliau kini adalah seorang Ahli Parlimen bebas.

Jika betullah laporan yang disiarkan oleh sebuah portal pembangkang, Suara Pakatan Harapan itu, maka habislah penduduk di Bandar Tun Razak.

Sudah dua penggal, Khalid Ibrahim menjadi wakil rakyat di parlimen Bandar Tun Razak, namun nilaikan sendirilah berapa kali 44,067 pengundi yang memilih PKR dalam PRU lepas nampak muka ahli parlimen mereka di kawasan? Jarang sama sekali.

Kali ini rakyat Bandar Tun Razak akan kena lagi. Seorang lagi calon import akan dicadangkan PKR di kerusi tersebut.

Calon import itu adalah Wan Azizah, yang kini adalah penyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang.

Sedangkan di dua kawasan berkenaan pun, banyak rungutan diterima daripada penduduk kerana beliau tidak turun padang. Malah ada yang menyesal kerana mengundi beliau.

Tahun lepas semasa Pulau Pinang dilanda banjir, penduduk di Permatang Pauh sudah merungut kerana Wan Azizah jarang menampakkan batang hidung di kawasan. Wan Azizah lambai tangan sahaja, ambil sahaja gambar semasa banjir lepas kemudian balik.

Begitu juga semasa Kajang dilanda banjir kilat pada 2015. Wan Azizah hilang entah ke mana. Wan Azizah meminta supaya ketiadaannya ketika banjir kilat yang melanda Kajang itu tidak diperbesarkan kerana dia sudah hantar pegawai khas untuk mewakilinya.

Isunya di sini ialah pengundi mahukan wakil rakyat yang mereka pilih, bukannya wakil kepada wakil rakyat tersebut.

Jika benar khabar angin Wan Azizah akan berpindah ke Parlimen Bandar Tun Razak maka beliau akan menjadi wakil rakyat yang kedua paling banyak bertukar kerusi selepas penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Kit Siang telah tujuh kali berpindah kawasan pilihan raya iaitu kerusi Parlimen Bandar Melaka (1969–1974), Kota Melaka (1974–1978), Petaling Jaya, Selangor (1978–1982), Kota Melaka (1982–1986), Tanjong, Pulau Pinang (1986–1999), Ipoh Timur, Perak (2004–2013) dan Gelang Patah, Johor (sejak 2013).

Dan kali ini pun ada ura-ura Kit Siang akan bertukar kawasan lagi.

Manakala Wan Azizah pula memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 1999 dan mengekalkannya pada 2004. Pada 2008, beliau sekali lagi menang di kerusi Parlimen Permatang Pauh namun Wan Azizah telah meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen di kawasan berkenaan pada 31 Julai 2008 untuk memberi laluan kepada suaminya, Anwar Ibrahim hingga memaksa pilihan raya kecil diadakan.

Tindakan beliau yang melepaskan jawatan demi suaminya ketika itu, telah menyebabkan kecaman ramai kerana Wan Azizah dikatakan menjadi pemanas kerusi sahaja dan mementingkan diri.

Sekarang apa jadi kepada penduduk di Permatang Pauh? Kali ini pula tercetus spekulasi beliau akan berpindah ke Bandar Tun Razak untuk memberi peluang kepada anaknya, sama ada Nurul Izzah atau Nuha untuk bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Parlimen Bandar Tun Razak juga dikatakan sebagai parlimen `pemanas' dan eksperimen sehingga Anwar dibebaskan dan mendapat pengampunan Diraja.

Jadi kepada penduduk di Bandar Tun Razak, janganlah beri peluang kepada pembangkang lagi pada pilihan raya akan datang. Jika benar bagai dikata, maka penghijrahan Wan Azizah hanya akan membawa kepada `penyesalan' kelak.

Tolaklah mereka yang suka melompat kerusi ini. Bagaimana seseorang wakil rakyat itu boleh berkhidmat dengan baik jika sibuk lompat kerusi. Dua kali cukuplah. Jangan biar ditipu sampai tiga kali mengundi calon yang salah.

Tulisan :
Beruang Biru
BB760, Selasa
30 Januari 2018

Friday, January 26, 2018

MALAYSIA BELUM BANKRUP MALAH MAKIN HEBAT

Projek Dato’ SriNajib Razak yang sempat disenaraikan.

*Malaysia dah bankrup kah ?*

1. Menara TRX - On the way
2. Bandar Malaysia - on the way
3. 1 Malaysia - dah on Since 2010 until now
4. ECRL - On the way
5. KVDT - On the way
6. HSR - On The Way
7. Pocket park - di KL dah mula banyak dan on the way
8. Menara PNB 118 - On The Way
9. TBS - siap dan beroperasi since 2013
10. KTM Skypark - hujung or pertngahan tahun ini siap dan beroperasi
11. Keretapi Sabah - on the way
12. Pan Borneo highway - fasa 1 hampir siap
13. Bantuan warga Borneo - aktif
14. Bantuan warga Bumiputra - aktif
15. KTM Komuter - siap update dan ada still on the way
16. LRT 1 - siap sepenuhnya since 2015 / 2016
17. LRT 2 - siap sepenuhnya since 2015 / 2016
18. MRT 1 - siap sepenuhnya dan beroperasi since Julai 2017
19. BRT - siap since 2015, BRT lembah klang dalam perancangan
20. LRT 3 - on the way
21. MRT 2- on the way
22. MRT 3 - dalam perancangan / on the way
23. Monorel Putrajaya - dalam perancangan
24. Monorel KL - masih dalam proses update
25. UTC - dah siap since 2011 dianggarkan ada hampir 25 UTC seluruh negara.
26. KLIA 2 - siap since 2013
27. River Of Life - fasa 1 dah nak siap
28. Plaza Rakyat - on the way
29. BR1M -awal tahun ni korang dapat, insyaAllah (dah update belum?)
30. Intergrated KL - Dah siap since 2011
31. TRX - on the way
32. EDTS - dah siap since 2010
33. Rapid Pengerang - 60% dah siap
34. Lebuhraya no toll - Ada yang dah dimansuhkan dan ada yang memang tak de toll ada lagi yang on the way.
35. Bantuan nelayan, pekebun dan peladang - aktif.
36. No kroni better country - ada, rakyat Malaysia
37. Pelaburan - Malaysia mencatatkan hampir 40 billion dalam pelaburan sama luar negara.
38. CSR - fasa 1 CSR dah siap. Di Kelantan. Selebihnya on the way.
39. Jambatan Sabah-Labuan - dalam perancangan
40. BP1M - aktif.
41. Perniagaan Online - aktif
42. MVV - on the way
43. Aeropolis - on the way
44. Greater KL - mostly dah siap namun still on the way
45. Melaka Gateaway - on the way
46. Jambatan Angkat - on the way. Almost finished
47. CCC - on the way
48. PR1MA - aktif
49. DFTZ - aktif
50. Loji Pantai 2 - almost finished
51. Klatcc- on the way
52. AAC - dalam perancangan
53. 1AZAM - aktif
54. Bandar Media - on the way
55. KBCC - on the way
56. Adam50 - aktif since 1 jan 2018
57. Konsep kreatif DS Najib (Stesen MRT) - aktif
58. Konsep kreatif DS Najib (HSR) - on the way
59. Konsep kreatif DS Najib (PNB 118) - on the way
60. Velodrom Nasional - dah siap since 2016
61. GITT - on the way
62. Stesen Janakuasa Jimah - almost finished
63. KSTP - on the way / dalam perancangan
64. Terowong Sepanggar - dah siap since 2017
65. Padang Besar Container Terminal - on the way
66. 1M4U - aktif
67. Perlis Inland Port - on the way
68. Chuping Industrial Valley - on the way
69. Urban Malaysia - on the way
70. Rawang Bypass - dah siap since 2017
71. Green Tech Project - on the way/dalam perancangan
72. Teksi - siap update
73. Bus - siap update
74. NKRA - aktif
75. Expo Negaraku - aktif tapi closed down in 15 november 2017 sebab dah habis expo. Duhh
76. Pengangkutan update- siap
77. Lebuhraya Pantai Barat - on the way
78. Bandar Belia - on the way / dalam perancangan
79. Kem Sendayan - on the way
80. Jambatan pengguna jalan kaki - siap dan dikatakan akan ditambah lagi
81. RT1M - sudah siap di Bukit Jalil. Lain dalam perancangan
82. Pembangunan Luar Bandar - on the way
83. RTS - on the way
84. Komuter KTM Utara - sudah siap since 2016
85. Klinik 1 Malaysia - dah ada hampir 350 klinik 1 Malaysia di seluruh Malaysia
86. Tube Malaysia - aktif
87. SL1M - aktif
88. EDTP Gemas - on the way

So far, belum ada lagi projek yang bangkrap atau bailout.

Sumber: Halim Abdul

Wednesday, January 24, 2018

NAK SELAMATKAN SIAPA

Hendak Selamatkan Siapa Jika Ambil Balik Pemimpin Lama Berkuasa Semula?

Masa tahun 2003, menangis menangis hendak berhenti dan letak jawatan. Kata saya "dah lama dah". Hendak jaga cucu pula.

Anwar pun pernah sindir Mahathir. "Itu orang tua belum habis lagi ka? Sudah la tu. Dia dan keluarga sudah kaya-raya, Mirzan dah berbilion. Cukuplah, duduk diam-diam di rumah dan jaga cucu di rumah," kata Anwar dalam satu ceramah di Jinjang Selatan, Kuala Lumpur pada 1 Februari 2012.

Sekarang ini Mahathir dan Anwar sudah cium mulut sekali. Kerana hendak rampas kuasa, mereka berpakat sekali. Biarpun duduk sekapal dalam pembangkang tetapi cita cita berlainan.

Di depan rakyat mereka kata hendak selamatkan Malaysia kononnya. Hendak buat perubahan kononnya. Namun dalam hati mereka, ada agenda peribadi yang lain. Bukan untuk rakyat, tetapi untuk anak sendiri dan kroni.

Ini yang rakyat perlu ketahui. Tahun 2015, pembangkang dan Mahathir buat kempen "Selamatkan Malaysia". Dakwa ada sampai 1.4 juta tandatangan. Akhirnya, tandatangan pun tipu. Sampai Yang Dipertuan Agong pun mereka hendak tipu.

Kemudian cakap ada 6 juta orang akan masuk parti bunga. Akhirnya bila sudah setahun lebih ditubuhkan, jumlah ahli pun malu hendak beritahu. Mesyuarat cawangan pun tidak boleh buat.

Hendak selamatkan negara bagaimana kalau parti sendiri pun gagal diurus dengan baik. Hendak selamat negara macam mana kalau anjur demo pun gagal. Hanya suku sahaja padang yang penuh.

Semalam, Mahathir yang kini Pengerusi Pakatan Harapan (PH) bercakap soal tempoh dua penggal untuk jawatan PM. Mahu hadkan jawatan PM kepada hanya dua penggal.

Teruk Mahathir kena kecam dengan netizen selepas itu di Facebook kerana cadangannya itu. Bermaksud, ramai rakyat yang sudah tahu apa agenda sebenar Mahathir mahu berkuasa sekali lagi.

Bukannya mahu selamatkan Malaysia atau rakyat, tetapi mahu selamatkan anak sendiri dan kroni sahaja. Mahathir jadi PM selama 22 tahun. Mahathir jadi PM pada tahun 1981.

Kemudian, PRU ke-6 pada tahun 1982 hingga PRU ke-10 pada tahun 1999, Mahathir lagi sebagai PM. Bermakna 5 penggal, Mahathir jadi PM. Orang kalau hendak buat sesuatu masa dia ada kuasa, bukan masa tidak ada kuasa baru berjanji hendak buat itu dan ini.

Kenapa masa berkuasa Mahathir tidak buat syarat jadi PM hanya dua penggal sahaja? Mengapa tidak berundur pada PRU ke-8 pada tahun 1990 ketika adanya Semangat 46 dan perpecahan teruk berlaku dalam UMNO?

Mahathir tidak berundur. Sekarang pada usia sudah 93 tahun, Mahathir mahu jadi PM sekali lagi. Kononnya untuk selamatkan Malaysia dan hanya untuk dua penggal sahaja.

Kalau dua penggal, sampai umur 103 tahun dan jumlah keseluruhan Mahathir menjadi PM akan jadi 32 tahun. Satu rekod dunia akan tercatat. Bush, Obama dan Margaret Thatcher pun tidak gila hendak berkuasa balik seperti Mahathir.

Dulu Mahathir pernah kata, Anwar sudah terlalu tua untuk menjadi PM. Dulu kata kena berhenti sebelum kenyang. Sekarang ini apa jadi pada kata kata tersebut? Makan diri balik lah.

Ketika menyampaikan ucaptama semalam di Invest Malaysia 2018, Datuk Seri Najib sendiri merujuk beberapa projek zaman Mahathir yang membawa beban kepada rakyat. Antaranya ialah soal pengangkutan awam yang telah diabaikan berdekad lamanya menyebabkan ia menjadi tidak sistematik, dengan pemilik dan sistem yang berbeza sehingga tiada integrasi antara satu sama lain.

Mengambil kira semua ini, siapa yang hendak diselamatkan jika pakatan mengambil semula pemimpin lama seperti Mahathir berkuasa semula? Bukan rakyat yang hendak diselamatkan, tetapi legasi lama yang akan diteruskan semula.

Datuk Seri Najib juga pernah berkata dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang lepas, jika ambil pemimpin lama, masalah lama akan berulang kembali.

Sudahnya, rakyat Malaysia tidak akan selamat kerana yang akan diselamatkan adalah anak Mahathir iaitu Mukhriz.

Sebab itu, Mahathir kata tempoh jadi Perdana Menteri paling ideal ialah dua penggal. Seandainya pakatan menang PRU14 kali ini, Mahathir akan jadi Perdana Menteri sementara, dan beliau sudah pasti akan pecat Wan Azizah yang jadi Timbalan Perdana Menteri.

Lantiklah Mukhriz sebagai ganti. Maka berakhirlah perjuangan yang belum selesai bagi Mahathir. Misi Mahathir adalah menyelamatkan anaknya, bukan menyelamatkan rakyat.

Oleh kerana itulah Mahathir mahu berkuasa kembali. Untuk selesaikan agenda peribadi dan menyelesaikan "sesuatu" untuk kroninya. Yang kena tanggung kesan adalah rakyat nanti.

Tulisan :
Beruang Biru

NAK JATUHKAN KERAJAAN? DAH HABIS FIKIR

BACA INI SEBELUM MAHU UNDI JATUHKAN KERAJAAN

WAHAI rakyat Malaysia, anda mahukan negara yang lebih baik, tetapi anda tidak mahu menjadi warganegara yang baik.

Anda mahukan hak-hak anda daripada negara, tetapi anda tidak mahu melaksanakan tanggungjawab anda sebagai seorang warganegara.

Sebaliknya, anda mahu menukar kerajaan baru dan mengharapkan negara menjadi lebih baik. Anda fikir itu adalah penyelesaian yang betul.

Sepintas itulah jalan anda berfikir. Adakah ia akan menyelesaikan masalah selagi mentaliti anda tidak berubah?

Keadaan yang anda keluhkan tentang kerajaan anda adalah keadaan yang wujud seperti di negara-negara lain. Lebih kurang sama sahaja. Misalnya, tidak ada negara yang akan memberikan sesuatu secara percuma tanpa mengambil apa-apa daripada anda sebagai rakyat.

Tidak ada rakyat mana-mana negara yang tidak mengeluh tentang kerajaan mereka. Anda membandingkan negara lain dengan keadaan negara anda, yang kononnya lebih baik. Tetapi, anda tidak melihat rakyat negara tersebut juga mengkritik pemerintah mereka.

Jadi, di negara mana anda mahu tinggal? Tidak ada negara yang sesuai dengan apa yang anda mahukan. Misalnya, anda mungkin mendapat pendidikan percuma, tetapi cukai yang anda bayar tentulah lebih tinggi untuk membiayainya.

Anda mempercayai pembangkang, sedangkan anda tahu mereka akan berjanji perkara-perkara yang tidak logik untuk berkuasa.

Anda sebenarnya hidup dalam ilusi. Anda menyalahkan banyak perkara kepada kerajaan atas apa yang berlaku kepada anda. Badan-badan pemerintah pun anda salahkan apabila berlaku sesuatu perkara. Misalnya apabila disaman pihak berkuasa kerana kesalahan jalanraya, anda menyalahkan kerajaan. Ia seolah-olah anda fikir kerajaan baru tidak akan melakukan perkara tersebut. Anda salah anda disaman, di mana-mana negara pun berlaku perkara yang sama, dan rakyat sepatutnya tidak wajar berkata ini semua kerana kerajaan mahu memeras wang rakyat.

Tidak ada kerajaan pun yang boleh memuaskan kehendak-kehendak anda. Hiduplah dalam realiti.

Anda tahu orang-orang bukan Islam tidak akan meredhai kalian sehingga kalian mengikuti cara hidup mereka, tetapi anda menjadikan mereka sekutu politik anda. Dan bukan pula anda yang menguasai mereka dalam pakatan politik itu, sebaliknya mereka yang menguasai anda.

Anda mengeluh hidup tertekan, tetapi anda sendiri adalah sebahagian rakyat yang mengalami obesiti. Betapa kontradiksinya keadaan ini.

Anda mendakwa mahu memperjuangkan agama, tetapi anda menggadaikan agama anda kerana sedikit kesusahan hidup yang anda alami dengan membiarkan orang-orang bukan Islam mempersoalkan agama anda.

Bagaimana tidak masuk akalnya perkara ini?

Wahai rakyat Malaysia, anda mendakwa parti UMNO menggadaikan hak-hak orang Melayu, tetapi anda boleh pula mempercayai DAP yang terang-terangan akan menghapuskan hak-hak orang Melayu. Anda seolah-olah tidak membaca perlembagaan parti DAP yang akan menghapuskan perbezaan kaum di negara ini. Betapa tololnya anda.

Bolehkah anda mengharapkan serigala menggembala kambing walaupun serigala itu kelihatan jinak?

Anda berpolitik kononnya untuk kebaikan negara, tetapi anda telah menghancurkan negara kerana kuat berpolitik. Semua perkara anda politikkan. Anda tidak tahu lagi apa keutamaan anda sehingga menggadaikan hak-hak keistimewaan anda sebagai orang-orang Melayu. Itu bukan lagi berpolitik. Itu bermakna anda telah berjaya dipolitikkkan. Anda telah menjadi mangsa politik.

Anda sememangnya terkeliru.

Anda mahukan pendapatan yang tinggi, tetapi anda tidak sanggup membayar harga yang lebih tinggi untuk kos kehidupan anda. Dalam konsep yang mudah, yang sesiapa pun boleh bayangkan, bagaimana majikan akan menaikkan gaji pekerja tanpa menaikkan harga produk atau caj perkhidmatan mereka?

Anda mahukan pembangunan dan kemajuan, tetapi anda tidak mahu menyumbang kepada negara. Semua negara di dunia ini, yang menuju ke arah kemajuan, melaksanakan cukai-cukai seperti GST untuk membangunkan negara mereka. Dan di sini anda mahukan pembangunan negara, tetapi anda mengeluh apabila dikenakan GST serendah 6%, sedangkan di negara-negara lain, ia lebih tinggi lagi.

Di manakah negara yang semuanya percuma seperti yang anda khayalkan?

Anda mendakwa tiada kebebasan bersuara, walhal setiap hari anda mengkritik, memaki, bahkan memfitnah kerajaan secara terbuka.

Anda mahukan pemerintahan Islam, tetapi anda menyokong pakatan parti yang menentang agama Islam, yang cenderung kepada sekular, liberal, plural, malah pro-LGBT dan seks bebas. Tidakkah ini sangat bertentangan?

Apakah yang sebenarnya anda sedang perjuangkan?

Anda mengeluh kebanjiran pendatang asing, tetapi anda sendiri tidak mahu menjadi buruh kasar, tukang sapu atau pengawal keselamatan.

Siapakah nanti yang akan membina bangunan-bangunan, membersihkan sampah yang anda buang atau menjaga kediaman anda? Ia seperti anda marahkan lalat-lalat, tetapi anda yang membuang sampah yang menjadi makanan lalat.

Wahai rakyat Malaysia, anda sebenarnya hidup dalam ilusi. Kehidupan anda yang bertambah senang dan makmur membuatkan anda semakin tamak dan meminta lebih banyak lagi. Anda sedang merosakkan negara ini dengan mentaliti negatif seperti ini. Anda semakin manja, mengada-ngada dan bermentaliti subsidi.

Anda mengira harga barangan yang murah pada zaman dahulu,,dan menyatakan betapa nostalgianya kehidupan zaman dahulu, tetapi anda tidak pula mahu memerhatikan berapa gaji pekerja pada zaman itu.

Kekeliruan fikiran sebahagian daripada anda semakin kronik. Apabila keadaan tandas awam kotor, anda membandingkan keadaan itu dengan negara lain, dan anda seperti menyalahkan kerajaan, walhal itu adalah sikap masyarakat itu sendiri.

Apa yang anda nampak hanyalah perkara negatif untuk dikritik, dan melupakan sisi- sisi positif sesuatu keadaan.

Apabila pihak berkuasa bertindak atas sesuatu perkara untuk kebaikan semua, anda mengkritiknya. Bahkan cara pihak berkuasa menangani penjenayah pun anda kritik.

Semuanya serba tidak kena. Apa yang anda mahu sebenarnya? Anda seperti anai-anai yang sedang merosakkan negara anda sendiri.

Wahai rakyat Malaysia, apa yang anda mahu ubah sebenarnya?

Anda sebenarnya sedang lari daripada mulut harimau masuk ke mulut buaya. Anda sedang menghancurkan keadaan sedia ada untuk memwujudkan keadaan yang lebih buruk dengan sikap dan pemikiran anda sekarang.

Percayalah, tiada negara atau kerajaan yang akan dapat melaksanakan apa yang anda khayalkan itu. Ia hanya janji-janji palsu pembangkang untuk melekakan anda.

Bangunlah dari mimpi-mimpi anda.

Tuesday, January 23, 2018

DAP CUBA MELEMAHKAN ISLAM

👇Sekadar penelitian. Apa kata Prof Dr Ridhuan Tee.

Jangan kecam saya dengan status ini. Ia adalah realiti bukan fantasi. Kita bukan rasis kaum kerana Islam adalah universal. Saya pun keturunan cina. Saya sayang bangsa saya tetapi saya lebih sayang agama saya.

DAP BAIK...PKR BAIK...PH BAIK...

ORANG ISLAM BACA ELOK-ELOK

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh mereka?

Mereka menyerang PAS tanpa letih. Mereka tegar memfitnah PAS. Hanya kerana PAS tidak mahu bersama dengan DAP. Mereka rasa DAP penting demi Putrajaya. Lalu mereka tergamak kutuk PAS kerana tegas dengan agenda Islamnya.

Mereka memusuhi kepimpinan ulama PAS. Mereka angkat pemimpin DAP sebagai lebih berakhlak, lebih dipercayai dan lebih bervisi. Mereka lawan, mereka balun, mereka maki. Mereka jadikan PAS musuh dan DAP kawan tanpa lagi melihat panduan hadis dan al-quran.

Sewajarnya 10 kenyataan atau peristiwa berikut menginsafkan mereka. Sampai bila mereka hendak keliru atau dikelirukan?

Pertama, Nga Kor Ming menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.

Kedua, Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor TG Harun Din dengan ‘Adios Harun Din’. Mereka tak terasa apa-apa.

Ketiga, Nga Kor Ming menyindir pakaian purdah yang dipakai oleh sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus mencadangkan pramugari memakai pakaian yang menutup aurat, pemimpn DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.

Keempat, Pemimpin DAP, P Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa Dr Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.

Kelima, DAP pertikai kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa. Mereka diam juga.

Keenam, DAP mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara. Mereka buat lembu kenyang.

Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.

Kelapan, DAP hina dan mempersenda hudud. Mereka diam.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.

Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.

Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP. Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka. Tepuk dada tanya iman.

TAMBAHAN:
1) Isu Kalimah Allah hendak letak dalam Bible - Penyokong DAP & PKR
2) Isu Azan guna pembesar suara jadi issue - Penyokong DAP
3) Isu memudahkan proses murtad - Penyokong DAP
4) Isu status agama anak kita selepas umur 18thn - Penyokong DAP

Semua Isu nie disokong 100% oleh DAP. Malangnya melayu Islam kita di dlm PKR dan Parti Harapan masih lagi buta! dan sokong DAP lalu menghina PAS, walaupun mereka nampak DAP adalah musuh Islam yang Nyata!!!!

Saturday, January 20, 2018

LIM GUA ENG KENCING DERAS

DAP kantoi bohong RM305 juta

Kantoi! DAP berbohong dalam bayaran RM305 juta bagi kajian pelaksanaan projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya di Penang, itu pun dengan pertukaran dua lot tanah.

Dulu seronok sangat kutuk kerajaan membazir sana sini, tapi DAP punya membazir lagi teruk. Bayangkan, kos sebenar kajian hanya bernilai RM70 juta ke RM80 juta sahaja, tetapi tengok berapa kali ganda DAP kaut untung secara terang-terangan.

Jangan pula DAP tuduh SPRM pilih bulu sebab siasat projek Penang ni. “Kita tidak mempertikaikan proses itu (pelaksanaan projek), tetapi kita tengah melihat sama ada wujud kepentingan korporat dalam pemberian projek kajian kebolehlaksanaan itu.
“Siasatan kami adalah mengenai nilai pembayaran iaitu RM305 juta yang dipercayai terlalu tinggi dalam melaksanakan kajian itu,” kata SPRM.

#BarisanNasional
#KamiGengNajibRazak

Friday, January 19, 2018

RAJA HINA

Hina Orang Jual Nasi Lemak Dan Pemandu Uber, Tanda Mahathir Sudah Terdesak

Tidak habis habis hendak menghina orang. Itulah sahaja bahan yang ada pada pembangkang sekarang. Mahfuz hina Sultan Pahang. Mukhriz hina ibadah umrah Datuk Seri Najib. Mahathir hina orang Bugis, hina orang dapat BR1M, hina orang pergi haji 1MDB dan terbaru hina pula orang jual nasil lemak dan pandu Grab.

Kenapa hendak buat semua penghinaan sebegini? DAP yang penuh dengan skandal dan penyelewengan di Pulau Pinang tidak pula dihina oleh Mahathir. DAP yang sebabkan 11 orang mati kerana tanah runtuh, banjir sampai lebih seratus kali, gadai tanah berbillion billion dan seleweng RM305 duit kajian terowong, sudah jadi suci di mata Mahathir.

Mahathir kini sedang jadi “screw” DAP untuk dapatkan undi Melayu. Terpaksa pula hina orang jual nasi lemak dan pandu Grab. Boleh dapat undikah dengan hina orang jual nasi lemak dan bawa Grab?

Mahathir berkata kewujudan lepasan universiti yang terpaksa menjual nasi lemak, menjadi pemandu Uber dan seumpamanya adalah petanda kegagalan kerajaan di negara ini.

"Bukannya kita nak latih mereka nak jadi pemandu Uber dan penjual nasi lemak” Mahathir berkata demikian dalam programPolicy Talk dan disiarkan secara langsung melalui Facebooknya semalam.
 
Mahathir kata kewujudan orang jual nasi lemak dan pandu Grab ini  gambarkan keadaan sebuah negara yang memalukan kerana ada graduan terpaksa berniaga sebegitu rupa.

Cuba lihat fakta ini, apakah kerjaya pemandu Grab itu gambarkan keadaan sesebuah negara itu teruk seperti yang didakwa Mahathir?

Grab dilancarkan pada 2011, kini sudah 11 juta orang menggunakan Grab di 6 negara di Asia Tenggara. Pemandu Grab ada 2 juta orang. Sejumlah 5.1 juta orang menempah Grab secara purata sebulan. 142 bandar di Asia Tenggara gunakan Grab. Di Indonesia sahaja, 50 bandar gunakan Grab. Kini nilai perniagaan Grab adalah USD$ 6 billion. Ini satu perniagaan yang merugikan kata Mahathir?

Bagaimana pula dengan Uber? Uber ada di 83 buah negara dan 674 bandar seluruh dunia. Di Amerika Syarikat terdapat 160,000 pemandu Uber, purata pendapatan mereka USD$364 sebulan atau kira kira RM1,456. Di United Kingdom  ada 40,000 pemandu Uber dan sejumlah 3.5 juta pengguna Uber di UK. Nilai Uber sekarang adalah USD$69 billion. Ini satu perniagaan yang tidak baik kata Mahathir?

Kalau begitu di Singapura, Indonesia dan Vietnam pun ada Grab juga, bermakna negara di sana pun tidak bagus dan teruk, kalau ikut kata Mahathir lah. Begitu juga di Amerika Syarikat dan United Kingdom, di dua negara ini pun tidak bagus kerana berpuluh ribu orang menjadi pemandu Uber di sana.

Jauh beza jual nasi lemak zaman sekarang dengan zaman Mahathir dulu. Pada Oktober 2016, seorang graduan Kejuruteraan Elektronik Perubatan dari Universiti Tun Hussein Onn (UiTHO) berjaya mendapat pendapatan tinggi dengan berniaga nasi lemak dan mencetuskan fenomena di Malaysia.

Itulah pengusaha Nasi Lemak Anak Dara, Siti Hajjar Ahmad yang mula berniaga nasi lemak sejak Jun 2016 sementara menunggu pekerjaan. Bagaimanapun, pendapatan yang ditawarkan dari pekerjaan yang ditawarkan lebih kecil dari hasil dia berniaga. Dia enggan mendedahkan pendapatan bulanannya tapi hasil jual nasi lemaknya sudah tentu lebih tinggi dari gaji yang ditawarkan sebagai jurutera iaitu RM2,000.

Apa masalahnya kepada Mahathir kalau graduan menjadi pemandu Uber dan jual nasi lemak? Seorang pengguna Facebook, Hilmy Shamshur Abdul Rahim berkata menjual nasi lemak dan memandu perkhidmatan e-hailing adalah satu bentuk pendedahan untuk menimba pengalaman. 

"Sejak dulu kita faham bahawa segulung ijazah dari institut pendidikan tinggi tidak akan menjamin pekerjaan. Ingat zaman Tun M jadi PM dulu senang dapat kerja ke?," katanya.

Bukan semua graduan gagal, malahan kira-kira 183,433 orang pencari kerja di negara ini berjaya mendapat pekerjaan sepanjang tahun 2017. Daripada jumlah berkenaan seramai 57,320 orang atau 31 peratus pencari kerja itu merupakan siswazah dan 126,113 atau 69 peratus bukan siswazah. 

Seramai 57,366 pencari kerja berkenaan berjaya dipadankan dengan pekerjaan yang ditawarkan majikan untuk ditempatkan dalam pekerjaan dalam tempoh kurang daripada sebulan melalui pelbagai program kerjaya yang dianjurkan sebuah agensi iaitu JobsMalaysia.

Seorang penjawat awam bernama Onwi Haji Harun berkongsi slip gajinya ketika zaman Mahathir, pada tahun 1991.  Gaji pokok hanya RM1,115.00 selepas 15 tahun berkhidmat. Selepas itu dapat pula gaji separuh kerana sambung belajar, sebanyak RM557.50 sahaja sebulan.

Dipotong lagi cukai pendapatan sebanyak RM36. Tinggallah gaji bersih RM46.53 sahaja. Zaman Najib tidak berlaku baki gaji tinggal serendah itu. Kalau ada sudah lama slip gaji itu masuk dalam Facebook dan media sosial. Ianya hanya berlaku zaman Mahathir sahaja.

Sekarang ini gaji permulaan buat seorang guru siswazah campur elaun dan berbagai lagi bayaran sudah lebih RM3,300 sebulan. Jauh berbeza dengan zaman Mahathir dulu. Kalau cikgu ini hendak dapat duit lebih, malam malam boleh bawa Grab lagi. Dapatlah lagi duit saku untuk belanja.

Jangan kita hina orang jual nasi lemak. Di Paris pun ada jual nasi lemak, namanya nasi lemak Paris, sebungkus nilainya 10 euro (RM48). Di United Kingdom pun ada nasi lemak Liverpool, harganya £5.50 sepinggan (RM29.70). Nasi lemak Malaysia sudah bertaraf antarabangsa. Lekeh sangatkah orang jual nasi lemak? 

Mahathir sahaja kata lekeh. Tidak samalah dengan anak Mahathir, anak anak dia tidak jual nasi lemak dan pandu Grab tetapi sudah jadi jutawan di Malaysia. Marina ada 52 syarikat, aset RM80 juta. Mirzan ada 156 syarikat, aset RM780 juta, Mokhzani ada 255 syarikat, aset RM3 billion dan Mukhriz ada 128 syarikat, aset RM540 juta.

Bila sudah kaya dan jutawan, janganlah hina orang yang mencari rezeki yang halal dengan menjual nasi lemak dan pandu Grab.
 

Tulisan :

Beruang Biru
BB744, Khamis
18 Januari 2018

PEMBANGKANG KINI BERPERANG DENGAN FITNAH MEREKA

Bila Ringgit Sudah Kukuh, Mulalah Serangan Jahat Pembangkang Dari Luar Negara

Ingatkan ada cerita baru, rupanya cerita lama. Bila tengok balik sumber yang bercakap dalam dokumentari BBC yang ditayangkan pada Selasa lepas itu adalah orang yang sama. Orang yang sudah kalah saman iaitu Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Orang yang sama, “recycle” balik cerita lama. Cuma dulu mereka guna Sarawak Report, guna Wall Street Journal, tetapi kali ini guna BBC pula. Tukar platform sahaja, masih pusing cerita “recycle” yang sama. Suka sangat pembangkang ini dengan benda benda “recycle” ini, calon Perdana Menteri pun mereka hendak “recycle”.

Perkara yang disebut dalam dokumenteri BBC itu sudah diperjelaskan berulang kali. Pembangkang di Malaysia memang suka ulang ulang pembohongan. Ulang cerita bohong banyak kali menggunakan strategi Joseph Goebbels, Menteri Propaganda Hitler

 “If you tell a lie big enough and keep repeating it, people will eventually come to believe it” kata Joseph Goebbels.

Oleh itu, rakyat Malaysia jangan mudah sangat percaya dan terpedaya dengan cerita bohong ini. Lebih karut bila sumber yang dipetik oleh BBC itu sendiri sudah terbukti bukanlah sumber yang boleh dipercayai lagi.
 
Clare Brown sudah tidak ada kredibiliti lagi untuk bercakap soal berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Clare Brown telah terbukti memfitnah di mahkamah. Dia sudah diperintah membayar denda sejumlah RM83,700 kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana memfitnah Presiden PAS itu.

Editor Sarawak Report itu dalam kenyataan pembelaannya memetik nama pemimpin BERSIH, S Ambiga sebagai sumber yang memberitahunya berkenaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya ada memberi wang RM90 juta kepada PAS. Sampai sekarang, Ambiga tidak jawab lagi dakwaan Clare itu dan terus berdiam diri.

Nampak sangatlah Clare Brown berbohong dan menipu. Begitu juga Ambiga, tidak menyahut pun apa yang disebut oleh Clare Brown. Rakyat Malaysia kena percaya apa yang disebut oleh Menteri Luar Arab Saudi berkaitan derma RM2.6 billion. Bukannya percaya cakap Clare Brown yang memetik sumber Ambiga.

14 April 2016, “Apa yang saya tahu, kes ini sudah ditutup,. “Kami juga maklum Peguam Negara Malaysia (Tan Sri Apandi Ali) telah meneliti secara terperinci perkara tersebut dan mendapati tidak ada sebarang salah laku.’’ kata Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir. Ianya adalah derma daripada Arab Saudi, tiada kaitan dengan 1MDB.

Semua serangan jahat pembangkang dari luar negara ini dibuat kerana dengki melihat kedudukan ringgit yang semakin kukuh. Serangan dibuat kerana dengki melihat pertumbuhan ekonomi negara terus kukuh. Serangan dibuat kerana dengki melihat layanan istimewa yang diberikan kerajaaan Arab Saudi terhadap Datuk Seri Najib semasa menunaikan umrah minggu lepas.

Datuk Seri Najib boleh masuk dalam Kaabah dan boleh masuk ke dalam makam Rasullullah SAW. Di media sosial, bukan main teruk lagi perangai penyokong pembangkang, menghamburkan kata kata nista terhadap ibadah yang dibuat Datuk Seri Najib. Bukan penyokong sahaja berperangai begitu, anak Mahathir pun turut sama berperangai buruk bila pertikai Datuk Seri Najib masuk dalam Kaabah.

Tidak cukup dengan itu, mereka bersekongkol pula dengan media asing untuk terus burukkan ekonomi negara. Syed Saddiq pernah dedahkan yang exco Armadanya mengakui ada wang RM5 juta yang dibayar oleh Daim dan Mahathir kepada media asing dan Yayasan Clinton untuk memburukkan Malaysia.

Apakah serangan terbaru dari BBC ini adalah sebahagian dana RM5 juta yang didedahkan oleh exco Syed Saddiq itu? Boleh jadi juga. Syed Saddiq pun masih enggan mengulas. Takut kena marah dengan Mahathir dan Daim bila sudah pecah pekung sendiri.
 
Bila nilai ringgit berbanding Dolar Amerika terus meningkat, runsinglah pembangkang. Bagi pembangkang, mereka terus “attack, attack dan attack” kerajaan Datuk Seri Najib dengan apa sahaja isu yang ada.

Itulah cara mereka, isu mereka tidak sedikit pun mereka jawab. Mereka sibuk ‘recyle” isu dan serang isu isu persepsi. Hendak bagi rakyat marah. Hendak bagi rakyat benci. Macam macam dibuat agar rakyat lupa apa sahaja kebaikan yang telah diberi oleh kerajaan Barisan Nasional. Inilah cara jahat pembangkang.

Rakyat jangan terpedaya dengan dakyah jahat pembangkang dari luar negara ini. Sebagai rakyat yang sayangkan negara, kita harus bangkit bersama sama pertahankan Malaysia  ini daripada campur tangan pihak pemfitnah dari negara asing.

Tulisan :
Beruang Biru
BB747, Jumaat
19 Januari 2018

Monday, January 15, 2018

Bakal PM Barua DAP yang Pertama

MAHATHIR MENIKUS BERDIAM DIRI
Posted by Supertramp | 15 January 2018 | 12:02 pm | 115

Share this on WhatsApp


Beberapa hari yang lalu telah terbongkar dan terdedah berkenaan penyelewengan DAP  berkaitan projek Terowong bawah tanah Pulau Pinang .

Satu demi satu terdedah baik dari segi pembayaran mahu pun penipuan laporan.

Selain dari wang rakyat berjumlah ratusan juta telah dialihkan melalui pembayaran yang di “buat buat” tanpa perlu membuat kerja , laporan berkenaan syarikat yang sepatut nya menggendalikan projek ini pun sudah bertukar tangan dan nama asal yang di “submit” pada tahun 2013.

Kini terbongkar pula nama syarikat membuat pakaian dan fesyen telah menjadi kontraktor membuat terowong.

Dolak dalih berkenaan hal ini oleh Lim Guan Eng dan kerajaan nya di fahami kerana wang telah pun lesap dan di alihkan kepada kroni nya, nyata sekali ada unsur penipuan dan rompakan wang rakyat.

Pada hal menipu rakyat ada lah perkara biasa bagi DAP kerana kerajaan Penang terkenal dengan merampas tanah secara zalim tanpa membayar pampasan dan menjual nya kepada syarikat pilihan.

Namun pada kesuluruhan hal ini , apa yang nyata begitu jelas ada lah sikap Tun Mahathir terhadap skandal dan penyelewengan DAP.

Tun Mahathir tidak memberi sebarang komen lansung berkenaan salah laku DAP.

Dari awal kes rasuah Lim Guang Eng berkenaan pembelian banglo pun Tun Mahathir  sekadar berdiam diri sahaja.

Ini lah contoh dan rupa bentuk bagaimana Tun Mahathir akan menjadi Perdana Menteri sementara tajaan DAP.

Akibat terhutang budi dan memerlukan DAP untuk nyawa politik nya , Tun Mahathir terpaksa berdiam diri atas semua tingkah laku songsang DAP dan LGE.

Tun Mahathir nyata sekali akan menjadi Perdana Menteri “remote control” DAP.

Jika Tun Mahathir enggan akur , DAP akan ugut tarik diri dari Pakatan Harapan dan Tun Mahathir akan kehilangan kuasa.

Maka slogan “Selamat kan Malaysia” ada lah sebenar nya slogan palsu dan ia lebih kepada “Selamatkan Rasuah dan penyelewengan DAP” serta “Selamat kan Tun Mahathir.

Ini lah dia perjanjian syaitan yang di buat antara Tun Mahathir dan DAP.

Masing masing menjaga kepentingan masing masing dan “serve” keperluan sendiri dan bukan nya rakyat.

Tun Mahathir di kehendaki mengguna kan kepakaran nya yang telah lama di miliki untuk mencari jalan untuk menutup dan menghapuskan skandal DAP dengan “fabricated evedience” konon nya tiada terdapat salah laku.

Dan di percayai atas alasan sama Tun Mahathir akan “fabricate” bukti untuk mengenakan Datuk Seri Najib seperti mana dia melakukan terhadap kes 1MDB.

Apakah ini yang di kehendaki oleh rakyat?

Seorang Perdana Menteri yang menutup kesalahan DAP dan diri sendiri?

Apa kah yang cuba di selamatkan oleh dua pihak ini , yakni Tun Mahathir dan DAP?

Rakyat terutama nya orang Melayu perlu menilai kembali pandangan serta sokongan yang di beri terhadap Tun Mahathir dan DAP di atas perjanjian syaitan mereka.

Lihat sahaja lah dengan kes terbaru berkenaan terowong , mana ada sedikit bunyi pun dari Tun Mahathir, ini lah akibat nya terhutang budi kepada orang kafir dan agenda luar nya.

Saturday, January 13, 2018

LIM GUAN ENG SEMAKIN HAMPIR MASUK PENJARA

Rasuah Terowong Satu Lagi Skandal Terbesar Guan Eng Di Pulau Pinang

Kes Guan Eng beli banglo murah bawah harga pasaran akan dibicarakan pada bulan Mac nanti.

Belum habis kes rasuah lama, kini terpacul pula kes baru skandal melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Kali ini skandal pembinaan terowong dasar laut di negeri itu yang dikatakan skandal terbesar melibatkan dirinya.

Selepas serbuan SPRM di Komtar beberapa hari lepas, beberapa orang sudah dicekup agensi itu. Pada 10 Januari, Mahkamah Majistret Putrajaya mengeluarkan perintah tahanan reman enam hari kepada seorang Pengarah Eksekutif Zenith Construction Sdn Bhd (Zenith) yang bergelar Datuk untuk membantu siasatan skandal projek itu. 

Projek itu adalah pembinaan terowong sepanjang 7.2km yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama, ia dianugerahkan kepada Konsortium Zenith dan dijadualkan bermula 2023.

Skandal ini mula terdedah ketika Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan pada 7 Mei 2016 mendedahkan bahawa kos keseluruhan kajian kebolehlaksanaan projek itu dikatakan mencecah sehingga RM305 juta.

Menurut beliau, jumlah itu terlalu tinggi dan tidak munasabah kerana ia hanya sekadar kertas kerja asas dan laporan kajian bagi pelaksanaan projek.

Kerajaan DAP pimpinan Guan Eng sudah terlebih bayar sebanyak 400 peratus kepada syarikat pemegang konsesi berkenaan. Ini kerana, Guan Eng dan syarikat Zenith masing-masing ada kepentingan ke atas projek pembinaan terowong yang kontroversi berkenaan. 

Pada 10 Mei 2016, Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan ada mempersoalkan mengenai konflik kepentingan syarikat Zenith yang sebelum itu dikenali dengan nama Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd yang dilantik Guan Eng memberikan projek kepada kalangan pemegang sahamnya antaranya Astral Supreme Berhad kini dikenali Vizione Holdings Berhad (Vizione).

Individu bernama Datuk Ng Aun Hooi adalah pemilik dan pemegang saham Syarikat Wira Syukur (M) Sdn Bhd (Wira Syukur) sehingga hari ini masih pemegang saham dalam Zenith. Vizione sebelum ini adalah Konsultan projek terowong. Untuk makluman Vizione juga dikatakan telah mengambil alih Wira Syukur. 

Kalau hendak diceritakan memang banyak kait mengait yang turut melibatkan Guan Eng dan betapa liciknya perancangan para perasuah ini untuk mendapatkan keuntungan. Ada juga dakwaan bahawa Zenith telah dibayar penuh sebelum projek siap. Malah sampai sekarang status projek entah ke mana.

Syarikat itu dikatakan sudah untung RM61.5 juta dari pendapatan RM51.8 juta hanya dalam masa setahun.

Pihak yang sudah mengetahui perangai Guan Eng difahamkan sudah mengumpul bukti rasuah berkenaan dan menyerahkan kepada SPRM untuk siasatan dan tindakan. 

Laporan Malay Mail pada 4 Oktober 2013 menyatakan bahawa Kerajaan DAP Pulau Pinang sudah meluluskan projek itu dengan kos keseluruhan berninai RM6.3 bilion dan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan cara tunai.

Pada 15 November 2014, akhbar New Straits Times melaporkan bahawa Guan Eng mengakui tidak dapat membantu rakyat negeri itu dalam aspek pengangkutan dan penjagaan kesihatan. Tapi biayai projek terowong Guan Eng mampu pula.

Jika siap, rakyat negeri itu akan dibebankan dengan kutipan tol pula ikut gaya bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad apabila Kerajaan DAP membenarkan syarikat Zenith untuk mengutip tol selama 30 tahun dengan anggaran kasar RM270 juta keuntungan menerusi kutipan tol berkenaan. 

Guan Eng hanya mementingkan kantung poketnya sendiri buat pakatan dengan rakan-rakan proksi buat projek dan dapat faedah wang tanpa memikirkan nasib rakyat Pulau Pinang.

Rakyat Pulau Pinang perlu membayar banyak benda yang mahal-mahal tapi masalah yang membelenggu mereka masih juga belum selesai khususnya banjir. Bagaimana hendak selesai, selagi DAP memerintah Pulau Pinang, selagi itulah rasuah akan terus berlaku di Pulau Pinang.

Guan Eng sahaja sudah terpalit dua kes rasuah di mahkamah dan satu lagi kes rasuah babitkan projek terowong ini. Usahlah berlagak ajak orang minum kopi lagi, kalau sudah buat salah mana boleh sembunyi lagi. Kali ini kasi ajar sama Guan Eng, jangan bagi undi lagi.

Tulisan :
Beruang Biru
BB737, Jumaat
12 Januari 2018

Friday, January 12, 2018

HIDUP KITALAH YANG TERBAIK

Best baca ni... Walaupun copy paste jer....

Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing2.

Ada yg masih single...-
Ada yg nikah 20 ribu belanja, sebulan dah berpisah..
Ada yg dah nikah 10 tahun tapi masih belum ada anak.
Ada yg baru nikah bulan lepas, hari ni dah mengandung.

Ada yg grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.
Ada juga yg grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.

Ada yg muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.
Ada juga yg umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.

Zon masa kita semua tak sama...
Jadi tak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya bila nampak org lain lebih berjaya,masa kita belum sampai...
Obama retired masa umur dia 55, tapi Trump 'bermula' pada umur 70.
Hanya zon masa mereka saja yg berbeza.
Tapi sama2 dapat jadi Presiden.

Ada yg dipanggil Datuk pada usia 47 tahun, dan ada yg dah ada cucu di umur yg sama...
Malah ada yg baru menimang cahaya mata pertama di umur yg sama...

Ada yg 'depan' dari kita...
Tapi ada juga yg 'belakang' kita.
Semua org bergerak dalam laluan yg berbeza pada zon masa yg berlainan.

ALLAH ada perancangan berbeza utk kita semua.
Jgn dengki, jgn sakit hati, jgn sedih...
Mereka bergerak dgn zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.

You are not late.
You are not early
You are just on time.
Jgn stress.
Keep going..teruskan dgn apa yg dikerjakan.

Percayalah bahawa perancangan ALLAH jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya.

Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?

Ada org, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh.
Difikiran nya siapa lah yg akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada org, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapa kah yg akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada org, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yg nak jaga aku nanti.

Ada org, anaknya semua lelaki.....
Juga terfikir siapalah yg akan jaga aku nanti.
Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku???

Ada org, anaknya semua perempuan, sama juga.
Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing2.. siapalah yg nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya?

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.

Walhal yg jaga kita itu ALLAH.

Berapa ramai org yg anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga org yg saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada org yg usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak2 ada di sisi menjaga.

ltulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak ALLAH.
Yakin
Yakin
Yakin

Jgn runsingkan kerja ALLAH.
Runsingkan kerja kita yg asyik tak siap ni.

Jgn runsing belum ketemu jodoh
Jgn bising masih belum ada zuriat
Jgn sedih hanya kerana beranak sorang
Jgn kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jgn cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jgn takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jgn pertikaikan...
"eh nanti tua siapa nak jaga kau."
Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti
Sempat ke kita tua?

Masa depan kita sentiasa dlm kekuasaan ALLAH.
Dan ALLAH itu Maha adil.
Setiap org akan dapat apa yg ALLAH kata dia layak dapat. Kuatkan pergantungan kpd ALLAH, itu yg paling penting.

Pendek kataALLAH ADA.Jangan takut
,,
ALLAH sebaik-baik perancang ALLAH sebaik-baik pelindung

Jom share... 😊😊😊

Wednesday, January 10, 2018

POLITIK CUKUP TUA TAPI MASIH KENA TIPU DENGAN DAP

Bukan 35 Kerusi Sahaja, DAP Yang Tanding Paling Banyak

Sebagai sebuah parti yang berangan untuk menguasai negara, nampaknya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini dibuai mimpi-mimpi indah, apatah lagi ia berjaya mendapat 52 kerusi Parlimen dalam pengagihan kerusi oleh Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) nanti.

PPBM tentunya berasa bangga kerana ia mendapat pengagihan kerusi paling banyak di Semenanjung berbanding PKR (51), DAP (35) dan Parti Amanah Negara (PAN) sebanyak 27 kerusi.

Daripada 35 kerusi yang akan ditandingi oleh DAP itu, 31 daripada kerusi itu adalah kerusi yang telah sedia dimenangi oleh DAP pada PRU-13 lepas.

Berbanding dengan PPBM, ini adalah kali pertama ia bertanding pada PRU dan untuk kerusi Parlimen, seorang sahaja ahlinya yang menjadi penyandang kerusi Parlimen iaitu Muhyiddin Yassin di Pagoh. Itupun kemenangan Muhyiddin adalah atas tiket Barisan Nasional.

Namun pada PRU-14, adalah sukar untuk Muhyiddin mempertahankan kerusinya dan sejak tahun lepas telah bersebar spekulasi bahawa beliau akan berpindah ke kawasan Muar, untuk bertanding di situ.

Namun ketika PPBM sedang asyik diulit mimpi, pengagihan kerusi itu hanya untuk ditandingi di Semenanjung sahaja belum masuk Sabah dan Sarawak.

Hakikatnya pada PRU-14 nanti, DAP masih sebenarnya menjadi dominan dalam Pakatan Harapan (PH) meskipun pengerusi PPBM, Mahathir Mohamad diumumkan sebagai calon Perdana Menteri, iaitu calon kitar semula.

Kalau dikira betul-betul, ramai yang tidak sedar tentang strategi DAP ini. Ada 222 kerusi Parlimen dan setakat ini, pengumuman yang dibuat oleh PH itu baru melibatkan 165 kerusi. Ada baki 57 kerusi iaitu di Sabah dan Sarawak.

Persoalannya parti mana yang akan bertanding di Sabah dan Sarawak itu? Seperti yang dinyatakan oleh penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff, perkara penting yang perlu diingati adalah PPBM telah mengumumkan bahawa ia tidak akan meletakkan sebarang calon di di Sabah dan Sarawak di pada PRU 14.

Justeru ia menjadikan bilangan kerusi yang akan ditandingi oleh PPBM di seluruh Malaysia pada pilihan raya umum kelak adalah kekal 52.

``Sebaliknya, penasihat DAP, Lim Kit Siang, telah mengisytiharkan bahawa DAP akan menggandakan bilangan kerusi Parlimen (dan kerusi Dewan Undangan Negeri) yang akan ditandinginya di dalam PRU-14 di Sabah, bermakna bilangan kerusi yang akan ditandingi oleh DAP di Sabah di dalam PRU 14 ini ialah 8.

``Pada PRU-13 lalu juga, DAP telah meletakkan 11 calon di Sarawak. Pada pilihan raya negeri Sarawak lalu, Kit Siang juga telah mengisytiharkan strategi untuk memastikan DAP Sarawak menguasai kerajaan negeri pada 2021.

``Bagi tujuan itu, ia menjadikan kemungkinan untuk DAP bertanding lebih banyak kerusi Parlimen di Sarawak pada PRU- 14 itu ada,” katanya.

Walaupun pembahagian kerusi itu nampak seperti direstui oleh semua parti dalam gabungan berkenaan namun ada pemimpin PAN yang seolah-olah tidak bersetuju.

Jika tidak, masalah Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub yang disiarkan oleh Sinar Harian hari ini mencadangkan platform Pakatan Harapan digunakan untuk berbincang mengenai pembahagian kerusi susulan wujud ketidakpuasan hati beberapa kumpulan dan individu dalam PAN mengenainya.

``Rundingan mengenai pengagihan kerusi ini kita bincang dari semua aspek seperti faktor kemenangan, kekuatan parti, sokongan pengundi dan kekuatan jentera. Semua ini kita adunkan dan kita bincang dalam menentukan kerusi,'' kata Salahuddin.

Disebabkan pembahagian kerusi berkenaan juga maka PAN Johor dilaporkan memboikot Konvensyen Pakatan Harapan 2018, kerana parti itu hanya mendapat dua kerusi di Johor.

Realitinya, Pakatan Harapan umpama air di tasik, di permukaannya nampak tenang namun di dalamnya, penuh bergelora. Perasaan tidak puas hati terus membayanginya, daripada pemilihan nama calon Perdana Menteri hinggalah kepada pengagihan kerusi.

Tulisan :
Beruang Biru
BB731, Selasa
9 Januari 2018

Monday, January 8, 2018

TAK MUNGKIN DAP BENARKAN MAHATHIR JADI PM

DAP Masih Ketua,Mahathir Umpan Sahaja

Akhirnya seperti yang disebut-sebut, Mahathir Mohamad telah dipilih secara rasmi sebagai calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan manakala Wan Azizah Wan Ismail pula diumumkan sebagai calon Timbalan Perdana Menteri .

Tidak mengejutkan kerana ia bukan rahsia lagi malah Mahathir sendiri pernah menyatakan kesediaannya untuk menjadi calon berkenaan sekiranya tiada calon lain daripada PH.

Nampaknya hasrat beliau menjadi kenyataan untuk dicalonkan meskipun sudah berusia 93 tahun.

Isu faktor usia tidak menjadi masalah bagi PH kerana Lim Kit Siang pun masih bertanding dan menjadi penasihat DAP sudah berusia 76 tahun tapi masih belum menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti dari politik.

Mahathir yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) juga mencatat rekod dunia sebagai individu paling tua yang dicalonkan untuk menjadi Perdana Menteri.

Bukan itu sahaja berita gembira yang diterima oleh PPBM itu, sebaliknya parti itu juga akan bertanding 52 daripada 165 kerusi parlimen di Malaysia Barat. Ia merupakan kerusi terbanyak yang bakal ditandingi PPBM di Semenanjung.

Ia diikuti PKR yang diperuntukkan 51 kerusi, 35 kerusi untuk DAP dan 27 kerusi pula untuk Parti Amanah Negara (PAN).

Untunglah PPBM, walaupun masih setahun jagung dengan mesyuarat cawangan pun tidak diadakan, sudah mendapat jumlah kerusi yang paling banyak dan mengetepikan PKR serta PAN.

Bertanding pula di kerusi kerusi Melayu, DAP tepuk tangan gunakan PPBM sebagai screw untuk lemahkan dan serang UMNO.

Cuma DAP sahaja yang sukar dikawal oleh Mahathir sebaliknya beliau yang dikawal oleh DAP. Meskipun peranan DAP tidak ketara dalam isu pemilihan calon Perdana Menteri ini, namun parti berkenaan menjadi `tangan ghaib' di belakangnya.

Seperti kata bekas pemimpin DAP, Hew Kuan Yaw sebelum ini ketika pilihan raya negeri Sarawak, untuk membiarkan 'orang Melayu skru orang Melayu'. Inilah yang dilakukan oleh DAP ketika ini.

Dalam erti kata lain, DAP adalah yang paling berkuasa dalam Pakatan keranan kononnya mempunyai Mahathir sebagai ayam tambatan untuk `skru orang Melayu'.

Jumlah kerusi DAP tanding dan PAN bertanding adalah yang terbesar. 27 kerusi PAN dan 35 kerusi DAP, jumlahnya menjadi 62 kerusi. Lagi 57 kerusi di Sabah dan Sarawak juga akan didominasi oleh DAP.

Jadi, sebenarnya DAP yang paling berkuasa. Mahathir hanya jadi umpan sahaja untuk dapatkan undi Melayu.

Sudah banyak bekas pemimpin DAP yang mendedahkan niat sebenar DAP. Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim pada 10 Disember lalu mendedahkan Lim Kit Siang berhasrat menjadi Perdana Menteri kerana Penasihat DAP itu sehingga kini tidak pernah melepaskan jawatan tertinggi dan kawalannya terhadap parti itu.

Menurut Tunku Aziz, selama ini Kit Siang melindungi niat sebenarnya itu daripada rakyat dengan berpura-pura memberi sokongan kepada calon lain untuk menjadi Perdana Menteri.

``Cita-cita Kit Siang untuk menjadi perdana menteri akan menjadi kenyataan jika Pakatan Harapan menang pilihan raya umum ke-14 (PRU14). Mahathir dan Anwar hanya merupakan alat politik beliau untuk meraih undi orang-orang Melayu. Sememangnya kedudukan Anwar dan Mahathir tidak layak,'' kata Tunku Aziz.

Ternyata pendedahan ini membimbangkan kita. Bagi memastikan niat tersebut tidak tercapai maka janganlah beri undi kepada Pakatan Harapan kerana kita hanya akan menyaksikan calon kitar semula sebagai Perdana Menteri jika mereka menang.

Beliau telah 22 tahun memerintah negara dan lihatlah apa yang berlaku pada zamannya. Bukan sahaja nama Mahathir diseliputi skandal tragedi memali, operasi lalang dan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta kerugian RM31 bilion Bank Negara Malaysia akibat urus niaga mata wang asing (Forex) pada awal 90-an, malah beliau juga dibayangi tuduhan mengkayakan kroni dan anak-anaknya.

Jangan biarkan ia berulang lagi. Zimbabwe pun tidak ambil balik Mugabe jadi pemimpin mereka. Mahathir hanya umpan untuk rampas kuasa dan menjatuhkan kerajaan semata mata. Di belakangnya, ketua sebenar adalah DAP.

Tulisan :
Beruang Biru
BB728, Isnin
8 Januari 2018

Saturday, January 6, 2018

MAHATHIR TAK PERNAH PECAT SESIAPA

MAHATHIR NAFI PECAT TUN SALLEH ABAS. BENARKAH?

Mohd Puad Zarkashi
MT UMNO. 5.1.2018

1. Tun M sudah jadi penghukum dan suka menyalahkan orang lain.Terbaru Tun M tuduh Tun Salleh Abas dipecat atas kehendak bekas Yang DiPertuan Agung ketika itu. Dia juga menyalahkan bekas Peguam Negara TS Abu Talib Othman kerana menggunakan nama beliau.
2. Abu Talib Othman menafikannya. Menurut beliau, surat Tun Salleh Abas kepada Agung bukan kerana isu bunyi bising ekoran kerja  ubah suai rumah Tuanku seperti yang didakwa oleh Tun M. Tetapi surat Salleh Abas adalah berkenaan dengan rasa tidak puas hati para hakim kerana Tun M telah menyerang institusi kehakiman secara terbuka termasuk di Parlimen.
3. Oleh kerana Tun Salleh Abas masih hidup maka alangkah baiknya Tun Salleh memberikan penjelasan terperinci mengenainya. Kita juga ingin tahu apa pendirian Zaid Ibrahim sekarang. Masa dia jadi Menteri yang jaga undang undang  2008 dia mencadangkan supaya kerajaan memohon maaf kepada semua hakim yang dipecat ketika itu termasuk membayar pampasan. Bahkan bayaran pampasan telah dibuat.
4. Sebenarnya kita juga boleh merujuk buku “May Day for justice” yang ditulis oleh Tun Salleh dan K Das.
5. Dalam buku itu dijelaskan, Tun M mula mengkritik secara terbuka Institusi “Judiciary” ekoran pemilihan UMNO 1987 di mana Tun M menang tipis ke atas Tengku Razaliegh. 11 orang ahli UMNO (asalnya 12) mengheret kes itu ke Mahkamah. Akibatnya UMNO diistihar haram tetapi keputusan pemilihan dikekalkan. 11 orang itu membuat rayuan. Sepatutnya didengar pada 13 Jun 1988. Maka di situlah menurut buku itu masalah bermula antara Tun M dengan Ketua Hakim Negara. Tun M bimbang rayuan 11 orang itu akan di terima dan pemilihan UMNO dibuat semula
6. Tun Salleh yang tidak senang hati dengan kritikan terbuka itu telah mengadakan mesyuarat khas bersama 20 hakim yang lain pada 25 Mac 1988. Keputusannya ialah menghantar surat kepada Yang DiPertuan Agung untuk menyatakan rasa tidak puas hati para hakim terhadap Tun M.
7. Ibarat disorong bantal, Tun M didakwa mengambil kesempatan sebagai Perdana Menteri menasihatkan Yang DiPertuan Agung untuk memecat Tun Salleh Abas (Rujuk buku berkenaan).Tidak berapa lama selepas dilantik sebagai Ketua Hakim Negara, Tun Hamid Omar mengenepikan permohonan rayuan 11 orang bekas ahli UMNO itu.
8. Pokoknya apakah Tun M berbohong dan kenapa menyalahkan orang lain? Kita mahu bertanya kepada Lim Kit Siang dan Bar Council. Lim Kit Siang pernah menganjurkan di Parlimen pada tahun 1989 supaya semua ahli parlimen membaca buku “May Day for Justice”. Lim Chee Wee pula (bekas Presiden Bar Council) mendesak isu ini disemak semula. Tetapi kenapa sekarang diam? Apakah mereka juga menyokong bakal Perdana Menteri Sementara Pakatan Harapan ini?

Tuesday, January 2, 2018

ACUAN EKONOMI MALAYSIA TERBAIK

Model Ekonomi Malaysia Ditiru Kerana Ianya Berada Di Landasan Yang Betul

Di Iran sekarang, rakyat turun ke jalan untuk berdemonstrasi buat hari kelima. Sudah 13 orang terbunuh, ratusan yang lain ditahan dan media sosial terus disekat. Di Iran, kadar pengangurannya adalah 12.6%, atau 10.2 juta orang rakyatnya tiada pekerjaan. Demonstrasi jalanan mudah tercetus bila poket kosong dan perut lapar.

Datanglah apa juga isu, bila ekonomi sesebuah negara tidak diuruskan dengan baik, maka rakyat akan mula marah pada pemerintah. Itu juga yang berlaku di Mesir pada 2011, bila kadar pengangguran ketika “Arab Spring” menjatuhkan Mubarak pada ketika itu adalah 20% atau 16 juta rakyat Mesir tiada pekerjaan pada masa itu.

Itu krisis yang berlaku dari Timur Tengah. Di Arab Saudi pula semalam, kerajaannya menaikkan harga minyak di antara 80 hingga 126 peratus hari ini. RON95 dijual pada harga 2.04 riyal (RM2.21) seliter, berbanding 0.90 riyal (RM0.98) sebelum ini. Biarpun naik sampai 126 peratus, harga minyak di Arab Saudi masih lagi tersenarai antara harga minyak yang ke-15 termurah di dunia.

Arab Saudi mengambil pengajaran dari Venezuela, apa gunanya minyak terlalu murah hingga RM0.04 seliter tetapi keadaan ekonominya  tidak berkembang. Kadar pertumbuhan  ekonomi di Venezuela adalah negatif dua belas peratus. Kadar pengangguran di Venezuela pula tinggi iaitu 7.3% atau 2.4 juta rakyatnya menganggur.

Tabung Kewangan Antarabangsa telah unjurkan ekonomi Arab Saudi berkembang pada kadar 0.1 hingga 0.4 peratus sahaja akibat kejatuhan harga minyak dunia. Oleh itu, Arab Saudi pula mencari pendekatan lain dan melihat alternatif ekonomi yang dilakukan oleh Malaysia bila berdepan kekurangan hasil dari industri minyak.

Model ekonomi Malaysia yang cuba diteladani oleh Arab Saudi. Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa telah beri semakan menaik terhadap ekonomi Malaysia.

Tiga kali ‘rating” Malaysia dinaikkan dan pendekatan ekonomi Malaysia diberi pujian oleh institusi antarabangsa yang lain. Bermakna, pendekatan ekonomi Malaysia adalah di landasan yang betul dan ianya mahu diteladani oleh negara lain.

Arab Saudi meniru cara GST dan BR1M daripada Malaysia. UAE pula ikut cara Arab Saudi, sudah memperkenalkan GST mulai Januari 2018. UAE anggarkan akan mendapat hasil sejumlah AS43.3 billion menerusi GST.

Arab Saudi dan UAE bergantung 90% hasilnya kepada minyak, dengan adanya GST maka kebergantungan terhadap hasil minyak dapat diminimakan. Beberapa negara lain juga akan mula perkenalkan GST iaitu Bahrain, Kuwait, Oman dan Qatar.

Ada dengar berita di negara negara yang perkenalkan ini rakyat turun ke jalan berdemonstrasi? Turun ke jalanan membantah dan meminta agar GST dihapuskan? Tidak ada, kerana apa yang dibuat kerajaan di negara itu adalah untuk menjamin pertumbuhan ekonomi terus berlaku dan rakyat terus dapat peluang pekerjaan.

Apa guna ada minyak murah seperti Venezuela, tetapi rakyatnya tidak ada pekerjaan? Itulah juga yang berlaku di Iran dan Mesir, orang turun ke jalan bila tiada pekerjaaan. Orang sanggup bakar diri sendiri seperti di Tunisia bila peluang kerja tiada. Tidak sama keadaan ekonomi negara yang bergolak ini dengan Malaysia.

Oleh kerana itulah, cubaan membuat demonstrasi di Sogo pada malam tahun baru baru baru ini disambut sepi oleh rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia lebih suka melayan percikan bunga api dan bersama keluarga di malam tahun baru. Sanggup bersesak dalam ‘jammed’ demi berhibur bersama keluarga.

Hanya pembangkang di Malaysia yang suka mengada ngadakan cerita karut tentang ekonomi Malaysia. Dulu sudah beberapa kali mereka kata ekonomi Malaysia hendak bankrup dan Malaysia jadi negara gagal, tetapi tidak menjadi juga tekaan mereka. Kali ini, mereka cuba takutkan rakyat pula dengan membuat cerita kononnya Malaysia akan tergadai kerana projek ECRL.

Mengaitkan projek ECRL dengan pelaburan Hambantota di Sri Lanka. Perbandingan yang jauh meleset sama sekali. Jauh berbeza ekonomi Malaysia dengan Sri Lanka.

Kerajaan Sri Lanka terjerumus dalam perangkap hutang kerana mereka mempunyai nisbah hutang berbanding KDNK setinggi 86.9%. Jauh berbeza, hutang Malaysia hanya 50.7% sahaja. Lebih buruk lagi, 43% daripada hutang Sri Lanka  didenominasikan dalam mata wang asing berbanding hanya 2.5% untuk Malaysia.

97.5% hutang kerajaan Malaysia berada dalam Ringgit dan kerajaan mengawal Ringgit. Malaysia tidak akan menghadapi masalah yang sama seperti Sri Lanka.Rizab Sri Lanka juga rendah pada AS$5.12bilion pada Mac 2017 berbanding rizab sebanyak AS$102.2 bilion yang dimiliki oleh Malaysia.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kos projek ECRL sebanyak RM55 bilion itu tidak terlalu tinggi jika mengambil kira bayaran secara ansuran selama 20 tahun dan mengambil kira saiz ekonomi Malaysia ialah RM1.3 trilion sekarang.

Kalau ekonomi Malaysia jadi semacam Sri Lanka, buat apa negara negara seperti Arab Saudi dan India hendak meniru sistem ekonomi yang ada di Malaysia? Sudah tentu mereka tidak mahu ikut. Kalau ekonomi Malaysia teruk, buat apa Arab Saudi melabur RM31 billion, India tandatangan RM158 billion MOU, China melabur RM144 billion dengan negara kita?

Buat apa pula susah susah pembangkang hendak rampas Putrajaya kalau negara ini sudah tiada apa apa dan bankrup, Buat apa susah susah seorang yang sudah berusia 93 tahun hendak jadi Perdana Menteri lagi kalau negara ini sudah tiada apa apa lagi. Bermaksud, semua tuduhan pembangkang terhadap ekonomi negara adalah bersifat persepsi dan propaganda semata mata.

Di Malaysia, semua demonstrasi yang pembangkang buat sepanjang 2017 gagal sama sekali. Semua ceramah yang pembangkang buat pun tidak ramai yang datang.

Pembangkang di Timur Tengah pun tidak mahu tiru demonstrasi yang dibuat pembangkang di Malaysia. Sebaliknya, kerajaan di negara negara Arab mahu tiru model ekonomi kerajaan Malaysia kerana ianya terbukti berada pada landasan yang betul.

Tulisan :
Beruang Biru
BB721, Selasa
2 Januari 2018

Thursday, December 28, 2017

BOBOI, BERSATU DAN KFA

ECK DAN BOLA SEPAK KEDAH..KOLONIALISM atau MENGANGKAT ASPIRASI?

1.Lojik macai pembangkang apabila disebut urusan bola Kedah apa jua yang berlaku adalah salah Presiden KFA.

2. Penolakan D Herbs selaku penaja satu ketika dahulu dek kerana syarat tidak masuk akal dikatakan kelemahan pengurusan Presiden KFA yang menolak tuah.

3. Kini tatkala ECK sebuah syarikat pemaju hartatanah yang dikenali ramai menaja pasukan Kedah maka ditohmah pula bahawa Presiden KFA menyerah tanah milik negeri dengan percuma.

4. Macai pembangkang atau pihak berkenaan perlu faham.
A. Penajaan adalah bertujuan mengangkat imej syarikat.
B. Penajaan adalah tentang strategi pemasaran syarikat apatah lagi jika sesebuah syarikat dapat bekerjasama dengan tim hebat seperti Lang Merah.
C. Penajaan juga adalah sebahagian dari agihan peruntukkan syarikat bagi melaksanakan CSR.
D. Penajaan juga membolehkan sesebuah entiti syarikat mengurangkan bayaran cukai korporat kepada kerajaan.

5. Logik macai berkenaan syarat penajaan ECK ditukarganti dengan pemberian tanah milik negeri juga jelas tersasar. PRESIDEN KFA dan barisan pengurusan termasuk ahli majlis KFA tiada kuasa meluluskan tanah milik kerajaan walau seincipun tanah pada mana mana penaja.

6. Urusan tanah perlu melalui prosedur yang rumit dan rigid termasuk penelitian oleh Majlis Tanah Negeri, Mesyuarat EXCO dan pelbagai lapisan birokrasi yang lain.

7. Sepertimana syarikat pemaju hartatanah yang lain ECK juga harus membida untuk mendapatkan apa jua projek awam di negeri ini dan dinegeri lain.

8. Malah semasa ECK mula menaja pasukan Kedah dipertengahan musim, pernah syarikat berkenaan membida sebuah projek pembangunan berasaskan utiliti di Kedah namun dalam senarai akhir gagal untuk membida projek berkenaan.

9. Ini adalah rencah biasa dalam perniagaan. Lantas jika tuduhan melulu dihamburkan pada ECK dan Presiden KFA berhubung perihal penajaan ini maka barangkali di satu masa nanti jika ada syarikat antarabangsa tersohor mahu menaja Kedah, maka sudah pastilah syarikat berkenaan akan berfikir dua kali sebelum mahu terlibat dalam kancah bola sepak Kedah.

10. Tuduhan melampau dan melulu samalah sepertimana lojik bahawa jika syarikat Samsung menaja Real Madrid dan Chelsea maka secara automatik syarikat berkenaan akan beroleh tanah dan pelbagai anugerah projek di Sepanyol dan United Kingdom.

11. Sudah sampai masanya macai pembangkang, segelintir penyokong yang menjadi alat orang tertentu berlapang dada dan meraikan kesungguhan Puan Sri Giney Chew dan ECK yang komited dan mahu ikutserta dalam menjayakan misi pembangunan bola sepak negeri.

12Kejayaannya mengusahakan hasrat peminat membawa Ramon Marcote dengan persetujuan Presiden KFA dan komitmen ECK menjadi rakan strategik KFA demi menjulang aspirasi peminat bola tempatan jikapun tidak dihulurkan ucapan terima kasih, maka tidak perlulah ditohmah dengan tuduhan jijik yang menjatuhkan imej ECK.

13. Pembangkang bisa berkata apa sahaja kerana mereka tiada punya tanggungjawab terhadap kesinambungan dan kelestarian pasukan bolasepak Kedah, KFA mahupun sebagai sebuah kerajaan. BAHKAN sebenarnya mereka jugak tidak sekali sekali ada raja tanggungjawab pada Rakyat dan peminat hijau kuning. Selagi bole disensasikan dari sudut sudut negatif dan buruk mereka akan terus lakukan DEMI TERUS MEMPOLITIKAN BOLASEPAK KEDAH dan memburukan pengurusan KFA dan Kerajaan sedia ada. 

14. Untuk makluman, bajet KFA 2017 adalah sebanyak 27juta. namum diakhir musim, dek 'good management' pengurusan kewangan,  KFA berjaya menjimatkan 2 juta dari bajet yang diluluskan malah telah merebut 9 Anugerah tertinggi bolasepak Negara.  Tahniah KFA!! . Malah, selepas selesai kongres KFA baru baru ini. Bajet KFA 2018 telah meluluskan bajet berjumlah RM30j untuk musim ini.

15.Oleh yang demikian, Saya cabar macai  pembangkang jika mereka mempunyai solusi mahupun penaja lain yang mungkin tiada berkepentingan contohnya OPCOM,SAPURA Kencana Petroleum, PETRON mahupun ST. MIGUEL dan kroni kroni mereka yang sangat pandai berniaga dan kini berada di mahkota kekayaan sila kemukakan permohonan pada KFA untuk 'bersedekah' pada keperluan tuntutan kewangan KFA dan tim Lang Merah kesayangan 2juta rakyat Kedah.

#KOLONIALISMVSASPIRASI
#KFAaspirasiRakyat
#lenayangberkualiti.
#bilashahabudinberbicara

Wednesday, December 27, 2017

IMDB BERJAYA KEKAL TARIF ELEKTRIK

Tarif Elektrik Kekal Sehingga 2020, 1MDB Buat Jasa Lagi

Berita kerajaan mengekalkan kadar tarif elektrik bermula tahun depan hingga 2020 adalah satu perkhabaran yang menggembirakan untuk rakyat Malaysia.  Bagi pengguna di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pula, kadar sekarang iaitu 34.52 sen/kWj turut dikekalkan sehingga 30 Jun tahun depan.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili, dipetik akhbar Utusan Malaysia. Keputusan dicapai pada Mesyuarat Kabinet, 13 Disember lepas. 

“Secara keseluruhannya, kerajaan telah memberikan rebat berjumlah RM6.3 bilion kepada pengguna di Semenanjung bagi tempoh Mac 2015 hingga Jun 2018,” katanya.

Kali terakhir tarif elektrik dinaikkan adalah pada Januari 2014.

Begitupun, disebalik beberapa faktor yang menyumbang kepada berita gembira ini, satu faktor yang tidak boleh ditepikan ialah peranan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Syarikat berkenaan yang kerap menjadi sasaran pembangkang untuk memburukkan kerajaan telah berjaya menamatkan penguasaan berat sebelah syarikat Penjanaan Tenaga Bebas (IPP) yang dilaksanakan bermula pada zaman Mahathir.  

Penguasaan berat sebelah bermaksud, syarikat (IPP) untung, rakyat rugi.

Dimana pada waktu itu, syarikat-syarikat tertentu sahaja diberi hak yang pada peringkat awalnya untuk menguruskan stesen janakuasa elektrik tambahan kepada stesen janakuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedia ada, sebelum TNB di akhirnya terpaksa membayar dengan harga tinggi untuk mendapatkan sumber tenaga elektrik tambahan.

Yang mendapat beban ialah rakyat.  Jika tarif tidak dinaikkan sekalipun, kerajaan perlu membayar pampasan berbilion ringgit kepada syarikat IPP dan sekali lagi rakyat juga yang terpaksa menanggung bebannya kerana mengikut persepsi umum, “wang kerajaan adalah juga wang rakyat”.

Atas sebab itulah maka 1MDB ditubuhkan, antara lain untuk menamatkan semua perjanjian tidak masuk akal era Mahathir seperti perjanjian IPP ini,

Selepas 1MDB berjaya melakukannya dengan pelbagai pengambilalihan melalui Edra sejak 2013, dakwaan perjanjian berat sebelah IPP dan kaitan dengan kroni tidak lagi menjadi isu politik buat pertama kali sejak 1994.

Tetapi Pakatan beralih kepada menyerang 1MDB dengan dakwaan kononnya hutang 1MDB akan membebankan rakyat untuk jangka masa Panjang.  Fakta bahawa 1MDB Berjaya melepaskan rakyat dari cengkaman tidak adil perjanjian IPP ini yang turut menjadi senjata politik mereka berpuluh tahun lamanya, dilupakan.

Hakikatnya, berlawanan dengan dakwaan Pakatan, 1MDB telah memudahkan hidup rakyat seperti dapat dilihat semalam bila kerajaan bersetuju mengekalkan kadar tarif elektrik pengguna di Semenanjung sebanyak 38.53 sen setiap kilowatt-sejam (kWj) untuk tempoh tiga tahun.

Perkara ini tidak mungkin dapat dilakukan kalau perjanjian berat sebelah IPP era Mahathir ini masih lagi berkuatkuasa.

Keputusan semalam sebenarnya selari dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Oktober lepas dimana Perdana Menteri menjelaskan bahawa dana dari 1MDB akan digunakan untuk menyelesaikan isu daripada perjanjian kuasa berat sebelah yang sebenarnya merugikan rakyat.

“Apabila 1MDB memasuki industri itu, ia pembida terendah dalam semua perjanjiannya, dengan itu menjimatkan Malaysia sebanyak RM200 bilion dalam 20 tahun akan datang.

Itupun belum tentu lagi tarif akan naik selepas akhir tahun 2020 kerana ada lagi faktor lain yang boleh mempengaruhi perubahan tarif seperti harga minyak dunia, arang batu dan sebagainya yang digunakan untuk menjana tenaga elektrik.

Di akhirnya, lebih banyak pembangkang memfitnah dan memburukkan 1MDB serta Najib, lebih banyak peluang dan kebaikan dari kerajaan ditunjukkan kepada rakyat supaya rakyat boleh membezakan antara batil dan kebenaran dalam pentadbiran Najib serta Barisan Nasional (BN).

Idea dari Najib untuk berbuat baik kepada rakyat melalui 1MDB akhirnya terbukti apabila kerajaan mengekalkan kadar tarif elektrik yang ada untuk kepentingan rakyat.  Kita tunggu Pakatan keluar kenyataan untuk menafikan perkara ini – itupun kalau boleh.

Beruang Biru
BB715, Rabu
27 Disember 2017

Tuesday, December 26, 2017

FELDA PELURU TERAKHIR BERSATU?

1MDB Sudah Tiada Isu, Apa Yang Perlu Dialihkan?

Dakwa PPBM, isu tanah Felda di Jalan Semarak ini sengaja ditimbulkan pemerintah untuk mengalih perhatian rakyat dari perkara berkaitan 1MDB.  Persoalannya, apa keperluan kerajaan untuk mengalih perhatian rakyat bila 1MDB tidak mempunyai apa-apa isu yang boleh dipolemikan lagi?

Pelbagai siasatan yang dijalankan di dalam dan luar negara menunjukkan, tiada sebarang kes yang boleh dikaitkan dengan 1MDB.  Buktinya, sehingga sekarang, satu pendakwaan di Mahkamah pun tidak dikenakan terhadap syarikat tersebut

Sebaliknya, Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak menunaikan janjinya dengan membenarkan siasatan dijalankan sedalam-dalamnya ke atas 1MDB termasuk oleh pembangkang sendiri melalui wakil mereka dalam PAC.

Isu 1MDB ini sebetulnya sudah selesai dan semua dakwaan pernah dibangkitkan oleh Mahathir telah dibuktikan sebagai tidak benar.  Salah satu bukti kemajuan ialah 1MDB bakal selesaikan bayaran kedua sebanyak AS$602 juta termasuk faedah kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) pada atau sebelum tarikh akhir 31 Disember.

Kalau pun ada ‘skandal’ yang terdedah dalam isu ini, ia adalah melibatkan IPIC, melalui arahan agar 1MDB membayar caj perkhidmatan oleh syarikat itu, kepada Abrar Pjs Investment – syarikat yang sebenarnya tidak wujud.  Ini bukan masalah 1MDB kerana 1MDB hanya membayar kepada siapa yang diarahkan IPIC untuk perkhidmatan yang telah diberikan.

Tentang kenyataan Peguam Negara Amerika Syarikat, Jefferson Session berkenaan 1MDB yang dijadikan senjata oleh Pakatan, sebetulnya beliau hanya mengulas laporan yang diterima DoJ berkaitan perkara tersebut dalam forum yang membincangkan tentang penggubahan wang haram – tuduhan yang Mahathir cuba kaitkan ke atas 1MDB melalui laporan yang dibuat oleh pengikutnya sendiri.

Ini tidaklah membuktikan apa-apa kerana walaupun di Amerika Syarikat, masih Mahkamah yang akan membuat keputusan wujud sebarang kesalahan atau tidak, bukan pejabat Peguam Negara. 

Tak hairanlah kenapa sehingga sekarang tidak ada sebarang pendakwaan terhadap 1MDB mahupun sesen harta yang telah dirampas dari syarikat tersebut, dilakukan di Amerika Syarikat atau mana-mana satu dari 7 negara asing dimana laporan mengenai 1MDB dibuat. 

Memetik kata Jeff Session sendiri, harta yang dirampas akan dipulangkan kembali kepada negara asal, jika ada, berapa nilai wang yang sudah rakyat kita terima dari kes berkenaan?  Tidak ada.

DoJ sendiri perlu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang betul bersabit tindakan mereka yang mengemukakan saman sivil terbaru untuk merampas tambahan aset AS$540 juta yang didakwa diperoleh dengan dana diseleweng dari 1MDB.

Justeru apa keperluan kerajaan menggunakan isu tanah Felda di Jalan Semarak untuk mengalihkan perhatian rakyat dari 1MDB?

Sebetulnya, Pakatan, terutama PPBM, sudah nampak isu tanah Felda di Jalan Semarak ini tidak mampu menggugat kerajaan.  Semua orang tahu sekarang bahawa dalam isu berkenaan, Felda yang ditipu syarikat yang diberi kuasa memajukan tanah tersebut, bukan kerajaan menipu Felda atau Felda menipu peneroka atau Felda menipu Felda.

Diakhirnya, tindakan pihak pembangkang mahu memburukkan nama baik Perdana Menteri melalui 1MDB bukan sahaja tidak menjadi malah terbukti gagal. Jadi, tidak mustahil dalam beberapa hari ini pembangkang akan mencari dan menggunakan isu baharu pula.

Sebab pembangkang tidak akan mampu hidup sekiranya tiada isu untuk mereka pergunakan bagi memperbodoh rakyat di Malaysia. Namun dalam masa yang sama mereka sudah semakin tumpul dan muflis. Semua propaganda dan serangan mereka telah berjaya dipatahkan oleh pasukan kerajaan.

Jika rakyat terus percaya kepada pembangkang, nescaya negara kita akan hancur dan dikuasai oleh mereka yang diktator, kronisme dan sekularisme.

Tulisan :
Beruang Biru
BB713, Selasa
26 Disember 2017

Sunday, December 24, 2017

CINA BENCI NAJIB

Terima kasih PERDANA MENTERI...

MANSUH IPP MANSUH AP PUNCA MAHATHIR DESAK NAJIB LETAK JAWATAN!!!

Malaysia Today pernah melaporkan, Francis Yeoh memperolehi pendapatan berjumlah RM15 sehingga 29 bilion sepanjang 21 tahun menerusi syarikatnya YTL Power Generation Sdn. Bhd dan bakal memperolehi RM25 sehingga 30 bilion lagi sekiranya kerajaan bersetuju untuk menyambung Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan Tenaga Nasional Bhd untuk selama 25 tahun lagi, sepertimana yang diminta oleh YTL.

Perdana Menteri Najib Abdul Razak, bagaimanapun, enggan melayan permintaan YTL untuk memanjangkan kontrak dan pada 1 Oktober 2015, YTL menyaksikan kilang duitnya telah 'ditarik balik'.

1MDB bukan sahaja membeli janakuasa IPP milik YTL tetapi juga pengeluar-pengeluar tenaga yang lain. Sekiranya mereka enggan menjual kepada 1MDB, pengeluar-pengeluar tenaga itu juga akan menerima nasib yang sama seperti YTL Power memandangkan kebanyakan PPA untuk IPP-IPP tersebut sudah hampir sampai ke tarikh luput.

Dilaporkan 1MDB telah membayar RM18 bilion untuk memperolehi baki IPP yang lain. Sekiranya IPP-IPP tersebut tidak diambilalih, kerajaan terpaksa membayar 10 atau 20 kali ganda nilai asal IPP tersebut kepada pengeluar-pengeluar tersebut untuk 25 tahun akan datang.

Malaysia Today turut mendedahkan bahawa 10% pendapatan YTL sahaja datangnya daripada IPP tersebut, manakala Ananda Krishnan, Genting dan Keluarga Diraja Negeri Sembilan turut memperolehi pendapatan berbilion-bilion ringgit daripada perniagaan IPP. 

Jadi, tidak hairanlah mengapa kumpulan yang rapat dengan Tun Dr. Mahathir, yang menguasai kemewahan daripada penjualan tenaga IPP selama ini, secara tiba-tiba melihat dan memomok-momokkan 1MDB sebagai sebuah entiti berhantu sehinggakan kempen agar Najib diturunkan daripa jawatan Perdana Menteri, giat dijalankan. 

PPA inilah juga yang menyebabkan Allahyarham Anie Arope meletakkan jawatan sebagai Pengerusi TNB kerana tidak bersetuju dengannya. Malah TNB dan Petronas juga, bukan suatu rahsia, juga tidak gembira dengan PPA yang menurut mereka terlalu banyak lompat dan tidak lebih daripad sekadar 'lesen mencetak duit' semata-mata.

Lebih 20 tahun kemudian, Najib berjaya mengakhiri kontroversi ini. Sekaligus mematikan 'angsa emas' kumpulan-kumpulan tertentu sehingga sakit hati tersebut memunculkan kempen menurunkan Najib daripada jawatan Perdana Menteri dan keburukan 1MDB kepada negara. 

Kata Malaysia Today lagi, bukan hanya IPP sahaja yang 'dibunuh' oleh Najib, tetapi ada lagi 'angsa emas' yang turut menerima nasib yang sama iaitu AP untuk kenderaan-kenderaan import dan golongan penyedut darah rakyat Malaysia selama lebih 30 tahun.

Terdapat dua jenis AP yang dikeluarkan oleh MITI. Salah satunya adalah AP francis yang diberikan kepada pemegang francis jenama-jenama kereta yang didaftarkan dengan MITI dan satu lagi adalah AP terbuka (untuk Bumiputera sahaja) bagi mengimport sebarang jenama kereta untuk dijual di pasaran Malaysia.

Jumlah keseluruhan AP yang dikeluarkan setiap tahun, sepatutnya hanya 10% daripada jumlah keseluruhan kereta yang dipasang di dalam kereta bagi tahun sebelumnya dan 60% AP telah diberikan kepada pemegang AP terbuka Bumiputera manakala 40% lagi diberikan kepada pemegang franchise.

Pada tahun 2005, kontroversi 'Raja AP' telah muncul apabila didedahkan, hanya beberapa orang individu sahaja yang memonopoli perniagaan AP. Dilaporkan, antara mereka yang menjadi Raja AP termasuklah Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim dan Datuk Seri Mohd Haniff Abdul Aziz.

Mereka telah berjaya memperolehi 33,218 AP (lebih kurang 50.1% daripada jumlah keseluruhan 66,277) bagi tahun 2004 dan 28,283 AP (atau 41% daripada 68,330) untuk tahun 2005 sahaja, menurut senarai yang didedahkan oleh kerajaan. Berdasarkan kepada anggaran jualan kasar RM30,000 bagi setiap AP, perolehan daripada perniagaan ini adalah RM996 juta secara keuntungan bagi tahun 2004 dan RM848 juta bagi tahun 2005.

Jumlah keseluruhan perniagaan AP adalah lebih kurang RM2 bilion setahun atau lebih kurang RM65 sehingga 80 bilion semenjak kali pertama ia diperkenalkan kembali apabila Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri (dan apabila dia mengimplementasi sistem berkenaan). Menurut maklumat dari industri permotoran, AP telah menghasilkan kenaikan harga kereta sebanyak 20% berbanding harga sebenar memandangkan para pembeli kereta akan memberi subsidi kepada pemegang-pemegang AP secara tanpa sedar.

Bolehlah dikatakan AP dan IPP salah satu cara merompak wang rakyat secara berlesen oleh Tun Mahathir melalui kroni kroninya.

Tulisan
Rozmi Mokhtar

Friday, December 22, 2017

MELAYU BERSOLIDARITI UNTUK PALESTINE

Rakyat Malaysia Bersolidariti Bantah
Baitulmaqdis Jadi Ibu Negara Israel

Semalam di United Nation, 128 negara menolak cadangan Trump untuk jadikan Baitulmaqdis ibu negara Israel. Hanya 9 negara yang sokong cadangan Trump itu. 35 negara lagi berkecuali.

Malaysia antara yang paling awal dan konsisten dalam memperjuangkan isu ini. Keberanian Datuk Seri Najib dalam memperjuangkan isu Palestin ini tidak perlu dipersoal lagi oleh pembangkang. Datuk Seri Najib adalah sesatunya Perdana Menteri Malaysia yang memijak kaki ke bumi Palestin.

Hari ini suara rakyat Malaysia bergema menentang tindakan Amerika Syarikat (AS) mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Hari ini juga menyaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi mengulangi ketegasan pendirian Malaysia yang akan terus teguh dan konsisten menolak keputusan AS itu sampai bila-bila.

Bukan itu sahaja, suara menerusi Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis yang diadakan di Putrajaya ini menyaksikan bagaimana UMNO sedia sepentas dengan pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) yang lain atas nama Islam, demi mempertahankan Palestin daripada penindasan oleh rejim Zionis.

Malah bagi Najib sendiri, meskipun Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump merupakan kenalan baiknya namun prinsip pertama maqasid syariah iaitu menjaga agama Islam adalah jauh lebih penting.

``Kita ada maruah kita, sedikit sebanyak kita ada kekuatan kita. Apatah lagi kalau umat Islam di negara ini bersatu padu,'' demikian kata Perdana Menteri.

Ia sekali gus menolak sindiran dan tuduhan pembangkang bahawa beliau tidak berani bertindak disebabkan hubungan baiknya dengan Trump.

Orang yang menulis di blog mengecam Najib itu hadir juga di masjid Putrajaya. Namun ketika himpunan diadakan, Mahathir hilang entah ke mana. Ambil gambar, kemudian bagi Malaysiakini buat "story" dan terus hilang. Barangkali takut sepentas dengan pemimpin Islam lain. Takut kena marah dengan DAP barangkali.

Ternyata apa yang dinyatakan oleh Najib telah membuktikan bahawa beliau tidak akan berganjak daripada prinsip membawa suara Malaysia yang menentang pengiktirafan Trump yang mengisytihar Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Najib turut menegaskan bahawa perhimpunan itu adalah mesej yang jelas dan tegas kepada dunia bahawa Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Trump itu.

Ironinya ketika Malaysia mengadakan himpunan solidariti ini, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula telah memberikan tamparan hebat kepada langkah Amerika Syarikat.

Dalam pengundian pada sidang tergempar Perhimpunan Agung PBB, 128 buah negara mengundi menyokong resolusi PBB menentang langkah AS itu manakala hanya sembilan menolaknya termasuk Israel dan AS. 35 buah negara lain berkecuali.

Sesi mesyuarat tergempar itu diadakan bagi membincangkan status Baitulmaqdis selepas Amerika Syarikat menggunakan kuasa vetonya terhadap gesaan awal yang digubal oleh Mesir agar Washington menarik balik keputusannya mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Susulan kepada keputusan PBB itu, Trump mengugut untuk menghentikan bantuan kewangan kepada negara yang menyokong draf resolusi PBB berhubung isu Baitulmaqdis tersebut.

Namun seperti kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Malaysia tidak mahu terikat dalam tindakannya berdepan ugutan Amerika Syarikat terhadap negara-negara yang memberi undi menolak resolusi pengiktirafan negara itu untuk menjadikan Baitulmaqdis ibu negara Israel.

Malah Malaysia juga katanya bukanlah penerima bantuan ekonomi yang besar daripada Amerika dan hanya menerima bantuan teknikal dari segi keselamatan dan pertahanan.

Justeru, kepada pembangkang yang sering menipu rakyat dengan menyatakan Perdana Menteri dan kerajaan tunduk kepada Amerika Syarikat, sila betulkan kenyataan anda. Sebaliknya pembangkang yang mengharapkan sokongan AS dalam banyak perkara termasuk isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan usaha pembebasan Anwar Ibrahim.

Jangan lupa akan fakta berkenaan. Siapa yang mengharapkan sokongan siapa sekarang? Najib sudah buktikan beliau berpendirian tegas, bagaimana pula dengan pembangkang?

Hendak duduk sama sepentas dengan NGO Islam pun takut. Parti Melayu dalam pembangkang lebih takut pada DAP. Mereka hendak duduk atas pentas pun kena tanya DAP dulu. Sampai begitu sekali mereka takut pada DAP.

Tulisan :
Beruang Biru
BB712, Jumaat
22 Disember 2017

Tuesday, December 19, 2017

SIDANG MEDIA MENANGKIS FITNAH BANK NEGARA RUGI FOREX

SIARAN AKHBAR OLEH MENTERI KEWANGAN II
RIZAB ANTARABANGSA MALAYSIA (2013-2015)

1. Saya merujuk kepada dakwaan Tun Mahathir baru-baru ini dalam video yang dipaparkan di YouTube bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) telah kerugian AS$39.6 bilion antara tahun 2013 dan 2015 dalam menguruskan rizab antarabangsa negara. Dakwaan ini telah menyebabkan banyak kebingungan di kalangan orang ramai dan saya ingin memperbetulkan fakta-fakta ini.

2. Kerugian yang dikatakan sebanyak AS$39.6 bilion itu sebenarnya adalah jumlah yang mencerminkan penurunan dalam rizab antarabangsa disebabkan aliran keluar dana asing dari Malaysia dan bukannya kerugian akibat perdagangan forex. Aliran keluar ini disebabkan oleh kebimbangan terhadap prospek pertumbuhan global yang lemah, jangkaan pemulihan dasar kewangan di AS dan penurunan mendadak harga minyak dunia. Dalam tempoh ini, aliran keluar modal bukan sahaja unik kepada Malaysia tetapi juga menjejaskan pasaran baru muncul termasuk Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, India, China, Korea Selatan dan Taiwan.

3. Semua faktor luaran ini telah mendorong pelabur asing untuk mencairkan pelaburan mereka dalam pasaran stok dan bon kita. Ini seterusnya menyebabkan permintaan yang lebih tinggi untuk USD berbanding dengan ringgit apabila pelabur asing menukarkan dana sedemikian ke dalam USD dan membawa pulang yang sama ke negara masing-masing. Dalam tempoh ini, BNM menyediakan kecairan USD kepada pelabur asing sebagai pertukaran untuk ringgit dan ini tentunya berbeza daripada aktiviti dagangan forex yang spekulatif yang dilakukan pada awal 1990-an.

4. Sistem pengurusan rizab semasa oleh BNM telah berfungsi dengan sangat baik dan pasaran kewangan dalam keadaan teratur dan stabil meskipun aliran keluar modal yang besar. Memandangkan asas kita yang kukuh, penurunan rizab dalam tempoh 2013-2015 tidak mempunyai kesan material terhadap fungsi ekonomi Malaysia serta kedudukan kewangan bank pusat. Malah, BNM terus mencatatkan keuntungan bersih yang sihat sepanjang tempoh itu tidak seperti pada tahun 1993 apabila kerugian operasi bersih dicatatkan disebabkan aktiviti perdagangan forex spekulatif.

5. Saya harus menekankan bahawa rizab antarabangsa kekal sebagai penampan penting terhadap kejutan luar dan adalah penting dalam mengekalkan persekitaran operasi yang stabil dalam ekonomi domestik. Sejak itu, rizab antarabangsa Malaysia telah meningkat. Pada akhir November 2017, rizab antarabangsa kita berjumlah AS$101.9 bilion dan mencukupi untuk menyokong 7.5 bulan import tertangguh. Jumlah rizab semasa adalah lima kali ganda lebih besar daripada AS$21.7 bilion yang dicatatkan pada tahun 1997 yang hanya dapat menyokong 3.4 bulan import tertangguh.

6. Dakwaan yang dibuat dalam video bahawa BNM telah cuai dalam menguruskan rizab antarabangsa dalam tempoh 2013-2015 bukan sahaja melulu tetapi juga merupakan usaha untuk menjejaskan mandat institusi BNM untuk menjaga kestabilan ekonomi dan kewangan negara dengan mewujudkan keraguan dan salah tanggapan di kalangan masyarakat umum. Daripada terpedaya dengan dakwaan sedemikian yang berpotensi memecahbelahkan kita, adalah lebih baik kita bekerjasama untuk menghasilkan ekonomi yang kukuh dan mampan untuk manfaat generasi masa depan kita.

DATUK SERI JOHARI ABDUL GHANI
MENTERI KEWANGAN II
19 Disember 2017

SEMUA TAHUN MAHATHIR BERGADUH DENGAN SEMUA MAKHLUK ALLAH KECUALI HAIWAN

Pembangkang Sudah Kehabisan Modal, Tuduh IMF Pula Sebagai Makan Dedak

Bila minyak tidak naik, Datuk Seri Najib dapat pula pengiktirafan dari Bahrain dan kedudukan ekonomi negara makin kukuh, maka habislah modal pembangkang.

Arab Saudi perkenalkan The Citizen Account’ yang menyerupai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Jokowi memperkenalkan Kad dikenali sebagai Kartu Keluarga Sejahtera dan Kartu Indonesia Sehat itu menyerupai konsep Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) pada Januari 2014.

Selepas Indonesia melaksanakannya, kerajaan Thailand pula meniru kaedah yang dilakukan oleh Malaysia ini pada 10 Disember 2016. Arab Saudi, Indonesia dan Thailand telah meniru BR1M yang dibuat oleh Malaysia.

Maka tidak salah Moody's, Bloomberg, The Economist, Bank Dunia dan IMF memuji dan memberikan penarafan yang baik pada cara pengurusan ekonomi yang dibuat Datuk Seri Najib.

Pembangkang Pakatan Harapan (PH) yang sudah lama kehabisan sumber untuk menghentam kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat satu lagi tuduhan tidak berasas apabila menyatakan laporan unjuran kewangan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) adalah berat sebelah dan memihak kepada Malaysia.

Tuduhan pembangkang ini melalui Ahli Parlimen PKR-Kelana Jaya, Wong Chen memperlihatkan seakan-akan PKR menuduh badan dunia itu makan dedak untuk membuat laporan yang baik berkaitan Malaysia.

Beliau kononnya mencabar IMF untuk mencadangkan modul ekonomi yang dilaksanakan oleh Najib kepada negara lain supaya dijadikan contoh tapi menurut Wong, IMF sudah pasti tidak akan berbuat demikian. Dalam laporan berkenaan, pertumbuhan KDNK Malaysia diunjurkan oleh IMF pada 5.5 dan 6 peratus pada 2017 dan 5 peratus dan 5.5 peratus pada tahun 2018.

Menurutnya, IMF mengenepikan etika profesionalisme dan gagal menerbitkan laporan yang komprehensif.

Bagaimanakan Malaysia sebuah negara yang kecil dan membangun boleh mempengaruhi IMF iaitu sebuah organisasi antarabagsa yang menyelia sistem kewangan dunia dengan mengiku polisi makroekonomi negara anggota, terutama yang memberi kesan kepada kadar pertukaran asing dan imbangan pembayaran.

Lebih dari itu, IMF juga memberi bantuan kewangan dan teknikal kepada negara anggota yang menjadikan organisasi ini sebagai peminjam antarabangsa terakhir dan ia beribu pejabat di Washington DC, Amerika Syarikat.

Dengan rizab Malaysia yang kecil mana mungkin boleh beri dedak kepada IMF sehingga mempengaruhi mereka menulis laporan memihak kepada Malaysia.

Dua hari lepas, IMF menyatakan bahawa Malaysia sedang menuju ke arah yang betul dalam Laporan IMF berkenaan unjuran pertumbuhan KDNK sebenar negara pada 2017.

Najib yang juga Menteri Kewangan, merujuk kepada laporan IMF baru- baru ini yang menyatakan bahawa pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia meningkat, didorong oleh permintaan domestik dan eksport yang teguh.

IMF menyatakan bahawa agenda pembaharuan struktur komprehensif pihak berkuasa, yang dibentangkan dalam Rancangan Malaysia ke-11, yang memberi tumpuan terhadap usaha menambah produktiviti dan hasil pasaran tenaga kerja, akan membantu meningkatkan pertumbuhan jangka sederhana dan meningkatkan taraf hidup.

Pasukan IMF, yang diketuai oleh Nada Choueiri, melawat Kuala Lumpur dan Putrajaya dari 28 Nov hingga 8 Dis 2017 untuk mengadakan perbincangan bagi Rundingan Artikel IV 2018 dengan Malaysia.

Dalam satu kenyataan selepas akhir lawatan itu, Choueiri menyatakan ekonomi Malaysia telah menunjukkan daya tahan pada tahun-tahun kebelakangan ini dan terus berjalan dengan lancar.

Apa yang didakwa oleh PKR semuanya tidak berasas dan tidak ada bukti kerana PKR memang gemar melakukan perkara itu. Kali ini ia dilakukan oleh Wong iaitu Ketua Biro Perdagangan dan Pelaburan PKR. Selalunya, hal-hal ekonomi, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang buat tuduhan dan dakwaan.

Tuduhan Rafizi ke atas syarikat Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC). Begitu pantas cerita bohong Rafizi dapat dipatahkan oleg Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad.

“Laporan berita itu menyatakan pemilikan semasa Hotel Grand Plaza Kensington dimiliki syarikat yang didaftarkan di British Virgin Islands (BVI) yang dinamakan FIC London Hotel (Private) Limited.

“Hakikatnya tarikh 13 Oktober yang dipetik Rafizi adalah tarikh salinan diakui sah (CTC) menyatakan dua aset di London itu masih dimiliki FIC.

“Ini (dakwaan Rafizi) adalah maklumat palsu berasaskan berita tak tepat. Sebagai pakar, dia perlu menentukan maklumat itu betul, tetapi dia silap rujuk tarikh salinan saham syarikat.

“Kalau kita profesional dan pakar percukaian, kena semak semua perkara sebelum membuat andaian,” katanya menghentam Rafizi.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang buat-buat tidak tahu pada kerugian RM31 bilion ketika jadi Perdana Menteri kerana skandal dagangan mata wang asing (Forex) dalam inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) lebih keji apabila cuba menafikan bukti kukuh dari IMF yang buat laporan benar berdasarkan fakta dan statistik sebenar berkaitan pembangunan negara.

Apabila sudah kehabisan modal, masih mahu buat fitnah dan tuduhan palsu, PKR dan PH boleh bersiap sedia untuk bungkus dan tutup kedai selepas kalah teruk pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti. Rakyat sudah muak dengan cerita persepsi dan fitnah yang berlebih lebihan yang dibuat pembangkang.

Tulisan :
Beruang Biru
BB702, Isnin
18 Disember 2017

Saturday, December 16, 2017

IMAMS HANYA RM90, TUNAI UMRAH DENGAN AMAN

Dari Syed Agil Jamalullail
rupa-rupanya RM90.10 BUKAN GST umrah.. GST hanya RM5.10, tu pon bukan utk mengerjakan umrah, tapi ianya 6% GST utk takaful umrah dan perkhidmatan sistem IMAMS.

tidak benar ada unsur mendapatkan untung mudah.. ianya RM40 caj  takaful umrah, RM45 caj sistem IMAMS. keadilan kpd pembina sistem IMAMS juga perlu utk mendapat bayaran atas kepakaran mereka

RM45 IMAMS anda akan dpt servis berikut;

1. semaka kesahihan syarikat, pakej umrah, sub ejen, harga pakej, pengesahan visa dan sebagainya;
2. pusat panggilan (call centre) 24 jam;
3. Pantau pergerakan jemaah semasa mengerjakan umrah untuk ahli keluarga jemaah di Malaysia;
4. Ada ‘panic button’ kalau2 ada kecemasan;
5. Saluran membuat aduan atau komplen para jemaah
6.  panduan mengerjakan umrah secara digital dan tidak perlu membawa buku;
7. Database rasmi untuk permohonan Visa Umrah yang akan diproses oleh Konsul Kedutaan Besar Arab Saudi di Malaysia.

RM40 takaful umrah, anda dpt perlindungan berikut;

1. perlindungan kemalangan diri dan khairat kematian.
2. Perlindungan (kehilangan bagasi/ barang peribadi)
3. Perlindungan Perubatan
4.  Perlindungan khidmat pemindahan kecemasan.
5. Perlindungan bayaran balik sepenuhnya deposit tiket perjalanan (sekiranya pembatalan perjalanan berlaku yang -- bukan disebabkan visa ditolak.)