Showing posts with label Lim Guan Eng Rasuah. Show all posts
Showing posts with label Lim Guan Eng Rasuah. Show all posts

Friday, February 23, 2018

PH MEMANG MUSIBAT

Indeks Rasuah Meningkat Kerana Ramai Pemimpin Pembangkang Ditangkap SPRM

Kemerosotan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2017 yang turun ke kedudukan ke-62 daripada 180 buah negara berbanding kedudukan ke-55 pada 2016 adalah disebabkan oleh pemimpin pembangkang yang rasuah.

Oleh kerana tindakan SPRM yang agresif, ramai pemimpin pembangkang ditangkap atas pelbagai skandal dan dakwaan rasuah. Kalau SPRM tidak ambil tindakan yang pro-aktif, pemimpin-pemimpin pembangkang ini akan terus mengamalkan rasuah sesuka hati mereka.

29 Jun 2016 - Tangkapan paling besar dan sensasi tahun itu apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dari DAP ditahan oleh SPRM kerana terlibat rasuah. Lebih memalukan dia ditahan SPRM sebaik selesai mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Negeri di Bangunan Komtar.

Beliau yang merupakan Setiausaha Agung DAP ditahan kerana kes pembelian banglonya di Jalan Pinhorn yang mencetuskan kontroversi kerana dibeli harga murah bawah harga pasaran semasa. Sudahnya, Guan Eng didakwa di atas dua tuduhan rasuah kerana salah guna kuasa isu status tanah dan pembelian banglo.

Sampai ke hari ini, dua kes rasuah itu masih di mahkamah. Guan Eng seolah takut untuk mempercepatkan proses kes rasuahnya di mahkamah itu.

Kalau tidak bersalah kenapa takut? Takut masuk penjara awal kerana bersalah?. Orang kalau tidak bersalah akan berusaha bersungguh sungguh selesaikan kes yang ada.

Itu tidak berlaku pada Guan Eng. Bermakna Guan Eng tahu dia silap dan bersalah. Lihat mukanya masa kena tahan sudah tahu dia memang bersalah.

13 April 2017 - Orang kanan dan proksi kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin iaitu Ketua Angkatan Muda PKR, Ampang, Adam Rosli ditahan SPRM kerana memiliki kekayaan luar biasa. Adam disiasati di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasaan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Beliau ada kekayaan luar biasa sampai mampu miliki banglo mewah sebesar "Disneyland" serta beberapa kereta mewah.

Bila ditanya dapat duit dari mana? Dia kata pinjam along. Kemudian pembohongannya itu terbongkar bila "along" tersebut menafikan beri pinjam duit kepadanya.

1 Ogos 2017 - Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Zahid Mat Arip pula ditangkap oleh SPRM kerana terlibat dengan rasuah. Zahid Mat Arip ini adalah "kaki pukul" Mahathir dalam PPBM. Suka hentam orang, alih alih dia yang kena tangkap bab rasuah.

12 Ogos 2017 - Selepas Guan Eng, Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh pula ditahan oleh SPRM berhubung siasatan kes kilang haram di Sungai Lembu di Bukit Mertajam.

Guan Eng kemudian membuktikan kerajaan DAP Pulau Pinang memang ada kaitan mencurigakan dengan kilang haram kerana menangguhkan tindakan ke atas premis haram terbabit.

Dasar menangguhkan tindakan ke atas struktur haram itu dibuat secara sengaja. Apakah kerajaan DAP ada kepentingan dalam kilang haram itu? Sampai mati 7 orang kampung sebab kilang haram tersebut.

19 Oktober 2017 - Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ditahan oleh SPRM berkaitan siasatan penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah yang berjumlah RM1.5 bilion. Turut ditahan Ketua Pemuda Warisan dan Naib Presiden Warisan Sabah.

30 November 2017 - SPRM cekup anak saudara kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali atas tuduhan rasuah melibatkan projek lombong pasir. Dia direman pada masa itu di bawah Seksyen 16(a) Akta SPRM. Dalam kes itu, beberapa akaun syarikat berjumlah RM4 juta dibekukan.

Sepanjang dua tahun lepas, ramai sungguh pemimpin dan kroni pemimpin pembangkang yang ditahan kerana rasuah.

Seleweng duit rakyat, seleweng projek dan aktiviti yang tidak sihat melibatkan puluhan billion duit rakyat. Ini belum lagi masuk dua isu besar mengenai kes terowong dasar laut di Pulau Pinang dan tanah di Ijok, Selangor.

Azmin Ali sampai ke hari ini takut hendak tandatangan Ikrar Basmi Rasuah, IBR. Apa yang Azmin takut sangat? Banyak juga skandal Azmin yang masih belum dikorek dan disiasat secara terperinci.

Skandal yang melibatkan nama Azmin di Selangor, di Ijok, Sungai Yu, Paya Indah Wetlands, isu SPLASH enggan dijawab oleh Azmin dan masih dalam siasatan SPRM.

Pembangkang lah yang menjadi penyebab kenapa indeks rasuah di Malaysia merosot.

Tulisan :
Beruang Biru
BB791, Jumaat
23 Februari 2018

Saturday, January 13, 2018

LIM GUAN ENG SEMAKIN HAMPIR MASUK PENJARA

Rasuah Terowong Satu Lagi Skandal Terbesar Guan Eng Di Pulau Pinang

Kes Guan Eng beli banglo murah bawah harga pasaran akan dibicarakan pada bulan Mac nanti.

Belum habis kes rasuah lama, kini terpacul pula kes baru skandal melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Kali ini skandal pembinaan terowong dasar laut di negeri itu yang dikatakan skandal terbesar melibatkan dirinya.

Selepas serbuan SPRM di Komtar beberapa hari lepas, beberapa orang sudah dicekup agensi itu. Pada 10 Januari, Mahkamah Majistret Putrajaya mengeluarkan perintah tahanan reman enam hari kepada seorang Pengarah Eksekutif Zenith Construction Sdn Bhd (Zenith) yang bergelar Datuk untuk membantu siasatan skandal projek itu. 

Projek itu adalah pembinaan terowong sepanjang 7.2km yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama, ia dianugerahkan kepada Konsortium Zenith dan dijadualkan bermula 2023.

Skandal ini mula terdedah ketika Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan pada 7 Mei 2016 mendedahkan bahawa kos keseluruhan kajian kebolehlaksanaan projek itu dikatakan mencecah sehingga RM305 juta.

Menurut beliau, jumlah itu terlalu tinggi dan tidak munasabah kerana ia hanya sekadar kertas kerja asas dan laporan kajian bagi pelaksanaan projek.

Kerajaan DAP pimpinan Guan Eng sudah terlebih bayar sebanyak 400 peratus kepada syarikat pemegang konsesi berkenaan. Ini kerana, Guan Eng dan syarikat Zenith masing-masing ada kepentingan ke atas projek pembinaan terowong yang kontroversi berkenaan. 

Pada 10 Mei 2016, Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan ada mempersoalkan mengenai konflik kepentingan syarikat Zenith yang sebelum itu dikenali dengan nama Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd yang dilantik Guan Eng memberikan projek kepada kalangan pemegang sahamnya antaranya Astral Supreme Berhad kini dikenali Vizione Holdings Berhad (Vizione).

Individu bernama Datuk Ng Aun Hooi adalah pemilik dan pemegang saham Syarikat Wira Syukur (M) Sdn Bhd (Wira Syukur) sehingga hari ini masih pemegang saham dalam Zenith. Vizione sebelum ini adalah Konsultan projek terowong. Untuk makluman Vizione juga dikatakan telah mengambil alih Wira Syukur. 

Kalau hendak diceritakan memang banyak kait mengait yang turut melibatkan Guan Eng dan betapa liciknya perancangan para perasuah ini untuk mendapatkan keuntungan. Ada juga dakwaan bahawa Zenith telah dibayar penuh sebelum projek siap. Malah sampai sekarang status projek entah ke mana.

Syarikat itu dikatakan sudah untung RM61.5 juta dari pendapatan RM51.8 juta hanya dalam masa setahun.

Pihak yang sudah mengetahui perangai Guan Eng difahamkan sudah mengumpul bukti rasuah berkenaan dan menyerahkan kepada SPRM untuk siasatan dan tindakan. 

Laporan Malay Mail pada 4 Oktober 2013 menyatakan bahawa Kerajaan DAP Pulau Pinang sudah meluluskan projek itu dengan kos keseluruhan berninai RM6.3 bilion dan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan cara tunai.

Pada 15 November 2014, akhbar New Straits Times melaporkan bahawa Guan Eng mengakui tidak dapat membantu rakyat negeri itu dalam aspek pengangkutan dan penjagaan kesihatan. Tapi biayai projek terowong Guan Eng mampu pula.

Jika siap, rakyat negeri itu akan dibebankan dengan kutipan tol pula ikut gaya bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad apabila Kerajaan DAP membenarkan syarikat Zenith untuk mengutip tol selama 30 tahun dengan anggaran kasar RM270 juta keuntungan menerusi kutipan tol berkenaan. 

Guan Eng hanya mementingkan kantung poketnya sendiri buat pakatan dengan rakan-rakan proksi buat projek dan dapat faedah wang tanpa memikirkan nasib rakyat Pulau Pinang.

Rakyat Pulau Pinang perlu membayar banyak benda yang mahal-mahal tapi masalah yang membelenggu mereka masih juga belum selesai khususnya banjir. Bagaimana hendak selesai, selagi DAP memerintah Pulau Pinang, selagi itulah rasuah akan terus berlaku di Pulau Pinang.

Guan Eng sahaja sudah terpalit dua kes rasuah di mahkamah dan satu lagi kes rasuah babitkan projek terowong ini. Usahlah berlagak ajak orang minum kopi lagi, kalau sudah buat salah mana boleh sembunyi lagi. Kali ini kasi ajar sama Guan Eng, jangan bagi undi lagi.

Tulisan :
Beruang Biru
BB737, Jumaat
12 Januari 2018

Monday, March 28, 2016

DAP SEDANG MENUJU KEHANCURAN....

Semua parti politik ada statistik PRU13 di tangan masing-masing dan semua tahu di atas kertas, PRU14 bakal milik PH dengan DAP mendominasinya. UMNO hanya bergantung kepada kuasa undi Melayu yang kembali memangkah UMNO atas kesedaran agama, bangsa dan negara. Sebaliknya jika pengundi Melayu  memangkah PH atas sentimen kebencian terhadap UMNO, tiada apa yg UMNO boleh lakukan untuk mengekalkan negara ini masih di bawah kekuasaan UMNO dan meneruskan Ketuanan Melayu. Namun ada satu lagi talian hayat UMNO untuk terus kekal memerintah negara ini adalah talian hayat dr Allah SWT pada hari mengundi kelak. Sebagaimana PRU13 lalu, tatkala pengundi Cina 99.9% memberi undi kepada PR DAP, Allah telah menjentik hati pengundi Melayu untuk memangkah UMNO BN yang akhirnya menyaksikan peningkatan undi Melayu telah menyelamatkan UMNO pada PRU13.

Namun adakah bantuan dari Allah akan datang sekali lagi semasa PRU14 nanti..??? Ya...PRU14 nanti Allah akan membantu UMNO malah lebih awal lagi, 2016 Allah sedang membantu UMNO dengan menghancurkan DAP. Lim Guan Eng selaku seorang Ketua Menteri yang cerdik pandai tentu boleh menjadikan kes Dr Khir Toyo sebagai rujukan semasa hendak membeli bangalow kontroversinya itu. Dengan dikelilingi barisan peguam yang hebat-hebat yang sudah tentu meraka akan menasihati lim guan eng agar tidak membeli bangalow daripada miss Phang yang mempunyai hubungan perniagaan dengan kerajaan negeri Pulau Pinang pada harga diskaun. Namun sudah sampai masanya barangkali Allah nak mendedahkan penyelewengan dan memberi pengajaran kepada lim guan eng. Allah telah mengerakkan hati lim guan eng untuk membeli juga rumah bangalow tersebut.

Kini pembelian bungalow tersebut pada harga diskaun telah mencetuskan kontroversi hebat. Pimpinan DAP yang sebelum ini sering kegembiraan bila fitnah dan adu domba mereka berjaya dilaksanakan ke atas pimpinan Najib..kini kelihatan pucat lesi nak menjawab dan mempertahankan lim guan eng. Kepimpinan DAP seolah-olah berhadapan dengan sesuatu yang amat dahsyat. Allah meletakkan kegusaran yang amat sangat di hati kepimpinan DAP sehingga mereka mengeluarkan kenyataan-kenyataan pembelaan yang seolah-olah memperkecilkan intelektual rakyat. Malah langkah drastik kepimpinan DAP yang telahpun bersidang dan telah membuat keputusan sendiri membebaskan lim guan eng dari pertuduhan rasuah melibatkan pembelian rumah bangalow tersebut kini menjadi bahan ketawa rakyat.

Jelas perancangan Allah Maha hebat..DAP yang cuba diperangi sedaya upaya oleh UMNO menjelang PRU14 2018 nanti  kini sedang menuju jalan kehancuran sebelum PRU14 2018. 2016 lagi Allah SWT telah membuka jalan dan terpulanglah kepada kebijaksanaan orang Melayu UMNO bagaimanacaranya hendak kambus bangkai DAP..sama ada cepat atau lambat...semuanya bergantung kepada kesedaran dan kebijaksanaan Melayu UMNO.



Saturday, March 26, 2016

TAMATNYA RIWAYAT POLITIK LIM GUAN ENG..?????

Kes serupa dengan kes Dr Khir Toyo. Kalau ikut atas buku Lim Guan Eng akan menerima nasib yang sama dengan Dr Khir Toyo iaitu hukuman penjara. Jadi kita tunggu dan lihat bagaimana sistem kehakiman negara melaksanakan keadilan atau Lim Guan Eng lebih hebat lagi...