Monday, February 26, 2018

MAHATHIR TINGGAL TAHI UNTUK PAKLAH DAN NAJIB

*JASA UPDATE*
_26 Februari 2018_

*Tidak Adil Menuding Jari Kepada Najib Dalam Perjanjian Konsesi Tol Tun Mahathir*

_Oleh: Eric See To_
https://www.facebook.com/EricSeeTo/posts/1883361258342924

1. Saya merujuk kepada artikel portal MalaysiaKini menyiarkan berita bertajuk _“Where was Najib when toll deals signed, asks ex-NST editor” (“Di mana Najib ketika perjanjian tol ditandatangani, tanya bekas editor NST”)_. Penulis cuba menuding jari kepada Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak sebagai terlibat dalam perjanjian konsesi tol, yang kebanyakannya adalah berat sebelah, yang diberikan oleh Tun Dr Mahathir semasa beliau berkhidmat, atas sebab Najib juga merupakan anggota kabinet ketika itu.

2. Walaupun Najib menjadi menteri cabinet sejak 1980-an, beliau tidak pernah berada dalam Kementerian Kewangan di Kementerian Kerja Raya atau menjadi Menteri Unit Perancang Ekonomi (EPU).

3. Perjanjian konsesi tol biasanya dirundingkan di bawah EPU yang melaporkan terus kepada Perdana Menteri dengan input dari Kementerian Kewangan – yang mana diketuai sendiri oleh Tun Daim Zainuddin, Anwar Ibrahim dan Mahathir.

4. Sebagai contoh, konsesi permainan 20 tahun untuk pertaruhan sukan telah diberikan tanpa tender oleh Kementerian Kewangan pada bulan Jun 2003 – hanya empat bulan sebelum beliau bersara pada 31 Oktober 2003. Menteri Kewangan dan Perdana Menteri pada masa itu adalah Tun Mahathir sendiri.

5. Oleh itu, lesen eksklusif ini telah dianugerahkan secara senyap oleh Mahathir kepada salah seorang rakan sekutunya yang paling rapat dengan harga murah pada RM25 juta tanpa pengetahuan kabinet.

6. Pada masa itu, eksekutif industri permainan Malaysia menganggarkan bahawa operasi pertaruhan sukan yang lumayan seperti itu, yang menawarkan pertaruhan untuk acara seperti pertandingan bola sepak tempatan dan asing serta perlumbaan kuda, boleh menjana pendapatan tahunan kira-kira RM1 bilion.

7. Wall Street Journal (WSJ) telah melaporkan perkara ini beberapa kali pada masa itu dan mengatakan bahawa pengganti Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kabinetnya hanya mengetahui bahawa lesen itu diberikan pada tahun berikutnya selepas Mahathir bersara.

8. Memandangkan Tun Abdullah juga ada dalam kabinet sebelum Tun Mahathir bersara, ini bermakna bahawa Tun Mahathir tidak membawa pemberian lesen ini kepada kabinet untuk perbincangan dan kelulusan. Ini membuktikan bahawa kabinet tidak diberitahu langsung mengenai semua perjanjian konsesi semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri.

9. Di bawah Perdana Menteri Abdullah dan Najib, pemegang lesen itu tidak pernah diberikan kelulusan untuk memulakan operasi.

10. Pada bulan Jun 2010, Tun Mahathir telah mengesahkan secara terbuka bahawa lesen seperti itu telah diberikan olehnya dan direkodkan sebagai berkata bahawa jika beliau masih Perdana Menteri beliau akan membenarkan pemegang lesen itu memulakan operasi atas alasan bahawa “orang Cina suka berjudi”.

11. Apa-apa pun, Tun Mahathir secara terbuka telah mengambil tanggungjawab terhadap perjanjian tol berat sebelah pada tahun 2007 apabila beliau dipetik sebagai berkata:

_“Ini adalah salah satu perkara yang kita perlu betulkan. Apa yang ada adalah satu kabinet yang tidak begitu berpengetahuan setiap masa kerana ia bukan terdiri daripada pakar tetapi ahli politik (dan) sesetengah ahli politik seperti saya kadang-kadang boleh menjadi bodoh,”_ kata Tun Mahathir.
http://www.thesundaily.my/node/171646

12. Pemberian lesen perjudian 20 tahun secara senyap oleh Tun Mahathir kepada salah seorang rakan rapatnya membuktikan bahawa di bawah Tun Mahathir, tidak semua perjanjian konsesi yang diberikan oleh kerajaan dibincangkan dalam kabinet.

13. Terdapat juga keraguan sama ada kabinet juga diberitahu tentang keputusan oleh Kementerian Kewangan di bawah Tun Mahathir untuk menulis surat kepada Telekom Malaysia pada 7 Oktober 2003 (kurang dari dua bulan sebelum Mahathir bersara) untuk memberi kelulusan untuk Telekom Malaysia untuk menganugerahkan kontrak bekalan RM214.2 juta selama 3 tahun melalui rundingan terus ke Opcom Sdn Bhd di mana Mukhriz Mahathir adalah pemegang saham majoriti.

Mungkin Mukhriz mahu menjelaskan perkara ini?

BRIM MASUK LAGI, NEGARA BELUM BANKRUP

BN Terus Tunai Janji, BR1M Masuk Lagi Hari Ini

Bermula hari ini, janji Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) terus dipenuhi. Sejak tahun 2012 lagi, BR1M yang dijanjikan oleh kerajaan Barisan Nasional terus masuk lagi dan lagi.

Sejumlah kira-kira RM6.8 bilion peruntukan BR1M diagihkan kepada kira-kira tujuh juta penerima di seluruh negara hari ini.

Bayaran pertama BR1M mula dilaksanakan hari ini, manakala fasa ke-2 dan ke-3 bakal dibuat pada Jun dan Ogos nanti. BR1M mula diperkenalkan pada 2012 dengan bayaran ketika itu sebanyak RM500 kepada kira 4.1 juta penerima.

Bagaimanapun, jumlah penerima berkenaan telah meningkat kepada 7 juta orang. Tidak terhenti setakat itu malah setiap tahun BR1M yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, telah ditambah baik dari masa ke semasa.

Apa yang pasti, pemberian BR1M ini menunjukkan bahawa manifesto Barisan Nasional (BN) telah ditunaikan dan ia merupakan sebahagian daripaa 97.6 % janji manifesto yang dilaksanakan oleh kerajaan.

BR1M menjadi "keyword" no. 1 di carian Google sejak tiga tahun lepas. Semua rakyat Malaysia hendak tahu maklumat terkini mengenai BR1M.

Bukan itu sahaja, BR1M juga menjadi antara pertanyaan popular pengguna media sosial kepada Perdana Menteri setiap kali beliau memuatnaik status di Facebook atau Twitternya.

Malah ketika Perdana Menteri meminta cadangan daripada rakyat sebelum membentangkan Bajet 2018, BR1M menjadi fokus utama dengan rakyat rata-rata meminta supaya bantuan itu diteruskan.

Sebenarnya BR1M dilaksanakan atas nasihat daripada Bank Negara Malaysia, bukannya untuk menarik undi rakyat, seperti yang ditohmah oleh pembangkang. Malangnya ketika pemimpin Pakatan Harapan (PH) sibuk mengecam kerajaan disebabkan pemberian BR1M ini, penyokongnya pula banyak yang menjadi penerima BR1M.

Malah negeri yang ditadbir oleh PH iaitu Selangor merupakan negeri yang paling tinggi merekodkan penerima BR1M. Sebab itulah Pengerusi PH, Mahathir yang sebelum ini melabelkan BR1M sebagai `rasuah' dan dedak, akhirnya menukar pendirian dan kini membayangkan akan meneruskan bantuan itu jika PH berkuasa.

Apabila Mahathir yang sebelum ini begitu lantang mengecam BR1M, menukar fikiran dan menerima bantuan itu, ia menunjukkan bahawa BR1M diperakukan sebagai kaedah untuk merangsang ekonomi negara dan pada masa yang sama mengiktiraf bahawa kerajaan BN adalah kerajaan yang prihatin terhadap kebajikan rakyat.

Sebenarnya Najib tidak memerlukan pun Mahathir dan pembangkang memperakukan keberkesanan BR1M kerana 35 pakar ekonomi di United Kindom (UK) telah terlebih dahulu mengakui bahawa bantuan wang berkenaan merupakan satu langkah untuk meransang pertumbuhan ekonomi negara.

Jika BR1M hanyalah untuk pancing undi dan dedak, maka tidak mungkin Arab Saudi dan Thailand turut melaksanakan bantuan kewangan ala BR1M di negara mereka.

Sebab itulah Perdana Menteri, baru-baru ini mencabar pembangkang, jika mereka tidak suka kepada BR1M, tolong beri cadangan yang lebih baik untuk menolong golongan penerima bantuan berkenaan. Jika tidak mampu memberikan cadangan yang bagus, elok diam sahaja dan berhenti mengkritik benda baik yang dilakukan kerajaan BN.

Seperti biasa, pembangkang hanya diam kerana mereka sendiri tiada idea untuk memberikan cadangan bagi menggantikan BR1M. Kalau ada nescaya mereka sudah laksanakan di Selangor dan Pulau Pinang.

Mahathir sudah akui minggu lepas bahawa pembangkang tidak mampu untuk tunai janji. Logo pembangkang sendiri pun tidak siap. Rakyat perlu realistik dalam membuat pilihan.

Mengundi pembangkang yang belum diuji bakal membawa Malaysia ke arah bencana. Perlu kekal memilih Barisan Nasional yang komited bekerja dan menunaikan janji ke rakyat pada PRU14 nanti.

Tulisan :
Beruang Biru
BB793, Isnin
26 Februari 2018

Friday, February 23, 2018

PH MEMANG MUSIBAT

Indeks Rasuah Meningkat Kerana Ramai Pemimpin Pembangkang Ditangkap SPRM

Kemerosotan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2017 yang turun ke kedudukan ke-62 daripada 180 buah negara berbanding kedudukan ke-55 pada 2016 adalah disebabkan oleh pemimpin pembangkang yang rasuah.

Oleh kerana tindakan SPRM yang agresif, ramai pemimpin pembangkang ditangkap atas pelbagai skandal dan dakwaan rasuah. Kalau SPRM tidak ambil tindakan yang pro-aktif, pemimpin-pemimpin pembangkang ini akan terus mengamalkan rasuah sesuka hati mereka.

29 Jun 2016 - Tangkapan paling besar dan sensasi tahun itu apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dari DAP ditahan oleh SPRM kerana terlibat rasuah. Lebih memalukan dia ditahan SPRM sebaik selesai mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Negeri di Bangunan Komtar.

Beliau yang merupakan Setiausaha Agung DAP ditahan kerana kes pembelian banglonya di Jalan Pinhorn yang mencetuskan kontroversi kerana dibeli harga murah bawah harga pasaran semasa. Sudahnya, Guan Eng didakwa di atas dua tuduhan rasuah kerana salah guna kuasa isu status tanah dan pembelian banglo.

Sampai ke hari ini, dua kes rasuah itu masih di mahkamah. Guan Eng seolah takut untuk mempercepatkan proses kes rasuahnya di mahkamah itu.

Kalau tidak bersalah kenapa takut? Takut masuk penjara awal kerana bersalah?. Orang kalau tidak bersalah akan berusaha bersungguh sungguh selesaikan kes yang ada.

Itu tidak berlaku pada Guan Eng. Bermakna Guan Eng tahu dia silap dan bersalah. Lihat mukanya masa kena tahan sudah tahu dia memang bersalah.

13 April 2017 - Orang kanan dan proksi kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin iaitu Ketua Angkatan Muda PKR, Ampang, Adam Rosli ditahan SPRM kerana memiliki kekayaan luar biasa. Adam disiasati di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasaan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Beliau ada kekayaan luar biasa sampai mampu miliki banglo mewah sebesar "Disneyland" serta beberapa kereta mewah.

Bila ditanya dapat duit dari mana? Dia kata pinjam along. Kemudian pembohongannya itu terbongkar bila "along" tersebut menafikan beri pinjam duit kepadanya.

1 Ogos 2017 - Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Zahid Mat Arip pula ditangkap oleh SPRM kerana terlibat dengan rasuah. Zahid Mat Arip ini adalah "kaki pukul" Mahathir dalam PPBM. Suka hentam orang, alih alih dia yang kena tangkap bab rasuah.

12 Ogos 2017 - Selepas Guan Eng, Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh pula ditahan oleh SPRM berhubung siasatan kes kilang haram di Sungai Lembu di Bukit Mertajam.

Guan Eng kemudian membuktikan kerajaan DAP Pulau Pinang memang ada kaitan mencurigakan dengan kilang haram kerana menangguhkan tindakan ke atas premis haram terbabit.

Dasar menangguhkan tindakan ke atas struktur haram itu dibuat secara sengaja. Apakah kerajaan DAP ada kepentingan dalam kilang haram itu? Sampai mati 7 orang kampung sebab kilang haram tersebut.

19 Oktober 2017 - Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ditahan oleh SPRM berkaitan siasatan penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah yang berjumlah RM1.5 bilion. Turut ditahan Ketua Pemuda Warisan dan Naib Presiden Warisan Sabah.

30 November 2017 - SPRM cekup anak saudara kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali atas tuduhan rasuah melibatkan projek lombong pasir. Dia direman pada masa itu di bawah Seksyen 16(a) Akta SPRM. Dalam kes itu, beberapa akaun syarikat berjumlah RM4 juta dibekukan.

Sepanjang dua tahun lepas, ramai sungguh pemimpin dan kroni pemimpin pembangkang yang ditahan kerana rasuah.

Seleweng duit rakyat, seleweng projek dan aktiviti yang tidak sihat melibatkan puluhan billion duit rakyat. Ini belum lagi masuk dua isu besar mengenai kes terowong dasar laut di Pulau Pinang dan tanah di Ijok, Selangor.

Azmin Ali sampai ke hari ini takut hendak tandatangan Ikrar Basmi Rasuah, IBR. Apa yang Azmin takut sangat? Banyak juga skandal Azmin yang masih belum dikorek dan disiasat secara terperinci.

Skandal yang melibatkan nama Azmin di Selangor, di Ijok, Sungai Yu, Paya Indah Wetlands, isu SPLASH enggan dijawab oleh Azmin dan masih dalam siasatan SPRM.

Pembangkang lah yang menjadi penyebab kenapa indeks rasuah di Malaysia merosot.

Tulisan :
Beruang Biru
BB791, Jumaat
23 Februari 2018

Tuesday, February 20, 2018

BN TERUS TRADISI BANTU RAKYAT

Barisan Nasional Bantu Rakyat Bukannya Susahkan Rakyat Seperti Pembangkang

Rakyat Malaysia jangan terperangkap dengan propaganda BN adalah "Barang Naik". Ini adalah slogan propaganda pembangkang masa PRU13 yang lepas. Menjelang PRU14 ini, slogan ini akan diulang semula.

Slogan itu dimain kononnya, jika pembangkang menang maka segala harga barang dan kos sara hidup rakyat akan jadi lebih murah. Dalam PRU13 yang lepas, pembangkang buat teori kalau harga minyak turun, maka harga barang akan turun juga.

Minggu lepas, harga minyak turun 10 sen, terbanyak sejak April tahun lepas. Ada nampak harga barang turun? Tiada. Ternyata teori yang dibuat pembangkang itu silap dan hanya andaian sahaja.

Pernah dengar negeri yang diperintah pembangkang beri subsidi pada rakyat? Tiada. Kerajaan yang masih memberikan subsidi kepada rakyat adalah kerajaan BN. Ini cara kerajaan BN bantu rakyat.

Rakyat Malaysia seharusnya tidak terpengaruh dengan tuduhan bahawa kerajaan langsung tidak menyediakan subsidi untuk rakyat kerana tohmahan tersebut adalah tidak benar sama sekali, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Banyak subsidi diberikan kerajaan BN kepada rakyat. Subsidi ini secara tidak langsung telah membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat. Baca pautan ini :

https://www.najibrazak.com/bm/blog/ucapan-perdana-menteri-mengenai-subsidi-tidak-langsung-yang-diperuntukkan-kerajaan/

Dalam Bajet 2018, tahun ini kerajaan beri RM3.9 bilion subdisi barang dan pengangkutan seperti gas masak, tepung dan minyak masak. Selain itu, kerajaan juga sediakan subsidi elektrik dan tol supaya kenaikan kadar elektrik dan tol dapat dielakkan.

Kadar tarif elektrik di Malaysia adalah yang ke 4 termurah di dunia selepas Sweden, China dan Taiwan. Kalau perjanjian berat sebelah dalam IPP tidak distruktur semula oleh 1MDB, kadar elektrik Malaysia tidak akan jadi seperti hari ini.

Kerajaan BN juga beri subsidi sebanyak RM26.5 bilion untuk sektor kesihatan. Pergi klinik kesihatan kerajaan masih bayar RM1. Semua rakyat dapat.

Sejak 2012, yuran persekolahan diberi subsidi oleh kerajaan. Anak masuk sekolah dapat RM100. Yuran pengajian universiti pula sudah disubsidi 90 peratus.

Pesawah dapat RM200 elaun bulanan sementara menunggu musim menuai. Nelayan pun dapat subsidi. OKU dan warga emas pun dapat manfaat dari kerajaan BN. Inilah cara kerajaan BN membantu rakyat

Bukan seperti kerajaan PKR-DAP di Selangor yang menaikkan cukai sampai 400%. Tanah rakyat di Ijok diserah kepada syarikat RM2 biarpun kesnya masih belum selesai di mahkamah. Rakyat Selangor kena caj plastik 20 sen.

Di Selangor, 90 jenis lesen perniagaan di Selangor, di bawah pentadbiran MBSA dinaikkan 72 peratus dan di bawah MBPJ sebanyak 120 peratus.

Selangor juara dalam segala hal. Juara denggi, juara jalan berlubang, juara masalah air dan juara sampah. Selangor bukan lagi juara dalam bolasepak kerana pasukan bola negeri itu dihalau dari stadium sendiri dan terpaksa bermain di atas padang pasir.

Di Kampung Sungai Yu, Azmin agih tanah secara tidak telus kepada kroni dan orang luar yang tidak penuhi kelayakan. Skandal MBI-Unisel-Jana Niaga Sdn Bhd, RM16 juta. Skandal SPLASH RM2.975 billion. Skandal YAWAS, RM500 juta.

Malah duit warga emas menerusi Skim Mesra Usia Emas, SMUE pun diseleweng dan dibalun oleh kerajaan Azmin. Selangor yang penuh dengan skandal, termasuklah skandal "aiskrim" Azmin Ali.

Janji yang dibuat oleh PKR-DAP semasa PRU13 tidak pun ditunai pada rakyat. Mereka sibuk gaduh rebut kuasa sama sendiri. Gelar orang itu bohong, digelar balik sebagai badut. Apakah ini untungkan rakyat?

Rakyat tidak dapat apa apa bila naiknya kerajaan pembangkang di Selangor. Segala benda dinaikkan kadarnya dan kemudian mereka asyik gaduh sahaja sama sendiri.

Di Selangor rumah rakyat dibatal. Sama jugalah di Pulau Pinang, tiada rumah rakyat. Rumah mampu tengok banyak didirikan. Yang murah hanya rumah Guan Eng sahaja yang dibeli di bawah harga pasaran.

Duit RM305 kajian terowong lesap.
Sejak dari 2011 hingga ke hari ini, dianggarkan sebanyak RM16 bilion nilai tanah telah ‘digadai’ oleh Guan Eng. Duit jual tanah entah lesap ke mana.

25 kampung Melayu sudah hilang dari peta Pulau Pinang. Tanah runtuh hingga mati berbelas orang. Hingga banjir lebih seratus kali di Pulau Pinang. Kilang haram sampai mati 7 orang.

Guan Eng tambah gaji bila ada berbelas jawatan. Peruntukan bajet untuk pejabat Ketua Menteri naik berkali ganda setiap tahun. Bajet terus defisit. Bila ada ADUN DAP dan PKR bantah Guan Eng, terus kena pecat.

Ini cara kuku besi Guan Eng. Sama juga seperti Azmin, sekat peruntukkan pada orang PAS. Janji hendak mansuh tol di Sungai Nyiur masih lagi tidak ditunai selepas 10 tahun naik jadi kerajaan di Pulau Pinang. Tarif air naik empat kali.

Semua skandal dan permasalahan yang berlaku ini menyusahkan rakyat di Selangor dan Pulau Pinang. Apa nikmat rakyat dapat dari pergaduhan pembangkang di dua negeri itu? Tidak dapat apa.

Rakyat hanya tengok sekumpulan orang yang gila kuasa merebut jawatan. Lupa pada janji masa musim mengundi. Menyusahkan rakyat. Ada rakyat Selangor dan Pulau Pinang dapat nikmat harga barang murah atau rumah murah bila DAP dan PKR jadi kerajaan? Tiada.

Kali ini bila dekat musim mengundi sekali lagi, maka datanglah lagi propaganda lapuk pembangkang sekali lagi iaitu "BN = Barang Naik". Jangan terpedaya lagi.

BN sudah bantu rakyat banyak sekali menerusi pelbagai subsidi dan BR1M. Petang tadi, Singapura juga telah tiru BR1M yang dibuat di Malaysia.

Dalam pembentangan bajet 2018, kerajaan Singapura perkenalkan "SG Bonus" dengan peruntukan sejumlah $700 juta untuk individu berusia 21 tahun. SG Bonus akan diberi berdasarkan jumlah pendapatan iaitu sejumlah $300, $200 dan $100.

Sebelum ini, Thailand, Indonesia, Arab Saudi sudah meniru cara BR1M, kini Singapura pula. Ini bukti bahawa dasar kerajaan BN dalam membantu rakyat sudah mula diikuti negara lain.

Bukti apa yang kerajaan BN buat untuk bantu rakyat adalah dasar yang betul bukannya menyusahkan rakyat seperti kerajaan pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang.

Tulisan :
Beruang Biru
BB785, Isnin
19 Februari 2018

Thursday, February 15, 2018

PEMBANGKANG MAKIN PENING

Bila Minyak Turun, Ekonomi Terus Baik Mulalah Datang Cerita Merepek Dari Pembangkang

Tengah orang sibuk hendak pulang bercuti di kampung, pembangkang pula sibuk mencipta cerita merepek untuk dihasut dalam kepala rakyat. Masa cuti adalah masa yang paling banyak cerita karut disebar. Mahu cerita itu dibincang dan dijadikan topik masa berbual bersama keluarga di kampung.

Topik yang akan dibincang dalam kereta semasa jalan “jammed”, di meja makan dan ketika mengupas buah limau waktu perayaan Tahun Baru Cina ini. Namun bila minyak turun 10 sen, orang yang bawa stereng kereta sudah rasa malas hendak layan cerita cerita karut begini. Apa yang penting, tangki sudah penuh.

Mahathir kata KDNK negara baik tetapi rakyat tidak dapat faedah. Hari ini lihatlah sendiri bila harga minyak turun 10 sen, ringgit makin kukuh kepada RM3.92 berbanding dollar. Kalau tukar sejuta Rupiah sudah dibawah RM300. Ramai yang ke Jakarta, Bali dan Bandung berlibur kerana duit Malaysia sudah mahal. Bibik pun balik kampung raya Cina ini.

Ini nikmat yang rakyat dapat bila keadaan ekonomi negara makin baik. Nikmat yang rakyat bawah semuanya dapat. Semalam, data Bank Negara Malaysia mengeluarkan statistik menunjukkan pertumbuhan KDNK negara tumbuh pada kadar 5.9% pada tahun 2017. Kadar KDKNK yang lebih baik berbanding 4.2% pada 2016.

Bank Negara juga turut membuat penilaian prestai ringgit mengukuh 10.4% sepanjang tahun 2017 berbanding dollar. Malah menurut Standard Chartered Bank, ringgit adalah mata wang terbaik di Asia sepanjang tahun lepas. Pengukuhan ringgit dan pencapaian baik KDNK ini adalah hasil dasar ekonomi yang betul yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib dan kerajaan Barisan Nasional.

Menurut laporan dari Kementerian Kesihatan, setiap tahun sejumlah 1,500 doktor yang berkhidmat di luar negara mahu pulang dan berkhidmat di Malaysia. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Ramai pulang kerana yakin potensi kerja dan kedudukan ekonomi semasa negara.

Rezeki di negara ini dikongsi oleh semua golongan masyarakat.’Di Malaysia ini, kita bukan sahaja berkongsi kekayaan secara adil kepada semua kaum tetapi juga berkongsi politik seperti yang diamalkan Barisan Nasional dan kongsi sambut perayaan’ kata Datuk Seri Najib semalam di Pekan.

Pembangkang masih dalam huru hara. Agih kerusi pun masih tidak betul lagi. Mereka masih lagi gagal selesaikan kemelut dalaman parti mereka. Mereka tidak “repair’ masalah mereka sendiri. Jahatnya, mereka cuba rosakkan pula pemikiran rakyat supaya jadi tidak betul dan huru hara macam mereka.

Dua hari lepas, pengasas Malaysiakini dan Ratu Naga buat cerita kononnya bila KWSP di Petaling Jaya terbakar, maka duit simpanan turut sama terbakar. Ini satu cerita karut sama sekali. Setelah Rafizi masuk penjara kerana memfitnah, ada pula orang yang hendak ganti peranan Rafizi ini membuat fitnah.

Tidak cukup dengan itu, sejak semalam seronok sangat pembangkang reka cerita kononnya Malaysia ini sudah hilang maruah bila ada orang Israel masuk Malaysia. Ini kali pertama diplomat Israel masuk Malaysia, tulis Malaysiakini. Sebenarnya Malaysiakini ‘spin” cerita.

Ayman Rasydan Wong membetulkan cerita ‘spin’ Malaysiakini itu, ini fakta yang sebenarnya ;

“Diplomat UN ni memiliki pasport diplomatik yang dikenali seagai “Laissez Passer” (bermaksud “Let him pass” dalam Bahasa Perancis). Menurut Konvensyen Kekebalan dan Keistimewaan Pegawai-Pegawai UN ("Convention on the Privileges and Immunities of the United Nations") yang dipersetujui oleh Malaysia, kerajaan tak boleh menghalang kemasukan pegawai UN, dan perkara yang sama termaktub dalam Akta Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) Tahun 1992”

David Roet datang sebagai diplomat UN, pakai passport UN bukan passport Israel seperti yang didakwa oleh Malaysiakini. Ramai penyokong bunga yang baru kenal Mahathir melompat sakan semalam tentang cerita ini.

Apa yang mereka tidak tahu adalah sejarah ini. Orang Malaysia yang pertama kali pergi ke Israel sejak Malaysia merdeka pada 1957 adalah Tunku ”Charlie”, rakan bisnes Mahathir pada bulan Jun 1994. Passport Malaysia larang masuk Isreal, tetapi kenapa rakan bisnes Mahathir itu boleh masuk?

Kedua, orang Israel yang paling ramai masuk Malaysia adalah pada 24 Mac hingga 13 April 1997. Seramai 14 orang pemain kriket dari Israel berada 20 hari di Malaysia untuk kejohanan Piala Carlsberg International Cricket Cup. Pasukan Israel ini kalah semua lima perlawanan.

Masa itu bukan main lagi Mahfuz dan Din Pudu buat demonstrasi hingga ditangkap Mahathir masuk lokap kerana kes 14 orang pemain kriket Israel. Hari ini, Mahfuz dan Din Pudu ada buat demo bila David Roet masuk ke Malaysia untuk program United Nations sebagai diplomat UN? Tiada.

Sumber yang Malaysiakini ambil dan petik untuk dijadikan isu ini pun dari Times Of Israel, surat khabar dari Israel. Samalah ketika Datuk Seri Najib terserempak dengan Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel di PBB pada 1 Oktober 2015. Pembangkang ‘spin’ kononnya ada hubungan mesra antara Najib dan Netanyahu.

Gambar itu pun pembangkang ambil dari sumber wartawan Israel, kemudian “spin” cerita hendak bagi rakyat Malaysia marah. Sebenarnya, Datuk Seri Najib hanya terserempak sahaja dengan Netanyahu. Sebelum itu, seluruh dunia tahu isi dan ketegasan Datuk Seri  Najib tentang isu Palestin.

Jangan dilupakan, pada tahun 2013, Najib adalah Perdana Menteri Malaysia yang pertama jejak kaki ke Palestin. Pada 2016, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) telah meluluskan resolusi menentang penempatan haram Israel di Palestin dan ia adalah hasil suara Malaysia bersama tiga lagi negara iaitu  New Zealand, Senegal dan Venezuela.

Oleh itu, cerita David Roet masuk Malaysia ini dijadikan isu untuk tutup kelemahan dan pergaduhan rebut kerusi dalam pembangkang. Untuk tutup cerita orang kanan Guan Eng yang disoal berbelas jam oleh SPRM tentang isu terowong.

Usah percayalah cerita persepsi pembangkang ini. Mereka tidak ada kebaikan lagi untuk diceritakan, setiap hari kena reka cerita palsu ini bagi burukkan Datuk Seri Najib dan kerajaan Barisan Nasional. Di musim cuti ini, mari kita kongsi banyak banyak cerita kegembiraan dan kejayaan negara kita. Tolak jauh jauh berita palsu ini.

Tulisan :
Beruang Biru
BB782, Khamis
15 Februari 2018

#KamiGengNajibRazak

Monday, February 12, 2018

Mahathir Oh Mahathir

Mahu Campur Tangan Amerika Bukti Pembangkang Mengkhianti Negara

Hujung bulan lepas, Mahathir jumpa wakil European Union, EU untuk minta campurtangan dalam urusan pilihanraya di Malaysia.

20 Februari nanti, Mahathir berjumpa pula dengan pemimpin politik dari Amerika Syarikat dalam usahanya untuk menjatuhkan Barisan Nasional di Putrajaya.

Menurut Tunku Abdul Aziz, bekas Naib Pengerusi DAP, pertemuan itu bertujuan mahu menggulingkan Najib sebagai Perdana Menteri dan mendapatkan sokongan sekiranya pakatan pembangkang membentuk kerajaan pada PRU14.

Difahamkan selain Mahathir, Presiden PPBM iaitu Muhyiddin akan turut sama dalam delegasi berjumpa pemimpin Amerika itu.

Datuk Seri Najib ke luar negara dan Amerika untuk mencari pelaburan agar rakyat mendapat peluang kerja dan manfaat bersama. Bukan ke luar negara untuk minta campurtangan politik di negara ini.

KWSP melabur US$3 bilion (RM12.5 bilion) di Amerika Syarikat dalam lawatan PM ke White House tahun lepas. Mahathir dan pembangkang pertikai kenapa KWSP melabur di sana.

Pertikai dengan niat untuk mensabotaj ekonomi negara. "Namun, pembangkang mempertikai tujuan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) melabur di Amerika Syarikat.

“Hakikatnya, KWSP memang sentiasa mencari peluang pelaburan bagi mendapatkan pulangan untuk membayar dividen kepada para pencarum,” jelas Datuk Seri Najib pada 15 September 2017.

Lihatlah sekarang apa hasil dan faedah yang KWSP bawa pada pendeposit? Ada duit pendeposit berkurang dalam akaun? Kalau ikut logik pembangkang, duit pendeposit KWSP sudah kurang kerana kononnya dicuri.

Tuduhan yang jahat sama sekali dan terbukti tidak betul. KWSP baru umum kadar dividen 6.9% dan ianya adalah yang tertinggi sejak 1996, 21 tahun yang lalu.

Jangan terpedaya dengan hasutan pembangkang. Boleh apa kalau pendeposit percaya hasutan pembangkang? Mereka sanggup bersekongkol sekarang dengan pihak asing untuk dapatkan kuasa.

Sampai macam itu sekali pembangkang berpolitik. Melabur dikata jual negara, berpolitik sampai mahu campur tangan pihak luar negara.

Apakah lawatan ini sebahagian daripada dana USD$5 juta yang pernah didedah oleh Syed Saddiq?. Dana yang telah dibayar pada Yayasan Clinton untuk kempen burukkan Malaysia menerusi WSJ, BBC dan media asing di sana.

Dulu Mahathir kata Anwar Ibrahim ejen Amerika kerana ke luar negara jumpa William Cohen dan Paul Wolfowitz. Sekarang Mahathir sendiri mahu berjumpa wakil dari Amerika.

Semata mata mahu menjatuhkan Najib dan mahu pada kuasa, Mahathir dan pembangkang sanggup khianati negara. Demokrasi apa kalau jemput wakil asing dari EU dan Amerika datang campur tangan urusan dalaman negara.

Jumpa wakil EU, di saat EU haramkan minyak kelapa sawit ke Eropah. Itu tindakan yang jelas khianati peneroka Felda. Kemudian mahu jumpa pula wakil Amerika untuk gulingkan Najib di Putrajaya.

Ini politik mengkhianati negara. Mahathir dan pembangkang sudah tamak pada kuasa, sanggup buat apa sahaja demi kuasa. Janganlah biar kuasa politik negara ini ditentukan oleh orang asing.

Rakyat harus hukum pembangkang yang mengkhianati negara ini di atas kertas undi. Jangan beri peluang pembangkang berkuasa di Putrajaya. Bahaya untuk agama, bangsa dan negara.

Pembangkang yang ada sekarang sanggup jadi boneka Amerika!!!

Tulisan :
Beruang Biru
BB775, Isnin
12 Februari 2018

Saturday, February 10, 2018

BELUM APA-APA DAH KENCING

Mula Janji Enam Bulan Saja,
Sekarang Hendak Dua Tahun Pula

Belum pun lagi PRU14, Mahathir sudah mungkir janji. Pada Disember tahun lepas, Pengerusi PPBM itu berjanji akan menjadi PM selama enam hingga 12 bulan. Syarat ini dipersetujui sendiri oleh PKR.

Bersungguh berjanji dengan Wan Azizah hendak jadi PM "sat sahaja", tetapi kemudian "tak dan" lama mana, sudah buat kenyataan "konar baring" hendak jadi PM dua tahun pula.

Pada 7 Februari 2018, Mahathir berkata bahawa dia mahu menjadi PM sementara untuk tempoh masa 2 tahun pula.

Menurut keputusan awal, Pakatan Harapan termasuklah "big brother" iaitu DAP telah bersetuju agar Mahathir menjadi PM sementara sebelum kuasa itu diserahkan kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Walaupun kumpulan Reformis enggan bersetuju dan beranggapan ia suatu tindakan yang tidak tepat telah diambil oleh Pakatan Harapan, namun kepimpinan pembangkang telah bersetuju untuk lelaki berusia 93 tahun itu kembali menjadi PM jika mereka menang.

Mulalah geng Reformis membuat kempen undi rosak untuk memprotes Mahathir dalam diam. Malah di kalangan ahli DAP juga, ramai yang protes marah bila Mahathir gila hendak berkuasa semula.

Ternyata kegusaran kumpulan Reformis yang sudah 10 tahun berjuang menentang diktator Mahathir itu tepat. Belum pun PRU14 berlaku, Mahathir sudah mahu tempoh 2 tahun untuk dirinya menjadi PM. Ini secara terang-terangan telah melanggar perjanjian asal dengan PKR, DAP dan PAN pada akhir tahun 2017 lalu.

Chegubard pernah kata, tindakan Mahathir yang bersetuju mahu menjadi PM semula memperlihatkan tujuan sebenar dia yang berbaik semula dengan parti pembangkang yang suatu ketika dahulu adalah musuhnya.

“Saya dan teman-teman sudah menjangkakan dan itulah yang kami beritahu bahawa Mahathir mahu mengambil alih kuasa bagi memastikan Mukhriz anaknya menjadi perdana menteri bagi memelihara harta kekayaan kroni dan proksinya.

“Cuma peliknya kelihatan rakan-rakan pembangkang seperti dibutakan fakta ini kerana keghairahan kononnya untuk merampas Putrajaya,” kata Chegubard dalam satu kenyataan pada bulan Jun 2017.

Hasrat menjadi PM sementara selama 2 tahun ini juga mungkin ada kena mengena dengan pendedahan bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim bahawa wujud satu pakatan sulit antara Mahathir dan Lim Kit Siang untuk jawatan PM dan Timbalan Perdana Menteri.

Hakikatnya, Mahathir tidak akan membiarkan PKR khususnya Anwar serta kumpulan Reformis kembali bermaharajalela di negara ini jika dia berkuasa walaupun dalam masa 1 hari. Dalam fikirannya, hanya pewaris darah dagingnya sendiri yang paling layak dan perlu dinaikkan untuk bergelar PM suatu hari nanti.

Walau apapun caranya sekali pun, Mahathir tidak akan begitu mudah membiarkan perjuangan PKR kembali subur di Malaysia selagi cita-cita peribadinya itu belum ditunaikan.

Mahathir mahu berkuasa semula bagi selesaikan "urusan peribadi" yang belum selesai dengan kroninya. Wan Azizah sudah pasti akan dipecat sama seperti Anwar. Anaknya, Mukhriz akan naik jadi TPM.

Dalam masa dua tahun inilah, Mahathir akan lunaskan perjuangannya yang belum selesai. Menjadikan anak sendiri jadi perdana menteri, mengkayakan kroni sendiri.

Inilah niat sebenar Mahathir, bukannya untuk bangsa dan ibu pertiwi. Negara akan jadi kucar kacir kalau kerajaan yang ada di Putrajaya berebut kuasa. DAP lah yang akan untung, kerana mereka banyak kerusi.

Silap silap dalam masa dua tahun itu, DAP akan singkirkan Mahathir dan mulakan "game" baru seperti yang disebut oleh Hew Kuan Yau, Superman DAP. Kalau DAP dapat perintah sekali, jangan mimpilah hendak dapat balik.

Siapa yang harus dipersalahkan kalau ini berlaku? Mahathir dan Melayu Melayu yang ada dalam pembangkanglah yang harus disalahkan. Mereka ini tidak ubah seperti "Buang" dalam cerita Sarjan Hassan.

Tulisan :
Beruang Biru
BB773, Jumaat
9 Februari 2018

Wednesday, February 7, 2018

MENJELANG PRU14 : RAKYAT DAH TAK PERCAYA BERITA PALSU

Pembangkang Hidup Dengan Cerita Palsu Bukan Dengan Cerita Kebaikan

Politik cara pembangkang di Malaysia adalah politik yang tidak sihat. Pembangkang di Malaysia berpolitik sebar kebencian, cerita persepsi dan berita palsu untuk membangkit perasaan marah rakyat pada kerajaan.

Ini cara politik yang merosakkan. Tidak pernah akui langsung apa yang dibuat kerajaan sebagai sesuatu yang baik. Biarpun kedudukan ringgit makin kukuh dan ekonomi makin baik tetapi pembangkang tetap dengan hujah mereka bahawa Malaysia ini hendak bankrap.

Biarpun pembangkang menguasai kerajaan di Selangor dan Pulau Pinang, mereka tidak ada cerita kebaikan yang hendak dikongsi secara positif kepada rakyat.

Bila tiada cerita baik, maka ruang dalam media sosial penuh dilambakkan dengan cerita tidak betul dan fitnah. Apa motif lambakan cerita tidak baik ini dibuat? Supaya rakyat benci kerajaan dan sokong pembangkang.

Dengan membuatkan rakyat marah, keliru dan sangsi maka dapatlah pembangkang hidup.

Contohnya apa yang dibuat oleh Clare Rewcastle Brown, Sarawak Report (SR) dan Wall Street Journal (WSJ) yang mereka cerita tentang tipu pasal negara. Serangan dibuat dari luar negara untuk membuatkan rakyat marah dan keliru.

Mahathir sendiri beberapa kali berjumpa Claire Brown ini untuk merangka serangan serangan persepsi dari luar negara.

Oleh kerana itulah bila
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak mencadangkan akta baru untuk tanggani berita palsu dibentangkan dalam parlimen pada Mac ini, ramai pemimpin pembangkang kepanasan.

"Akta sedia ada (Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984) tidak mencukupi untuk menangani penyebaran berita palsu, justeru peruntukan baru harus digubal secepat mungkin" kata Datuk Seri Salleh.

Mahathir bantah, Kit Siang pun bantah. Mereka tidak setuju dengan akta yang untuk halang cerita palsu. Kenapa takut? Sebab selama ini, berita palsu inilah jadi senjata pembangkang.

Pada 28 Januari lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan kaji untuk gubal undang-undang menghalang penularan berita palsu kerana kesannya adalah buruk kepada proses demokrasi di negara ini.

Rakyat boleh terpesong seperti membenci kerajaan dan merusuh hanya kerana terpedaya dengan berita palsu.

"Bukan kita mahu kawal internet. Internet masih bebas tetapi mesti ada unsur tanggungjawab.

"Malah, Barisan Nasional (BN) menjadi mangsa setiap kali pilihan raya dengan pelbagai penyebaran berita palsu.

"Sebelum ini, kita difitnah dengan berita membawa masuk 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh sedangkan perkara itu tidak benar sama sekali," kata Najib.

Tidak lama lagi "senjata berita palsu" pembangkang ini akan dimatikan menerusi undang undang. Minggu ini akan diadakan mesyuarat kedua Jawatankuasa Khas merangka akta baru itu.

Anwar Ibrahim dulu pernah reka cerita bahawa ada agensi kerajaan bawa masuk 40,000 pengundi yang meragukan dan didakwa dari Bangladesh. Cerita palsu tentang Lynas, Blackout dan lain lain lagi.

Yang buat cerita jahat ini cuci tangan di belakang. Yang bodohnya adalah rakyat yang bulat bulat percaya dan marah kerajaan tidak tentu hala.

Pembangkang tidak ada cerita kebaikan untuk rakyat mahupun pembangunan sebab itu mereka buat cerita bohong untuk isi kekosongan jadual politik mereka. Hari-hari buat cerita fitnah untuk jatuhkan kerajaan.

Macam mana hendak cerita yang baik, mereka menang pun dulu pun sebab berita palsu. Jadi bila jadi wakil rakyat mereka tidak tahu bagaimana caranya hendak buat kebaikan. Maka sebab itulah mereka buat cerita tidak baik tiap tiap hari.

Tolak berita palsu, tolak harapan palsu pembangkang.

Tulisan :
Beruang Biru
BB770, Rabu
7 Februari 2018

ALLAH BERSAMA BN..INSYAALLAH

Tahun 2018, Tahun Kejayaan Buat BN

Sudah lebih dua bulan kita memasuki tahun 2018. Tahun ini merupakan tahun yang amat penting kepada rakyat Malaysia kerana kita bakal berdepan dengan pilihan raya umum ke-14 (PRU14), yang akan menentukan siapa yang akan memerintah negara.

Entah bila tarikhnya. Namun Datuk Seri Najib sudah beri bayangan minggu lepas ianya mungkin sebelum Hari Raya Aidilfitri. Siapa tahu mungkin keberkatan bulan puasa seperti PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar berulang semasa PRU14 nanti, kemenangan besar buat BN di bulan Ramadhan Al Mubarak.

Dalam erti kata mudah, pilihlah kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sudah terbukti mempunyai rekod yang baik dalam mentadbir negara.

Tengoklah kejayaan dan pembangunan yang dicapai oleh beliau di dalam dan luar negara. Sebagai contoh, Forum Ekonomi Dunia telah meletakkan Malaysia sebagai negara Asia terbaik dalam Indeks Pembangunan Inklusif (IDI).

Malaysia berada pada nombor 13 di dunia dan satu di Asia, manakala China di tempat ke-25 dan India nombor 62.

Bukan itu sahaja, Malaysia juga mendapat pengiktirafan dunia seperti Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa dan agensi penarafan kredit iaitu Fitch serta Standard and Poor berikutan kekukuhan ekonomi negara.

Pertumbuhan ekonomi negara disemak sampai tiga kali oleh Bank Dunia tahun lepas. Ianya disemak menaik bukannya menurun. Semalam, Bursa Malaysia umumkan catat untung bersih tertinggi sejak 2007.

Banyak lagi boleh disenaraikan namun apa yang penting pengiktirafan yang diberi terhadap Malaysia oleh pelbagai pihak, termasuk dari negara lain, membuktikan pembangunan negara dan ekonomi negara berada di landasan yang tepat.

Atas sebab itulah maka kerajaan yang ada perlu dipertahankan. Tolaklah cita-cita besar pembangkang untuk menguasai negara dengan menaburkan janji-janji manis kepada rakyat.

Berbeza dengan Pakatan Harapan. Belum lagi memerintah negara, namun Pakatan Harapan sudah bergolak. Lihat sahaja bagaimana isu pembahagian kerusi untuk PRU14 gagal diselesaikan disebabkan berlaku ketidakpuasan dan perebutan antara parti di dalam gabungan pakatan itu.

PKR, PPBM dan PAN, sehingga kini masih berebut kerusi. Bukan itu sahaja, mereka juga bergaduh sesama sendiri dan tanpa rasa malu meluahkannya di media sosial. Contoh paling ketara adalah di Selangor.

Pemimpin PKR Selangor bergilir-gilir menyerang pemimpin PAN berhubung pengagihan kerusi hinggakan pengerusi Pakatan Harapan (PH), Mahathir terpaksa meminta supaya ia diselesaikan dengan baik.

Mahathir tidak boleh buat apa. Siapa hendak "dengaq" cakap Mahathir. DAP terus sahaja bergaduh dan bergasak bersama PAN bagi membuli PKR di Selangor.

Bukan itu sahaja, dalam soal mengadakan mesyuarat agung tahunan (EGM) pun sama. PPBM hanya mengadakannya selepas mendapat amaran daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Itupun selepas ingatan diberikan bahawa ia berdepan kemungkinan dibatalkan pendaftaran jika EGM itu tidak diadakan.

Sekarang Pakatan Harapan sedang meroyan dengan menuduh kononnya mereka disabotaj dengan alasan untuk menggagalkan pendaftaran Pakatan Harapan.

Gagal buat mesyuarat cawangan dan bahagian kemudian buat mesyuarat agung. Mana boleh buat begitu? Bila ROS tegur, mereka melenting. Gagal buat mesyuarat cawangan, ROS yang salah. Ini satu tuduhan pelik.

Ia juga menunjukkan bahawa PPBM tidak mempunyai pemimpin berkualiti yang boleh diharapkan oleh rakyat. Hendak tanding sampai 52 kerusi parlimen macam mana kalau mesyuarat cawangan pun tidak boleh buat?

Cuba senarai tengok siapa calon PPBM di semua 52 kerusi parlimen ini? Ada calon kah PPBM? Hendak umum nama ahli pun takut. Nama calon lagilah takut.

Semua yang dilakukan oleh Pakatan Harapan gagal. Serangan terhadap Perdana Menteri menggunakan isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion juga gagal, mahu daftar parti juga gagal, mahu mendaftar logo juga gagal dan kini sedang bergaduh sesama sendiri.

Mereka sendiri yang menggagalkan semuanya kerana kelemahan sendiri tetapi seperti biasa Najib dan kerajaan juga dipersalahkan. Berbeza dengan BN, yang sudah melunaskan 97.6% akujanji kepada rakyat.

Pembangkang yang menguasai Selangor dan Pulau Pinang tidak berani langsung umumkan berapa peratus janji yang mereka sudah laksana pada rakyat. Ini bukti pembangkang sudah gagal.

Hanya Barisan Nasional yang menjaga kebajikan dan kehendak rakyat. Oleh kerana itulah dulu pembangkang pakai nama Pakatan Rakyat, kini tukar nama kepada Pakatan Harapan kerana harapan rakyat itu sendiri sudah musnah. Yang tinggal hanyalah harapan kosong sahaja.

Berilah mandat yang kuat supaya Barisan Nasional boleh membawa negara ini ke tahap yang lebih hebat lagi di persada antarabangsa. Jangan beri undi pada pembangkang yang malu mengaku rakyat Malaysia.

Tulisan :
Beruang Biru
BB769, Rabu
7 Februari 2018

Friday, February 2, 2018

PRU14 MAKIN HAMPIR PEMBANGKANG MAKIN TERDESAK

Pembangkang Ulang Semula Cerita “Recycle” Menjelang Pilihan Raya

Minggu lepas, bila ringgit kukuh pembangkang guna BBC untuk main semula cerita lama. Dalam Whatsapp minggu ini, berbagai bagai cerita lama masuk balik. Cerita cerita ‘recycle’ yang dimainkan semula pembangkang bila mereka kering idea dan tandus isu.

Cerita cerita persepsi yang ditabur semula semata mata untuk buat rakyat sangsi. Bagi mereka yang jarang membaca, mereka ini akan percaya bulat bulat dengan segala berita yang diterima. Inilah golongan yang paling diidamkan oleh pembangkang untuk “dibangangkan”. Sumbat apa sahaja terus percaya dan mudah terpedaya.

Samalah seperti dua tiga orang netizen yang bodoh mempertikaikan kenapa kereta berhuruf  “Z” tidak membayar tol dan negara sudah tergadai kerana ada kereta polis China di jalanraya Malaysia. Padahal kereta tersebut digunakan untuk pengambaran filem. Golongan seperti inilah sasaran pembangkang untuk “dibangangkan”.
 
Dua tiga hari lepas, di media sosial, pembangkang “recycle” semula cerita tentang projek Bandar Malaysia di tapak Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi yang sudah dipindahkan ke Pangkalan Udara TUDM yang lebih baik di Sendayan. 

Penyokong PH kata, tanah di tapak projek berkenaan sudah digadaikan kepada negara China. Faktanya, dalam Konsortium ICBS, pegangan saham antara pihak Konsortium adalah sebanyak 40 peratus oleh syarikat China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC) manakala 60 peratus oleh Konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH).

Pegangan saham IWH pula terdiri daripada sebanyak 40% oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ – Kerajaan Negeri Johor) dan 60% dimiliki oleh ‘Credence Resources’ yang diuruskan oleh Tan Sri Lim Kang Hoo. Kalau dilihat dari pegangan pemilikan tanah Bandar Malaysia pula ia dimiliki oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau Menteri Kewangan Diperbadankan sebanyak 40 peratus dan baki 60 peratus lagi oleh Konsortium IWH-CREC.

Pemilikan utama projek adalah 76 peratus dimiliki oleh Malaysia dan sebanyak 24 peratus oleh China. Pada 20 Mei tahun lepas, Tun Razak Exchange City telah batalkan perjanjian dengan konsortium ICBS yang terdiri daripada IWH dan CREC.

Susulan langkah pembatalan ini, Kementerian Kewangan yang memiliki 100 peratus projek TRX City kini memiliki 100 peratus Bandar Malaysia. Tidak masuk akal, jika dituduh 100 peratus tanah dan projek berkenaan sudah digadaikan kepada China kerana semuanya masih dimiliki oleh kerajaan Malaysia. 

Datuk Seri Najib pun sudah menyatakan bahawa beliau tidak akan sekali-kali menggadaikan kedaulatan negara dalam apa-apa juga projek yang melibatkan syarikat dari luar negara.

19 Januari 2018, Battersea Power Station di London telah dibeli oleh syarikat dari Malaysia dengan harga £1.6 billion. Tidak ada pun pembangkang atau penduduk di London kata negara mereka terjual kepada Malaysia. Ada dengar?

Oktober 2015, di Melbourne, Australia, syarikat dari Malaysia akan membina bangunan setinggi 92 tingkat di sana. Bangunan itu yang bernilai AS$770 juta suatu hari nanti akan jadi bangunan tertinggi di Melbourne. Tidak pula orang di Melbourne kata Australia sudah tergadai pada Malaysia. Ada dengar?

Syarikat dari Malaysia juga banyak terlibat dalam projek pembangunan di Mekah, Arab Saudi. Tidak pula orang Arab kata Arab Saudi sudah tergadai pada Malaysia? Hanya pembangkang di Malaysia suka ‘membangangkan’ rakyat dengan teori “negara sudah kena gadai” mereka.

Pembangkang juga “recycle” balik cerita berkaitan wanita Mongolia, Altantuya Sharibuu walaupun mahkamah sudah pun membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman kepada sesiapa yang bersalah dan terlibat. 

Pada saat begini undang-undang kekang berita palsu yang dicadangkan oleh Perdana Menteri adalah amat penting sekali. Ini kerana penyebaran maklumat dan berita seumpama itu boleh merosakkan kestabilan demokrasi negara ini.

Pembangkang yang sudah terdesak, tidak sabar menunggu pilihanraya untuk berpolitik secara matang dan bijaksana. Pembangkang lebih suka mengelirukan rakyat dengan cerita cerita bohong ini agar otak rakyat penuh dengan toksik dan kebencian.

Allah SWT Maha Berkuasa, akhirnya hari ini lihatlah parti mana yang penuh toksik dan kebencian? Sesama parti pembangkang sekarang penuh dengan kesangsian dan huru hara. Di situ lompat, di sana keluar parti, di satu tempat lagi berebut kerusi. Pembangkang sebenarnya tidak berpakat lagi. Elemen negatif yang mereka cuba semai menerusi cerita cerita tidak baik ini akhirnya balik ke mereka sendiri.

Tulisan :
Beruang Biru
BB762, Khamis
1 Februari 2018

Thursday, February 1, 2018

JANGAN SAMPAI UNDI ANDA MERUGIKAN AGAMA BANGSA

*🔥PILIHANRAYA SEMAKIN DEKAT*

*Panduan memilih di setiap Pilihanraya yang ada ✍🏻*

Referensi dari 3 (tiga) tokoh :

*1. Ali bin Abi Thalib ra*

_“Kezhaliman akan terus ada, bukan karena banyaknya orang-orang jahat, tapi karena diamnya orang-orang baik.”_

*2. Syaikh Yusuf Qardhawi (Ketua Asosiasi Internasional Cendekiawan Muslim)*

Setidaknya ada 3 (tiga) cara dalam mempertimbangkan pilihan:

• Jika semuanya baik, pilihlah yang paling banyak kebaikannya.

• Jika ada yang baik dan ada yang buruk, pilihlah yang baik.

• Jika semuanya buruk, pilihlah yang paling sedikit keburukannya.

*3. Dr. Hamid Fahmy Zarkasyi, MA. M. Phil. (Ketua MIUMI Pusat, putra Pendiri Pesantren Gontor)*

_"Jika anda tidak mau ikut pilihanraya karena kecewa dengan pemerintah & anggota Dewan Pewakilan Rakyat, atau parti politik Islam. Itu hak anda. Tapi ingat jika anda & jutaan yang lain tidak ikut pilihanraya maka jutaan orang fasik, sekuler, liberal, atheis akan ikut pilihanraya untuk berkuasa dan menguasai kita. Niatlah berbuat baik meskipun hasilnya belum tentu sebaik yang engkau inginkan.”_

*Selamat memilih*
*Jangan x mengundi*

PRU 14 : MENGAPA PILIH BN

*BN vs PH*

*Hakikat sebuah kebenaran*

▶ *Barisan Nasional punyai seorang Ketua dan Pengerusi bagi mengawal selia serta mengurus parti-parti komponen yang berada dan bernaung dibawah satu bumbung, penuh muhibbah, penuh permuafakatan.*

▶ *Pakatan Harapan hanya ada 4 parti sahaja didalam gabungannya dan sehingga ke saat ini.*

⬛ *SIAPAKAH KETUA SEBENAR-BENARNYA KETUA yang mampu mengemudi gabungan ini ??*

▪ *SIAPAKAH yang dirasakan layak untuk menjadi Pengerusi atau Penasihat mahupun yang mampu memimpin di dalam gabungan ini? Yang dahulu dikatakan hanya sebagai Punaisihat kini cuba diangkat pula sebagai calon PM. Nampaknya, ada Presiden pun seperti tiada fungsi.*

▪ *Nak pilih Ketua pun bercelaru, haru biru, bagaimana pula nanti mahu memilih Perdana Menteri yang benar-benar mampu?*

▪ *Dahulu berbaling kerusi, kini skrip yang sama, berebutkan kawasan serta kerusi cuma belum melayang sahaja kerusinya. Selipar siang-siang lagi dah terbang.*

⬛ *PH sekadar pakatan cacamerba. Pakatan sandiwara.*

▪ *Yang disini dalam terpaksa sudah memilih si Kipas. Yang disana sudah merungut Hampas.*

▪ *Yang disinun pula tetap menjadi Kayu dan Tunggul menunggu detik untuk di Hempas.*

⬛ *Hakikatnya, di dalam gabungan ini, masing2 bercita-cita besar nak jadi Ketua.*

▪ *Bercita-cita besar nak jadi Perdana Menteri. Masing2 tak mahu mengalah. Pilih disini, disana menolak.*

▪ *Pilih disana, disini memberontak, Pilih disinun,hrmm, tak boleh pakai, hanya menjadi wayang pacak.*

▪ *Biar mereka menjadi katak. Jikalau didalam gabungan sendiri sudah menunjukkan ketidaksepakatan, tiadanya kesefahaman, bagaimana mahu membela nasib rakyat, bagaimana mahu memakmurkan negara sedang dikalangan mereka sendiri, jawatan menjadi sesuatu perkara yang harus direbutkan.*

▪ *Peduli apa dengan rakyat, yang penting aku hebat. Peduli apa dengan negara, yang penting aku berkuasa.*

▪ *Kita sebagai rakyat Malaysia, buatlah pilihan yang sewajarnya. Memilih biarlah mengikut kemampuan,berdasarkan pengalaman sesuatu gabungan atau Barisan yang dipenuhi pengetahuan dalam mencorakkan negara ini sejak sekian lama bukannya memilih secara tangkap muat, mengikut nafsu hati, atau kerana marah dan benci, kerana sekali kita tersilap dalam membuat percaturan, kita juga yang bakal menerima musibahnya..!!*

*zoolzulTheRakyatABATA*

JUAL NEGARA CARA NAJIB

*#JUAL_NEGARA_NAJIB_STYLE*

*Korang nak tau...kalau ikut sifir macai2 pembangkang, Malaysia dah beli UK, Singapore, Mexico, Mekah dan Turki uolssss....*

*Maklumlah...takat 14% pemilikan projek pada China macam Bandar Malaysia pun macai kata negara dah tergadai. Inikan pula projek2 milik Malaysia berikut:*

1. *Pembangunan Bandar Baru Battersea, UK.*
*Malaysia menjadi pelabur utama dan sedang memajukan dan membina bandar baru di atas tanah utama UK seluas 42 ekar.* *Malah terkini Malaysia bakal membeli Battersea Power Station dgn nilai 1.6 billion pound yang bakal menjadi sejarah urusniaga hartanah terbesar di bumi UK mengatasi pembelian Walkie Talkie Skyscraper oleh Hong Kong!*
*Punyalah gempak pembangunan bandar ni Malaysia buat sampai Apple Inc akan buka HQ depa di UK di Battersea. UK dah dijajah Malaysia uolsss....* 🤣🤣🤣🤣

2. *Malaysia bakal membeli tanah2 di Mekah, Madinah dan Jedah. Nilai hartanah Mekah adalah yang paling tinggi di dunia malah nilai kaki perseginya lebih mahal dari New York. Juga Arab Saudi tidak pernah menjual tanah di Mekah dan Madinah kepada pihak luar. Malaysia adalah negara pertama yang dapat hasil hubungan baik DS Najib dgn King Salman. Gempak giler kan???*
*Saudi dah gadai Tanah Haram pada negara asing uolssss....* 🤣🤣🤣🤣

3. *Marina One dan DUO adalah dua pembangunan ultra moden di Singapura. Ia dikenali sebagai Singapore Exchange. Projek ini dimiliki oleh Khazanah sebanyak 60% dan baki 40% dimiliki oleh Singapura melalui Temasek Holdings.*
*Gila wey!!!  Singapore dah gadai negara depa kepada kita.* 🤣🤣🤣🤣

4. *Lapangan terbang antarabangsa Turki Istanbul Sabiha Gokchen (ISG) kini adalah milik Malaysia.*
*Hangpa bayang...pintu masuk negara depa dimiliki oleh negara asing! Erdogan dah jual negara pada Najib kan?* 🤣🤣🤣🤣
*Cuba kalau China miliki KLIA2 takat 5%....habis wey....macai kata semua staf airport dari kakitangan kaunter sampai tukang cuci jamban adalah warga China dan cakap Mandarin je lepas tu. Polis pun polis Negara China (PRC) tau.* 😝😝😝😝

5. *Malaysia dah ada blok carigali minyak kat Gulf of Mexico guys....*
*Blok 6 ni cover kawasan seluas 559 km persegi, hampir 4/5 keluasan Singapura!*
*Memanglah pemilikan adalah 50:50 antara kita dan Ecopetrol milik Colombia, tapi kalau ikut sifir cai, Bandar Malaysia yg pada asalnya 14% projek milik China pun dah dikira jual negara. Apatah lagi 50% kan?* 🤣🤣🤣🤣

6. *Malaysia dah sign MOU dengan Indonesia untuk membangunkan Greater Jakarta uolsssss....*
*Dari nama pun dah tau. Greater Jakarta adalah sama dengan Greater KL iaitu projek pembesaran, pemodenan dan perluasan bandaraya kosmopolitan. Singapore Exchange sama dengan Tun Razak Exchange. Unsur2 penjajahan Najib amat jelas. Malaysia diberi kepercayaan utk majukan kawasan seluas 500 hektar dengan projek bernilai RM 3.5 billion! Jahat kan Najib? Indonesia pun kena ‘jajah’.* 🤣🤣🤣🤣

▪ *Banyak lagi hartanah2, projek2 milik kita dan investment2  kita di luar negara uolssss....*
*Semua ni pelaburan2 maha strategik yang menjana keuntungan berbillion2 ringgit buat negara.*

▪ *Zaman Atok dulu mana ada pelaburan strategik macam ni. Dia pi labur kat FOREX sampai bankrap Bank Negara Malaysia sebab 32 billion ringgit hangus. Atok pun rajin labur pada projek anak2 dia dan kroni. Bank Negara bankrap, tapi kroni2 Atok boleh beli Bank di Swiss.* 🤣🤣🤣🤣

▪ *Beli Lotus dgn MV Augusta? Apa manfaat pada negara pun tak tau. Semua projek rugi. Berterusan Proton rugi dan langsung takde kemajuan dalam R&D. Balik2 ambik kereta Jepun, tukar lambang dan modify sikit2, lepas tu ngaku kereta nasional. Bila tak laku paksa kerajaan suntik modal untuk rugi lagi. Cam haram.....*

😝😝😝😝

PANDUAN UNTUK HIDUP YANG LEBIH BAIK

Untuk renungan dan ingatan bersama

En Ahmad Zamri 47 tahun, seorang Pensyarah Sains Komputer dari Malaysia. Beliau meninggal dunia disebabkan oleh kanser pankreas pada 2008, tetapi dia menulis buku "The Last Lecture" pada 2007. Suatu legasi yang dia tinggalkan.

Dalam suratnya kepada isteri dan anak-anaknya, Didi, Lokman dan Cici, dia menulis satu panduan yang sangat baik, "Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik" untuk isteri dan anak-anaknya.

Bagaimana untuk memperbaiki hidup anda.

1. Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain. Anda mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka.

2. Jangan mempunyai pemikiran negatif terhadap benda yang kamu tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan tenaga anda terhadap benda yang positif yang anda miliki pada masa ini.

3. Jangan terlebih buat apa yang anda mampu. Cukuplah setakat yang anda mampu.

4. Jangan terlalu serius terhadap diri anda. Tiada siapa yang berbuat demikian.

5. Jangan bazirkan tenaga anda terhadap gossip.

6. Berfikir lebih jauh bila anda masih terjaga.

7. Iri hati adalah sia-sia. Kamu sudah mempunyai semua yang kamu perlukan.

8. Lupakan perkara yang sudah lepas. Jangan ungkit kesilapan pasangan anda di masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan anda di masa kini.

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa.

10. Berdamailah dengan masa lalu kamu supaya ia tidak akan merosakkan masa sekarang kamu.

11. Tiada siapa yang mengawal kegembiraan kamu selain dari kamu sendiri.

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kamu di sini untuk belajar. Masalah ialah salah satu dari kurikulum yang akan muncul dan pergi seperti kelas algebra, tetapi pengajarannya akan kamu pegang seumur hidup kamu.

13. Senyum dan tertawa selalu.

14. Kamu tidak perlu menang setiap pertengkaran. Setuju untuk tidak setuju.

15. Hubungi keluarga kamu selalu.

16. Beri sesuatu yang baik untuk orang lain setiap hari.

17. Maafkan orang lain.

18. Luangkan masa untuk orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah.

19. Pandangan orang lain terhadap kamu bukan urusan kamu.

21. Pekerjaan kamu tidak akan menjaga kamu bila kamu sakit tetapi keluarga kamu akan menjaga kamu. Selalu berhubung.

22. Dahulukan Tuhan dalam segala yang kamu fikir, katakan dan buat.

23. Tuhan itu penyembuhan.

24. Buat perkara yang betul.

25. Bagaimana baik atau buruk pun situasi sekarang, ia akan berubah.

26. Bagaimanapun yang kamu rasa, bangun, salin pakaian dan pergi.

27. Yang terbaik akan datang kemudian.

28. Buang apa yang tidak berguna atau yang tidak menggembirakan.

29. Bila kamu terjaga di waktu pagi, bersyukur kepada Tuhan.

30. Kalau kamu kenal Tuhan kamu akan gembira selalu. Jadi, bergembiralah selalu.

Apabila kamu mengamalkan kesemua di atas, kongsikanlah pengetahuan ini dengan orang yang kamu sayangi, orang di sekolah kamu, orang yang kamu selalu bermain bersama, orang yang kamu kerja bersama, dan orang yang tinggal bersama kamu. Bukan sahaja ianya akan memperbaiki hidup anda, tetapi juga orang di sekeliling anda.

MENIPU SAJA KERJA YAHUDI MADEYY NI

KUCHING: Bekas Editor Sarawak Report, Lester Melanyi, mendakwa beliau menerima bayaran RM2,975 (STG500) seminggu bagi memalsukan pelbagai dokumen sebelum disiarkan di laman portal itu bertujuan menjejaskan reputasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Ia termasuk mengaitkannya dengan isu dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Lester yang juga bekas Pengarang Berita Sarawak Tribune mendakwa bayaran itu diterimanya daripada pengasas dan pengendali Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, yang berpangkalan di London, United Kingdom.

Malah, beliau menyifatkan bayaran itu sebagai 'ganjaran' untuknya dalam membantu komplot menjatuhkan kepemimpinan Perdana Menteri, begitu juga kerajaan Barisan Nasional (BN), yang dipercayai turut membabitkan beberapa pemimpin pembangkang.

MENGAPA HARUS MENGUNDI DAN SIAPA YANG HARUS DIUNDI

*🔥PILIHANRAYA SEMAKIN DEKAT*

*Panduan memilih di setiap Pilihanraya yang ada ✍🏻*

Referensi dari 3 (tiga) tokoh :

*1. Ali bin Abi Thalib ra*

_“Kezhaliman akan terus ada, bukan karena banyaknya orang-orang jahat, tapi karena diamnya orang-orang baik.”_

*2. Syaikh Yusuf Qardhawi (Ketua Asosiasi Internasional Cendekiawan Muslim)*

Setidaknya ada 3 (tiga) cara dalam mempertimbangkan pilihan:

• Jika semuanya baik, pilihlah yang paling banyak kebaikannya.

• Jika ada yang baik dan ada yang buruk, pilihlah yang baik.

• Jika semuanya buruk, pilihlah yang paling sedikit keburukannya.

*3. Dr. Hamid Fahmy Zarkasyi, MA. M. Phil. (Ketua MIUMI Pusat, putra Pendiri Pesantren Gontor)*

_"Jika anda tidak mau ikut pilihanraya karena kecewa dengan pemerintah & anggota Dewan Pewakilan Rakyat, atau parti politik Islam. Itu hak anda. Tapi ingat jika anda & jutaan yang lain tidak ikut pilihanraya maka jutaan orang fasik, sekuler, liberal, atheis akan ikut pilihanraya untuk berkuasa dan menguasai kita. Niatlah berbuat baik meskipun hasilnya belum tentu sebaik yang engkau inginkan.”_

*Selamat memilih*
*Jangan x mengundi*

PRU 14 BN VS PH SUATU HAKIKAT

*BN vs PH*

*Hakikat sebuah kebenaran*

▶ *Barisan Nasional punyai seorang Ketua dan Pengerusi bagi mengawal selia serta mengurus parti-parti komponen yang berada dan bernaung dibawah satu bumbung, penuh muhibbah, penuh permuafakatan.*

▶ *Pakatan Harapan hanya ada 4 parti sahaja didalam gabungannya dan sehingga ke saat ini.*

⬛ *SIAPAKAH KETUA SEBENAR-BENARNYA KETUA yang mampu mengemudi gabungan ini ??*

▪ *SIAPAKAH yang dirasakan layak untuk menjadi Pengerusi atau Penasihat mahupun yang mampu memimpin di dalam gabungan ini? Yang dahulu dikatakan hanya sebagai Punaisihat kini cuba diangkat pula sebagai calon PM. Nampaknya, ada Presiden pun seperti tiada fungsi.*

▪ *Nak pilih Ketua pun bercelaru, haru biru, bagaimana pula nanti mahu memilih Perdana Menteri yang benar-benar mampu?*

▪ *Dahulu berbaling kerusi, kini skrip yang sama, berebutkan kawasan serta kerusi cuma belum melayang sahaja kerusinya. Selipar siang-siang lagi dah terbang.*

⬛ *PH sekadar pakatan cacamerba. Pakatan sandiwara.*

▪ *Yang disini dalam terpaksa sudah memilih si Kipas. Yang disana sudah merungut Hampas.*

▪ *Yang disinun pula tetap menjadi Kayu dan Tunggul menunggu detik untuk di Hempas.*

⬛ *Hakikatnya, di dalam gabungan ini, masing2 bercita-cita besar nak jadi Ketua.*

▪ *Bercita-cita besar nak jadi Perdana Menteri. Masing2 tak mahu mengalah. Pilih disini, disana menolak.*

▪ *Pilih disana, disini memberontak, Pilih disinun,hrmm, tak boleh pakai, hanya menjadi wayang pacak.*

▪ *Biar mereka menjadi katak. Jikalau didalam gabungan sendiri sudah menunjukkan ketidaksepakatan, tiadanya kesefahaman, bagaimana mahu membela nasib rakyat, bagaimana mahu memakmurkan negara sedang dikalangan mereka sendiri, jawatan menjadi sesuatu perkara yang harus direbutkan.*

▪ *Peduli apa dengan rakyat, yang penting aku hebat. Peduli apa dengan negara, yang penting aku berkuasa.*

▪ *Kita sebagai rakyat Malaysia, buatlah pilihan yang sewajarnya. Memilih biarlah mengikut kemampuan,berdasarkan pengalaman sesuatu gabungan atau Barisan yang dipenuhi pengetahuan dalam mencorakkan negara ini sejak sekian lama bukannya memilih secara tangkap muat, mengikut nafsu hati, atau kerana marah dan benci, kerana sekali kita tersilap dalam membuat percaturan, kita juga yang bakal menerima musibahnya..!!*

*zoolzulTheRakyatABATA*

TIADA YANG TERGADAI CUMA ATM DAPAT YANG SERBA BARU

#Repost
#SetahunYangLalu

PENGKALAN UDARA SG. BESI 198 HEKTAR DIGANTIKAN SELUAS 300 HEKTAR DI SENDAYAN, DIPINDAH SECARA BERPERINGKAT & TIDAK BENAR DIMONOPOLI SYARIKAT CHINA

Pengkalan TUDM Sg Besi sudah tidak strategik.

JIKA pada tahun 1950an dahulu, tak dapat dinafikan Pengkalan Tentera Udara Sungai Besi, Kuala Lumpur adalah yang paling strategik beroperasi. Namun selepas 50 ke 60 tahun selepas itu, hasil daripada perkembangan pesat Kuala Lumpur, maka tapak pengkalan udara berkenaan tidak lagi mampu menampung kewajarannya beroperasi disitu.

Atas sebab-sebab faktor keselamatan Pengkalan TUDM Sg Besar telah dipindahkan secara berperingkat ke tempat yang lebih selamat, malah jauh lebih selesa berbanding yang ada sekarang ini. Ia bukan semata-mata untuk pembangunan The Greater Kuala Lumpur sahaja, sebaliknya faktor keselamatan negara, kawalan infrastruktur pertahanan negara dan keselesaan kem serta berimpak tinggi terhadap operasi ketenteraan negara turut diambil kira dalam soal ini.

Tuduhan pembangkang pembangunan Pengkalan TUDM Sg Besi telah dikuasa syarikat China adalah sangat tidak berasas.

Sedangkan amat jelas Konsortium yang dikenali sebagai IWH-CREC Sdn Bhd adalah perkongsian awam-swasta antara Konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) ( milik Kerajaan Negeri Johor) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC).

Hasil daripada jualan ini, 76% daripada Bandar Malaysia akan dimiliki entiti Malaysia yang mana kira-kira 54% daripada projek tersebut dimiliki Kerajaan Pusat dan Johor.

Kemasukan CREC sebagai rakan kongsi antarabangsa dengan ekuiti projek sebanyak 24% mewakili Pelaburan Langsung Asing (FDI).

Pelan induk Bandar Malaysia itu adalah untuk pembangunan bercampur pada purata nisbah plot kasar 4.05 melangkau keseluruhan tapak seluas 486 ekar di Sungai Besi. Bandar Malaysia akan dibangunkan dalam tempoh 15 hingga 25 tahun pada unjuran Nilai Pembangunan Kasar sebanyak RM150bilion.

300 HEKTAR DIGANTIKAN DI SENDAYAN, NEGERI SEMBILAN

Persoalan yang bermain di kalangan netizen selepas ianya ditutup secara berperingkat apa pula nasib oleh Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang merupakan ‘tuan rumah’ asal pengkalan tersebut?

Selain itu 1MDB telah dipertanggungjawabkan selepas membeli tanah tersebut  kadar harga nominal (harga pasaran) untuk membina 8 buah kem baharu di seluruh negara dengan nilai RM2.7 bilion.

Seluas 8 juta kaki persegi insfrastruktur baru juga akan dibangunkan sedangkan ketika ini di Pengkalan Udara Sg. Besi hanya mempunyai keluasan bangunan 2 juta kaki persegi sahaja. 

Melalui beberapa perjanjian, tanah Pengkalan Udara Sg. Besi akan digantikan dengan keluasan 300 hektar di Sendayan, Negeri Sembilan. Berbanding ketika ini keluasan Pengkalan Udara Sg. Besi hanyalah 198 hektar sahaja. Bermaksud 1MDB gantikan dengan tanah yang lebih besar dan luas.

Antara lokasi kem yang dicadangkan untuk pembangunan bagi TUDM, PDRM dan Rejimen ke-31 Artileri DiRaja (31 RAD) seperti di Subang, Kuantan, Butterworth, Gong Kedak, Ipoh dan Kajang untuk 31 RAD