Showing posts with label TLDM. Show all posts
Showing posts with label TLDM. Show all posts

Friday, February 25, 2011

WAKIL RAKYAT BARISAN NASIONAL BUAT APA...?????

Berbuih-buih mulut blogger merungut sambil menggenggam dan mengurut-mngrut jari-jemari yang lenguh dan kebas menaip mendedahkan maklumat dan memberi idea tindakan yang harus di ambil terhadap TONY PUA kerana memfitnah Kementerian Pertahanan dan TLDM . Tak ada sesiapun yang beri perhatian. Mungkin mereka tak baca blog kerana semua mereka terutama wakil rakyat dari UMNO hebat-hebat belaka kelulusan akademik...sebab itu mereka hanya baca ahkbar berbahasa Inggeris sahaja untuk mendapatkan maklumat!

Yang menariknya bekas ahli PKR pula nampak permainan jahat TONY PUA dan DAP untuk memburukkan imej Angkatan Tentera Malaysia!

Monday, February 14, 2011

TENTERA SINGAPURA DILETAKKAN DALAM KEADAAN BERJAGA-JAGA...!!!!

Pemerintah Singapura telah mengarahkan 3 cabang angkatan tenteranya berada dalam keadaan siap siaga untuk kemungkinan melancarkan serangan ke atas Malaysia. Kerajaan Singapura dilaporkan tidak puas hati dengan tindakan TLDM menceroboh perairan Singapura melalui Tambak Johor. Pihak kerajaan Malaysia bagaimanapun menafikan sebarang penglibatan kapal TLDM dalam operasi menceroboh atau mengintip di dalam  perairan Singapura . Pihak kementerian pertahanan yang diwakili oleh Dato' Zahid Hamidi telahpun mengadakan pertemuan secara dua biji mata dengan rakan sejawatnya dari Singapura. 

Sunday, February 13, 2011

HISHAM MUDIM TOLONG JANGAN AMBIL TINDAKAN !!!!

HISHAM MUDIM sila beri muka kepada TOY PUA kerana beliau langsung tidak bersalah sebaliknya beliau hanya bertanyakan khabar ZAHID HAMIDI sahaja sambil bertukar-tukar pendapat mengenai program pembangunan Angkatan Tentera Malaysia. Justeru sebarang tindakan ke atas TONY PUA adalah satu penghinaan kepada rakyat Malaysia sebagai sebuah negara yang mendokong demokrasi. 

Lagipun kenyataan yang disiarkan dalam blog TONY PUA itu hanya dibaca oleh beliau seorang sahaja dan tidak pernah ada rakyat yang 100 % menyayangi kerajaan BARISAN NASIONAL yang merungut dulu seleweng pembelian helikopter dan kapal selam dah berbillion-billion,  kali ni seleweng beli kapal perang lagi banyak RM6 billion!

Kredibiliti kerajaan dan TLDM langsung tidak tercalar dan tidak ada rakyat yang akan berkata NAK TAKUT APA ...MENTERI DALAM NEGERI TU ...DIA BUKANNYA BERANI AMBIL TINDAKAN...LEPAS NI PEMBANGKANG  PUN BUAT-BUAT BODOH SAMA ...ISU DI TUTUP TIDAK BOLEH AMBIL TINDAKAN KERANA TIADA BUKTI....LEPAS TU PEMBANGKANG BUAT HAL LAGI..TUDUH MACAM-MACAM....DAN LAGI...DAN LAGI....


HISHAM MUDIM jangan bimbang kerana rakyat tidak akan ketawakan kerajaan...sebalikya akan menangis beramai-ramai.....

HIDUP HISHAM MUDIM.... JOM  CIUM KERIS!!!!!

Saturday, February 12, 2011

TENTERA LAUT NEGARA CHINA HAMPIR BERPERANG DENGAN TLDM...????

Teringat posting kat Military Of Malaysia berkenaan satu insiden tahun 2010 yang mungkin boleh menyebabkan berlaku pertempuran antara TLDM dengan Tentera laut Negara China di kawasan perairan yang menjadi pertikaian banyak negara iaitu Kepulauan Spratly. Jelas kedegilan sekumpulan kapal perikanan China sedang menjalankan aktiviti pelayaran mereka di kepulauan Spratly selepas di arahkan beredar memaksa Malaysia terpaksa menghantar pesawat pejuang Sukhoi sebagai amaran terakhir...