Showing posts with label SITI HAJAR MOHAMAD. Show all posts
Showing posts with label SITI HAJAR MOHAMAD. Show all posts

Monday, August 13, 2012

TRAGEDI 11.11.2011

Sebelum ni kalau kena saman ekor, aku marah-marah juga walaupun tahu salah sendiri...marah tu sebab kena keluar duit...semua orang marah, siap ada KEMPEN ANTI SAMAN EKOR (KASE)....lepas KASE mengamuk..OPS Perangkap Laju semakin berkurangan..

Tapi kalaulah OPS Perangkap Laju masih ada....taklah bas yang bawa adik aku pandu laju sampai terbalik, kalau tak laju pun tetapi terbalik, adik aku masih selamat atau kalau lori pasir tu tak laju dia masih sempat memperlahankan kenderaan dari melanggar adik aku yang sedang membantu pelajar-pelajar dia keluar dari bas tu...taklah sedih mengenangkan adik aku dihempap kepala lori pasir tu..taklah aku sedih tengok bomba kutip kaki adik aku..

Tahun ni..sambutan aidilfitri tanpa keriuhan mulut adik aku..Siti Hajar Mohamad..sapa-sapapun dah tak boleh mengusik dia..kalau tak..baju dia paling murah, kuih dia paling murah, semua rumah saudara mara dia yang sampai dulu...

sebenarnya ada kebaikannya OPS Perangkap laju ni...pemandu akan sentiasa berhati-hati...dapat selamatkan banyak nyawa yang tak berdosa kerana kelajuan membunuh...!!!!