Showing posts with label Parti Komunis Malaya. Show all posts
Showing posts with label Parti Komunis Malaya. Show all posts

Tuesday, September 6, 2011

Sejarah keganasan komunis

Sejarah keganasan komunis


Fahaman Komunis di Tanah Melayu bermula sejak tahun 1923. Beberapa sekolah malam telah ditubuh dan digunakan untuk menyebarkan dakyah kebangsaan Cina serta Komunisme.

Di samping itu, pertubuhan-pertubuhan buruh Komunis telah juga muncul pada tahun 1926. Pada tahun tersebut, di Negeri Sembilan sahaja di mana terdapat ramai suku Hailam (suku Hailam dikatakan pendokong utama fahaman Komunis), terdapat tidak kurang sepuluh pertubuhan pekerja yang berkait rapat dengan pihak Komunis.

Perkembangan seterusnya telah membawa kepada penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM) pada April 1930 di atas arahan Pertubuhan Komunis Antarabangsa (Communist International atau Comintern) yang dipengaruhi oleh Rusia. PKM dikehendaki mendapatkan sokongan orang Melayu (terutamanya kaum petani) dan orang India.

Bagaimanapun PKM merasa terdesak mendapatkan sokongan orang Cina kerana permusuhan di antara negeri China dan Jepun semakin serius di antara tahun 1931-1937. Oleh yang demikian, PKM cuba menjuarai kempen anti-Jepun di kalangan mereka dan kurang memberi perhatian kepada dasarnya untuk mendapatkan sokongan orang Melayu.

Bagaimanapun PKM tetap meneruskan kegiatannya menghasut kaum pekerja di ladang-ladang getah dan di bandar-bandar dengan matlamat mewujudkan kegelisahan perindustrian. Sepanjang lewat 1930an, pemogokan berlaku di merata tempat di samping rusuhan akibat kempen anti-Jepun.

Pada masa pendudukan tentera Jepun, kedudukan PKM menjadi lebih kuat kerana permuafakatan mereka dengan pihak British untuk menentang Jepun. Ahli-ahli PKM berpeluang mendapat latihan dan kemahiran dari segi ketenteraan daripada pihak British. British menubuhkan Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura di bawah Kolonel Spencer Chapman untuk melatih beberapa pegawai dan anggota PKM bagi menjalankan kerja-kerja sabotaj dan penentangan terhadap tentera Jepun.

PKM telah menghantar empat kumpulan mengandungi 165 orang anggota dengan setiap kumpulan menjadi teras kepada pasukan gerila di Selangor, Negeri Sembilan, Johor Utara dan Johor Selatan.

PKM mula mengatur strategi dengan menubuhkan Tentera Anti-Jepun Penduduk Tanah Melayu (MPAJA). Dari empat kumpulan yang asal, tentera tersebut berkembang menjadi lapan unit dengan tiap-tiap satunya menjalankan gerakan di setiap negeri. Setiap unit ini berhubung dengan Jawatankuasa Tentera Pusat PKM.


Orang-orang Cina pula sentiasa bersedia memberikan sokongan tenaga manusia, wang ringgit, makanan, bekalan dan maklumat kepada MPAJA kerana bencikan layanan kasar askar-askar Jepun. SEAC (Southeast Asia Command) yang menubuhkan Force 136 juga telah bersetuju membekalkan alat-alat senjata, wang, bekalan dan pegawai-pegawai untuk melatih orang-orang PKM menggunakan senajata-senjata baru.

Sebagai balasannya, MPAJA setuju memberikan kerjasama menentang Jepun. Pada Julai 1945, sebanyak 3,500 senjata kecil, peluru dan 500 pegawai dan anggota diberikan kepada MPAJA. Latihan juga dimulakan dengan bersungguh-sungguh tetapi gerakan tidak pernah dijalankan. Jepun menyerah kalah pada 16 Ogos 1945.

Dalam tempoh dua minggu di antara masa Jepun menyerah kalah dan pihak Tentera Berikat mendarat untuk menduduki semula Tanah Melayu, Bintang Tiga /MPAJA mengambil kesempatan keluar dari hutan dan merampas senjata-senjata Jepun dan Tentera Kebangsaan India.

Mereka menguasai Tanah Melayu seolah-olah rejim komunis telah berkuasa sepenuhnya. Mereka menubuhkan 'Mahkamah Rakyat' dan menjatuhkan hukuman bunuh sewenang-wenangnya. Pentadbiran Tentera British (BMA) yang ditubuhkan pada 12 Disember 1945 terpaksa bertindak segera menghentikan aktiviti MPAJA dan memaksa pasukan tentera tersebut dibubarkan.

Namun begitu, semasa pemerintahan BMA, PKM tidak diharamkan. Kedudukannya yang agak bebas berbanding masa sebelum perang, menggalakkan PKM bergerak secara terbuka sebagai sebuah parti politik. Di antara tahun 1946 hingga awal 1948, PKM cuba memperkukuhkan kedudukannya dari segi politik meskipun masih memberi perhatian utama kepada pergerakan buruh.

PKM cuba mempergunakan parti-parti radikal seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Malayan Democratic Union, Malayan Indian Congress (MIC), Hizbul Muslimin dan Saberkas (Kedah). PKM juga memainkan peranan penting dalam perjuangan PUTERA-AMCJA (Pusat Tenaga Rakyat – All Malaya Council of Joint Action) untuk mengagalkan gagasan politik yang diperjuangkan oleh Raja-raja Melayu-UMNO-British.

Dalam pada itu, PKM juga menyebarkan dakyah dan pengaruh ideologi mereka ke dalam persatuan-persatuan sekerja, belia dan penuntut-penuntut sekolah. Mereka juga menjadi dalang dan penghasut kesatuan-kesatuan sekerja untuk melancarkan mogok hampir di seluruh negara. Sehingga 1947, lebih kurang 300 kes mogok berlaku dalam industri getah dan bijih timah.

Bagaimanapun dengan lahirnya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948, PKM menyedari perjuangannya melalui politik akan menemui kegagalan. Apabila pucuk pimpinan PKM diambil alih oleh Chin Peng, PKM mula menukar strategi dengan melancarkan gerakan-gerakan keganasan secara terbuka.

PKM menubuhkan pasukan tentera gerila yang dinamakan Tentera Anti-British Penduduk Tanah Melayu (MPABA) untuk melancarkan pemberontakan bersenjata dengan tujuan mewujudkan kawasan-kawasan bebas (liberated areas). Beberapa buah unit yang ditubuhkan mula meresap ke khemah-khemah di hutan, menjalani latihan serta memperlengkapkan diri mereka dengan senjata-senjata.

Bermula Jun 1948, mereka melakukan keganasan dan pemberontakan dengan menyerang pekerja-pekerja estet dan lombong, menebas beribu-ribu batang pokok getah, merosakkan jentera lombong, membakar rumah pekerja, mengelincirkan keretapi dan membakar bas-bas.

Beberapa orang kontraktor buruh di ladang getah dan lombong dibunuh termasuk pengurus-pengurus ladang bangsa Eropah. Gerakan ini dilakukan untuk melumpuh dan membinasakan ekonomi kapitalis dan sistem pertahanan British.

Untuk mengawal keadaan huru-hara dan porak peranda ini, kerajaan terpaksa mengisytiharkan Darurat pada 16 Jun 1948 di Johor dan Perak. Darurat kemudian diisytiharkan bagi seluruh Persekutuan Tanah Melayu pada 12 Julai 1948. Berikutan pengisytiharan darurat tersebut, PKM diharamkan.

Manakala itu, PKM telah menubuhkan Min Yuen, pasukan bawah tanah untuk menyelusup ke dalam masyarakat dengan tugas membekalkan gerila, perubatan, makanan, wang dan maklumat serta membunuh agen-agen dan pembelot. Orang-orang Asli juga dipaksa membantu mereka.

PKM kemudiannya menubuhkan Tentera Pembebasan Bangsa-bangsa Tanah Melayu (Malayan Races Liberation Army) terutamanya untuk mendapat sokongan orang-orang India dan Melayu. MRLA mempunyai 4,000 anggota dan dibahagi kepada 10 rejimen yang berpengkalan di setiap negeri.

Mereka melakukan serangan hendap ke atas konvoi-konvoi bersenjata, menyerang ladang-ladang, kampung-kampung dan balai-balai polis yang terpencil serta membunuh ejen-ejen dan penyokong anti-Parti Komunis Malaya.



Mereka juga memperhebatkan kempen, propaganda dan ugutan untuk menarik penyokong-penyokong ke dalam perjuangan mereka. Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British telah dibunuh pada Oktober 1951 dalam satu serangan hendap oleh pengganas komunis.

Sepenuhnya di blog Mr Kumai sini


Baca bekas Mejar Air Force meluanhkan rasa hati terhadap kenyataan Mat Sabu sini dan sebab dia menentang kepulangan Chin Peng sini, dan seterusnya.

http://theunspinners.blogspot.com/2011/09/sejarah-keganasan-komunis.html

BUKU SEJARAH BARU CIPTAAN PAKATAN RAKYAT...UNTUK BACAAN BUDAK-BUDAK PASTI

MAT SYABU: DARI KAKIMAKI DAN KAKIFITNAH KEPADA  PEJUANG KEMERDEKAAN MALAYSIA

Walaupun bermula sebagai penceramah yang ceramahnya penuh dengan fitnah dan caci maki tetapi setiap ceramah MAT SYABU sentiasa mendapat sambutan dari penyokong-penyokong PAS yang amat dahagakan ilmu-ilmu cacian dan makian serta fitnah pada waktu itu. Bermula daripada sambutan hangat itulah MAT SHABU tidak lagi menoleh ke belakang, lalu meniti kerjaya politik beliau dengan begitu cemerlang sekali sehinggalah beliau berjaya memegang jawatan ke dua tertinggi di dalam parti Kesayangan kita iaitu PAS.

Bermula dengan kejayaan hebat menewaskan Timbalan Presiden pada masa itu, Us. Nasharuddin Mat Isa, MAT SHABU terus menggemilangkan kerjaya politiknya dengan mengeratGILAKAN kerjasama antara PAS dengan parti yang mendokong fahaman komunis, DAP.  Lantaran lantang memfitnah kerajaan BARISAN NASIONAL yang ditunjangi oleh UMNO sehingga tersungkur menyembah bumi, MAT SHABU dianugerahkan sebagai pejuang kemerdekaan yang bertanggungjawab membebaskan REPUBLIK MALAYSIA dari belenggu kejahatan UMNO.

Hanya dengan berbekalkan semangat dan bertempat di sebuah bilik kecil bernombor 121, Hotel Perdana, dalam keadaan peluh yang sentiasa menitik-nitik, MAT SHABU telah mengegarkan kerajaan BARISAN NASIONAL dengan lontaran-lontaran idea fitnah yang paling hebat dan berkuasa yang berjaya meracuni pemikiran rakyat terutamanya orang MELAYU!!!!!

Sedangkan kaum Cina pula mengagumi MAT SABU sebagai lembu politik DAP yang setia, selagi ada rumput yang boleh diberi makan kepada MAT SYABU, pasti MAT SYABU akan terus menjadi lembu pendek yang bersuarakan suara LIM GUAN ENG dan LIM KIT SIANG!!!!

MAT SYABUlah yang berjaya melembutkan hati kerajaan pemerintah kesayangan kita sekarang, DAP iaitu sebuah parti chauvinist  CINA untuk membuka pintu keahliannya kepada masyarakat Melayu. Hal ini telah membolehkan orang MELAYU memilih sama ada untuk menyertai PAS ataupun DAP tetapi yang penting sekali ialah kedua-duanya akan membawa kita menuju ke SYURGA.

Kejayaan memperjuangkan kemerdekaan MAT SHABU amatlah banyak dan antara kejayaan MAT SHABU yang terbesar sebagai pejuang kemerdekaan  termasuklah membuat pendedahan ekslusif bahawa polis-polis dan askar-askar Melayu semasa zaman penjajahan British tidak lebih dari sekadar "BARUA BRITISH" yang berjuang melindungi kaum kulit putih yang setiap hari diseksa dan dibunuh oleh KOMUNIS!!!!!. MAT SYABU jugalah individu yang bertanggungjawab mengangkat dan memartabatkan kembali perjuangan komunis menerusi Parti Komunis Malaya (PKM). MAT SHABU telah memberi nafas baru kepada perjuangan KOMUNIS di negara ini kerana selain dari negara BLOK KOMUNIS, tidak  pernah ada negara lain yang mengangkat perjuangan KOMUNIS sebagai PEJUANG KEMERDEKAAN.

Semangat perjuangan MAT SYABU tidak pernah luntur bahkan semakin kental demi untuk memastikan PKM berjaya mentadbir negara ini. Walaupun dalam keadaan cedera parah yang amat sangat akibat dilanggar kereta kebal sewaktu demonstrasi BERSIH pada tarikh 9 JULAI 2011, dalam keadaan duduk di atas bangku sekalipun, MAT SYABU tetap berceramah memperjuangkan ketuanan DAP. Ketuanan DAP tidak pernah lekang dari bibir MAT SYABU sehinggakan di saat-saat akhir nyawanya dicabut oleh malaikat sekalipun, nama-nama tokoh DAP seperti Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng DAP terus bermain dibibir beliau!!!!

Monday, September 5, 2011

KEKEJAMAN PKM MASIH TERASA...!!!!!

Kekejaman PKM tetap dirasa



ORANG Melayu menentang Parti Komunis Malaya kerana serik dengan kekejaman terhadap orang awam yang tidak bersalah.



SERANGAN bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM) ke atas Balai Polis Bukit Kepong, 35 kilometer dari Muar, jam 4.30 pagi pada 25 Februari 1950, adalah sangat berkesan dalam sejarah negara.
Serangan itu memperlihatkan kegigihan dan kecekalan anggota polis yang begitu kecil jumlahnya iaitu 20 orang bersama enam Pengawal Kampung (Home Guards) mempertahankan maruah sebuah institusi yang melambangkan keselamatan dan kedaulatan negara dan masyarakat. Mereka memang menjadi sasaran Parti Komunis Malaya yang meletakkan Rejimen 3 dan 4 untuk bergerak dan menguasai Johor. Serangan yang melibatkan 180-200 orang anggota Malayan Races Liberation Army (MRLA), PKM itu telah diketuai oleh Mat Indera. Dalam serangan itu Sarjan Jamil Mohd Noh, Ketua Balai telah mengetuai anak buahnya untuk mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong, Balai Penghulu dan Berek Kelamin Polis daripada ditawan oleh komunis. Mereka tidak mahu menyerah kalah walaupun dipujuk oleh Mat Indera melalui isteri seorang anggota polis yang dapat ditangkapnya di berek kelamin.
Mereka tidak berganjak daripada lubang-lubang kubu pertahanan mereka walaupun seorang demi seorang anggota polis itu tercedera dan tertewas oleh peluru komunis yang datang seperti hujan menimpa bumi. Mereka berjuang selama enam jam tanpa mengira keselamatan nyawa mereka. Ada juga isteri-isteri polis yang cuba melawan membela kematian suami mereka. Namun, kudrat mereka tidak seberapa. Kekejaman komunis mengatasi segala-galanya. Mereka bukan sahaja membakar kompleks balai polis itu menjadi debu, tetapi sanggup membaling seorang anggota polis yang cedera ke dalam api yang sedang membara. Tiga orang isteri polis juga dihumban ke dalam api tanpa belas kasihan. Ada yang terpaksa berpelukan ketakutan menunggu kematian yang menyeksakan itu. Seorang kanak-kanak juga menjadi mangsa kekejaman komunis. Mereka rentong seperti arang. Hanya Yusof Rono, seorang anggota polis yang cedera parah dapat melepaskan diri untuk meminta bantuan. Dato’ Onn Ja’afar, Menteri Besar Johor dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri, yang telah melawat kawasan itu menyifatkan pertahanan anggota-anggota Balai Polis itu adalah sebagai sesuatu tindakan yang sangat `determined and heroic’. Seramai 25 orang yang terkorban mempertahankan Balai Polis itu; 19 orang anggota polis dan 6 orang pengawal kampuong. Bagi Mat Indera dan PKM, ini adalah satu kejayaan besar. Mat Indera tidak rasa bersalah walaupun mereka yang dibunuh dan dibakar hidup-hidup adalah sebangsa dan seagama dengannya.
Mengapa Mat Indera berada dalam PKM dan terlibat dalam Peristiwa Bukit Kepong? Jika disusuri sejarah politik negara, PKM telah menjalankan satu dasar Malayan United Front iaitu satu dasar yang telah diputuskan sebelum 1948 lagi. Dalam dasar ini, PKM akan cuba menyebarkan pengaruh dan ideologi komunis kepada semua bangsa di Tanah Melayu. PKM yang ditubuhkan pada 1927/1930, selama ini hanya mendapat sokongan daripada satu bangsa sahaja sedangkan orang India dan Melayu terutamanya tidak ramai menjadi anggotanya.
Untuk mencapai tujuan ini, anggota PKM telah meresap masuk dan menubuhkan kesatuan sekerja, parti-parti politik serta badan-badan masyarakat yang lain. Malah mereka juga menyamar dengan nama orang Melayu dan menggelarkan dirinya sebagai Haji seperti Cheng Nan yang menyamar sebagai Haji Hashim dan bergaul dengan masyarakat Melayu di Pahang. Malah untuk menunjukkan imej kerjasama bangsa itu, Musa Ahmad, seorang kelulusan sekolah agama rakyat telah dilantik sebagai Pengerusi PKM. Beliau kemudian digantikan oleh Abdullah C.D. apabila Musa bermastautin di China. Namun, mereka adalah boneka kerana Chin Peng adalah pemegang dasar PKM.
Terpengaruh
Mat Indera dan ramai orang Melayu pada masa itu terpengaruh dengan dasar ini. PKM telah membakar semangat mereka dengan perasaan anti–kolonial dan anti-kuasa Barat. British yang menguasai Persekutuan Tanah Melayu dilihat sebagai penjajah yang mengeksploitasi ekonomi negara. Manakala Raja-Raja Melayu dan pembesar Melayu yang memimpin UMNO dilihat sebagai penyokong British. Ini kerana PKM telah gagal untuk mendapat perhatian British selepas Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1948. Sebelum itu PKM telah bekerjasama dengan British untuk menentang pihak Jepun di antara tahun 1942-1945. Ramai anggota Komunis telah diberi penghargaan oleh British. Chin Peng diberi gelaran Sir oleh British. PKM juga menyokong rancangan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British pada April 1946. Ini kerana Malayan Union bersifat kesatuan dan republik serta menjadi tanah jajahan takluk British. Kerakyatan juga terbuka kepada sesiapa sahaja yang lahir di tanah jajahan takluk British. Rancangan Malayan Union ini dianggap progresif kerana tamadun Melayu yang terbina sejak 1273 atau 1400 dengan Kesultanan Melaka dan kerajaan-kerajaan Melayu yang lain akan terhapus. Seluruh Tanah Melayu akan dikenal sebagai Malayan Union dan diperintah oleh Gabenor yang dilantik oleh Raja England dan Wales. Ketuanan Melayu yang berpaksikan Raja Melayu akan termusnah sama sekali.
Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Thursday, September 1, 2011

RAYA NI RAMAI ORANG TANYA PASAI HISHAMUDIN...

Hari raya ni, pergi mana-manapun ramai orang tanya pasai HISHAMUDIN....