Showing posts with label Banjir Pulau Pinang. Show all posts
Showing posts with label Banjir Pulau Pinang. Show all posts

Thursday, November 9, 2017

PENANG MENANGIS

PENANG MENANGIS.. ANGKUH BAWA PETAKA.???

Mutakhir ini kita digemparkan dengan berita duka sahabat dan rakan kita di Penang. Bermula dengan tanah runtuh yang mengorbankan 11 nyawa dan selepas 2 minggu sekali  lagi kita dikejutkan dengan berita bencana banjir yang telah meragut 7 nyawa.

Bencana  alam merupakan perkara yang tidak mampu kita elakkan. Tetapi harus diingat bahawa setiap kerosakan dan kemusnahan alam ini pastinya dari tangan-tangan manusia sendiri. Itu satu kenyataan yang harus kita terima dengan hati yang terbuka.

Pada Oktober lepas, dalam keangkuhan seorang Ketua Menteri Bukan Muslim dalam ceramahnya dengan sinis, menyatakan Pulau Pinang bukan sebuah negeri Taliban dengan maksud bahawa negeri mereka, bebas mahu melakukan apa saja yang mereka mahu lakukan termasuk meluluskan Pesta Arak Terbesar, di negeri mereka walhal mereka lupa bahawa Pulau Pinang masih merupakan negeri yang berada dalam Malaysia yang secara sah terpakai perlembagaan negara dalam bab Agama Rasmi Malaysia ialah Islam dan Duli Yang maha Mulia YDP AGONG merupakan Ketua AGAMA untuk Pulau Pinang.

Pada Mac 2017,  dalam satu sidang media di pejabat LGE sendiri,  mengeluarkan kenyataan berkaitan kegagalan Kerajaan Negeri Kelantan membina rumah mangsa banjir,  yang telah memakan masa 3 tahun dan menamakan Kerajaan Kelantan, sebagai sebuah kerajaan yang gagal yang dipimpin oleh pemimpin yang muflis.

Semua diatas merupakan sejarah atau rintitan yang berlaku melibatkan kenyataan angkuh seorang Ketua Menteri. AMBO tidak memuatkan sejarah dan tarikh Ketua Menteri ini memaki hamun Kepimpinan Negara, seperti Najib dan Menteri-Menteri Kabinet kerana terlalu banyak serangan mereka termasuk pencacai yang dibayar,  untuk menjatuhkan kerajaan yang ada hari ini dengan segala bentuk fitnah dan rekasisa kegagalan kerajaan pusat tanpa henti setiap detik dan masa.

Hari ini AMBO bukan mahu berpolitik, dalam keadaan Penang sedang menangis dan bukan pula, mahu menjadi benteng kepada Kerajaan Kelantan, yang diserang bekas sekutu mereka (DAP) tetapi AMBO cuba untuk berkongsi soal prinsip dan tanggungjawab sebuah kerajaan yang berkuasa di pusat, untuk melihat masalah dan bencana yang melibatkan rakyat tanpa kompromi untuk  terlibat atau menghulurkan bantuan. Pembangkang tidak mampu lagi menggunakan hujah Kerajaan BN menganaktirikan negeri-negeri pembangkang kerana sejarah telah membuktikan dengan jelas akan tanggungjawab yang tak pernah gagal atau dilepaskan sewenangnya demi membantu rakyat.

Najib dilabelkan dengan istilah Perompak tetapi dipeluk dan menangis LGE menerima setiap sen bantuan yang telah diumumkan untuk membantu Penang.Mungkin hasil “ROMPAKAN” itu halal untuk LGE atau untuk mereka.Datin Seri Rosmah difitnah setiap sudut tetapi disambut dengan mesra isteri LGE demi menjayakan lakonan kononnya mereka berpolitik cara matang. Siapa yang berpolitik matang sebenarnya.???

Dengan kata lain yang AMBO boleh kongsikan ialah PEMBANGKANG,  merupakan sebuah kerajaan yang gagal memerintah dalam apa jua keadaan. Tak kira Kelantan atau Penang bila melibatkan rakyat, telah terbukti gagal dan mereka hanya memandang enteng soal kebajikan rakyat malah mereka berterusan berpolitik dalam keadaan rakyat berduka.
Wan Azizah hanya membawa sorang juru kamera yang berada dibelakang sebuah kenderaan pacuan 4 roda dan mengambil gambar terbaik untuk disebarkan tanpa bertemu walau seorang mangsa banjir. Bergegas ke KL untuk berkumpul dan berarak dari Parlimen ke Dataran Merdeka, untuk mengingati 1000 hari Anwar terpenjara. Anwar lebih penting dari petaka yang berlaku di Penang. Anwar lebih penting dari keadaan hiba rakyat berlapar dan kesejukan tanpa tempat tidur.

Soal politik lebih penting kepada mereka. Soal membantu rakyat lepaskan kepada Kerajaan Pusat. Menteri yang berada didalam Malaysia tanpa tugas di luar negara semuanya sampai menghulurkan bantuan dan meluluskan peruntukan mengikut porfolio masing-masing. Tetapi pemimpin pembangkang hanya perlu memuat naik status berada di kawasan banjir tanpa menghulurkan apa pun bentuk bantuan.

Semua ini keadaan sebenar yang AMBO sendiri berada dibeberapa kawasan di Penang. Walau apa pun kelemahan dan kegagalan pembangkang yang jelas dimata rakyat yang mereka sendiri nampak tapi mereka masih lagi cuba mencari setiap kesalahan kecil kerjaan pusat untuk dituturkan.Sikap tidak bersyukur, rakyat Penang dengan bantuan yang datang dari kerajaan pusat mungkin salah satu sebab kifarah Allah terhadap mereka. Betullah istilah yang AMBO gunakan diatas,  permulaan bicara AMBO bahawa kerosakan dan kemusnahan itu dari tangan-tangan manusia sendiri. Tangan yang mengundi DAP untuk sebuah kerajaan... Tangan yang menyokong mengangkat bendera dan menaikan setiap helai kain rentang hasutan sehingga tertubuhnya Kerajaan DAP di Pulau Pinang.

“Kifarah Allah”...atau ada diantara pembaca mahu menafikan hakikat ini... Bencana itu salah satu bentuk kemurkaan dan kifarah Allah kepada ummatnya. Untuk sedar dan bermuhasabah akan keterlaluan dan ketelanjuran dalam keghairahan kononnya perjuangan rakyat tetapi akhirnya kamu rakyat yang teraniaya.

Bah Selut 2014 Kelantan merungkai betapa rakus dan jahat penerokaan hutan sehingga menyebabkan banjir besar tidak dapat disangkal lagi. Rakyat tersentak terkesima akan apa kebenaran yang berlaku.AMBO sendiri yang memaparkan betapa kritikal penarahan bukit dan penebangan hutan tanpa selenggara seawal 2012 bersama-sama rakan lain tetapi ketika itu kami dilihat pencipta fitnah kepada sebuah kerajaan ulama tetapi kebenaran itu bukan tiada tetapi ianya hanya berselindung seketika sebelum menjelmakan kebenaran sejati yang tanpa boleh dinafikan oleh sesiapa.. AMBO dan rakan berpegang kepada prinsip itu menjadi lilin membakar diri untuk menanti kebenarannya muncul dan akhirnya rakyat mengetahui betapa bukit dan tanah dihulu Kelantan gondol di rompak lebai bersemutar.

AMBO mengharapkan rakyat Penang merupakan rakyat negeri kedua yang akan memahami sebuah kerajaan hipokrasi dan temberang hanya untuk kuasa poket mereka dan survival politik semata.

Insya allah…

AMBO

19 SAFAR 1439

Monday, September 25, 2017

Peruntukan Banjir Kerajaan Persekutuan RM2 BILLION Hanyut Bersama Banjir

Kenyataan Media
Datuk Seri Zainal Abidin Osman
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan
Negeri Pulau Pinang
Isnin, 25 September 2017

Respon Kepada Kenyataan Oleh YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang Dan YB Chow Kon Yeow, Exco Tebatan Banjir Berhubung Jumlah RM 2 billion Peruntukan Kerajaan Persekutuan Untuk Projek-Projek Tebatan Banjir Di Pulau Pinang

1. Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang dan EXCO Tebatan Banjir minggu lalu mempersoalkan kenyataan saya pada Rabu, 20 September 2017 dibuat dengan niat jahat bertujuan mengelirukan pemikiran rakyat dan menimbulkan curiga terhadap Kerajaan Persekutuan dan diri saya.

2. Kenyataan saya mengenai peruntukan RM 2 billion adalah benar, bukan fitnah atau palsu. YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar juga telah mengesahkan peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi Pulau Pinang untuk projek-projek tebatan banjir adalah melebihi RM 2 billion.

3. Dakwaan Ketua Menteri kononnya peruntukan RM 1.7 billion dan dakwaan Exco Tebatan Banjir kononnya RM 1.1 billion masih belum dijelaskan oleh Kerajaan Persekutuan adalah satu kenyataan yang mengarut dan tidak cerdik. Ia menggambarkan Ketua Menteri dan Exconya tidak tahu menahu tentang apa yang sebenarnya berlaku di negeri yang mereka tadbir.

4. Saya nak bagi tahu Ketua Menteri peruntukan itu tidak hanyut bersama air banjir. Sebenarnya yang hanyut dengan air banjir adalah janji-janji palsu Ketua Menteri sendiri.

5. Perincian Projek- Projek di bawah RMK 9, RMK10 dan RMK11 adalah seperti berikut:

a. RMK-9 (2006-2010): Sejumlah 10 projek telah siap dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM1,483,500,000.00. Antara projek yang telah siap dilaksanakan ialah Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Bertam Kepala Batas, RTB Bandar Pulau Pinang, RTB Sungai Junjung dan RTB Sungai Perai.

b. RMK-10 (2011-2015): Sebanyak 11 projek telah dilaksanakan yang telah melibatkan peruntukan sebanyak RM404,550,000.00. Antara projek-projek tersebut ialah meneruskan untuk menyiapkan Projek RTB Bertam Kepala Batas, projek baru RTB Tasek Gelugor dan RTB Lembangan Sungai Kerian. Bagi Projek RTB Lembangan Sungai Kerian, kerja-kerja pembinaan masih dilaksanakan dan projek dijangka siap pada akhir tahun 2017 ini.

c. RMK-11 (2016-2020): Kerajaan Persekutuan telah meluluskan sejumlah RM150 juta bagi pelaksanaan projek RTB Sungai Pinang, kontraktor telah dilantik dan kerja-kerja dijangka bermula penghujung tahun ini.

6. Amat memalukan seorang Ketua Menteri dan Exco Tebatan Banjir tidak tahu menahu mengenai projek-projek tebatan banjir itu sedangkan semuanya dalam pengetahuan JPSPP, sebuah agensi bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

7. Tanpa peruntukan-peruntukan tersebut   tentunya keadaan banjir di Pulau Pinang akan lebih teruk lagi terutamanya di sekitar kawasan-kawasan RTB yg telah di laksanakan. Orang bukan asal Pulau Piang seperti Ketua Menteri tidak akan faham dan tahu tentang perkara sebegini. Saya minta Ketua Menteri dan Exco Tebatan Banjir semak semula dengan JPSPP sekali lagi sebelum melemparkan tuduhan-tuduhan tidak berasas.

Terima kasih.