Showing posts with label Angkatan Tentera Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Angkatan Tentera Malaysia. Show all posts

Wednesday, August 20, 2014

MALANG TAK BERBAU...!!!!

Takziah buat keluarga aggota keselamatan kita yang terkorban sewaktu menjalankan rondaan. Malang tak berbau...

2 maut, 4 parah kereta perisai ATM terbalik di Sandakan

SANDAKAN: Dua anggota tentera maut manakala empat lagi parah selepas sebuah kereta perisai Adnan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbalik di Jalan Sungai Tiram, Batu 19, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 11.40 pagi itu, dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala empat yang parah dihantar ke Hospital Duchess of Kent, di sini, untuk rawatan lanjut.

Dua anggota tentera yang maut ialah Mohd Hanif Patahur Rahim, 31, dan Ahmad Fikri Mansor, 23.

Mereka yang cedera ialah pemandu kereta perisai, Mohd Faizal Ahmad, 29; Mohd Amaruddin Che Soh, 29; Mohamad Haffez Khairudin, 24; dan Ifaiznor Ismail, 29.

Mereka bersama anggota yang cedera adalah dari Kem Batu 10 di Kuantan, Pahang yang bertugas di sini mengikut Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mulai 15 Jun lalu hingga 15 September ini.

Difahamkan, ketika kejadian mereka dalam perjalanan pulang ke Kem Sri Kinabatangan bersama sebuah lagi kereta perisai selepas menjalankan rondaan keselamatan di sebuah resort di sini.

Jenazah kedua-dua mangsa, Mohd Hanif yang berasal dari Johor dan Ahmad Fikri dari Kelantan, akan dihantar pulang ke kampung halaman mereka, esok.


SUMBER


Tuesday, March 5, 2013

MELAMPAU : ASKAR MINTA NAIK JET EKSEKUTIF KE SABAH!!!!

Apalah sangat askar kita di hantar ke Sabah dengan pesawat Air Asia. Mereka nak pergi berjuang dan ada antara mereka yang mungkin tidak akan kembali ke pangkuan anak dan isteri. Mereka bukannya meminta naik bas mewah macam bas Anwar Ibrahim atau jet eksekutif Anwar Ibrahim malah mereka tidak pernah meminta-minta pun..kerajaan yang beri sedikit keselesaan..hanya sedikit keselesaan sebelum mempertaruhkan nyawa..mewah sangatkah pesawat Air Asia tu...

tetapi jika dibandingkan dengan semangat meluap-luap mereka untuk mempertahankan negara..agar kita tidur lena..sepatutnya mereka diberikan penerbangan kelas business....cuba bayangkan apa agaknya akan jadi kepada otak pembangkang jika ianya berlaku..????

Friday, January 6, 2012

YANG DI TUNGGU-TUNGGU DAH TIBA...

Kata POLIS ganas...jadi kita tunggu apa pulak lembu-lembu PAS dan Anwar nak kata bila berurusan dengan TENTERA!!!