Sempena sambutan Aidilfitri yang hampir menjelang tak lama lagi..
dengan kedatangan musim cuti perayaan yang bersambung dengan cuti persekolahan...menjadikan cuti sambutan Aidilfitri 2013 suatu cuti yang panjang...
dijangkakan Bandaraya Alor Setar akan menjadi amat sesak dengan pengunjung terutama anak-anak Kedah yang pulang dari perantauan. Pekan Rabu yang sejak sekian lama menjadi nadi ekonomi orang Melayu di bandar Alor Setar pasti akan menjadi tumpuan..wajibbbb!!!!
Tapi kali ni pengunjung Pekan Rabu tentu terkejut tengok eskelator Pekan Rabu..Semua dok bayang..syok nak ke pekan Rabu..tak payah letih naik tangga..!! Tapi tentu depa terkejut bila tengok apa dah jadi dengan Eskelator Pekan Rabu...terlantar koma !!!..
yang menjadi persoalan adakah MBAS tiada peruntukan untuk menyelenggara atau MBAS mengharapkan pihak lain tolong selenggarakan..??? Tapi kalau nak harap pihak lain tolong urus dan selenggara eskelator jambatan ke Pekan Rabu tu..hasil iklan kat jambatan tu MBAS nak pula...Hebat MBAS ni kiri makan..kanan makan..depan makan..belakang makan..semua janji masyuk..keluaq tak mau langsung!!!
Sebenarnya eskelator di Pekan Rabu adalah satu tarikan untuk pelanggan mengunjungi Pekan Rabu khasnya dan Bandar Alor Setar secara amnya...
Lagipun bukankan eskelator tu sebahagian dari tanggungjawab sosial MBAS..Jangan hanya fikir keuntungan sahaja..
Pengunjung yang membeli-belah di Pekan Rabu juga memberi pendapatan kepada MBAS dalam bentuk bayaran letak ,kereta...memajukan perniagaan di sekitar bandar syarikat Alor Setar yang membayar cukai pintu kepada MBAS.!!!
MBAS...Fikir-fikirkanlah..!!!!
No comments:
Post a Comment