Monday, October 2, 2017

TAK BAIK BUAT MACAM TU

Penganjuran karnival kerjaya

Salam Muafakat Kedah.

1. Untuk makluman rakan rakan media dan semua yang berkenaan Karnival Kerjaya Zon Utara Jobsifu.com 2017 yang berlangsung di Grand Ballroom, TH Hotel pada jam 2 petang 30 September 2017  tiada sebarang kaitan dengan kerajaan negeri dari segi penganjuran atau penajaan.

2. Program berkenaan adalah program anjuran penuh pihak swasta tanpa sebarang campurtangan dari kerajaan negeri Kedah dan ia adalah sebuah penganjuran bebas.

3. Saya akui Menteri Besar bagi pihak kerajaan negeri turut menerima jemputan untuk hadir ke program berkenaan namun beliau memutuskan untuk tidak hadir atas alasan tertentu.

4. Saya juga difahamkan berlaku sedikit kekecohan membabitkan yuran yang dikenakan oleh pihak penganjur namun sehingga kini saya belum menerima makluman rasmi mengenainya.

5. Bagaimanapun sebagai mewakili kerajaan negeri saya kesal dengan apa yang berlaku dan berharap pihak penganjur supaya lebih sensitif dan bertanggungjawab dengan isu isu berkaitan supaya ia tidak mendatangkan masalah dan menimbulkan kemarahan mana mana pihak khususnya kepada individu yang menjadi kumpulan sasar program ini.

YB Dato' Norsabrina Mohd Noor
Exco Kerajaan Negeri Kedah,
Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dan Sumber Tenaga Manusia.

No comments:

Post a Comment