Monday, October 9, 2017

Mudah jadi Pemimpin Seperti Azmin

MBSA Terima Arahan Siapa Untuk Roboh Kuarters Masjid?

Tindakan merobohkan beberapa rumah serta kedai di perkarangan masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz (LTSAA) di Subang, Selangor, beberapa hari lalu dianggap ramai sebagai kejam kerana mangsa yang terlibat tidak diberikan penyelesaian terlebih dahulu.

Mereka hanya ditawarkan oleh kerajaan negeri untuk ditempatkan di Pusat Perumahan Rakyat (PPR) di Kota Damansara, itu pun selepas rumah mereka dirobohkan.

Masalahnya sekarang, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali telah menuding jari kepada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar dengan menyatakan ia adalah tanggungjawab kerajaan pusat.

Sedangkan kerja merobohkan rumah dan kedai tersebut dijalankan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri Selangor.

Persoalannya, siapa sebenarnya yang mengarahkan supaya tiga rumah dan dua rumah kedai di situ dirobohkan? Adakah MBSA akan melakukannya tanpa arahan daripada kerajaan negeri apatah lagi pihak berkuasa tempatan (PBT) itu adalah di bawah kerajaan negeri Selangor.

Peliknya Mohamed Azmin Ali seolah-olah tidak tahu undang-undang apabila menunding jari kepada Noh dan benarlah kata, Noh, jika PBT di bawah kuasa kementerian, beliau awal-awal lagi akan angkat telefon untuk menghubungi mereka supaya jangan roboh dulu.

Sepatutnya cari dulu penyelesaian atau tawarkan dulu tempat kediaman untuk mereka yang terlibat. Namun apa yang berlaku ialah sebaliknya.

Dalam isu ini, walau apa sekali pun, kerajaan negeri perlu menyelesaikannya, bukan mengalihkan beban kepada kerajaan pusat dan pada masa yang sama cuba mengalihkan isu ini kepada pihak lain.

Mana keprihatinan kerajaan negeri. Belum terbaca berita di mana-mana media bahawa Azmin turun padang untuk melawat kawasan dan bertemu dengan mereka yang terlibat. Sedangkan ketika gerai milik seorang gadis penjual nasi lemak yang viral Seksyen 7, Shah Alam, dirobohkan MBSA pada tahun lepas, boleh pula beliau dengan pantas turun padang melawat gerai itu.

Lawatan Azmin ketika itu disifatkan sebagai memberikan sokongan dan turut menyerahkan Borang Permohonan Lesen Penjaja MBSA sebagai langkah permulaan kepada gadis berkenaan Siti Hajar Ahmad untuk untuk menjalankan perniagaanya secara sah.

Namun dalam isu ini, Azmin sebagai pemimpin kenalah selesaikan hal ini. Apatah lagi pada Mac lalu,  dilaporkan 2 bekas ahli jawatankuasa masjid itu pernah menghantar memorandum kepada Azmin untuk menggesa beliau tidak membenarkan MAHB selaku syarikat swasta menggunakan pegawai Pejabat Tanah dan Daerah Petaling bagi tujuan perobohan.

Kedua-dua mereka yang terlibat dalam perobohan itu adalah ahli jawatankuasa masjid sejak lebih 2 dekad lalu.

Azmin jangan lepas tengkuk dengan menyalahkan orang lain. Rakyat tahu siapa yang arahkan kuarters masjid itu dirobohkan.

Tulisan:
Beruang Biru
BB605, Isnin
9 Oktober 2017

No comments:

Post a Comment