Thursday, May 19, 2011

MENGAPA AYAM TIDAK BERANI BERKOKOK WAKTU SUBUH DI TERENGGANU...!!!!

Inilah yang dikatakan sembang tak jatuh, kerja macam KEPALA B#T@H!!!!!

Hj hadi : tak sempat ayam berkokok esok, kita akan laksanakan hudud

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0519&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_08.htm

Selesaikan kes Anwar secara Islam - Abdul Hadi

BALING 18 Mei - Isu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan terlibat dalam kes liwat dan perlakuan seks haram perlu diselesaikan secara berhemah dan mengikut cara Islam.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kes berkenaan perlu ditangani dengan baik memandangkan ia melibatkan 'pelaku' orang Islam.
Malah katanya, ia penting bagi menunjukkan imej yang baik di kalangan orang Islam terhadap masyarakat majmuk di negara ini.
"Pendirian saya ialah kita balik kepada Islam kerana kes ini kes yang berkait dengan agama. Bagi orang Islam mesti balik kepada Islam. Bukan saja kes Anwar, kes lain juga yang ada kaitan dengan orang Islam kena selesaikan dengan cara sama,'' katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil, dekat sini hari ini.
Abdul Hadi berkata, sudah sampai masa bagi Kerajaan Persekutuan memperkasakan Mahkamah Syariah agar ia memainkan fungsi dan peranan dengan baik.
"Barisan Nasional (BN) ada kuasa, kenapa tidak selesaikan secara Islam. Kalau tak ada peruntukan sedia ada, boleh pinda Perlembagaan atau perkara berkaitan. Inilah cara paling bersih,'' katanya.
Beliau menegaskan, kes jenayah yang melibatkan pelaku orang Islam misalnya perlu diadili mengikut peruntukan undang-undang syariah.
"Maknanya kalau kes jenayah, ia kena ikut prosedur undang-undang jenayah Islam, tak boleh ikut cara orang lain,'' jelasnya.

No comments:

Post a Comment