Tuesday, May 31, 2011

CHE KHALIB YANG BODOH.....

Rasanya selalu macam ni....TNB melalui Che Khalibnya akan umum keuntungan TNB.... lepas tu tak lama kemudian tarif elektrik naik atas alasan kos operasi meningkat...apalah yang nak dijawab kat orang kampung pasai lagu mana nak kira formula MATEMATIK BODOH NI.....UNTUNG tapi TARIF ELEKTRIK KENA NAIK...!!!!



http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_29.htmARKIB : 19/01/2011

TNB catat keuntungan suku pertama RM712.9 juta

19/01/2011 7:53pm

KUALA LUMPUR, 19 Jan. - Tenaga Nasional Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi iaitu RM712.9 juta bagi suku pertama berakhir 30 Nov 2010 berbanding RM706.3 juta pada tempoh yang sama sebelumnya.
Perolehan kumpulan meningkat 5.3 peratus kepada RM7.726 bilion pada suku pertama daripada RM7.338 bilion sebelum ini, kata pengerusinya Tan Sri Leo Moggie, hari ini.
Beliau berkata, prestasi kumpulan menunjukkan peningkatan 6.1 peratus pada perbelanjaan operasi kepada RM6.55 bilion daripada RM6.179 bilion sebelum ini, kebanyakannya disebabkan kos penjanaan tenaga elektrik akibat peningkatan pada permintaan dan harga arang batu.
Berikutan perbelanjaan operasi yang lebih tinggi, TNB mencatatkan margin EBITDA (pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasab) sebanyak 28.5 peratus berbanding 29.5 peratus yang dicatatkan pada suku pertama tahun kewangan sebelum ini. - Bernama


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0531&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
TARIF ELEKTRIK NAIK!!!!

Tiada kenaikan guna 300 kWj





PUTRAJAYA 30 Mei – Kerajaan hari ini mengumumkan struktur tarif baru elektrik yang menyaksikan 75 peratus atau 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik tidak akan mengalami kenaikan bil bulanan sekiranya mereka mengekalkan penggunaan elektrik pada 300 kilowatt sejam (kWj) atau kurang.
Kerajaan terus memberi bekalan elektrik percuma kepada pengguna yang bil elektriknya di bawah RM20. Kerajaan dijangka menanggung kos RM122 juta setahun untuk membiayai bekalan percuma ini.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, penyelarasan yang berkuat kuasa 1 Jun itu dilakukan selari dengan penyemakan semula harga gas untuk sektor elektrik di Semenanjung yang berkuat kuasa pada tarikh sama.
Menurut beliau, kerajaan menjangkakan kenaikan tarif elektrik akan memberi kesan minimum kepada kadar inflasi iaitu sebanyak 0.27 peratus.
Katanya, pihak yang menggunakan antara 301 hingga 1,000 kWj sebulan atau 23.5 peratus pengguna domestik pula mengalami kenaikan bil elektrik antara RM0.07 hingga RM30.30.
“Bagi pengguna komersial voltan rendah seperti restoran kecil yang penggunaannya tidak melebihi 200 kWj sebulan, kadar kenaikan maksimum adalah sebanyak 6.2 peratus atau RM4.60 sebulan.
“Pengguna industri voltan rendah termasuk pengusaha memproses makanan kecil-kecilan pula mengalami kenaikan tarif maksimum sebanyak 6.2 peratus atau RM4,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Beliau berkata, tarif industri khas yang ditawarkan kepada sektor industri yang perbelanjaan bil elektrik mereka melebihi lima peratus daripada kos operasi masih dikekalkan.
“Sektor industri yang layak akan terus menikmati kadar tarif yang rendah walaupun jurang perbezaannya dengan kadar industri biasa akan dikurangkan secara berperingkat selari dengan dasar kerajaan yang menggalakkan penggunaan tenaga secara cekap.
“Kerajaan akan memperkenalkan insentif tertentu dalam tempoh terdekat untuk menggalakkan pengguna membeli peralatan elektrik cekap tenaga,” katanya.
Berikut merupakan maklumat penstrukturan tarif elektrik yang diumumkan Peter Chin hari ini, iaitu:
* Kerajaan meluluskan permohonan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menaikkan tarif asas sebanyak dua peratus. Semakan diperlukan untuk menampung kos pembekalan elektrik semasa serta membolehkan TNB mempertingkatkan pelaburan dalam penyediaan infrastruktur yang lebih baik.
* Menaikkan kadar diskaun di luar waktu puncak bagi storan tenaga termal daripada 1.5 sen kWj kepada 3.5 sen kWj.
* Memberi diskaun sebanyak 10 peratus daripada kadar tarif biasa kepada institusi pendidikan yang dibiayai sebahagian oleh kerajaan seperti mana yang diberi kepada rumah ibadat dan institusi kebajikan.
* Syarikat rawatan dan pengagihan air serta pembentungan diletakkan di bawah kategori tarif industri.
* Mengekalkan tarif khas pertanian yang mula diperkenalkan pada tahun 2006.
* Kerajaan memutuskan agar kutipan tambahan satu peratus daripada bil bulanan disumbangkan kepada Dana Tenaga Boleh Baharu. Kutipan ini tidak termasuk pengguna yang menggunakan elektrik di bawah 300 kWj sebulan.

No comments:

Post a Comment