Wednesday, May 11, 2011

BEZA NAJIB DENGAN ANWAR....

Betul tu Dato Seri Najib!...InsyaALLAH rakyat telah lama dapat menilai siapa ANWAR BRAHIM dan ramai yang dah tak sabar nak ajar ANWAR IBRAHIM dalam PRU13 nanti...cuma pastikan UMNO dan BN letak calon yang sesuai sahaja untuk pastikan kemenangan!


'Anwar tak buat tidur saya tak jenera'

PUTRAJAYA 10 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kata-kata kesat yang dilaporkan dilemparkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas dirinya tidak menyebabkan tidurnya tidak lena.
Beliau yang menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebagai mengamalkan politik tidak beretika sebaliknya yakin rakyat boleh menilai sikap sebenar Anwar.
Dalam hal ini, tegas beliau, perbezaan pendapat dalam politik seharusnya tertumpu kepada soal dasar dan isu-isu berkaitan kepentingan rakyat dan bukannya dengan menyerang peribadi orang lain.
''Ini tak menyebabkan saya tidur tak jenera (lena) waktu malam kerana dia (Anwar) buat sebutan sebegitu sebab saya yakin rakyat boleh menilai perbuatan yang dilakukan oleh pemimpin sepertinya.
''Tetapi untuk serang peribadi orang lain, itu sudah terjebak dalam kancah politik yang tidak beretika. Saya percaya rakyat sendiri boleh menilai dan saya tak perlu buat ulasan lebih lanjut mengenainya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu beliau yang juga Menteri Kewangan mempengerusikan Majlis Konsultasi Bajet 2012 di Kementerian Kewangan.
Perdana Menteri memberikan reaksi demikian ketika mengulas laporan termasuk portal berita Free Malaysia Today yang menyebut Anwar menyerang beliau dengan gelaran tidak sepatutnya.
Anwar dalam ceramah dengan masyarakat India di Dewan Hamzah, Klang, Selangor Sabtu lalu dilaporkan menggunakan perkataan kesat dalam bahasa Tamil iaitu pandi kutty yang bermaksud anak babi dalam bahasa Melayu.

No comments:

Post a Comment