Dengarlah apa yang Tun Mahathir cuba sampaikan. Mendengar cakap Tun M bukan beerti mengikut telunjuk Tun M tetapi langkah untuk menyelamatkan UMNO dari dihumban ke lubang kubur lebih awal. Apa yang Tun M kata itulah apa yang bertakhta di dalam kotak pemikiran orang-orang Melayu, pejuang-pejuang UMNO terutamanya.
Lebih ramai yang menunggu untuk kencingkan kubur UMNO berbanding yang akan simpati dan mengenangkan UMNO sebagai pembela orang Melayu dan mensejahterakan keseluruhan rakyat Malaysia.
Percayalah, jika UMNO tewas nanti, ramai pak-pak menteri UMNO dan ADUN-ADUN UMNO serta Ahli Parlimen UMNO yang akan meninggalkan UMNO untuk menyertai ANWAR IBRAHIM.... meninggalkan kami penyokong kucing kurap, menangis di perkuburan UMNO!