Semua pakat ambik kesempatan bantai pengarah JPJ. Ada yang marah sebab pelaksanaan ops bersepadu..ada yang marah sebab KPI mati kemalangan..!!!
Salahkah apa yang pengarah JPJ tu cakapkan dan lakukan. Itulah hakikatnya yang berlaku sekarang..!!! Rakyat negara ini dah terlampau..!! Buat plat ikut suka hati..suka hati pasang lampu yang entah apa-apa..cermin gelap sampai tak nampak apa yang ada di dalam kenderaan!!!
Ops bersepadu ini bukannya hanya tertumpu kepada mengurangkan kemalangan maut sahaja tetapi turut mengambilkira kesan kesalahan tersebut dari segi jenayah!!!
Bayangkan no plat yang terlalu kecil menyukarkan kenderaan yang melakukan kesalahan atau kenderaan penjenayah dikesan oleh pihak polis. Cermin gelap pula membahayakan anggota polis yang memeriksa kenderaan dalam sekatan jalanraya terutamanya..!!!
jangan terlalu mementingkan diri..fikirkan keselamatan orang lain sama!!!!
