Showing posts with label Malaysiakini dan The Malaysian Insider Pemfitnah No 1. Show all posts
Showing posts with label Malaysiakini dan The Malaysian Insider Pemfitnah No 1. Show all posts

Friday, March 27, 2015

MENTERI PUN KENALAH BUAT KERJA...!!!!

Menteri minta masyararakat jangan mudah percaya tetapi dunia cyber sekarang memang meninginkan masyarakat mengetahui sesuatu isu atau berita dengan pantas dan itulah tujuan media siber diwujudkan.

Menteri pun dah tahu Malaysia Insider dan Malaysiakini tu pemfitnah no 1...bertindaklah..janganlah harapkan asyarakat yang dahagakan berita dan isu-isu pula yang bertindak..

SKMM siasat laporan fitnah The Malaysian Insider

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat laporan portal propembangkang, The Malaysian Insider yang menyatakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menegaskan, beliau amat kesal dengan laporan berita seperti itu yang cuba menggunakan nama Majlis Raja-Raja bagi menguatkan laporan namun sekadar memetik sumber.
“Perkara itu tidak benar. Ada pihak yang cuba memalitkan Majlis Raja-Raja dalam isu ini.