Showing posts with label Mahathir. Show all posts
Showing posts with label Mahathir. Show all posts

Sunday, December 3, 2017

MAHATHIR RAJA KONSPIRASI

MAHATHIR RAJA KONSPIRASI....

3.12.17

Anwar tuduh Tun M melakukan “conspiracy at the highest level” untuk memecatnya sebagai TPM dan dari UMNO. Alasannya meliwat. Sebelum itu sama ada percaya atau tidak, dia tidak peduli  dakwaan, Anwar adalah peliwat.

Tetapi apabila dimaklumkan Anwar merancang konspirasi akan lawan dia jawatan Presiden UMNO, sepintas itu juga Tun M menghidupkan dan menggunakan kembali isu liwat untuk memusnahkan Anwar. Tun M menang dan Anwar tewas.

Anwar pula cuba merancang “Konspirasi kerajaan 16 September” untuk menumbangkan Pak Lah dan BN. Anwar gagal kerana dia tidak sehandal Tun M dalam ilmu konspirasi. Konspirasi beliau besifat “gempak” dan terlalu amatur.

Kini Tun M, Anwar, Muhyiddin dan Lim Kit Siang bergabung keringat menggunakan isu 1MDB sebagai konspirasi untuk menjatuhkan Najib. Paling mengejutkan mereka menyusup dalam jentera utama kerajaan. Tetapi gagal walaupun Tun M pengamal “konspirasi ke lubang cacing”.

Kini mereka tidak sempat untuk menjatuhkan Najib dan UMNO sebelum PRU ke 14. Terpaksalah parti mereka yang bermasalah dan berpecah itu menggunakan proses peti undi untuk berlawan. Sesuatu yang terkeluar dari skrip asal konspirasi mereka iaitu jatuhkan Najib sebelum PRU ke 14. Tun M...segala galanya tidak menjadi!

Thursday, November 2, 2017

MAHATHIR DAH BUAT MACAM-MACAM TAPI SAYANGKAH DAP KAT MAHATHIR?

Demi Memujuk Hati DAP, Mahathir Sanggup Buat Apa Sahaja

Hadir konvensyen DAP, hadir pejabat DAP, tarik balik gelaran rasis Kit Siang dan anggap DAP bukan lagi "syaitan'. Mahathir sanggup buat apa sahaja demi memujuk hati DAP. 

Ingatkan tidak puas hati sebab tanah runtuh, rupanya ada sebab lain. Tidak puas hati dengan Mahathir rupanya. ADUN DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu mendakwa kerjasama DAP dengan Mahathir menjadi punca mengapa beliau membuat keputusan mahu meninggalkan DAP.

“Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipengerusikan Dr. Mahathir juga tidak mempunyai agenda yang jelas dan hala tuju yang boleh dipersoalkan. Sebenarnya gabungan DAP, PKR dan PAN sudah cukup baik dan tidak memerlukan penglibatan PPBM,” kata Teh Yee Cheu dalam satu sidang akhbar pada 1 November 2017.

Bukan Teh Yee Cheu sahaja yang membalun Mahathir, bekas bekas tahanan ISA semasa zaman Mahathir juga mengecamnya.

Mereka anggap Mahathir kini merapu banyak dan tidak layak bercakap soal kleptokrasi lagi. Kecaman terhadap Mahathir itu disuarakan dalam Forum Awam 'Sisi Cerita Saya' sempena tiga dekad Operasi Lalang yang diadakan pada 29 Oktober 2017.

"Sejak bersara, beliau asyik merapu saja setiap kali orang tanya mengenai Operasi Lalang yang dilancarkan pada 27 Oktober 1987.

Justeru, tiada istilah taubat dalam kamus Dr M (Tun Mahathir). Selepas 30 tahun, tiba-tiba beliau hanya tahu jawab 'eh, saya tak ingatlah apa yang terjadi'," kata Dr Kua Kia Soong, Penasihat Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

Nampaknya bukan Hadi Awang dan Nik Abduh sahaja yang desak Mahathir bertaubat, bekas tahanan ISA pun mahu Mahathir bertaubat.

Teh Yee Cheu dan Dr Kua Kia Soong dan bekas bekas tahanan ISA adalah aktivis yang punyai pengikut dan pengaruh tersendiri. Mereka menentang kuat hubungan Mahathir dalam DAP. Apa pilihan yang ada pada Kit Siang? Mahathir sudah beri derma RM1 billion, terpaksalah juga bersekongkol dengan Mahathir .

Bagi Mahathir pula, dia akan buat apa sahaja demi memujuk DAP agar tidak meminggirkannya. Parti PPBM tidak buat mesyuarat agung pada 9 September lepas tidak penting baginya. Biarlah majlis itu jadi hari jadi atau apa pun, itu tidak penting bagi Mahathir. Apa yang penting bagi Mahathir sekarang adalah hubungannya dengan DAP. 

PPBM jadi haram di sisi ROS pun Mahathir tidak kisah lagi. Berapa ramai ahli PPBM pun Mahathir tidak kisah. Ahli ahli PPBM hendak bergaduh sesama sendiri pun Mahathir tidak kisah. Paling penting dan utama bagi Mahathir adalah parti DAP sahaja. Lantaklah apa hendak jadi dengan PPBM pun. 

Terbaru, selepas dikritik hebat oleh bekas bekas tahanan ISA, Mahathir menyatakan dia rela dipersalahkan di atas seksaan yang dialami oleh tahanan berkenaan. Namun masih enggan memohon maaf secara terbuka kepada mereka. 

Untuk rekod, sebanyak 106 orang telah ditahan tanpa bicara manakala lesen penerbitan tiga buah akhbar ditarik balik semasa Ops Lalang diadakan pada 27 Oktober 1987.

Hanya kerana mahu memujuk hati DAP, Mahathir yang sudah masuk kem pembangkang, rela pula dipersalahkan. Beliau sanggup melakukannya demi DAP. 

Tapi untuk PKR, sehingga sekarang Mahathir tidak meminta maaf kepada Anwar Ibrahim dan keluarganya atas tuduhan liwat. Sampai Wan Azizah menangis nangis baru baru ini, pun Mahathir masih “buat bodoh” sahaja.

Dalam kes Anwar, Mahathir yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyifatkan ia sebagai satu “kejadian masa lalu”. Bila ditanya hal liwat ini, Mahathir merapu dan alih topik lain.

Sementara dalam isu Ops Lalang, Mahathir sekali lagi cuba mengelak diri dengan memberitahu bahawa  keputusan untuk menangkap seseorang bukan terletak di tangannya dan kononnya beliau sendiri pernah bertanya kepada polis sama ada ISA wajar dihapuskan atau tempoh penahanan dipendekkan menjadi setahun.

"Mereka (polis) tidak setuju," kata Mahathir dalam catatan terbaru di blog beliau. Mahathir mula reka cerita dan cakap merapu.

Jika Mahathir betul-betul serius, sudah lama beliau memansuhkan ISA. Namun beliau tidak berbuat demikian hingga digelar sebagai maha zalim dan maha firaun serta diktator.

Yang menggelarnya diktator itu pula kini duduk semeja dengan Mahathir iaitu Lim Guan Eng yang pernah menjadi mangsa tahanan Op Lalang itu. Hanya pada 2011, ISA dan Akta Buang Negeri 1959 telah dimansuhkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Datuk Seri Najib yang hapuskan ISA ini. Apa lagi yang hendak aktivis aktivis hak asasi ini hendak kata? Tentulah Najib lebih demokratik berbanding Mahathir. Usahlah bekas bekas tahanan ISA ini percaya dengan pujuk rayu dan helah Mahathir itu.

Diktator yang sebenar adalah Kit Siang dan Mahathir. Mereka berdua ini sudah ada perjanjian sulit  untuk kesenangan anak dan kroni mereka sahaja. Oleh itu, Mahathir akan sanggup buat apa sahaja untuk pujuk hati Kit Siang dan DAP.

 
Tulisan :
Beruang Biru
BB644, Khamis
2 November 2017

Wednesday, November 1, 2017

BERHENTILAH BERBOHONG MAHATHIR


RAKYAT GEMBIRA, MAHATHIR BERDUKA

Mohd Puad Zarkashi
MT UMNO. 1.11.17

1. Ego dan dendam peribadi adalah punca Tun M terus menyerang DS Najib walaupun terpaksa berbohong.

2. Terbaru mengenai bajet 2018. BRIM 2018 dicemuh sebagai gula gula untuk menggembirakan rakyat.

3. Mungkin Tun M masih obses dengan pendekatan lamanya “crony capitalism” iaitu “mengkayakan” beberapa individu dan individu kaya ini diharap akan mengagihkan kekayaan itu kepada orang lain.

4. Sedangkan BRIM adalah subsisidi bersasar yang meluas dan efektif berbanding subsidi petrol yang orang kaya pun dapat. Bayangkan duit BRIM berjumlah RM6.8 Bilion bukan sahaja membantu meringankan beban kos hidup rakyat tetapi akan merancakkan ekonomi domestik.

5. Dasar mengkayakan individu itulah punca  setelah 22 tahun memerintah Tun M masih obses untuk mencampuri urusan pentadbiran dua Perdana Menteri selepasnya.

6. Satu daripadanya ialah isu pembinaan “Jambatan Bengkok” yang dibatalkan oleh Pak Lah. Tun M mahu ia dibina semula oleh DS Najib.

7. Tidak lama setelah Najib menjadi Perdana Menteri, saya telah dihubungi oleh orang kanan Tun M iaitu Datuk Malik Mydin perenang sensasi negara yang berenang sejauh 32KM dari Dover England ke Calais Perancis. Pertemuan itu berlaku di Restoran Nasi Kandar Yassin Jalan Tunku Abdul Rahman.

8. Datuk Malik menyampaikan salam Tun M. Dia menjelaskan bahawa Tun M mahu berjumpa jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Johor yang diketuai oleh TS Ghani Othman. Saya adalah bekas Setiausaha Politik TS Ghani Othman dan juga bekas Ketua Penerangan UMNO Johor. Dia minta jasa baik saya untuk mengaturkan pertemuan tertutup itu.

9. TS Ghani setuju. Pertemuan itu diadakan di Hotel Pullman Putrajaya. Tetapi Datuk Malik menyampaikan pesanan Tun M, iaitu dia tidak mahu TS Shahril Samad hadir sama. Dia berdendam dengan Shahril. TS Shahril Samad dimaklumkan mengenai permintaan Tun M itu. Kecuali TS Muhyiddin dan Shahril Samad, semua Ketua Bahagian hadir termasuk Syed Hamid Albar dan Azalina.

10. Dalam pertemuan itu Tun M menyatakan dia telah berjumpa Datuk Najib dan meminta supaya membina semula jambatan bengkok yang dibatalkan oleh Pak Lah.

11. Tun M memaklumkan kepada kami, Najib tidak ada masalah dengan syarat orang Johor sendiri yang mahukannya. Justeru Tun M berharap UMNO Johor setuju dan ini boleh ditafsir sebagai sokongan penuh rakyat Johor kepada pembinaan semula jambatan bengkok.

12. TS Ghani berjanji kepada Tun M untuk membawa cadangan itu bagi mendapatkan persetujuan consensus dalam mesyuarat Perhubungan.

13. Tetapi ia tidak pernah dibincang dalam mesyuarat UMNO Johor dan secara tidak langsung UMNO Johor menolaknya. Antara puncanya, terdapat di kalangan ahli berpendapat jika diluluskan maka kontrak akan diberikan kepada syarikat sama Gerbang Perdana iaitu kroni Tun M.

14. Syarikat milik Datuk Yahya Jalil ini telah di bayar pampasan tinggi bila Pak Lah membatalkan projek tersebut. Sebab itu ia dianggap pembaziran kalau mahu disambung semula apatah lagi ia bukan lagi projek mendesak.

15. Lagi pun TS Shahril Samad sebagai Ahli Parlimen Johor Bahru pernah menyatakan, Johor Bahru lebih memerlukan projek perumahan rakyat dan mampu milik bukannya jambatan bengkok.

16. Maka bukan DS Najib yang menolaknya tetapi UMNO Johor yang tidak menyokong kerana ada keutamaan lain.

17. Justeru dasar crony capitalism Mahathir sebenarnya ditolak sendiri oleh rakyat Johor.

18. Ternyata Najib menggembirakan rakyat. Mahathir berduka kerana Najib tidak melayan dasar crony capitalism nya. Sebab itu dia berdendam dengan Najib.

19. Mahathir, berhentilah berbohong.

Friday, October 20, 2017

MAHATHIR TERLALU BENCI BRIM? MENGAPA?

Dari garismasa Ab Jalil Backer :

BR1M dan Keprihatinan Najib Razak

1. Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bukan bantuan untuk rakyat miskin. Ia adalah bantuan kepada kelompok B40 bagi mengurangkan beban perbelanjaan keperluan asas.

2. Apakah B40? B40 bukan umur bawah 40 tahun. Ia merujuk kepada kumpulan isi rumah berpendapatan bawah RM 3,900.00 sebulan.

3. Mengapa BR1M diberikan kepada kumpulan ini? BR1M diberikan kepada kumpulan ini sebagai sebahagian daripada dasar rasionalisasi subisidi.

4. Apabila kerajaan memutuskan untuk menghapuskan subsidi pukal kepada barangan seperti gula, petrol dan beberapa lagi barangan keperluan asas,maka kerajaan yang prihatin mengambil kira pertambahan bulanan "perbelanjaan dapur" isi rumah akibat ketiadaan subsidi.

5. Atas sebab itu, kerajaan memberi BR1M kepada rakyat berpendapatan bawah RM 3,900.00.

6. Apabila GST diperkenalkan, kerajaan sedar ia menyebabkan inflasi biarpun banyak barang keperluan tidak dikenakan GST.

7. Justeru sekali lagi kerajaan menaikkan kadar bayaran BR1M untuk mengimbangi kenaikan kos sara hidup.

8. Jadi BR1M bertujuan MEMBANTU menampung peningkatan kos sara hidup bukannya membantu orang miskin. Namun tidak dinafikan ia turut membantu kumpulan rakyat miskin dan miskin tegar.

9. Dalam ekonomi bebas seperti Malaysia, kerajaan tidak akan mampu mengawal kenaikan harga barang secara tuntas. Justeru apa yang kerajaan buat ialah membantu kumpulan yang perlu dibantu.

10. Adakah BR1M merupakan pembaziran seperti dakwaan Mahathir? Tidak! BR1M membantu kerajaan menjimatkan kewangan negara.

11. Sekiranya kekal dalam sistem lama "subsidi kepada peniaga" tinggalan Mahathir, Kerajaan perlu memperuntukkan sekitar RM 80 bilion setahun. (Ini berdasarkan anggaran subsidi petrol pada 2008 sahaja mencecah RM 40B).

12. Peningkatan besar subsidi ini kerana:
(i) pertambahan jumlah penduduk menyebabkan peningkatan penggunaan barangan subsidi
(ii) Perubahan gaya hidup rakyat - cara pemakanan dan pemilikan kenderaan menyebabkan penggunaan barang-barang subsidi meningkat dengan drastik.
(iii)Harga barangan di pasaran dunia juga naik menyebabkan kos subsidi makin bertambah.

13. Justeru BR1M sebenarnya membantu kerajaan menjimatkan perbelanjaan subsidi kerana ia hanya menggunakan peruntukan sekitar RM 7 bilion setahun.

14. Kerajaan masih membelanjakan sekitar RM 10 bilion setahun untuk subsidi gas memasak, pengangkutan awam dan tol; dan RM 12 bilion untuk subsidi perkhidmatan kesihatan.

15. Jadi bagaimana Mahathir mahu mendakwa BR1M tidak baik untuk negara?

MAHATHIR DAH GILA TERUK

Buat pentaksub #Madey sila baca dan paling penting kakitangan2 kerajaan yg duk sokong madey tu..pd yg xfaham mcm Herman Haassan meh hakak nk translate..boleh laa faham sket2 cara hakak ni org kampung 😆😆😆

Rumusan yg hakak dpt adalah..Madey marah Pm Najib bagi BR1M,bantuan nelayan dan elaun utk jkkk serta ketua kampung.Dia juga marah htr org pi haji dan bg pencen kononnya xlayak.

Madey jg pertikai apa yg kerajaan bg pd kakitangan2 kerajaan serta pengambilan pekerja baru.agaknya dia nk buang kot..wakkaka

Ds Najib naikkan gaji minimum pn dia bantah.Dia duk rasa ni masih tahun 80an kot...apa punya turr laa mantan pm nyanyuk ni

➡➡➡➡➡➡➡➡➡➡➡➡➡➡➡➡➡➡➡

6.sebab kenapa kerajaan Najib tak cukup duit adalah salah guna peruntukkan kerajaan untuk dptkan populariti..

7.Contohnya BR1M yg melibatkan kos 7 billion atau lebih setahun.Wang bantuan 300 kepada nelayan dan 800 elaun JKKK serta ketua kampung.Bawa org eorgi haji dan pencen kepada pesara yg tak layak mendapat pencen serta lain2.

8.Emolumen untuk kakitangan2 kerajaan yg kerap dikaji semula,kadang2 sebanyak 25%.Dis samping itu pekerjan kerajaan telah meningkat kepada 1.6juta daripada 1 juta pd tahun 80an.Ini akan menyebabkan gaji berganda atau lebih.

9.Peningkatan gaji minimum meningkatkan gaji semua pekerja sektor awam atau swasta.Daripada gaji kira2 Ram700 meningkat kpd RM1200-hampir dua kali ganda.Apabila upah minimum sdh dinaikkan yg sdh menerima lebih drpd minimum baru mesti ditingkatkan.Ini adalah utk mengekalkan keseimbangan antara tahap atau pangkat pekerja yg berlainan.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10212826897000368&id=1027004229

Friday, October 6, 2017

PENTADBIRAN NAJIB JAUH LEBIH HEBAT DARI MAHATHIR

EKONOMI NEGARA LEBIH BAIK DIBAWAH NAJIB

Ekonomi Malaysia kini berada pada tahap yang baik. Semalam, Bank Dunia telah naikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia untuk tahun ini kepada 5.2 peratus daripada 4.9 peratus pada Jun. Sebelum itu, Bank Dunia unjur 4.3 peratus. Ini bermakna, dua kali Bank Dunia naikkan unjuran ini, dari 4.3 peratus kepada 4.9 peratus dan kemudian kepada 5.2 peratus.

Pada bulan Ogos 2017 lagi, Datuk Seri Najib sudah menyatakan bahawa keadaan ekonomi negara berada dalam keadaan betul dan tidak sepertimana tuduhan negara hendak bankrup yang dibuat oleh pembangkang. Kedudukan rizab antarabangsa adalah RM429.76 billion manakal Standard & Poor telah meletakkan Malaysia pada rating yang kuat iaitu “A-“.

“Tidak banyak negara yang mendapat rating A- ini. Pada tahun 1997, kita telah kehilangan separuh daripada rizab antarabangsa, tetapi negara kita tidak bankrup. Hari ini, rizab antarabangsa negara berada lebih dari RM400 billion, jadi bagaimana negara kita dituduh hendak bankrup?” kata Datuk Seri Najib pada 25 Ogos 2017, ketika merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Johor Bharu.

"Politik hari ini adalah berkenaan dengan persepsi dan bukannya realiti. Mereka (pembangkang) tidak perlu membuktikan apa apa yang berdasarkan realiti. Mereka hanya perlu reka cerita palsu terhadap kerajaan, itu sudah cukup bagi mereka” kata Datuk Seri Najib.

Dekat lima kali, Tun Mahathir dan Tun Daim berkata ekonomi Malaysia hendak bankrup. 11 September 2016, Mahathir kata “Malaysia akan muflis seperti Argentina”. 17 Ogos 2015, Mahathir kata “Ekonomi Malaysia akan jatuh teruk”. 26 Ogos 2015, Daim berkata “Malaysia akan bankrap Disember ini”. 3 September 2015, Daim kata “Satu malapetaka ekonomi sedang dihadapi Malaysia”. 31 Disember 2015, Mahathir kata “Malaysia akan bankrap”.

Semua tuduhan Mahathir dan Daim ini tidak menjadi kenyataan. Ianya terbukti bahawa tuduhan itu hanyalah cerita persepsi semata mata, bukannya realiti.

“Secara keseluruhannya ekonomi bawah pentadbiran Najib nampak bagus kerana ekonomi Malaysia semakin kukuh sejak Najib mula jadi Perdana Menteri...” kata Bruce Gale dalam satu tembubual bersama BRM Radio pada 3 September 2017. Sebelum itu, Bruce Gale yang merupakan penulis kanan di Straits Times Singapura telah menulis artikel mengenai “Najibnomics has been good for Malaysia's economy”.

Puak pembangkang yang tidak boleh menerima realiti akan cuba mematahkan fakta sebenar ini dengan mengatakan Bruce Gale “makan dedak”. Itu sahajalah yang boleh dijawab oleh puak puak pembangkang bila berhadapan dengan fakta sebenar.

Bukan Bruce Gale dan Bank Dunia sahaja yang akui keadaan baik ekonomi negara, Bank Pembangunan Asia (ADB) juga mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Malaysia lebih baik lagi iaitu dari 4.7 peratus kepada 5.4 peratus.

Di rantau Asia, ADB meletakkan Malaysia dan Hong Kong sebagai negara di Asia yang menunjukkan peningkatan besar dalam pertumbuhan ekonomi.

"Jadi jangan mendengar kata-kata pihak tertentu yang cuba untuk menjatuhkan negara ini demi kepentingan agenda politik mereka. Bukti cukup jelas bahawa (ekonomi) kita berkembang pada landasan tepat," kata Datuk Seri Najib.

Bukan itu sahaja, mengikut laporan World Economic Forum (WEF), Global Competitiveness Report 2017-2018, kerajaan Malaysia adalah yang ke 15 yang efisien dalam berbelanja, mengalahkan negara negara seperti  Finland (16), Norway (18), China (19), Iceland (23), Sweden (26) dan Jepun (29).

Malah secara keseluruhannya, kedudukan Malaysia yang berada di tangga ke 25 dalam laporan World Economic Forum itu adalah lebih baik berbanding negara negara lain seperti Korea Selatan (26), China (28), Saudi Arabia (29), Thailand (32), Indonesia (37), India (39), Russia (45), Turki (51), Brazil (75), Pakistan (126). Malaysia berada pada kedudukan yang baik berbanding negara negara dalam teori ekonomi BRIC iaitu Brazil, Russia, India, China.

Argentina yang disebut oleh Mahathir berada jauh di kedudukan ke 106.  Jauh rankingnya ke belakang berbanding Malaysia yang berada di tangga ke 25. Jadi bagaimana Mahathir boleh buat andaian Malaysia akan jadi bankrup macam Argentina? Andaian yang tersasar jauh sama sekali.

Semua data dan kedudukan Malaysia ini dibuat berdasarkan pencapaian ekonomi Malaysia, ianya bukan direka reka dan dibuat buat sebagaimana persepsi yang dibuat oleh Pengerusi Pembangkang sekarang iaitu Mahathir. Ini bukti Datuk Seri Najib lebih pandai menjaga ekonomi negara berbanding Mahathir.

Bawah hidung dia pun boleh hilang RM32 billion tanpa dia sedar. Kemudian cakap tidak tahu sebagai alasan. Dari tahun 1981 hingga 1988, pada akhir 7 tahun pertama Mahathir berkuasa, Mahathir telah menggandakan kadar pengangguran, mengharung defisit bajet tertinggi dalam sejarah Malaysia, menggandakan hutang  melebihi 100% nisbah hutang kepada KDNK dan menggandakan hutang luar Malaysia. Ini faktanya.

Membandingkan 6 tahun pertama era Mahathir dan Najib, hutang negara berdasarkan pendapatan negara pada zaman Mahathir adalah 138.7%, pada era Najib hanya 74% sahaja. Begitu juga dengan pertumbuhan ekonomi, zaman Mahathir hanya sekitar 24.6% berbanding pencapaian era Najib yang jauh lebih baik iaitu 62.5%, 3 kali ganda lebih baik dari zaman Mahathir. Kadar pengangguran zaman Mahathir juga adalah dua kali berbanding era Najib.

Kadar hutang 138.7% ketika zaman Mahathir ini sama dengan kadar hutang beberapa buah negara yang mengalami bankrap seperti  Greece, 167.9%, Italy 132.7% dan Portugal 129%. Kalau rindu zaman Mahathir, maka inilah fakta faktanya. Kesimpulannya, terimalah realitinya, Najib lebih pandai menjaga ekonomi berbanding Mahathir.

Tulisan:
Beruang Biru
BB603, Jumaat
6 Oktober 2017

Thursday, September 28, 2017

Mahathir "tidak tahu" tiba-tiba Jadi Pakar Penerbangan

MAS: Kalau Tidak Tahu, Mahathir Kenalah Tanya

Teruk juga penyakit "tidak tahu" ini. Masa jadi PM, "tidak tahu" duit hilang sampai RM32 billion.

Bila sudah tiada kuasa dan duduk sama dengan DAP, Mahathir jadi "profesor serba tahu" pula.

Tahu macam mana? Mahathir bukan ada di situ pun. Adalah lebih baik Mahathir bertanya dari bercakap "tidak tahu".

Beberapa hari lepas, Mahathir telah membangkitkan persoalan sama ada Malaysia Airlines Berhad (MAS) akan membeli pesawat udara Airbus atau Boeing, atau kedua-duanya dalam masa terdekat ini.

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, beliau tertanya-tanya jika kemungkinan pembelian 64 pesawat Boeing dan Airbus itu memang sebahagian daripada rancangan MAS.

"Adakah MAS akan beli Airbus A350-900 atau Boeing 787 Dreamliner atau kedua-duanya? Adakah keputusan membeli 58 Boeing dibuat MAS, atau ia keputusan peribadi Najib (Razak) sebagai habuan peluang bergambar dengan Trump?" demikian tuduh Mahathir dalam blognya.

Ternyata Mahathir tidak senang duduk dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, apatah lagi selepas kejayaan pertemuan antara Perdana Menteri dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada 12 September lalu.

Menerusi kesempatan yang ada, beliau menjadikan isu pembelian pesawat Boeing dan Airbus itu untuk memburukkan Perdana Menteri.

Bagaimanapun "tembakan rambang" Mahathir itu tidak tepat hinggakan beliau telah disindir oleh Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAB), Peter Bellew, sebagai "tidak tahu" tapi enggan bertanya.

Sedangkan kata Bellew, rundingan antara MAB dengan Boeing bagi tujuan pembelian pesawat itu diadakan berbulan-bulan sebelum lawatan Najib ke Washington DC lagi dan sebab utama syarikat itu perlu membeli pesawat ialah banyak pesawat sedia ada akan mencapai usia di mana tidak lagi sesuai digunakan.

Apatah lagi pemilihan Boeing ini dilakukan kerana ia membuat penawaran yang baik.

"Saya sudah baca semuanya dalam blog, ada juga yang dilaporkan kepada saya. Banyak yang tidak tepat, dan tiada sesiapa pun menghubungi saya atau syarikat ini untuk menyemak semua yang dikatakan itu," kata Bellew.

Sebagai orang korporat, Bellew tidak mahu MAS terjejas hanya kerana tuduhan tidak munasabah yang dibuat oleh Mahathir. Bellew bertanggungjawab terhadap operasi MAS, jadi sudah pasti beliau mengetahui segala-galanya.

Tapi peliknya, bila ada yang tidak tahu tetapi cuba berlagak pandai dengan membuat tuduhan palsu. Bukan semua perkara boleh dipolitikkan dan begitu juga dalam isu pembelian pesawat MAS ini.

Namun pelik juga kerana dalam isu melibatkan MAS ini, Mahathir begitu beria-ia memberikan komen, kenapa ketika Bank Negara Malaysia (BNM) mengalami kerugian lebih RM30 bilion akibat urus niaga pertukaran mata wang asing (Forex) pada awal 90-an, beliau mendiamkan diri dan cakap "tidak tahu".

Sedangkan kerugian itu berlaku ketika beliau menjadi Perdana Menteri. Memang ganjil jika beliau tidak tahu mengenai kerugian itu.

Apa pun tahniah kepada Bellew kerana memberikan penjelasan, sekurang-kurangnya ia menjawab sendiri tuduhan yang dibuat oleh Mahathir kepada Najib.

Tulisan :
Beruang Biru
BB594, Khamis
29 September 2017

Tuesday, September 26, 2017

Mahathir Terus Buli MAS

Duit Hilang RM32 Billion Tidak Tahu, Hal MAS Beli Boeing Tahu Serba Serbi

Mahathir ada bersamakah dalam bilik perbincangan di White House semasa Datuk Seri Najib dan Presiden Trump bincang mengenai pembelian Boeing?

Tiada, tapi tahu semuanya. Bila duit hilang sampai RM32 billion di Bank Negara, Mahathir kata "tidak tahu". Macai macai Mahathir gunakan hujah Mahathir memang tidak tahu kerana tiada dalam bilik urusniaga mata wang pada ketika itu.

Bila MAS beli Boeing, macam macam cerita yang keluar dan tuduhan dibuat pembangkang. Mahathir dan pembangkang tahu serba serbi, biarpun mereka tidak berada sama pun dalam lawatan ke Amerika Syarikat itu.

"Adakah ia keputusan membeli 58 kapal terbang Boeing itu dibuat MAS atau keputusan peribadi Najib sebagai habuan untuk peluang bergambar dengan Trump?"
tuduh Mahathir dalam Malaysiakini, 25 September 2017.

Kalau hendak bergambar, Najib dan Trump sudah jumpa beberapa kali sebelum ini, termasuklah ketika di Arab Saudi. Malah Trump anggap Najib sahabatnya, beri layanan yang istimewa melebihi protokol biasa.

Tuduhan Mahathir ini jelas mengarut sama sekali. Pembelian Boeing dirancang sejak November 2016 lagi. MAS sudah umum lama dah mahu beli 25 lagi pesawat untuk menggantikan 15 pesawat yang telah agak lama, serta menambah 10 lagi pesawat bagi menjana keuntungan buat syarikat.

Mahathir pusing dan putar habis kenyataan Datuk Seri Najib semata mata bertujuan hendak bagi rakyat marah.

“Semalam saya baca berita di Turkish Online bahawa kerajaan Turki membeli 40 buah pesawat Boeing bagi meningkatkan industri penerbangan negara tersebut, tapi malangnya kenyataan saya tetap diputar-belit oleh pembangkang,” kata Datuk Seri Najib.

Mengapa perlu beli yang baru? Ini kerana,
banyak kapal terbang MAS yang sedia ada bukanlah milik MAS, tetapi menggunakan cara "aircraft leasing".

Cuba tanya Mahathir siapa yang lingkupkan MAS pada tahun 1994? Masa Mahathir jadi Perdana Menteri. Mesti Mahathir kata "tidak tahu".

MAS alami kerugian teruk melalui dasar penswastaan Mahathir sehingga dibail-out dan dibeli balik oleh kerajaan Mahathir pada tahun 2001.

Untuk memulihkan MAS, suatu pengstrukturan yang dipanggil "Wide Asset Unbundling" (WAU) dijalankan pada tahun 2002.

Pindahkan aset-aset kapal terbang bernilai RM4 bilion dan liabiliti MAS sejumlah RM7 bilion kepada suatu syarikat yang bernama Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) yang dimiliki oleh Khazanah.

PMB yang memiliki kapalterbang MAS. Kemudian PMB pajak semula pesawat kepada MAS dengan konsep "leasing".

Sehingga kini, MAS juga menggunakan model ini dan sebahagian besar kapal-terbang Airbus mereka juga dipajak dari syarikat-syarikat "aircraft leasing".

Tempoh pajakan Airbus MAS juga akan tamat tidak lama lagi dan amat perlu bagi MAS untuk mengganti pesawat pesawat itu dengan Boeing 787-9 ataupun A330-900neo.

Mahathir yang menjadikan model MAS sebagai "aset-light" dengan menggunakan konsep "aircraft leasing".

Tetapi kini, Mahathir dan orang orangnya mempersoalkan mengapa MAS hendak pajak pesawat pesawat ini dan bukan milik MAS sepenuhnya.

Masa zaman Mahathir dulu, itulah cara yang Mahathir gunakan. Pajak pesawat. Macam mana hari ini, orang orang Mahathir boleh jadi mudah lupa dan serba "tidak tahu"?

Konsep pajakan pesawat ini bukan satu perniagaan yang pelik dan luar biasa. Semua syarikat penerbangan dunia guna kaedah "aircraft leasing" ini.

Pesawat-pesawat AirAsia juga dimiliki oleh syarikat "aircraft leasing" bernama Asia Aviation Capital Limited. AirAsia guna konsep yang sama macam yang dibuat oleh MAS.

Mahathir dan pembangkang turut buat persepsi bahawa mana laluan baru pesawat baru Boeing hendak pergi. Laluan baru sebenarnya bukan lagi isu.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Peter Bellew sudah menjawab. Pesawat Boeing yang baru dan berangka besar penting dalam mengembalikan Malaysia Airlines sebagai syarikat penerbangan premium dan menawarkan produk lima bintang.

"Jarak luar biasa 787-9 akan membolehkan kami beroperasi ke mana-mana destinasi di Eropah dan beberapa destinsi di US pada masa depan dari Kuala Lumpur" kata Peter Bellew.

Malah Boeing sendiri sudah tawarkan lorong terbaik di dunia buat MAS. Pembangkang tidak ada masa persefahaman antara Boeing dan MAS ini dimetrai, mereka hanya main tuduh sahaja.

"Boeing menawarkan pesawat berangka besar dan satu lorong terbaik di dunia, dan kami gembira Malaysia Airlines terus memberikan kepercayaan dan keyakinan ke atas Boeing menerusi MoU untuk 16 kapal terbang Boeing ini," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Boeing Commercial Airplanes, Kevin McAllister.

Hanya dengan membaca laporan sebuah portal, Mahathir tahu serba serbi pasal pembelian Boeing oleh MAS ini. Macam mana Mahathir tahu serba serbi pasal hutang 1MDB melalui WSJ dan Sarawak Report. Bila 1MDB selesai bayar hutang, Mahathir boleh pula buat tidak tahu.

6 Julai 2006, Tan Sri Tajuddin Ramli dedahkan di mahkamah, beliau diarah oleh Mahathir dan Daim untuk beli saham MAS yang dimiliki oleh Bank Negara Malaysia bagi membantu sebahagian kerugian kerugian uruniaga forex yang kini terbukti berjumlah RM32.5 bilion.

Jadi, Mahathir tidak usahlah pertikai apa yang MAS lakukan sekarang. Yang hilang sampai RM32 billion dulu masa dia jadi PM pun tidak tahu. Masa jadi Pengerusi Pakatan Harapan boleh pula tahu semua benda. Ini amat melucukan.

Tulisan :
Beruang Biru
BB590, Selasa
26 September 2017