Kadang-kadang kita dapat saksikan insiden kemalangan dalam negara yang hebat sama seperti adegan dalam filem-filem Hollywood. Itulah kehebatan pemandu Malaysia yang tak ada kepada pemandu-pemandu di negara lain. Bagaimana insiden kemalangan kehebatan tersebut kadang-kadang turut melibat pemandu lain yang tak bersalah dan AES mungkin dapat membantu mengurangkan keterlibatan pemandu malang yang mematuhi undang-undang jalanraya tetapi sering menjadi korban. Jangan terlalu emosi dengan AES, kita tunggu bukti keberkesanannya dulu...
Showing posts with label Kamera AES. Show all posts
Showing posts with label Kamera AES. Show all posts
Tuesday, December 11, 2012
Friday, November 16, 2012
NYAWA ATAU DUIT
Yang mana satu pilihan kita....
HOT NEWS !!! #AES AKAN DILAKSANAKAN SELEPAS 10,000 RAKYAT MALAYSIA MENINGGAL DUNIA ???
Ramai yang komplen perlaksanaan Sistem
Penguatkuasaan Automatik (AES) akan membebankan pengguna jalanraya dengan saman
yang bertimbun serta hanya menguntungkan pihak swasta yang terlibat dengan
kontrak AES sahaja.Betul atau tidak bukan lagi persoalan,kerana bila melibatkan
wang ringgit ramai yang agak sensitif sekalipun sebahagian besar daripada kita
sejak mengetahui kewujudan kamera di AES di sesuatu lokasi seringkali kita
memperlahankan kenderaan mengikut halaju yang ditetapkan.Boleh jadi keprihatinan
kita memperlahankan kenderaan berdasarkan halaju itu berlaku secara
spontan,mungkin kerana takut wang ringgit melayang atau barangkali juga kerana
bimbang ditimpa kecelakaan.Mana-mana satu di atas tetap betul,kerana naluri
manusia agak risau jika kehilangan wang ringgit dan dari sudut lain pula ramai
yang belum bersedia untuk menghuni liang lahad Atau barangkali sudah ramai
pengguna jalanraya bersepakat untuk memufliskan syarikat swasta yang terlibat
dengan kontrak AES,maka dengan demikian masing-masing memandu ikut peraturan
halaju,boleh jadi juga begitu.
Saban hari satu hakikat yang pasti banyak nyawa
yang tidak berdosa menjadi korban di atas jalanraya.Ia boleh berlaku secara
tidak sengaja atau sebaliknya,tiap kali berlakunya kemalangan maut,nyawa yang
melayang tidak lagi dapat ditukar ganti.Andai berlaku kejadian tidak diingini
misal kata sewaktu pulang dari bekerja,anak isteri di rumah sabar menanti namun
kelibat si suami atau ayah belum kelihatan.Bila datang kenderaan polis membawa
berita kematian si arwah,bayangkan betapa terkejut ahli keluarga di rumah.Malang
tak berbau,itu hakikat.Kemalangan maut atau kecederaan akibat perlanggaran di
atas jalanraya boleh berlaku bila-bila masa,sama ada kita telah berhati-hati
dalam pemanduan atau sebaliknya.Namun setidak-tidaknya dengan adanya AES,kita
dapat mengurangkan sang pemandu pelesit di atas jalanraya dan mengajar mereka
untuk menghargai nyawa orang lain,sekaligus mengurangkan kadar kematian atau
kecederaan akibat faktor kelajuan dan kecuaian Atau jika persoalan nyawa dan
kebahagiaan kaum keluarga mahu diabaikan atas sebab apa sekalipun,mungkinkah
kita perlu menunggu kadar kematian akibat kemalangan jalanraya meningkat kepada
10,000 kematian setahun barulah kita semua bersetuju untuk menyokong
perlaksanaan AES.Pada masa sekarang secara purata lebih kurang 6,000 nyawa
melayang setiap tahun,untuk mencukupkan angka 10,000 hanya berbaki lagi
kira-kira 4,000 nyawa lagi yang perlu dimatikan.Perlukah kita menunggu angka
10,000 itu genap atau meningkat kepada 20,000 orang maut setiap tahun,barulah
terdetik sekelumit kesedaran dalam hati kita untuk membantu kerajaan menurunkan
angka kematian di atas jalanraya sekarang ??? Tepuk kepala tanya akal.Jika wang
ringgit jadi perkiraannya,maka memandulah dengan kelajuan yang telah ditetapkan
dengan demikian anda tidak perlu pening kepala membayar saman.Seandainya
persoalan nyawa dan kasih sayang keluarga diutamakan,teruskan pemanduan berhemah
demi orang yang tersayang.
Labels:
Kamera AES
Saturday, October 20, 2012
KAMERA AES MEMANG ZALAIM TAPI...
Memanglah kamera AES tu zalim n memerlukan
penambahbaikan tp klaulah AES dah lama wujud n mendidik masyarakat tentu
Porshe Cayyene Turbo ni x langgar kereta ayah adik Nur Aini.....
Labels:
adik Nur Aini Satirah Sari,
Kamera AES
Subscribe to:
Posts (Atom)

