Showing posts with label KWSP. Show all posts
Showing posts with label KWSP. Show all posts

Thursday, September 28, 2017

DIA YANG BUAT DUIT KWSP MACAM DUIT PAK DIA

♦ Wang KWSP sebanyak RM31.5 bilion telah digunakan untuk menutup kerugian Bank Negara

❎ Isu yang lebih penting bukanlah kerugian RM5.7 bilion yang telah diisytiharkan sebagai kerugian tetapi kerugian RM25.8 bilion yang tidak diisytiharkan

❎ Dan sekiranya kerugian sebanyak RM25.8 bilion yang tidak dilaporkan adalah bukan kerugian bermain judi di pasaran forex maka ia pasti telah dihilangkan dengan 'cara lain'.

❎ Bank Negara secara teknikalnya telah menjadi bankrap dan perlu dibebaskan dengan segera. Maka mereka menggunakan MAS, TNB dan Telekom Malaysia untuk menyelamatkan Bank Negara.

❎ Mereka membeli dan menjual saham MAS, TNB dan Telekom untuk menunjukkan keuntungan diatas kertas dan kemudian 'merekodkan' keuntungan didalam laporan tahunan.

❎ Kemudian KWSP memperoleh TNB (syarikat kuasa tersenarai awam terbesar di Asia Tenggara) dan saham Telekom pada harga par, dan menjual saham tersebut kepada Bank Negara juga pada harga par, dan kemudian Bank Negara jualnya untuk mendapat keuntungan besar.

❎ Keuntungan saham MAS, TNB dan Telekom, yang sepatutnya dibayar kepada ke KWSP, dan sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun KWSP, telah digunakkan untuk menutup dan menyembunyikan kerugian Bank Negara.

❎ Wang berbilion-bilion yang sepatutnya digunakan untuk membayar dividen kepada pencarum KWSP telah disalahgunakan untuk membantu Bank Negara menutup kerugiannya didalam skandal Forex

❎ Mungkin atas beberapa sebab maka Mahathir mahu rakyat Malaysia percaya bahawa kerugian Bank Negara hanya berjumlah RM5.7 bilion dan bukannya RM31.5 bilion

❎ Mahathir telah melakukan satu kesilapan yang serius semalam apabila dia, melalui peguamnya, telah mengeluarkan kenyataan bahawa apa yang dilaporkan kepada Kabinet pada tahun 1994 adalah benar.

❎ Hanya seorang peguam yang bodoh akan mengeluarkan kenyataan seperti itu dan akhirnya akan menyusahkan diri mereka sendiri, yang mana untuk kali ini Mahathir mungkin akan mengalami kesukaran untuk melepaskan dirinya.

❎ Apa yang RCI perlu dilakukan ialah untuk mengkaji semula Minit Mesyuarat Kabinet serta Hansard Parlimen untuk melihat apa yang dikatakan pada tahun 1994.

❎ Peguam Mahathir sepatutnya menasihatkannya supaya berhenti bercakap dan tidak membuat sebarang kenyataan yang akan merosakkan imejnya lebih teruk

❎ Sejak 1994 dan selama lebih 20 tahun, Kit Siang telah mengulangi mantra ini dan telah meminta ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mencari kebenaran.

EPF paid for Bank Negara’s RM31.5 billion losses – Malaysia Today

Wang berbilion-bilion yang sepatutnya digunakan untuk membayar dividen kepada pencarum KWSP telah disalahgunakan untuk membantu Bank Negara menutup kerugiannya didalam skandal Forex. Oleh kerana itu maka KWSP terpaksa membayar pencarumnya jumlah dividen yang lebih rendah. Dan orang ramai tertanya-tanya mengapa bayaran dividen KWSP semakin rendah dan lebih kecil. Sebabnya KWSP telah membantu Bank Negara menyembunyikan kerugian sebanyak RM25.8 bilion dengan cara memindahkan keuntungan KWSP kepada Bank Negara.

THE CORRIDORS OF POWER
By: Raja Petra Kamarudin
(Translated by: Ariff Ahmad)

Semalam, peguam Tun Dr Mahathir Mohamad, Mohd Haniff Khatri Abdulla, telah mengeluarkan kenyataan bahawa  Anwar Ibrahim tidak membohong kepada Kabinet pada 1994. Tetapi Mahathir berkata beliau tidak tahu apa yang berlaku kerana yang bertanggungjawab ialah Gubernur Bank Negara dan bukan dirinya. Jadi bagaimana peguam Mahathir boleh tahu Anwar tidak berbohong kepada Kabinet pada tahun 1994? Jika anda tidak tahu apa yang berlaku maka anda tidak akan tahu sama ada Anwar telah bercakap bohong atau sebaliknya.

Masalahnya ialah pada tahun 1993 Anwar berbohong kepada Parlimen dengan mengatakan Bank Negara tidak mengalami sebarang kerugian didalam perjudian di pasaran forex dan ia hanyalah khabar angin yang tidak berasas. Kemudian, pada tahun 1994, Anwar mengakui kepada Parlimen bahawa sebenarnya Bank Negara telah mengalami kerugian wang dari tahun 1988 hingga 1992 tetapi kerugiannya itu adalah kecil dan hanya 'kerugian diatas kertas' (paper losses).

Anwar kemudian memberitahu Kabinet sesuatu yang lain - bahawa Bank Negara hanya mengalami kerugian sebanyak RM5.7 bilion tetapi ia adalah 'perbelanjaan ditangguhkan' (deferred expenditure) dan 'kerugian belum direalisasikan' (unrealised losses).

Walau bagaimanapun, Lim Kit Siang membantah dan berkata Anwar bercakap bohong dan mendakwa bahawa kerugian Bank Negara sebenarnya adalah RM30 bilion. Sejak 1994 dan selama lebih 20 tahun, Kit Siang telah mengulangi mantra ini dan telah meminta ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mencari kebenaran.

Mahathir telah melakukan satu kesilapan yang serius semalam apabila dia, melalui peguamnya, telah mengeluarkan kenyataan bahawa apa yang dilaporkan kepada Kabinet pada tahun 1994 adalah benar. Peguamnya sepatutnya menasihatkan Mahathir supaya tidak mengeluarkan kenyataan seperti ini. Hanya seorang peguam yang bodoh akan mengeluarkan kenyataan seperti itu dan akhirnya akan menyusahkan diri mereka sendiri, yang mana untuk kali ini Mahathir mungkin akan mengalami kesukaran untuk melepaskan dirinya.

Usul bahawa Perdana Menteri Najib Tun Razak harus memberi keterangan di RCI juga adalah satu cadangan yang paling bodoh. Apa yang RCI perlu dilakukan ialah untuk mengkaji semula Minit Mesyuarat Kabinet serta Hansard Parlimen untuk melihat apa yang dikatakan pada tahun 1994. Anda juga boleh membaca Hansard Parlimen didalam Internet. Apa yang dikatakan oleh Parlimen dan Kabinet semuanya telah direkodkan.

Seseorang peguam akan sentiasa mengikut arahan anakguamnya sebelum mereka mengeluarkan sesuatu kenyataan bagi pihak klien mereka. Peguam tidak akan mengeluarkan apa-apa kenyataan kecuali mereka telah merujuk kepada klien serta mendapat arahan dari klien tersebut. Oleh itu kenyataan yang dikeluarkan oleh peguam Mahathir semalam adalah atas arahannya serta berdasarkan kepada arahannya.

Peguam Mahathir sepatutnya menasihatkannya supaya berhenti bercakap dan tidak membuat sebarang kenyataan yang akan merosakkan imejnya lebih teruk. Memandangkan jumlah 'rasmi' kerugian Bank Negara yang diumumkan didalam perjudian di pasaran forex adalah RM5.7 bilion sedangkan jumlah kerugian sebenar yang Bank Negara mengalami adalah sebanyak RM31.5 bilion. Maka, wang sejumlah RM25.8 bilion telah tidak diambil kira atau 'hilang didalam angin yang tipis'.

Isu Bank Negara mengalami kerugian RM5.7 bilion secara rasmi adalah satu perkara tetapi yang lebih penting ialah apa yang berlaku kepada wang sebanyak RM25.8 bilion lagi dan kenapa kerugian tersebut tidak diisytiharkan? Dan jika kerugian itu, seperti kata Mahathir, adalah 'biasa' (kerana apabila anda berjudi kadang-kadang anda menang dan kadang-kadang anda kalah) maka mengapa Mahathir hendak menyembunyikan kerugian ini? Mengapa tidak mengisytiharkannya?

Isu yang lebih penting bukanlah kerugian RM5.7 bilion yang telah diisytiharkan sebagai kerugian tetapi kerugian RM25.8 bilion yang tidak diisytiharkan. Dan sekiranya kerugian sebanyak RM25.8 bilion yang tidak dilaporkan adalah bukan kerugian bermain judi di pasaran forex maka ia pasti telah dihilangkan dengan 'cara lain'. Dan apa kah caranya yang menyebabkan RM25.8 bilion itu hilang?

Mungkin atas beberapa sebab maka Mahathir mahu rakyat Malaysia percaya bahawa kerugian Bank Negara hanya berjumlah RM5.7 bilion dan bukannya RM31.5 bilion. Pertama sekali, jika diumumkan kerugian Bank Negara adalah RM31.5 bilion maka ini bermakna Bank Negara secara teknikal telah kebankrapan. Kerana kedudukkan rizabnya maka Bank Negara boleh bertahan jika kerugiannya hanyalah sebanyak RM5.7 bilion tetapi ia tidak dapat bertahan jika ia mengalami kerugian RM31.5 bilion. Kehilangan RM31.5 bilion akan bangkrapkan Bank Negara.

Maka ia adalah penting untuk mengumumkan bahawa kerugian 'secara rasmi' dinyatakan didalam buku hanyalah RM5.7 bilion dan bukannya RM31.5 bilion.

Tetapi jika anda melakukan seperti apa yang dinyatakan diatas maka anda akan menghadapi masalah lain. Dan masalahnya ialah bagaimana anda hendak menutup perbezaan sebanyak RM25.8 bilion? Di manakah wang itu telah hilang? Apa yang sebenarnya berlaku kepada RM25.8 bilion tersebut? Siapa yang mencuri wang itu?

Sekarang sudah jelas bahawa Bank Negara kerugia  RM31.5 bilion dan bukannya RM5.7 bilion. Satu-satunya soalan yang perlu dijawab ialah, apa yang berlaku dengan perbezaan RM25.8 bilion? Tetapi soalan-soalan tidak berhenti di sini sahaja. Bank Negara boleh bertahan dengan kerugian sebanyak RM5.7 bilion. Ia tidak dapat bertahan dengan kerugian RM31.5 bilion. Kerugian RM31.5 bilion akan membuat Bank Negara jadi muflis. Jadi itu bermakna Bank Negara perlu diselamatkan.

Dan itulah yang Mahathir hendak sembunyikan daripada pengetahuan rakyat Malaysia. Bank Negara secara teknikalnya telah menjadi bankrap dan perlu dibebaskan dengan segera. Maka mereka menggunakan MAS, TNB dan Telekom Malaysia untuk menyelamatkan Bank Negara. Mereka membeli dan menjual saham MAS, TNB dan Telekom untuk menunjukkan keuntungan diatas kertas dan kemudian 'merekodkan' keuntungan didalam laporan tahunan.

Mula-mula Bank Negara menjual saham MAS kepada Tajudin Ramli dengan harga RM8.00 sesaham umtuk mendapat keuntungan besar. Kemudian KWSP memperoleh TNB (syarikat kuasa tersenarai awam terbesar di Asia Tenggara) dan saham Telekom pada harga par, dan menjual saham tersebut kepada Bank Negara juga pada harga par, dan kemudian Bank Negara jualnya untuk mendapat keuntungan besar.

(BACA DI SINI): Tajudin alleges secret deal with DrM and Daim | theSundaily

http://m.thesundaily.my/node/173499

Oleh demikian, Bank Negara telah membeli dan menjual saham-saham didalam tiga GLC tersenarai terbesar di Malaysia dan membuat keuntungan besar untuk menutup kerugian RM31.5 bilion. Jadi secara tidak langsung ini bernakna pembayar cukai Malaysia yang akhirnya menanggung kerugian Bank Negara. Keuntungan saham MAS, TNB dan Telekom, yang sepatutnya dibayar kepada ke KWSP, dan sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun KWSP, telah digunakkan untuk menutup dan menyembunyikan kerugian Bank Negara.

Wang berbilion-bilion yang sepatutnya digunakan untuk membayar dividen kepada pencarum KWSP telah disalahgunakan untuk membantu Bank Negara menutup kerugiannya didalam skandal Forex. Oleh kerana itu maka KWSP terpaksa membayar pencarumnya jumlah dividen yang lebih rendah. Dan orang ramai tertanya-tanya mengapa bayaran dividen KWSP semakin rendah dan lebih kecil. Sebabnya KWSP telah membantu Bank Negara menyembunyikan kerugian sebanyak RM25.8 bilion dengan cara memindahkan keuntungan KWSP kepada Bank Negara.

Ini pada dasarnya merupakan reaksi berrantai. Kerugian Bank Negara lebih daripada wang yang ada didalam rizabnya dan secara teknikal Bank Negara telah bankrap. Bagi menyelamatkan dirinya daripada kebankrapan, Bank Negara telah mengisytiharkan jumlah kerugian yang lebih kecil iaitu sebanyak RM5.7 bilion dan telah menyembunyikan kerugian lebih besar iaitu sebanyak RM25.8 bilion.

Maka Bank Negara terpaksa menanggung kerugian RM25.8 bilion ini dan seterusnya sembunyikannya dari pengetahuan umum. Dan untuk menyembunyikan kerugian RM25.8 bilion tersebut Bank Negara terpaksa menunjukkan keuntungan yang diperolehi dari sumber lain. Jadi Bank Negara menggunakan keuntungan daripada membeli dan menjual saham MAS, TNB dan Telekom untuk mengimbangi kerugian RM25.8 bilion tersebut.

Jadi, Bank Negara terpaksa menggunakan prinsip gali lubang tutup lubang (rob Peter to pay Paul). Oleh itu, bagi Bank Negara untuk membuat keuntungan daripada membeli dan menjual saham MAS, TNB dan Telekom, KWSP maka Kerajaan perlu menjual saham pada harga kos kepada KWSP. KWSP kemudian memindahkan saham tersebut kepada Bank Negara tanpa sebarang keuntungan dan kemudiannya membenarkan Bank Negara membuat keuntungan itu.

Akibatnya semua rakyat Malaysia yang mempunyai simpanan didalam KWSP telah membayar membayar kerugian tersebut. Bank Negara menjana wang dengan mengorbankan KWSP yang secara tidak langsung melibatkan dividen pencarum KWSP. Tetapi persoalannya ialah, sementara KWSP dan Bank Negara kerugian RM25.8 bilion, siapa yang mendapat wang itu jika wang itu, seperti kata Mahathir, tidak rugi di perjudian pasaran forex?

Di manakah Sherlock Holmes ketika anda memerlukannya?

http://www.malaysia-today.net/epf-paid-for-bank-negaras-rm31-5-billion-losses/

Tuesday, September 19, 2017

RAKYAT MALAYSIA MUDAH DIPERBODOH ATAU SEMEMANGNYA MEMANG BODOH

KENAPA LAWATAN NAJIB KE USA BERJAYA...

KUALA LUMPUR, 16 Sept – Tidak pernah terlintas untuk saya mengulas perkara ini. Namun setelah membaca fakta-fakta karut di media sosial sejak kebelakangan ini telah memaksa saya untuk menuliskan fakta sebenar...

Sebelum mengulas lebih panjang, saya merupakan salah seorang petugas media Malaysia yang terlibat di dalam lawatan tersebut. Ingin saya jelaskan di sini bahawa setiap stesen TV dan agensi akhbar yang terlibat membiayai sendiri perjalanan wakil mereka. Ia bukannya ditanggung oleh pihak kerajaan...

Oleh itu jangan tuduh saya ‘memakan dedak’...

Tempoh Pertemuan

Pertemuan delegasi Datuk Seri Najib Razak, Presiden Donald Trump dan anggota kabinet Amerika berlangsung selama lebih 50 minit. Sementara pertemuan empat mata antara Perdana Menteri dan Presiden Trump berlangsung selama 20 minit...

Kebanyakan pengkritik mendakwa pertemuan Najib dan Trump hanya berlangsung selama lima minit. Ia hanya berdasarkan kepada video beserta transkrip yang dikeluarkan oleh Rumah Putih. Tidak masuk akal...

Apa yang dikeluarkan Rumah Putih itu hanyalah ucapan pembukaan yang disampaikan oleh kedua-dua pemimpin untuk direkodkan oleh puluhan kamera stesen TV dan berpuluh lagi wakil pemberita yang berada dalam Bilik Kabinet West Wing, Rumah Putih...

Ia hanyalah untuk siaran televisyen dan laporan berita bagi agensi yang hadir. Apa yang dibincangkan kedua-dua pemimpin selepas itu tanpa kehadiran puluhan kamera dan pemberita adalah lebih penting dan mendalam...

Tidak seperti pihak pembangkang, saya tidak akan menimbulkan sebarang spekulasi terhadap perbincangan tersebut kerana saya tidak berada di situ ketika ianya berlangsung...

Pihak pembangkang begitu cepat membuat rumusan hanya berdasarkan pada video beserta transkrip yang dikeluarkan dan menjadikan seolah-olah hanya itu sahaja yang berlaku...

Apa yang boleh saya pastikan adalah transkrip ucapan pembukaan tersebut adalah asli memandangkan saya berada di situ pada ketika itu...

Pegawai protokol Rumah Putih, David Solomon telah memberikan taklimat kepada kami, wakil media bahawa kami akan dibawa ke Bilik Kabinet hanya untuk ucapan pembukaan dan diminta untuk meninggalkan bilik tersebut sejurus sebelum perbincangan dimulakan...

Transkrip yang dikeluarkan Rumah Putih itu adalah untuk kegunaan para wartawan yang hadir supaya mereka mendapat gambaran yang jelas. Sebagaimana yang kita ketahui, para wartawan Rumah Putih tidak begitu akrab dengan Trump. Oleh itu, transkrip tersebut dikeluarkan bagi memastikan tidak seorang pun wartawan Amerika Syarikat memberikan tanggapan yang salah...

Namun begitu tidak ada media cetak Amerika Syarikat yang menggunakan transkrip tersebut secara keseluruhan...

Apa sahaja yang dilihat baik oleh Trump bukanlah satu bahan berita bagi media cetak Amerika...

Kebenarannya adalah perbincangan dua hala antara Amerika dan Malaysia berlangsung selama lebih 30 minit dan bukannya enam minit...

Kami juga dimaklumkan oleh Pegawai Media kedua-dua pemimpin bahawa mereka juga melakukan perbincangan empat mata di Oval Room, yang mana ianya berlangsung selama 20 minit...

Pelaburan KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membuat pelaburan dalam pasaran ekuiti Amerika Syarikat sejak 2008 selepas pindaan undang-undang membenarkan KWSP untuk melakukan pelaburan di luar negara. Melalui Akta Kawalan Pelaburan yang diperkenalkan pada 1998, KWSP sebelum ini tidak dibenarkan untuk berbuat demikian...

Malah, KWSP telah membuat pelaburan bernilai sekitar US$26 bilion sejak 2008 dan memperoleh pulangan yang sangat baik. Sekiranya ada yang membuat perbandingan antara pasaran Malaysia dengan Amerika Syarikat selepas tahun 2008, pastinya akan melihat bahawa pasaran ekuiti Amerika Syarikat memberikan pulangan yang lebih baik berbanding dalam negara...

Lebih 5.5 peratus majoriti dividen yang diterima oleh orang ramai melalui KWSP sejak 2009 adalah hasil dari pelaburan luar negara yang dijalankan oleh KWSP.

Berikut merupakan jumlah pembayaran dividen yang telah dilakukan KWSP sejak tahun 2001 hingga 2017:

Terdapat satu jawatankuasa pelaburan KWSP yang dibentuk di kalangan golongan professional yang dihormati....

Sekiranya Najib terlibat dalam mengawal KWSP maka KWSP seharusnya diminta untuk mendedahkan apa dan bagaimana pelaburan mereka dibuat. Namun pelaburan tersebut dilakukan KWSP secara rahsia. Mereka menggerakkan sejumlah besar wang masuk dan keluar dari negara dan sekiranya mereka mendedahkan apa dan bagaimana bentuk pelaburan yang mereka jalankan, pastinya spekulator pasaran saham akan berusaha keras untuk menjatuhkan pelaburan mereka...

Selain dari pulangan pelaburan, kita juga boleh mengatakan bahawa KWSP turut membantu menyelamatkan matawang ringgit dari mengalami susut nilai...

Mengukuhkan Ekonomi Amerika Syarikat

Ianya hanya untuk menggambarkan peranan Najib di hadapan pemimpin Amerika yang berusaha keras untuk “menjadikan Amerika hebat sekali lagi”.

KWSP semestinya sudah membuat keputusan mengenai apa dan bagaimana bentuk pelaburan yang bakal mereka jalankan sebelum Najib melakukan lawatan ke sana. Dan keputusan yang diambil KWSP adalah berdasarkan pada pulangan dan bukannya untuk memperkasakan ekonomi Amerika Syarikat...

Trump telah menekankan mengenai keutamaan pembinaan semula insfrastruktur Amerika Syarikat yang telah semakin dimakan usia dan umum mengetahui hal tersebut sejak beliau berkempen lagi. Oleh yang demikian, ianya boleh diterima akal untuk melakukan pelaburan dalam bentuk dana dan ekuiti yang akhirnya akan memberikan manfaat melalui dasar tersebut...

Melalui dasar tersebut, KWSP bakal mendapatkan pulangan yang besar melalui pelaburan itu...

Lawatan Najib ke Washington adalah sebagai salah sebuah negara yang diletakkan dalam senarai “Trade Cheats” yang bertanggungjawab terhadap defisit perdagangan Amerika Syarikat bernilai hampir US$50 bilion...

Selain menyasarkan China, lain-lain negara yang tersenarai adalah Jepun, Jerman, Mexico, Ireland, Vietnam, Itali, Korea Selatan, Malaysia, India, Thailand, Perancis, Switzerland, Taiwan, Indonesia dan Kanada...

Kedatangan Najib adalah untuk menunjukkan kepada Trump bahawa perdagangan merupakan hal dua hala dan kedatangannya ke Washington bukan hanya dengan tangan kosong...

Itulah sebabnya mengapa beliau menggunakan istilah “cadangan nilai” ketika bercakap mengenai pelaburan.

Perdana Menteri Malaysia sebelum ini datang ke Amerika Syarikat dengan keinginan untuk mencari pelabur untuk melabur di Malaysia. Najib mahu membuktikan kepada Trump bahawa kehadiran beliau ke sana bukan untuk tujuan yang sama...

Lawatan Kerja
Lawatan Najib ke Rumah Putih merupakan sebuah lawatan kerja atas undangan Trump sendiri. Ianya bukanlah sebuah lawatan rasmi mahupun lawatan negara. Setakat ini Trump masih belum menjemput sesiapa pun ke Washington untuk lawatan rasmi mahupun lawatan negara...

Di sebalik semua kegembiraan dan formaliti, lawatan ini adalah berkaitan perniagaan...

Trump mengetepikan semua protokol ketika bersama Najib dan mengingatkan para pegawainya sebanyak dua kali bahawa “Najib adalah rakan saya”...

Pertama sekali ketika ketibaan Najib. Kebiasaannya, Timbalan Presiden (dalam hal ini, Mike Pence) yang akan menyambut ketibaan para jemputan VIP. Namun Trump mengambil keputusan untuk menyambut sendiri kedatangan Najib di muka pintu Rumah Putih...

Ini merupakan kali pertama beliau memberitahu pegawai prokolnya bahawa, “beliau merupakan rakan saya”...

Keduanya adalah ketika Najib ingin berangkat pulang. Kebiasaannya Presiden Amerika Syarikat hanya akan menghantar kepulangan para tetamunya hingga ke pintu Oval Office, namun Trump mengiringi Najib sehingga ke kereta...

Sekali lagi, tindakan beliau mengingatkan kata-katanya sebelum itu bahawa “beliau (Najib) merupakan rakan saya”...

Sebagaimana yang dilaporkan, kedua-dua pemimpin tersebut menjalinkan hubungan persahabatan yang akrab apabila mereka dilihat bersama-sama bermain golf di salah sebuah padang golf milik Trump. Terdapat juga gambar mereka berdua ketika acara tersebut dengan tulisan “To my favourite PM” (Buat Perdana Menteri kesukaan saya) yang ditulis oleh Trump sendiri.

Ya, kedua-dua pemimpin tersebut bercakap mengenai golf ketika lawatan itu tapi tidak bermain secara serius kerana ianya adalah berlandaskan kepada hal perniagaan...

Kenapa pula Najib memutuskan untuk menginap di Trump International Hotel? Ia kerana hotel tersebut merupakan hotel yang terbaik yang berada di situ dan ianya terletak antara Rumah Putih Capitol Hill. Ianya adalah berkaitan hal logistik...

Trump telah berjanji bahawa apabila beliau dilantik menjadi presiden, sebarang keuntungan yang diperoleh melalui lawatan pemimpin luar yang tinggal di hotel miliknya itu nanti akan diserahkan kepada badan kebajikan. Beliau langsung tidak mengaut sebarang keuntungan dari lawatan Najib ke Amerika Syarikat....

Jadi, adakah lawatan ini berjaya? Bagi Najib, ini merupakan sebuah lawatan yang sangat berjaya kerana ia berjaya mengetepikan segala tuduhan negatif yang diterimanya berhubung isu DOJ dan yang paling utama, memperbaharui ikatan persahabatan yang telah dimeterai beliau bersama Trump sejak sekian lama....

Bagi Malaysia? Ia juga merupakan satu lawatan yang berfaedah kerana kita sekarang telah mula mendapat perhatian semula oleh Amerika Syarikat dan mereka juga telah mengesahkan Malaysia sebagai negara rakan kongsi yang komprehensif...

WONG SAI WAN...
KETUA EDITOR AKHBAR
MALAY MAIL...