Showing posts with label GERAKAN ANTI PKR. Show all posts
Showing posts with label GERAKAN ANTI PKR. Show all posts

Tuesday, March 6, 2012

GERAKAN ANTI PKR YANG TERLAMPAU

Kita semua sedia maklum Gerakan Anti PKR adalah antara blogger pro kerajaan yang hebat menentang pembangkang. Tetapi mengapa tiba-tiba sahaja GAP terlampau memuji-muji Mahfuz Omar. JKKKPKSS rasa bukan JKKKPKSS sahaja yang berbulu lubang hidung membaca GAP memuji-muji kehebatan mahfuz Omar yang satu dunia telah maklum! Ramai blogger lagi yang turut geli bulu hidung dengan pendedahan kehebatan Mahfuz Omar yang selama ini dirahsiakan dari rakyat Malaysia oleh Pakatan Rakyat, PAS terutamanya.

Rupa-rupanya Mahfuz Omar adalah senjata rahsia Pakatan Rakyat jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia seperti mana pendedahan yang secara tidak sengaja dilakukan oleh GAP sewaktu asyik memuji Mahfuz Omar iaitu otak Mahfuz Omar adalah 15 kali lebih berjuasa dari otak Tun Mahathir!

Mungkinkah GAP mendambakan untuk menjadi Menteri Khas kepada Perdana Menteri Mahfuz Omar selepas Pakatan Rakyat menang PRU13 nanti!!!

Tuesday, May 3, 2011

DAH BACA ARTIKEL HEBAT NI....

Memang sebak dan mengalir air mata bila baca menatang ni...