Saturday, March 17, 2018

DAP AMAT BENCI PAS

MENDALAMNYA BENCI EVANGELIS DAP TERHADAP PAS

Terkejut saya bila membaca kenyataan tokoh evangelis DAP, Hannah Yeoh, di laman Facebook beliau yang berbunyi:“Ahli-ahli politik sekalian - jangan sesekali jadi sampai macam ni, dah tak masuk akal” kepada laporan portal berita The Malaysian Insight hari ini bertajuk “Masalah ekonomi Malaysia berpunca daripada pemimpin Pakatan, kata Hadi”.

Kenyataan Hannah Yeoh ini adalah bukti betapa bencinya tokoh evangelis DAP dan DAP sendiri kepada Presiden PAS sebagai seorang pemimpin, kepada PAS sebagai sebuah parti politik dan kepada Islam sebagai dasar perjuangan PAS sehingga beliau boleh menyebut “dah tak masuk akal” kepada kenyataan Presiden PAS itu hanya berpandukan tajuknya sahaja.

Memang saya sendiri mulanya merasa hairan dengan tajuk laporan portal berita The Malaysian Insight ini kerana ia menggambarkan seolah-olah Presiden PAS meletakkan punca masalah ekonomi Malaysia kepada pemimpin Pakatan Harapan secara keseluruhannya, termasuk Presiden PKR, Setiausaha Agung DAP, Presiden AMANAH dan Presiden PPBM.

Bagaimanapun, bila dibaca laporan asal kenyataan Presiden PAS di dalam laman web Harakah Daily hari ini, bertajuk “Presiden PAS jawab fitnah Muhyiddin”, maka nyatalah portal berita The Malaysian Insight tidak beretika kerana menaikkan bahagian kecil kenyataan Presiden PAS sebagai berita dan meletakkan tajuk mengelirukan kepada berita itu.

Sangat jelas kenyataan Presiden PAS yang diguna, iaitu “Masalah ekonomi yang dihadapi oleh negara, sama ada kerajaan atau rakyat, adalah peninggalan daripada pemimpin-pemimpin yang duduk dalam Pakatan Harapan hari ini, yang memerintah negara sejak tahun 80-an, merekalah yang mewujudkan masalah”, adalah merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tiada yang “tak masuk akal” pun pada kenyataan Presiden PAS ini kerana penegasan bahawa Tun Dr Mahathir adalah punca masalah yang dihadapi oleh negara telah berulangkali dibuat oleh beliau sebelum ini, malah bukan sahaja Presiden PAS tetapi ramai lagi tokoh negara yang menyebut perkara yang sama, termasuk Sultan Johor dan pemimpin DAP sendiri.

Bila Hannah Yeoh menyifatkan Presiden PAS “tak masuk akal” kerana menyatakan Tun Dr Mahathir adalah punca masalah yang dihadapi oleh negara, maka ini bermakna beliau juga menyifatkan Sultan Johor “tak masuk akal” kerana Baginda juga menyebut “Tun Mahathir merupakan punca kepada masalah di negara ini pada ketika ini” pada 25 Ogos 2016.

Bila Hannah Yeoh menyifatkan Presiden PAS “tak masuk akal” kerana menyatakan Tun Dr Mahathir adalah punca masalah yang dihadapi oleh negara, maka ini bermakna beliau juga menyifatkan Charles Santiago “tak masuk akal” kerana beliau juga menyebut “Dr Mahathir adalah punca kepada masalah yang menjejaskan setiap rakyat Malaysia hari ini” pada 6 Mac 2016.

Semua ini menunjukkan betapa mendalamnya kebencian tokoh evangelis DAP dan DAP sendiri kepada Presiden PAS, kepada PAS dan kepada Islam sehingga sanggup melakukan kerja yang sangat tidak beretika dengan menggunakan berita yang di”spin” sebegitu rupa hanya untuk mempengaruhi masyarakat supaya turut membenci Presiden PAS, PAS dan Islam.

Lebih menyenakkan bila bekas Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman, yang kini menyokong AMANAH dan baru menerbitkan buku “Parti Amanah Negara: Cabaran, Halangan dan Potensi Sebagai Parti Islam Berpengaruh, Berintegriti”, turut menyindir tindakan “spin” oleh portal berita The Malaysian Insight, dan akhbar Sinar Harian, ini.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Jenis Taruhan Sabung Ayam Terlengkap Yang memberikan promo terbaik bagi setia Member BOLAVITA
    Minimal Deposit 50ribu, jangan di tunggu lagi teman" untuk bergabung bersama kami di
    http://159.89.197.59
    Pendaftaran gratis dan tanpa ribet :)
    WA: 081377055002
    Line: cs_bolavita

    ReplyDelete