Macai DAP mana boleh fikir sampai tahap ni..kira 2000 undi pun salah...
Tahukah Anda ?
Kos keseluruhan bagi pemilikan kenderaan di Malaysia adalah antara yang
terendah di Asean ? Harga kenderaan diakui tinggi di Malaysia berbanding
Thailand. Namun jika dihitung dengan harga petrol, insurans dan cukai
jalan, kos di Malaysia lagi rendah. Tidak adil bagi membuat perbandingan
berdasarkan harga kereta sahaja sedangkan pemilik perlu membayar kos2
lain.
Mengambil contoh kereta
Toyota Vios 1.5 liter manual, harga di Malaysia adalah RM87,313
berbanding di Thailand sebanyak RM69,000 dan Indonesia iaitu RM78,550.
Namun setelah dihitung secara keseluruhan meliputi harga kereta, harga
petrol, insurans dan cukai jalan, pembeli di Malaysia hanya perlu
membayar sejumlah RM125,361 berbanding RM146,475 di Thailand dan
RM147,283 di Indonesia*.
Malah Malaysia mencatatkan cukai jalan dan insurans antara terendah di ASEAN berbanding Thailand, Singapura dan Indonesia.
*Andaian dibuat dengan mengambilkira pengguna mengisi petrol tangki
penuh seminggu sekali, bayaran cukai jalan dan insurans tahunan selama 5
tahun.
No comments:
Post a Comment