Friday, March 26, 2010

PROGRAM DIALOG POLIS BERSAMA WAKIL PENDUDUK KOTA SARANG SEMUT


Gambar kenangan bersama Pegawai Polis dari Bahagian Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar selepas Majlis Dialog Polis Bersama Wakil Penduduk Kota Sarang Semut


Antara peserta Dialog Polis Bersama Wakil Penduduk, turut serta dalam majlis tersebut Penghulu Mukim Sala Kechil, Encik Aminuddin Ahmad


DSP Tuan Mohamad Feisal Libarutus Abdullah sedang memberikan taklimat berkaitan jenayah.


PROGRAM DIALOG POLIS BERSAMA WAKIL PENDUDUK KOTA SARANG SEMUT

JKKK(P) Kota Sarang Semut dengan kerjasama Ketua Polis Balai, Balai Polis Kota Sarang Semut SM 75710 Nordin Ahmad telah menganjurkan satu program Dialog Polis Bersama Wakil Penduduk Kota Sarang Semut yang diadakan di Ibu Pejabat MADA DIV Kota Sarang Semut.

Dalam ucapan aluan KPB Balai Polis Kota Sarang Semut, Yang Setia SM Nordin Ahmad amat berharap sepenuh kerjasama dari masyarakat setempat dalam usaha membenteras jenayah di Kota Sarang Semut.

Majlis diteruskan dengan taklimat lengkap berkaitan dengan indeks jenayah di Kota Sarang Semut oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Setar, DSP Tuan Mohamad Feisal Libarutus Abdullah. Bagaimana pun menurut beliau kadar jenayah di Kota Sarang Semut adalah dalam keadaan terkawal dan antara yang terendah di Daerah Kota Setar iaitu hanya melibatkan 3 kes, iaitu berkaitan Kes Rogol; Kes Mencabul dan Kes Pecah Rumah.

Bagaimana pun apabila beliau memberi ruang dan peluang berdialog, maka antara masalah yang dibangkitkan dan sentiasa menghantui masyarakat Kota Sarang Semut ialah masalah penagihan najis dadah di mana Kota Sarang Semut telah dijadikan tempat transit “ najis “ tersebut.

Yang amat mendukacitakan penduduk Kota Sarang Semut ialah walaupun pihak polis sering membuat penangkapan, namun gejala penagihan ini tidak berjaya diatasi selagi “ jerung “ yang bertanggung jawab mengedar masih bebas menjalankan aktivitinya. Dan paling malangnya terdapat sebilangan masyarakat beranggapan bahawa “ jerung “ berkenaan mendapat “ suaka ” dari pihak PDRM sendiri. Cakap-cakap kedai kopi “ pagi tangkap petang lepas ”.

Atas rasa kebimbangan masyarakat yang menagih keperihatinan pihak PDRM, maka DSP Tuan Mohamad Feisal Libarutus Abdullah berjanji akan menyampaikan kegusaran yang menghantui masyarakat kepada Bahagian Narkotik dan Insya Allah akan cuba menganjurkan satu program melibatkan Bahagian Narkotik IPD Kota Setar.

Kepada Jurutera Daerah Mada DIV Kota Sarang Semut dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis Dialog ini, JKKK(P) Kota Sarang Semut dan KPB Balai Polis Kota Sarang Semut merakamkan penghargaan terima kasih. “ Hidup Aman Tanpa Jenayah “

No comments:

Post a Comment