Showing posts with label BAJET 2018. Show all posts
Showing posts with label BAJET 2018. Show all posts

Wednesday, November 1, 2017

CAKAP PEMBANGKANG MACAM ORANG MABUK TODI

Mansuh Tol dan BR1M Bukti Percakapan Pembangkang Tidak Konsisten

"The only thing consistent about the opposition is they are always inconsistent," kata Datuk Seri Najib ketika membentang Bajet 2018. Ayat ini memang sesuai benar dengan sikap pembangkang, DAP-Pakatan Harapan.

Mereka bukan sahaja tidak konsisten dalam parti mereka sendiri malah dalam percakapan dan janji mereka kepada rakyat, mereka sering bertukar tukar pendirian. Semalam pun sama, Mahathir menyatakan ada plan B untuk  Pakatan Harapan, jika tidak boleh didaftar oleh ROS.

Plan B apa lagi? ROS hanya meminta logo baru ditukarkan. Mahathir berkata, pihaknya akan membuat logo dan simbol baharu dalam tempoh dua hari serta mengemukakannya kepada ROS. Ini kata kata Mahathir pada 28 Julai 2017. Kata dua hari boleh siap, sekarang bila sudah 100 hari, mengapa salahkan ROS pula?

Berjanji buat logo parti sendiri pun mereka boleh mungkiri, apatah lagi berjanji kepada rakyat. Samalah juga pendirian Pakatan Harapan ini mengenai BR1M. Dulu 
Mahathir kata ia adalah rasuah kerana guna duit untuk beli undi rakyat waktu pilihan raya.

Pendapat Mahathir turut disokong Menteri Besar Selangor, Azmin Ali yang setuju pemberian BR1M adalah rasuah. Pada 30 Disember 2016, Azmin kata BR1M adalah ibarat sogokan politik ketika itu berbeza pendapat dengan Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail yang berpendapat BR1M bukanlah rasuah. 

"Bagi saya BR1M adalah salah satu bentuk rasuah.. ia adalah salah satu cara sogokan.. Sogokan boleh dibuat dalam pelbagai. Kalau nak dikatakan bantuan untuk jana ekonomi, ia tidak mampu berbuat demikian, nilai RM600 boleh habis dalam dua hari," kata Azmin.

Sudahnya, dalam dokumen Bajet Alternatif Pakatan Harapan tempoh hari, mereka sepakat pula hendak laksanakan BR1M tapi dengan syarat tambahan yang amat mengelirukan. Tidak malu Azmin, sekarang Bajet Alternatif sudah tiru BR1M yang diperkenalkan Datuk Seri Najib sejak 2012 lagi.

Azmin dan Mahathir sudah “U TURN” pendirian mereka mengenai BR1M. Pada 30 Oktober 2017, Wan Azizah mendakwa 'pertambahan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) membuktikan dasar ekonomi kerajaan gagal mengeluarkan rakyat daripada belenggu kemiskinan’

Kenyataan Wan Azizah mengenai BR1M ini menampakkan bahawa Ketua Pembangkang itu tidak melakukan ‘homework” langsung sebelum bercakap. Ketika awal diperkenalkan, BR1M hanya diberi kepada keluarga yang berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah.

Pada tahun 2013, syarat itu ditambah baik kepada individu bujang. Tahun 2014, pendapatan penerima BR1M dinaikkan kepada RM4,000. Maka ini sebabnya penerima BR1M bertambah. Jelas sekali apa yang Wan Azizah cakap itu tidak betul sama sekali. 

Selepas BR1M, pembangkang juga buat kenyataan berubah-ubah dalam hal memansuhkan kutipan tol. Sebelum ini di mana-mana ceramah politik mereka kritik kerajaan kerana banyak kutip tol di sana sini dengan tuduhan wang hasil kutipan tol akan digunakan untuk rasuah dan bukannya untuk rakyat. Zaman siapa yang buat banyak tol itu?

Dalam Bajet Alternatif, Pakatan Harapan menyatakan akan memansuhkan kutipan tol di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dan tol  Jambatan Pulau Pinang jika mereka menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti. Tol di Sungai Nyiur Pulau Pinang pun sudah dua penggal DAP perintah, tidak dimansuhkan pun. “Lima kupang” pun tidak mampu hendak mansuh. 

Bagaimanapun, selepas pembentangan Bajet 2018, Wan Azizah kata pemansuhan empat plaza tol yang diumumkan kerajaan akan bebankan rakyat pula. Wan Azizah sudah ‘U Turn” mengenai janji mansuhkan tol.  

30 Oktober 2017, dalam Sinar Harian, Wan Azizah kata rakyat akan tanggung beban akibat pemansuhan empat tol seperti yang diumumkan kerana kerajaan tidak akan mengeluarkan kos untuk pemansuhan itu.

"Saya mohon jangan terburu-buru mengalu-alukan permansuhan empat tol ini” kata Wan Azizah. Sedangkan lima hari sebelum itu, ketika membentangkan Bajet Alternatif, Wan Azizah menyatakan bahawa Pakatan Harapan sedia memansuhkan tol.

Penyakit ‘U Turn” Mahathir sudah berjangkit kepada Wan Azizah nampaknya. Sudah tidak konsisten dan tidak tahu lagi apa yang mereka cakap dan janji kepada rakyat. Penyakit tidak konsisten ini amat merbahaya, bila bila masa sahaja pembangkang boleh tukar janji dan mungkiri janji.

Pembangkang buat janji itu untuk dapatkan undi sahaja. Satu undi pada PRU14 nanti bukanlah sesuatu yang boleh diperjudi. Tersilap undi boleh menyebabkan padah menanti.

Lebih lebih lagi bila mengundi kerana terpedaya dengan janji pihak Pakatan Harapan. BR1M dan pemansuhan tol ini bukti pembangkang tidak konsisten dalam berjanji. Barisan Nasional lebih konsisten dan boleh dipercayai berbanding pembangkang yang selalu mungkir janji.

Tulisan :
Beruang Biru
BB642, Rabu
1 November 2017

Monday, October 30, 2017

SEMBANG KENCANG

UNISEL Pun Rugi Berjuta-Juta, Ada Hati Nak Bagi Pendidikan Percuma

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hanya pemimpin retorik. Satu universiti yang dibawah kerajaan negeri pun tidak boleh jaga, ada hati hendak beri pendidikan percuma kepada semua dua puluh universiti awam di Malaysia. 

Apabila Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak membentangkan Bajet 2018 untuk kepentingan rakyat, Azmin pula sibuk bermain twitter dan perkecilkan pula usaha usaha yang dibuat kerajaan BN kepada rakyat.

Isu YAWAS berkaitan wang RM10 juta yang didakwa dibuka atas nama sembilan Ahli Parlimen pembangkang di sekitar Kuala Lumpur masih belum lagi dijawab Azmin Ali. Sibuk sangat bermain twitter semasa pembentangan bajet. 

Bila terkantoi dan tersilap tweet, enggan mohon maaf dan padam tweet. Azmin terkantoi taip angka yang salah bila menyatakan Bajet TVET hanya peruntukkan RM4.5 juta sahaja. Azmin kata di Selangor lebih banyak iaitu RM50 juta. 

Padahal angka sebenarnya dalam Bajet 2018 bukanlah RM4.5 juta tetapi keseluruhannya adalah bernilai RM4.9 billion.  Jauh berkali ganda lebih banyak dari bajet TVET di Selangor. 

Syed Saddiq terus padam tweet berkaitan TVET itu. Azmin Ali sampai ke sudah tidak padam tweet berkaitan TVET tersebut. Azmin Ali masih pertahankan kesilapan. Tidak malu sungguh. 

Bab pendidikan percuma juga Azmin telah kantoi. Dalam Bajet Alternatif DAP-Pakatan Harapan mereka mahu beri pendidikan percuma di semua universiti. Anggaran kos untuk beri pendidikan percuma di semua universiti itu mencecah hampir RM60 billion.

UNISEL yang di bawah kerajaan negeri Selangor pimpinan Azmin pun rugi teruk tiga tahun berturut-turut. Data menunjukkan, pada tahun 2014, UNISEL rugi RM10.6 juta. Tahun 2015 pula rugi RM16.6 juta dan tahun 2016, rugi lagi 4.01 juta. Kerugian terkumpul bernilai RM31.21 juta.

Hutang terkumpul di UNISEL pula sejumlah RM126 juta sejak 2014. 

Bagaimana Azmin dan rakan-rakannya bermegah mahu melakukan pendidikan percuma? Sedangkan satu universiti pun tidak boleh dijaga, macam mana hendak jaga 20 universiti awam? 

Sudahlah hutang berjuta juta, terpalit pula isu rasuah di UNISEL. Isu rasuah RM60 juta melibatkan kontrak di UNISEL dengan pejabat Azmin Ali. Ini baru satu universiti di bawah pentadbiran Azmin pun sudah ada kes rasuah. Belum lagi jaga 20 puluh universiti. 

Isu hutang, kerugian dan rasuah yang berlaku di Unisel ini belum lagi diselesaikan Azmin. Kemudian berlagak pula Azmin Ali kata program Malaysia Brain Bank tiru program Selangor Brain. 

 “Selangor Brain Bank telah saya laksanakan 3 tahun tetapi @NajibRazak baru tadi lancar Malaysian Brain Bank. Selangor terus jadi model” tweet Azmin dalam Twitternya. 

Fakta sebenarnya, Kementerian Pengajian Tinggi telah terlebih dahulu melancarkan MyBrain15. Program itu dilancarkan pada Disember 2010 lagi sedangkan Selangor Brain Bank baru dilancar pada 2014. Azmin Ali yang tiru kerajaan BN sebenarnya. 

Sudah sudahlah Azmin. Janganlah “claim” lebih lebih sangat. Politik di Selangor pun masih lagi tidak konsisten. Mana satu hendak pakai Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan? Masih lagi tidak konsisten hendak pakai yang mana satu. 

“There is no certainty in political leadership, how can they be trusted to provide a sound economic leadership” kata Datuk Seri Najib semasa Bajet 2018.

Rakyat kena pilih kerajaan yang konsisten dalam politik pada PRU14, barulah ekonomi negara juga kekal berkembang dan konsisten.

Tulisan :

Beruang Biru
BB638, Isnin
30 Oktober 2017

Sunday, October 29, 2017

MELAYU DAH BIJAK, MELAYU TOLAK PPBM DAN PH

KENYATAAN MEDIA Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa (TSAM). - 29.10.17 1. Puak pembangkang, terutama Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM), usahlah bertindak yang dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran. 2. Ini semuanya dek dendam kesumat, marah, geram dan sakit hati yang tiada penghujung. 3. Mereka terlalu sangat ikut nafsu lesu, ikut rasa binasa, ikut hati mati. 4. Begitulah tafsiran (daripada pepatah Melayu) yang boleh kita simpulkan apabila Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY), tanpa segan silu, mengatakan orang Melayu sekarang ramai menyokong PPBM dan sekaligus kepada Pakatan Harapan (PH). 5. TSMY juga mendakwa UMNO ketakutan sehingga membentang bajet yang disifatkannya sebagai populis. 6. Ia satu percubaan TSMY untuk memperbodohkan orang Melayu sendiri dan juga rakyat majmuk di negara kita ini. 7. Rakyat Malaysia, apatah lagi orang Melayu, dalam sejarah amat arif dan bijaksana dalam adat berpolitik. 8. Orang kita umpama jauhari yang mengenal manikam. 9. Orang Melayu sedar PPBM di bawah PH adalah kumpulan yang dikuasai DAP. 10. Orang Melayu maha mengetahui dasar sosialis DAP, dan perjuangan mereka bukan untuk Islam dan orang Melayu. 11. Orang Melayu tahu pemimpin Melayu bertelagah dan membuka parti serpihan sebagai agenda peribadi dan tamak kuasa. 12. Orang Melayu tidak akan memperjudikan nasib dan masa depan negara kepada DAP dan pihak yang memperjudikan hak dan kedudukan orang Melayu dan Islam kepada DAP. 13. Petanda cukup jelas bahawa orang Melayu dan Islam, malah kaum lain, mula menjarakkan diri dari PH pimpinan DAP. 14. Malah ia semakin ketara betapa orang Melayu akan merapatkan saf dan meningkatkan solidariti dan taawun utk kebaikan Islam. 15. Apabila ini terjadi, kumpulan serpihan yang meninggalkan perjuangan yang asal akan kita kuburkan melalui PRU-14. 16. Ini kerana hanya dengan cara demikian, orang Melayu dan umat Islam dapat melindungi apa yang hak bagi kita seperti mana termaktub dalam perlembagaan. 17. PPBM / PH pimpinan DAP bukan pilihan terbaik untuk orang Melayu dan Islam serta kaum lain di negara ini. 18. Amat malang, dan petaka malap, jika orang Melayu dan umat Islam serta rakyat kita terdiri daripada pelbagai bangsa terjerumus dengan sepak terajang politik PPBM dan PH itu. -- TSAM.

NAJIB RAZAK PEMERINTAH YANG ADIL

10 Intipati Menarik Dalam #Bajet2018

Terbukti, pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Mohd Najib Razak pada petang Jumaat semalam benar-benar memberi manfaat dan menjaga kebajikan rakyat di Malaysia.

Semua golongan dapat. Dari nelayan, petani, orang yang jual satay, jual "coconut shake", orang yang berniaga food truck dan motorsikal tiga roda. Semua dapat dan ianya menyeluruh. Jauh bagai langit dan bumi, bajet BN dengan bajet omong kosong pembangkang.

Bajet ini bukan sahaja menambahbaik daripada bajet tahun lalu, malah pelbagai perkara baharu telah diperkenalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang segak berbaju biru semasa membentangkan Bajet 2018 semalam.

Antara perkara baharu yang diperkenalkan oleh beliau adalah seperti berikut ;

1.Pulau Pangkor menjadi Pulau Bebas Cukai

Bajet ini juga mengisytiharkan bahawa Pulau Pangkor di Perak sebagai Pulau Bebas Cukai. Walau bagaimanapun, ini tidak termasuk barang-barang seperti minuman keras, rokok dan kenderaan bermotor.

2.Jambatan Labuan ke tanah besar Borneo

Untuk merancakkan pembangunan di Labuan, kerajaan pimpinan Najib akan membuat "feasibility study" bagi membina jambatan menghubungkan Labuan dengan tanah besar di Sabah.

3.Ibu mengandung dan suami balik ke rumah awal sejam

Penjawat awam wanita yang mengandung lima bulan ke atas, dibenarkan pulang lebih awal sejam. Bagi melengkapi hasrat ini, suami yang bekerja dengan kerajaan juga dibenarkan pulang lebih awal sejam, dengan syarat, suami dan isteri mestilah bekerja di lokasi yang berdekatan.

4.Pembiayaan TEKUN dinaikkan sehingga setengah billion

Perdana Menteri juga dengan gembira memperuntukkan Bajet paling tinggi pernah diberi kepada TEKUN, iaitu setengah billion ringgit.

5.Mewujudkan taska di pejabat utama GLC

Bagi menyokong ibu bapa yang bekerja, GLC akan menyediakan taska di pejabat utama, dan kemudahan pengurangan waktu bekerja untuk pekerja wanita yang mengandung.

6.Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50)

Demi menjamin masa depan generasi TN50 yang lebih cerah, Kerajaan bersama-sama PNB telah bersetuju supaya setiap anak Malaysia yang dilahirkan bermula 1 Januari 2018 sehingga 2022, dihadiahkan Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 melalui unit Amanah Saham di PNB. Skim yang pertama kali diperkenalkan di negara ini akan dinamakan sebagai Amanah Dana Anak Malaysia 2050, atau sesudahnya ini dikenali sebagai ADAM50.

7.Skim Persaraan 1Malaysia

Kerajaan akan meningkatkan sumbangan terhadap caruman kepada 15 peratus tertakluk kepada maksimum 250 ringgit setahun di dalam Skim Persaraan 1Malaysia, di bawah KWSP. Sumbangan ini bermula dari 2018 hingga 2022.

8.Pemansuhan kutipan 3 tol di Selangor, Kedah dan Johor

Pertama: Memansuhkan kutipan tol di Batu Tiga, Shah Alam dan Sungai Rasau di Selangor;

Kedua: Memansuhkan kutipan tol di Bukit Kayu Hitam, Kedah;

Ketiga: Memansuhkan kutipan tol di Eastern Dispersal Link, Johor.

9.Bantuan pesawah 3 bulan

Selain penoreh getah dan nelayan yang dikekalkan bantuan-bantuannya, pada Bajet kali ini, buat pertama kalinya, Najib Razak mengumumkan bantuan sebanyak 200 ringgit sebulan bagi tempoh 3 bulan sementara menunggu hasil tuaian padi, dengan peruntukan hampir 150 juta ringgit kepada pesawah padi.

10.Food Truck 1Malaysia dan Mobile Food Kiosk 1Malaysia

Menyediakan pinjaman mudah sebanyak 120 juta ringgit kepada seribu usahawan Food Truck 1Malaysia dan Mobile Food Kiosk 1Malaysia melalui Bank Rakyat dan Bank Simpanan Nasional, dengan Kerajaan memberi subsidi kadar faedah empat peratus.

Semua kesepuluh perkara ini adalah pemberian ‘hadiah’ daripada kerajaan yang telah diberi amanah selama 13 kali PRU oleh rakyat untuk memerintah negara.

Sudah berbelas kali, BN berjanji dan ianya telah pun ditepati. Hampir 97% peratus janji BN pada PRU13 sudah pun dilaksanakan. 3% lagi melibatkan projek infrastruktur dan pembangunan sedang dalam proses perlaksanaan.

Buat apa hendak percaya pada DAP dan Pakatan Harapan yang belum tentu lagi memenuhi janji mereka. Di Selangor dan Pulau Pinang pun banyak janji kerajaan DAP-Pakatan Harapan yang belum ditunaikan.

Bajet 2018 adalah tanda terima kasih Barisan Nasional atas kepercayaan rakyat dan terbukti bahawa ia bukanlah sebuah bajet yang omong kosong seperti DAP dan Pakatan Harapan.

Sekiranya PRU14 nanti rakyat terus memberi mandat kepada Barisan Nasional, maka semua perkara ini boleh dilaksanakan untuk kesejahteraan masyarakat bersama.

Semua dapat manfaat tanpa mengira warna kulit dan ideologi parti. Bajet 2018 komprehensif dan menyeluruh untuk semua. Terkedu habis geng DAP-Pakatan Harapan dalam parlimen semalam.

"Senyap nampak pembangkang.." kata Datuk Seri Najib semalam.

Tulisan :
Beruang Biru
BB636, Sabtu
28 Oktober 2017

Friday, October 27, 2017

BAJET DARI LONGKANG

10 Perkara Pelik & Meragukan Dalam Bajet Alternatif Pakatan Harapan

Bajet Alternatif yang dikemukakan pembangkang semalam sebenarnya adalah #BajetAutanatif. Bila dikaji satu persatu, dokumen setebal 88 mukasurat itu ada 10 perkara mencurigakan dan pelik.

1. Hasil Tidak Sama Dengan Belanja

Dalam bajet Pakatan Harapan ini, pembangkang kata dengan pemansuhan GST akan menyebabkan kekurangan hasil sebanyak RM25.5 bilion.

Sudahlah kurang RM25.5 billion, terdapat beberapa lagi perbelanjaan tambahan yang tidak diambil kira. Misalnya, pembangkang janji hendak beri subsidi minyak RM1 billion dan hapus tol berjumlah RM36 billion.

Selain itu, mahu beri peruntukan geran RM2 bilion kepada universiti awam dan RM700 juta yang akan diberikan dalam bentuk dana khas untuk menaik taraf kemudahan dalam semua jenis sekolah.

Jumlah semua belanja janji ini RM65.2 billion. Dari sumber hasil mana tidak disebut dan dinyatakan dalam lampiran imbangan duga diakhir dokumen bajet mereka. Hanya sedap petik angka sahaja. Modal air liur sahaja.

2. GST Tetap Dilaksanakan Pada Kadar Sifar Peratus

Perkara kedua yang mencurigakan ialah berkaitan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam #BajetAutanatif itu apabila ia dilihat seolah olah mahu dilaksanakan pada kadar kosong peratus pada tahun pertama pentadbiran Pakatan Harapan. Ini terkandung dalam mukasurat 36 #BajetAutanatif mereka. Pada lampiran akhir dokumen itu boleh dilihat hasil GST diletak dengan nilai kosong (0), bukannya nilai "tiada (-).

3. Galakkan Beli Barangan Import

Mukasurat 17, dalam bajet PH, ada galakan untuk rakyat membeli barangan import demi untuk meningkatkan duti eksais bagi menampung kekurangan hasil GST.

Ini amat kontradiks dengan saranan Pengerusi PH, Mahathir yang mahu menubuhkan syarikat Proton kedua kalau PH menang. Agenda Proton kedua ini tidak ditulis pun dalam Bajet Alternatif.

Pembangkang membuat andaian mahu hasil sejumlah RM1.46 billion dari duti import dan eksais. Oleh itu apa jadi pada barang buatan Malaysia?

4. Memperjudikan Kedaulatan Negara

Satu perkara yang tidak boleh dipandang ringan dalam Belanjawan Alternatif 2018 ini ialah perbuatan PH yang cenderung memperjudikan soal kedaulatan negara. PH mahu jimat RM20 billion di JPM dan menghapuskan EssZone.

EssZone kini mengawal keselamatan di daerah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau selepas berlakunya tragedi serangan pencerobohan di Lahad Datu.

Kalau EssZone ini ditiadakan, maka ianya satu risiko besar untuk keselamatan negara. Soal kedaulatan negara bukan lagi keutamaan pembangkang.

Nurul Izzah didedahkan ada berjumpa dengan anak perempuan Ketua Kumpulan Bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III. Apa matlamat sebenar pembangkang ini? Mahu mengkhianati negara sendiri?

5. Syarat BR1M Yang Mengelirukan

PH hendak meniru tetapi tidak pandai. Dulu kata BR1M rasuah dan dedak, sekarang mereka pula yang tiru apa yang dimulakan Datuk Seri Najib itu.

Dalam Belanjawan Alternatif 2018, pembangkang buat syarat yang mengelirukan untuk penerima BR1M. Silap silap ada penerima BR1M sekarang yang akan hilang kelayakan terima BR1M jika PH memerintah.

Duit BR1M hanya boleh beli barangan runcit seperti makanan kepada keluarga, menyelesaikan bil utiliti dan tujuan pendidikan. Tidak boleh beli rokok dan alkohol.

Bagaimana mereka hendak memantau pelaksanaan syarat ini ? Adakah benar kebanyakan penerima BR1M membeli barangan tidak berfaedah seperti yang pakatan katakan?

6. Penjawat Awam Akan Dibuang

Penjawat awam ketika ini pasti gusar jika Pakatan Harapan berjaya jadi kerajaan, kerana sudah pasti ramai kakitangan awam akan dibuang kerja.

Jika agensi seperti SPAD, EzzZone, Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN), BTN, SUHAKAM dan Felda akan dirombak serta ditutup, ke mana kakitangan awam di agensi berkenaan akan diletakkan?

Ribuan akan hilang kerja kerana mahu jimat RM20 billlion setelah mansuhkan GST. Bila hasil tiada, maka PH akan mula membuang orang.

Dalam mukasurat 17, PH mahu tutup satu bangunan kementerian di Putrajaya. Kakitangan sokongan mahu dibuang. PH jangka akan dapat jimat RM5 billion setiap tahun dengan membuang dan menutup beberapa kementerian yang mereka anggap tidak relevan lagi.

7. Retorik Menghapuskan Tol

Jika benar-benar pemansuhan tol ini mahu dilakukan oleh PH, sudah lama tol di Sungai Nyior di Pulau Pinang dimansuhkan seperti yang dijanjikan oleh DAP selepas menang Pilihan Raya Umum (PRU12) pada tahun 2008 lagi.

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali juga gagal memansuhkan tol yang ada di negerinya kerana menyatakan beliau tidak mampu untuk melaksanakannya.

Dari mana pula PH hendak ambil dana RM36 billion untuk mansuh tol ini? Konsesi tol itu sebenarnya mahu diberi pada kroni Mahathir dari Maju Holding Sdn Bhd. Ini semua retorik sahaja. Mahu beri projek pada kroni, bukannya mahu mansuh tol pun.

8. Pinjaman PTPTN

Dasar berkaitan PTPTN yang diumumkan oleh PH ini bakal menyebabkan ramai pelajar baru mungkin tidak dapat masuk universiti.

PH kata, jika gaji yang diperolehi oleh peminjam RM4,000 ke bawah, faedah pinjaman pengajian mereka tidak perlu dibayar. Ia hanya perlu dibayar selepas gaji mereka mencecah RM4,000.

Jika sebegitu, jumlah bayaran balik pinjaman yang diterima PTPTN akan berkurangan dan pinjaman sukar diberi kepada penerima selepas itu kerana dana yang diterima hasil bayaran balik tidak mencukupi. Silap silap PTPTN pun tutup nanti.

Dulu kata hendak mansuh PTPTN, bukan main lagi Rafizi jaja cerita dulu mahu langsaikan hutang PTPTN. Sekarang nampaknya janji itu sudah dimungkiri mereka sendiri. Janji janji baru ini juga belum pasti mereka tepati lagi.

9. Dasar Pelaburan

Langkah mahu menangguhkan beberapa projek besar di negara ini adalah langkah yang bakal membuatkan puluhan ribu orang bakal kehilangan pekerjaan.

ECRL menawarkan kira-kira 45,000 peluang pekerjaan manakala projek HSR KL-Singapura menawarkan 35,000 peluang pekerjaan.Jika ia ditangguhkan, ramai orang muda akan hilang peluang kerja.

Lucu bila PH berbangga dengan IKEA sebagai tanda atas kejayaan pelaburan di Pulau Pinang. Di dua negeri yang PH tadbir iaitu di Selangor dan Pulau Pinang pun merudum teruk pelaburan asing dan peluang kerja. Tidak usahlah jadikan IKEA untuk tutup kelemahan di dua negeri itu.

10. Retorik Rasuah

Dalam mukasurat 40, PH bercakap mahu basmi rasuah. Perenggan pertama pun sudah nampak pembohongnya. Sejak bila Guan Eng dan Azmin beriltizam perangi rasuah?

Guan Eng masih lagi ada dua kes rasuah di mahkamah. Pelbagai isu rasuah melanda kerajaan negeri Pulau Pinang. Banjir, kilang haram dan tanah runtuh.

Azmin pula masih enggan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diperkenalkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

PH tidak layak bercakap mengenai rasuah selagi Guan Eng masih jadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Berkokok berderai derai, tidak sedar ekor sendiri penuh bergelumang taik

Inilah 10 perkara pelik mengenai #BajetAutanatif. Ini belum lagi dibincang bab gaji minimum, rumah mampu milik dan bab royalti minyak.

Paling pelik semalam, orang yang mengaku "top dog" tiada pun masa pembentangan bajet. Dia setuju kah bagi BR1M ini? Nanti kalau dia tiba tiba "U TURN" kata tidak setuju dan kata membazir, apa akan jadi?

Janji PRU12 dan PRU13, banyak lagi yang belum dilaksanakan di Pulau Pinang dan Selangor. PH sudah pernah jadi kerajaan di dua negeri ini. Ramai tahu apa sikap sebenar mereka bila sudah ada kuasa. Rakyat sukar hendak ditipu lagi.

Tulisan :
Beruang Biru
BB632, Khamis
26 Oktober 2017

Wednesday, October 25, 2017

NAJIBNOMICS VS MAHATHIRMORON

Najib Jana Ekonomi Untuk Rakyat, Mahathir Jana Ekonomi Untuk Kroni

Tiga hari lagi menjelang #Bajet2018, ramai pula rakyat Malaysia yang minta tambahan dana itu dan ini untuk dimasukkan dalam Bajet 2018. Bermakna rakyat tahu bahawa ekonomi negara masih baik dan tidak bankrup seperti yang didakwa oleh pembangkang. Kalau negara hendak bankrup, buat apa hendak minta macam macam perkara?

Datuk Seri Najib sendiri merakyatkan Bajet 2018 dengan meminta pandangan daripada 13,837 rakyat. Paling utama adalah kadar kemiskinan tegar di kalangan rakyat jatuh daripada 3.8 peratus pada 2009 kepada hanya 0.4 peratus pada tahun lepas.

Di Sabah sahaja, kadar kemiskinan berkurangan daripada 19.7 peratus pada 2009 kepada hanya 2.9 peratus tahun lepas. Bukan itu sahaja, golongan berpendapatan rendah juga mendapat limpahan nikmat kek ekonomi negara. Pendapatan isi rumah B40 telah meningkat kepada RM3,000 pada 2016 daripada RM2,629 pada 2014.

Ekonomi negara ini dijana untuk rakyat, nikmatnya dikongsi bersama. Menerusi 1MDB, banyak perjanjian yang berat sebelah semasa era Mahathir telah distruktur semula. Sebanyak RM200 billion berjaya dijimatkan untuk tempoh 20 tahun akan datang.

“Apabila 1MDB memasuki industri itu, ia adalah pembida terendah dalam semua perjanjiannya, dengan itu menjimatkan Malaysia sebanyak RM200 billion dalam 20 tahun akan datang” kata Datuk Seri Najib. Penjimatan sebanyak RM200 billion ini besar nilainya.

Selama 22 tahun, Mahathir telah menjana banyak projek projek khas untuk kroninya semata mata. Misalnya projek KLCC, Petronas beli tanah dari Ananda dengan kos RM900 juta, sedangkan Ananda beli tanah itu pada hanya RM300 juta sahaja. Semua “workstation” dalam KLCC pula dibekalkan oleh syarikat milik anak Mahathir.

Maka tidak hairanlah pada tahun 2003 dan hingga ke hari ini, nama anak anak siapa yang masuk dalam Forbes sebagai orang terkaya di Malaysia. Semalam, Mahathir ada menulis tentang “Darul Penyagak”, sebenarnya dia kata pada diri dia sendiri.

“Penyagak itulah” yang  menjana ekonomi untuk anak dan kroninya sahaja pada zaman itu. Mahathir juga gunakan dana KWSP untuk labur dalam IPP milik kroninya. Hingga mengakibatkan dividen KWSP merudum kepada 4.25% pada 2002 dan 4.5% pada 2003.

“Berdasar kepada perjanjian yang berat sebelah tersebut menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung subsidi sehingga RM21 bilion untuk IPP milik bukan Melayu yang rapat dengan Dr Mahathir” kata Rafizi Ramli dalam satu ceramah isu semasa di Kampung Kubur Kuda, Kota Bharu, pada 29 Mei 2011.

Subsidi sebanyak RM21 billion hanya kepada syarikat kroni Mahathir sahaja. Bila 1MDB struktur semula semua stesen janakuasa ini, maka tiada lagilah subsidi percuma untuk kroni setiap tahun. Barangkali, ini yang membuatkan Mahathir dan kroninya marah sangat kepada Najib.

Bila IPP bukan lagi milik kroni, maka dapat jimat banyak, sampai RM200 billion, boleh beri macam macam kepada rakyat menerusi penjimatan RM200 billion ini. Meneruskan pemberian BR1M, buat jalanraya di kawasan pedalaman, beri dana untuk usahawan, beri bantuan kepada pelajar universiti, beri bantuan kepada OKU dan orang yang kurang berkemampuan dan pelbagai lagi nikmat rakyat akan dapat dengan jimatnya RM200 billion ini.

Antara fokus tumpuan Bajet 2018 kali ini ialah tentang “kapitalisme kroni”. Ini antara masalah yang akan diselesaikan dan diberi perhatian dalam Bajet 2018. Buku Barry Wain bertajuk ‘Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times’ yang dilancarkan pada 29 November 2009 telah menyatakan Mahathir telah lesapkan hampir RM100 billion.

Sampai ke hari ini, Mahathir masih buat “tidak tahu” sahaja mengenai dakwaan lesapkan RM100 billion itu. Sama juga ketika RCI Forex sudah mengesahkan bahawa Bank Negara telah lesap RM32 billion, Mahathir buat “tidak tahu’ juga. Apa yang Mahathir “tahu’ adalah tentang hal koni dan anaknya sahaja.

Ini kerana selama 22 tahun, Mahathir hanya jana ekonomi untuk kroni dan anak anaknya sahaja. Berbeza sama sekali sepanjang 8 tahun pentadbiran Datuk Seri Najib yang lebih banyak fokus kepada penjanaan ekonomi untuk rakyat.

Ada kakitangan awam hendak minta bonus sampai sebulan gaji semasa Bajet 2018 ini. Ini sahaja berita yang mereka hendak dengar katanya. Penjawat awam kena tahu kalau DAP dan Pakatan Harapan perintah, akan ramai penjawat awam kena buang dari Putrajaya.

“Mereka kena sedar, pada zaman Mahathir kenaikan gaji kakitangan awam tidak dilayan seperti kini dan kenaikan gaji hanya RM5 hingga RM15 sahaja”, kata Azih Muda, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) pada 20 Oktober 2017.

Mahathir beri kroni dan anak sendiri berjuta juta, dengan penjawat awam hanya beri RM5 ke RM15 sahaja. Jauh berbeza di zaman Najib, kebajikan 1.6 juta penjawat awam dan seluruh rakyat Malaysia sentiasa diutamakan. Rakyat berkongsi sama nikmat kekayaan negara. Ini lebih baik berbanding kroni dan anak anak sendiri yang berkongsi nikmat kekayaan yang ada.

Tulisan :
Beruang Biru
BB629, Rabu
25 Oktober 2017

Tuesday, October 24, 2017

BAJET 2018 :TERBAIK DARI DS NAJIB RAZAK

VISI EKONOMI SAYA UNTUK MALAYSIA

Oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak

https://www.najibrazak.com/bm/blog/ke-arah-malaysia-yang-lebih-kuat-dan-berdaya-saing/

24hb Oktober 2017

1.      Semakin kita menghampiri Bajet 2018, saya ingin berkongsi cabaran yang telah Malaysia hadapi beberapa tahun kebelakangan ini, dan bagaimana usaha telah dilakukan untuk memacu negara ke arah masa depan yang makmur, mampan dan inklusif untuk semua.

2.      Saya ingin ambil kesempatan ini untuk menerangkan pandangan saya sebelum pembentangan Bajet pada Jumaat ini serta perancangan yang bakal diumumkan, untuk manfaat rakyat Malaysia.

3.      Penglibatan saya ke dunia politik adalah secara mengejut dan tidak dirancang selepas pemergian ayahanda  saya, Tun Abdul Razak Hussein, ketika saya berusia 23 tahun.

4.      Allahyarham merupakan idola saya,  melihat pencapaian dan dedikasi berterusan beliau untuk melihat kemajuan negara serta rakyat Malaysia. Lantas, matlamat saya dalam hidup adalah melakukan yang terbaik untuk mengikuti jejak langkahnya dan berkhidmat demi negara.

5.      Seperti Allahyarham Ayahanda, saya juga bercita-cita meletakkan Malaysia di pentas global; dan menjadi antara 20 negara teratas di dunia menjelang 2050. Tiada pencapaian yang lebih hebat daripada meletakkan Malaysia di landasan terbaik untuk masa depannya. Itulah visi saya untuk inisiatif Transformasi Nasional 2050 (TN50).

6.      Dan kini kita telah berjaya mencapai pelbagai kemajuan. Itulah sebabnya Bank Dunia memberi sokongan terhadap apa yang dilakukan oleh Kerajaan, dan menyatakan dalam laporan negara terkini mereka bahawa: "Ekonomi Malaysia sedang berkembang dari kedudukan yang kukuh."

7.      Walau bagaimanapun, ketika saya menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009, cabaran ekonomi yang kita hadapi adalah amat besar. Semasa saya mengambil alih jawatan tertinggi negara pada April tahun itu, kita sedang berada di tengah kemelesetan global yang paling teruk sejak tahun 1930-an. Dasar ekonomi terbuka dan kebergantungan kita kepada perdagangan antarabangsa menyebabkan Malaysia terjejas teruk. Eksport kita menurun 20% sementara ekonomi kita menguncup dengan ketara sebanyak 6.2% pada suku pertama tahun 2009.

8.      Kita dibelenggu oleh isu-isu struktur dan legasi serius, dan ini antara lain mengakibatkan gaji rendah yang gagal menyaingi inflasi, harga kereta yang mahal, kadar kemiskinan yang tinggi, ketidaksamaan pendapatan, kenaikan kadar tol lebuh raya yang kerap, penurunan standard pendidikan, pengangkutan awam yang teruk, perjanjian Loji Kuasa Bebas (IPP) yang berat sebelah, serta kapitalisme kroni yang berleluasa. Kesemua ini memberi kesan buruk terhadap kebajikan rakyat.

9.      Kita juga terlalu bergantung kepada minyak, gas dan komoditi, manakala pembangunan negara tidak sama rata, dengan Sabah, Sarawak dan Negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia ketinggalan. Situasi ini memerlukan tindakan tegas dan hala tuju yang jelas.

10.  Oleh itu, tindakan pertama yang kita lakukan adalah untuk segera melaksanakan dua pakej rangsangan ekonomi besar bernilai RM67 bilion bagi menyalurkan wang ke dalam ekonomi kita, demi memulihkannya dan menyelamatkannya dari penguncupan yang lebih mendalam.

11.  Melalui tindakan ini, kita berjaya menyelamatkan rakyat Malaysia daripada kesengsaraan melalui kemelesetan teruk, sepertimana yang berlaku pada 1997. Waktu itu, Bursa Saham Kuala Lumpur jatuh lebih daripada 50 peratus, beribu-ribu kehilangan pekerjaan, perniagaan bankrap, dan ramai menderita.

12.  Kemelesetan Global 2008-2009 telah memberi kesan cukup mendalam kepada banyak negara, termasuk negara maju yang masih belum pulih hingga hari ini. Namun, atas tindakan pantas yang kita ambil, rakyat Malaysia secara amnya terlindung daripada mengalami kesannya. Ia sama sekali tidak seperti tahun 1997.

13.  Walaupun pakej rangsangan yang diperkenalkan ketika itu menyebabkan kenaikan sebanyak 10% dalam nisbah Hutang-KDNK kita ke paras melebihi 50%, namun langkah-langkah ini berjaya, dan Malaysia telah pulih dengan cepat. Menjelang akhir tahun itu, ekonomi kita telah kembali berkembang. Ini adalah satu pemulihan yang cukup mengagumkan.

14.  Nisbah itu seterusnya stabil di bawah 55%, yang jauh di bawah tahap negara-negara yang maju – misalnya tahun lepas nisbah di UK hampir 90%. Walau bagaimanapun, pihak pembangkang cuba menggunakan peningkatan hutang ini untuk mengelirukan rakyat Malaysia dan mendakwa kita akan bankrap. Ini langsung tidak masuk akal. Pada tahun 1986, nisbah Hutang-KDNK Malaysia mencapai 103%, dan kita tidak pula muflis pada waktu itu! Ini menunjukkan bahawa apabila pembangkang bercakap tentang ekonomi, mereka hanya menyebar propaganda dan pembohongan yang terang-terangan untuk kepentingan politik mereka yang mementingkan diri sendiri. Ini namanya - sabotaj ekonomi.

15.  Kedua, kita sedar bahawa kita perlu melakukan pembaharuan yang luas. Kita juga sedar bahawa untuk keluar daripada perangkap pendapatan sederhana dan mencapai matlamat menjadi negara berpendapatan tinggi, kita perlu mempunyai perancangan ekonomi yang menyeluruh dan berhemah- sebuah pelan tindakan, dengan petunjuk prestasi utama dan hasil yang boleh diukur supaya dapat menguji kemajuan dan memastikan kita terus berada di landasan yang tepat.

16.  Pelan itu adalah Program Transformasi Negara, dengan komponen utamanya, Program Transformasi Ekonomi, atau ETP. Sesetengah orang menggelarnya "Najibnomics" – bukan saya yang berikan nama tersebut! Tetapi saya boleh terima penggunaan istilah ini oleh orang ramai, kerana selepas tujuh tahun, kita dapat melihat bahawa rancangan ini - yang meletakkan kepentingan rakyat Malaysia sebagai asas dan matlamat utamanya – telah berjaya dilaksanakan, dan akan terus dilaksana.

17.  Pendapatan Negara Kasar telah meningkat hampir 50%. Kita juga telah mengurangkan jurang sasaran pendapatan tinggi, dari 33% kepada 19%.

18.  2.26 juta pekerjaan telah diwujudkan, di mana lebih satu juta daripadanya adalah pekerjaan berpendapatan tinggi.

19.  Mac lalu, eksport kita mencecah RM82.63 bilion - angka bulanan tertinggi bagi eksport Malaysia yang pernah direkodkan.

20.  Inflasi dan pengangguran kekal rendah. Oleh kerana dasar luar negara, kita telah berjaya menarik Pelaburan Langsung Asing pada tahap yang belum pernah terjadi sebelum ini, yang menunjukkan keyakinan dunia terhadap Malaysia.

21.  Pada tahun 2017 sahaja kita telah melihat 14 MOU perniagaan antara Malaysia dan China bernilai RM144 bilion, 31 MOU perniagaan antara Malaysia dan India bernilai RM158.4 bilion, serta pelaburan USD7 bilion di Malaysia oleh Saudi Aramco. Ini membawa bersamanya beribu-ribu pekerjaan baru, pemindahan kemahiran, dan peningkatan taraf hidup untuk keluarga yang tidak terhitung jumlahnya.

22.  Dan pada masa sama, meskipun terdapat kegawatan besar dalam ekonomi global, kejutan kejatuhan harga minyak, dan kemelesetan yang melanda kebanyakan negara Eropah yang hampir memusnahkan beberapa negara, kita telah mencatatkan pertumbuhan yang sihat, tahun demi tahun. Bank Dunia baru-baru ini menyemak semula ramalan mereka untuk pertumbuhan Malaysia kepada 5.2% untuk tahun 2017 - kali kedua mereka melakukannya tahun ini!

23.  Ini sebahagian daripada kejayaan utama Kerajaan dan berjuta-juta rakyat Malaysia yang bekerja keras di bawah rancangan yang kita rencanakan pada tahun 2010.

24.  Tetapi terdapat banyak lagi langkah-langkah yang lebih spesifik yang diambil oleh Kerajaan untuk memperbaiki standard dan membantu rakyat.

25.  Kita telah memperkenalkan pelan pendidikan untuk sekolah dan universiti; dan sekarang kita dapat melihat kedudukan universiti-universiti kita di peringkat antarabangsa mula meningkat dengan mantap.

26.  Malaysia adalah negara pengguna jalan raya, dan sebab itulah kita menggalakkan Khazanah Nasional dan KWSP membeli PLUS Expressway secara langsung pada tahun 2010 daripada pemegang swasta. Ini bermakna setiap ringgit yang dikutip kini kembali sama ada kepada Kerajaan atau kepada pemegang akaun KWSP.

27.  Lebuhraya milik PLUS seperti Jambatan Pulau Pinang, Second Link dan Lebuhraya Utara-Selatan juga tidak mengenakan  kenaikan tol sejak pembelian pada tahun 2010.

28.  Pada masa sama, jalan raya juga telah dinaik taraf - contohnya, sebahagian besar Lebuhraya Utara-Selatan telah dinaik taraf menjadi tiga atau empat lorong berbanding dua lorong pada masa lalu.

29.  Walaupun begitu, aspek lain pengangkutan awam telah diabaikan oleh salah seorang pemimpin dahulu. Beliau membazirkan berbilion-bilion ringgit dalam projek "vanity" dan bukannya membina infrastruktur kelas dunia yang diperlukan oleh Malaysia untuk menarik pelabur mahupun untuk kesejahteraan rakyat.

30.  Di bawah Kerajaan saya, fasa pertama projek Mass Rapid Transit telah siap pada akhir tahun lepas, dan fasa kedua Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang telah dilancarkan pada bulan Julai. Kini, kita mempunyai rangkaian perkhidmatan  sepanjang 51 kilometer dengan 31 stesen.

31.  Projek-projek ini mencipta 130,000 pekerjaan baru, di mana 70,000 adalah pekerjaan langsung. Lebih mengagumkan lagi, projek-projek ini siap lebih awal daripada jadual dengan penjimatan sebanyak RM2 bilion. Kini MRT 2 dan 3 turut berada dalam perancangan, manakala dalam masa beberapa tahun lagi kita juga akan mempunyai laluan kereta api berkelajuan tinggi pertama yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Singapura. Ini akan mengurangkan masa perjalanan antara dua bandar raya ini kepada 90 minit berbanding lebih daripada empat jam dengan kereta.

32.  Tetapi tumpuan bukan sekadar untuk Lembah Klang atau pantai barat sahaja. Lebih daripada itu, tumpuan kita adalah untuk kawasan-kawasan lain di Malaysia yang telah diabaikan terlalu lama. Kita inginkan pembangunan yang lebih adil, lebih inklusif, dan meningkatkan semua sektor penduduk dan kawasan di negara kita.

33.  Mengambil contoh Kelantan, yang telah dianak tirikan dan disekat dana pembangunan serta tidak dinaikkan taraf  infrastruktur air mereka selama beberapa dekad oleh seorang bekas pemimpin kerana ia diperintah oleh parti pembangkang.

34.  Bagi saya, ini tidak adil, kerana air bersih adalah penting untuk kehidupan dan adalah hak semua rakyat Malaysia. Oleh itu, kita telah membantu Kelantan dengan perjanjian penstrukturan semula air tahun lepas yang akan menelan belanja lebih daripada RM1 bilion.

35.  Rakyat di Kelantan juga menderita akibat hubungan pengangkutan yang teruk – ramai terpaksa menanggung perjalanan kereta perlahan, sesak dan berbahaya semasa perjalanan antara negeri.

36.  Bagi menangani hal ini, Kerajaan membina Lebuhraya Central Spine Road bebas tol bagi menghubungkan Kelantan dengan seluruh Semenanjung, manakala fasa 3 Lebuhraya Pantai Timur akan dilanjutkan ke Kelantan.

37.  Projek Laluan Keretapi Pantai Timur atau ECRL pula akan menjadi satu lagi “game-changer” untuk negeri-negeri pantai timur.

38.  Bagi Sabah dan Sarawak, Kerajaan Persekutuan sebelum ini tidak pernah menyediakan begitu banyak peruntukan tahunan dan projek pembangunan bagi mereka. Sebagai contoh, Lebuhraya Pan Borneo akan menjadi pemacu utama bagi pembangunan dan perhubungan di Malaysia Timur.

39.  Saya berusaha untuk bersikap adil kepada semua negeri – termasuk yang dipegang oleh pembangkang. Misalnya, Kerajaan telah membuat perjanjian penyusunan semula air dengan Pulau Pinang dan Selangor untuk membantu mereka mengurangkan hutang negeri dan menyediakan pembaharuan infrastruktur bekalan air yang diperlukan.

40.  Dalam kes Pulau Pinang, pakej penstrukturan semula air pada tahun 2010 melibatkan bantuan kepada kerajaan negeri bagi mengurangkan hutang mereka sebanyak RM655 juta, sambil memberi mereka geran tambahan RM1.2 bilion untuk membesarkan lagi empangan. Ini membolehkan Kerajaan Negeri DAP bermegah bahawa kononnya mereka telah mengurangkan hutang negeri mereka sebanyak 95%, padahal ini sebenarnya disebabkan oleh usaha Kerajaan Persekutuan.

41.  Usaha kita memastikan semua rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada ekonomi yang semakin meningkat telah memperlihatkan pengurangan yang menakjubkan dalam kadar kemiskinan. Kemiskinan tegar di Malaysia jatuh dari 3.8% pada tahun 2009 kepada hanya 0.4% pada 2016. Di Sabah sahaja, kita berjaya mengurangkan kadar daripada 19.7% pada tahun 2009 kepada hanya 2.9% pada tahun lepas.

42.  Pendapatan per kapita rakyat juga meningkat daripada RM27,819 pada tahun 2010 kepada RM40,713 pada tahun 2017. Pendapatan median bulanan pula meningkat daripada RM4,585 pada tahun 2014 kepada RM5,288 pada 2016.  Dan kita juga telah melihat peningkatan dalam pendapatan isi rumah B40 - yang telah meningkat kepada RM3,000 pada 2016 daripada RM2,629 pada tahun 2014.

43.  Sebagai hasilnya, nisbah GINI kita - yang mengukur kesaksamaan pendapatan - turun daripada 0.441 pada tahun 2009 kepada 0.399 tahun lepas, yang paling rendah dalam sejarah Malaysia. Kesaksamaan pendapatan Malaysia tidak pernah lebih baik daripada masa kini.

44.  Pada masa yang sama, kita sedar bahawa isu kos sara hidup memberi kesan paling tinggi kepada mereka yang berpendapatan rendah, dan inilah sebabnya kita mengagihkan RM5.36 bilion dalam Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M kepada 7.28 juta isi rumah pada tahun 2016 dan juga memperkenalkan gaji minimum.

45.  Seorang bekas pemimpin baru-baru ini menyifatkan BR1M sebagai penyalahgunaan dana kerajaan - tetapi dia seharusnya cuba nyatakan sebegitu kepada para penerima. Ia sebenarnya amat kejam untuk sesiapa sahaja dalam pembangkang untuk bercakap mengenai menghapuskan satu program yang direka khusus untuk membantu mengurangkan beban berjuta-juta rakyat Malaysia.

46.  Semua yang kita lakukan adalah untuk kebaikan rakyat. Dan ini termasuk melaksanakan banyak keputusan yang sukar tetapi perlu dilakukan walaupun tidak selalunya popular.

47.  Kita perlu merasionalisasi subsidi yang tidak tersasar. Subsidi pukal pada pelbagai barangan seperti petrol, yang telah dimulakan pada zaman seorang bekas pemimpin terdahulu, telah melonjak menjadi kadar yang tidak mampan. Pada 2012 misalnya, subsidi bahan api sahaja mencapai RM25 bilion dan menelan 13.6% daripada jumlah belanjawan negara.

48.  Kebanyakan yang mendapat faedah adalah golongan yang berada, dan bukan mereka yang betul-betul memerlukannya. Oleh itu, apa yang telah kita laksanakan adalah menyalurkan dana kepada golongan B40 dengan cara yang disasarkan, yang kita percaya adalah cara yang lebih bijak dan beretika untuk mengagihkan wang rakyat.

49.  Kita perlu mengurangkan kebergantungan kita terhadap pendapatan daripada minyak dan gas yang menyumbang sebanyak 41% daripada pendapatan Kerajaan pada tahun 2009. Ini menyebabkan kita terdedah dan terlalu bergantung kepada sumber yang tidak boleh diperbaharui, yang masa depan jangka panjangnya juga diragui tatkala banyak negara dan industri telah beralih kepada penyelesaian tenaga hijau.

50.  Kita berjaya dalam hal ini, dan minyak dan gas kini hanya membekalkan 14.6% daripada hasil Kerajaan pada 2017. Ternyata kita bernasib baik dengan keputusan awal yang dilaksanakan dengan berlakunya kemelesetan harga minyak dunia pada tahun 2014.

51.  Kali terakhir harga global bagi eksport komoditi utama Malaysia jatuh adalah pada tahun 1985. Pada masa itu kita tidak bersedia dan ekonomi kita mengalami kemelesetan teruk.

52.  Walau bagaimanapun, kali ini kita lebih bersedia berikutan ketegasan Kerajaan untuk memastikan daya tahan asas ekonomi kita. Meskipun kita turut terjejas akibat kejatuhan harga minyak dunia pada 2014, namun tidak seperti negara-negara pengeksport minyak lain, Malaysia bukan sahaja berjaya mengelakkan kemelesetan tetapi ekonomi kita terus berkembang.

53.  Salah satu langkah yang menjadi penyumbang utama kepada perkara ini adalah pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan, atau GST – yang menjadi salah satu sumber serangan utama pembangkang terhadap kerajaan.

54.  Ramai mendakwa bahawa GST adalah cukai baharu, dilaksanakan semata-mata untuk meraih lebih banyak pendapatan untuk Kerajaan. Sebenarnya, ia adalah pengganti kepada cukai jualan dan perkhidmatan yang tidak cekap, rumit dan tidak berfungsi dengan baik, sama ada untuk pengguna ataupun perniagaan.

55.  Seandainya niat kerajaan adalah untuk meningkatan pendapatan,  adalah lebih mudah jika kita meningkatkan cukai korporat, cukai pendapatan dan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada.

56.  Sebaliknya, sejak saya menjadi Menteri Kewangan pada 2008, kita telah mengurangkan cukai korporat daripada 27% hingga 24%. Kadar cukai pendapatan peribadi juga telah jatuh, daripada 28% pada tahun 2008 kepada 24% sekarang untuk kebanyakan rakyat Malaysia.

57.  Kita juga menaikkan nilai ambang cukai pendapatan supaya mereka yang pendapatannya adalah RM4,000 atau kurang, tidak lagi perlu membayar sebarang cukai pendapatan. Ini bukan seperti dulu di mana mereka yang mempunyai gaji RM2,000 tetap dikenakan cukai.

58.  Oleh itu, GST tidak sepatutnya dianggap sebagai cukai tambahan baru tetapi sebahagian daripada pembaharuan cukai menyeluruh yang direka untuk menjadikan Malaysia lebih berdaya saing, dapat mengawasi ekonomi hitam dan haram, serta mengurangkan pengelakan cukai dan meluaskan asas percukaian negara.

59.  Banyak negara lain seperti India dan Mesir turut ikut serta jejak Malaysia semenjak kita melaksanakan GST pada tahun 2015. Sementara itu, semua Negara Kerjasama Teluk - Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi, dan Emiriah Arab Bersatu - akan melaksanakan GST mereka pada 1 Januari tahun depan.

60.  Malah, perancangan ekonomi kita telah membolehkan kadar GST Malaysia hanya 6% - jauh lebih rendah daripada negara-negara lain yang tidak berkongsi asas ekonomi yang kukuh seperti kita.

61.  Kebanyakan negara - lebih daripada 160 di seluruh dunia - telah melaksanakan GST kerana mereka tahu ia diperlukan untuk menjadikan negara mereka lebih kuat dan lebih berdaya saing. Anehnya, pihak pembangkang mendakwa tidak memahami perkara ini. Mereka mahu memansuhkan GST - tetapi tanpa cadangan bagaimana mereka akan menggantikan RM41 bilion yang dijana oleh GST pada tahun lalu.

62.  Saya juga ingin menegaskan bahawa dakwaan yang menyatakan GST diperlukan bagi membayar untuk 1MDB adalah satu pembohongan besar – pembohongan yang disedari sendiri oleh ahli politik yang membuat dakwaan tersebut.

63.  1MDB sebenarnya memainkan peranan penting dalam menyelesaikan perjanjian kuasa berat sebelah yang telah ditandatangani oleh seorang bekas pemimpin. Apabila 1MDB memasuki industri itu, ia adalah pembida terendah dalam semua perjanjiannya, dengan itu menjimatkan Malaysia sebanyak RM200 bilion dalam 20 tahun akan datang.  Malah, satu laporan firma penyelidikan mengenai perjanjian kuasa yang disemak semula ini diberi tajuk “Tiada lagi perjanjian pilih kasih”.

64.  1MDB juga telah membiayai pembinaan dan penambahbaikan lapan pangkalan tentera yang tidak dapat dilakukan oleh kerajaan pada masa dahulu. Ia juga telah membiayai beribu-ribu biasiswa dan perjalanan Haji untuk para jemaah.

65.  Memang benar bahawa 1MDB mempunyai masalahnya, dan kita telah mengambil tindakan merombak pengurusan untuk membetulkan kesilapan dan mengembalikannya kepada keadaan kewangan yang sihat.

66.  Tetapi apabila perjanjian projek Bandar Malaysia ditandatangani, 1MDB dijangka akan membuat keuntungan yang lebih daripada cukup untuk menanggung kerugiannya. Dan pembohongan bahawa rakyat perlu menanggung akibat daripada keputusan 1MDB akan terkubur. Ini kerana selepas program rasionalisasi selesai, 1MDB berkemungkinan besar akan menjana keuntungan untuk rakyat, dan ini tidak termasuk segala usaha tanggungjawab sosial korporat yang telah dilaksanakannya selama bertahun-tahun.

67.  Akhir sekali, saya juga ingin menyentuh mengenai isu mata wang kita, Ringgit Malaysia. Apabila Amerika Syarikat mengalami kesan akibat Kemelesetan Besar pada 2008-2009, mereka mula menurunkan kadar faedah - yang menyebabkan banyak dana global mengalihkan dana mereka ke negara-negara seperti Malaysia untuk mencari pulangan yang lebih tinggi.

68.  Ringgit kita menerima manfaat daripada ini dan telah meningkat 30% daripada RM3.73 untuk USD1 apabila saya pertama kali menjadi Perdana Menteri, kepada paras bawah RM3.00 pada 2011-2013. Walau bagaimanapun apabila AS mula pulih daripada kemelesetan, mereka mula menaikkan kadar faedah sekali lagi.

69.  Ini, ditambah pula dengan kejatuhan harga komoditi yang drastik, menyebabkan Ringgit kita menurun ke nilai semasa – satu lagi topik yang digunakan pembangkang untuk mengkritik kerajaan.

70.  Adalah aneh bahawa pembangkang kini mendakwa bahawa Ringgit yang lemah ini merupakan tanda bahawa Malaysia akan bankrap – walhal ketika PRU13, pembangkang juga mendakwa bahawa Malaysia akan muflis meskipun Ringgit telah meningkat 30% berbanding dolar AS!

71.  Menambat Ringgit dan melaksanakan semula kawalan modal adalah perkara paling mudah untuk saya lakukan. Namun, setelah mengalami kekurangan pelaburan selepas mengenakan kawalan modal dan menambat Ringgit dari tahun 1998 hingga 2005, keputusan dibuat untuk tidak melakukannya lagi.

72.  Benar, nilai Ringgit menurun di tengah-tengah pergolakan global dan ketidakpastian sejak 2014, tetapi terdapat juga aspek positif daripadanya apabila eksport dan pelancongan kita meningkat tinggi.

73.  Meskipun ada yang memberikan tanggapan bahawa ia lemah, prestasi Ringgit Malaysia sebenarnya lebih baik daripada mata wang banyak negara pengeksport komoditi besar yang lain. Sejajar dengan prestasi ekonomi kita yang terus baik - seperti ramalan semua pakar ekonomi - Ringgit akan turut mengukuh pada kadar pasaran yang sesuai.

74.  Anda tidak akan mendengar tentang semua ini daripada pembangkang atau seorang bekas pemimpin negara yang taksub dengan kuasa dan mahu terus memerintah meskipun dalam persaraan, dan menyalahkan saya atas kekalahan anaknya dalam perlumbaan untuk menjadi Naib Presiden UMNO pada tahun 2013.

75.  Saya enggan mematuhi cara beliau kerana saya yakin bahawa Malaysia memerlukan visi baru, jauh dari cara lama yang telah membawa kepada masalah legasi yang serius yang kita hadapi sebelum ini serta membawa kesan buruk terhadap kebajikan rakyat.

76.  Sebagai sebuah negara, kita perlu beralih ke fasa seterusnya untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi di mana taraf hidup dan kualiti kehidupan rakyat Malaysia menjadi keutamaan. Ini adalah wawasan saya untuk Malaysia –perjuangan yang lebih besar daripada diri saya sendiri. Malaysia seringkali membuktikan ia mampu mencapai prestasi yang lebih baik daripada jangkaan dan saya yakin dan percaya akan potensi besar kita sebagai sebuah negara.

77.  Potensi ini telah diiktiraf oleh banyak institusi antarabangsa seperti OECD, IMF dan Bank Dunia. Mereka telah berulang kali memuji pengurusan makroekonomi Kerajaan dan pembaharuan struktur, manakala tinjauan yang oleh Wharton School di Universiti Pennsylvania pada awal tahun ini mengisytiharkan Malaysia sebagai 'Negara Terbaik untuk Melabur'.

78.  Semua agensi penarafan kredit utama telah mengesahkan status Malaysia dalam band "A", dan keputusan OECD adalah: "Malaysia adalah salah satu ekonomi Asia Tenggara yang paling berjaya ... hasil daripada asas makroekonomi yang mantap dan kejayaannya dalam mentransformasikan ekonominya menjadi pelbagai dan inklusif. "

79.  Kesemua ini adalah hasil daripada perancangan ekonomi yang dilaksanakan Kerajaan selepas saya mengambil alih jawatan pada tahun 2009. Keputusan sukar yang kita ambil tidak selalunya popular - tetapi adalah perlu, dan keputusan-keputusan ini telah melindungi Malaysia daripada kesan teruk kemelesetan dan pergolakan yang menimpa ekonomi global. Kita telah bertindak sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab, sentiasa berusaha melindungi rakyat dan menjaga kebajikan serta keselamatan mereka.

80.  Dalam beberapa hari lagi, saya akan membentangkan Bajet 2018, di mana inisiatif baru dan beberapa pengumuman penting akan disampaikan untuk manfaat semua rakyat Malaysia.

81.  Bajet ini akan terus dipacu oleh matlamat saya untuk memperbetulkan masalah lalu dan menjadikan Malaysia lebih kuat, lebih berdaya saing di dalam dan di luar negara; untuk mewujudkan negara Malaysia yang dapat memberi perlindungan kepada mereka yang lemah dan bersifat adil kepada semua: Malaysia di mana tiada sesiapa akan ketinggalan.

DATO’ SRI NAJIB TUN RAZAK,
PERDANA MENTERI MALAYSIA

https://www.najibrazak.com/bm/blog/ke-arah-malaysia-yang-lebih-kuat-dan-berdaya-saing