Saturday, June 9, 2012

PEMBANGKANG AKAN BUAT DEMONSTRASI..PASTI!!!!

Di Malaysia lebih beruntung jadi penjenayah dari jadi pasukan keselamatan...


Anggota polis yang dirempuh Ahad lepas meninggal dunia


KLANG 8 Jun - Anggota polis trafik, Koperal Mustaghni Tabri yang cedera parah di kepala selepas dirempuh sebuah motosikal dinaiki dua lelaki di Jalan Bunga Raya, Taman Gembira, di sini, meninggal dunia hari ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, yang mengesahkan perkara itu dalam satu sidang akhbar berkata, Mustaghni, 48, meninggal dunia pukul 11.45 pagi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.
Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi Ahad lepas, Mustaghni yang sedang bertugas dalam operasi mencegah lumba haram, dirempuh serta dilibas dengan topi keledar oleh pembonceng motosikal terbabit menyebabkan beliau cedera di bahagian belakang kepala akibat hentakan kuat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment