Thursday, June 28, 2012

ALAMAK...PERUT MACAM KENAL LE....

Punya takut kakitangan KUIN terhadap kerajaan yang di dakwa mengamalkan pentadbiran Islam sampai tak berani tunjuk muka lepas buat laporan polis. Tapi malangnya akan ada tali barut kerajaan negeri yang kenal perut tu...hehehe...nasiblah...

Jadi untuk ubah nasib kalian...TUKARLAH kerajaan negeri dalam PRU 13 nanti...UNDI BARISAN NASIONAL...menjamin masa depan!!!!


15 staf Kuin buat lima laporan polis

EMPAT kakitangan Kuin menunjukkan laporan polis mendakwa pengurusan Kuin pecah amanah di Ibu Pejabat Polis Kota Setar, Alor Setar, semalam.
ALOR SETAR 27 Jun - Kira-kira 15 kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) hari ini membuat lima laporan polis terhadap pengurusan kolej itu yang didakwa tidak amanah menguruskan bayaran wang pekerja kepada institusi kewangan selaku pihak ketiga, meskipun gaji mereka dipotong setiap bulan.
Kesemua mereka yang terdiri daripada pelbagai jawatan dan pangkat, membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Kota Setar pada pukul 1 petang.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Adzaman Mohd. Jan ketika dihubungi hari ini mengesahkan menerima lima laporan berhubung perkara berkenaan.
Difahamkan, kesemua kakitangan yang berkhidmat antara empat dan 15 tahun itu membuat pemotongan gaji untuk tujuan pembiayaan antaranya pinjaman kepada bank, Lembaga Tabung Haji dan zakat.
...
Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

No comments:

Post a Comment