Monday, February 14, 2011

NIK AZIZ JAKUN !!!!!

Inilah tok guru yang diagung-agungkan oleh bangsa PAS kononnya murshid. Terkenal dengan mulutnya yang tidak ada insuran...Lepas menghina, senang-senang minta maaf dan seperti biasa buat-buat bodoh..tak tahu Jakun tu keturunan orang asli...Orang Asli Jakun mungkin Nik Aziz boleh tipu tapi Allah takkan Nik Aziz nak tipu juga...tapi selagi nama Nik Aziz macam-macam boleh jadi!!!!

 

Nik Aziz mohon maaf guna perkataan Jakun

14/02/2011 4:45pm

KOTA BHARU 14 Feb. - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat Orang Asli kerana menggunakan perkataan 'Jakun' bagi menggambarkan tindakan buruk yang dilakukan oleh pihak tertentu.
Beliau berkata, perkataan itu dikeluarkan kerana menganggap ia perkara biasa dan tidak mengetahui bahawa wujud Orang Asli suku Jakun di negara ini.
"Saya memang mengaku sekali sekala saya mengeluarkan perkataan Jakun kerana saya tidak tahu Jakun nama keturunan Orang Asli.
"Hari ini, saya minta maaf secara terbuka dan saya minta daripada wakil-wakil yang datang hari ini, balik kampung beritahu bahawa saya minta maaf, saya tidak tahu langsung apa benda Jakun.
"Insya-Allah selepas ini, saya akan jaga mulut daripada mengeluarkan perkataan melukakan hati manusia kerana Islam melarang kita buat perkara yang melukakan hati orang lain," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil Orang Asli di Kediaman Rasmi Menteri Besar JKR 10 di sini, hari ini. - Utusan

No comments:

Post a Comment