Saturday, December 25, 2010

Shah Rukh Khan Rai "Anugerah ALLAH"

Dr Mahathir jadi tetamu kehormat Shah Rukh Khan

2010/12/25
NEW DELHI: Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Mumbai menjelang Hari Krismas, beliau akan menjadi tetamu kehormat bintang pujaan Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan.

Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, kedua-duanya kini melakukan lawatan peribadi ke India, tiba di pusat kewangan India semalam, dan Shah Rukh Khan menjadi tuan rumah kepada negarawan ulung itu.
“Apabila beliau dapat tahu saya akan datang ke India, beliau kata saya mesti pergi ke Bombay (Mumbai).
“Beliau lebih kepada seorang sahabat daripada peminat. Saya kenal dengannya sudah agak lama. Filem terakhir beliau yang saya tontoni ialah My Name is Khan," kata Dr Mahathir.

Shah Rukh Khan dijangka menganjurkan jamuan petang istimewa untuk meraikan pasangan itu di kediamannya di Mumbai, hari ini.

Sepanjang lawatan dua hari beliau ke Mumbai, Dr Mahathir dijadual melawat ke Yash Raj Film Studio yang juga studio filem terulung India.

Dr Mahathir adalah tokoh kedua bertemu Shah Rukh Khan dalam tempoh kurang seminggu, selepas Presiden Russia, Dmitry Medvedev, mengadakan pertemuan dengan aktor terkenal itu di Mumbai, Rabu lalu.
Medvedev melakukan lawatan rasmi ke India minggu lalu.

Konsul Besar Malaysia di Mumbai Wan Zaidi Wan Abdullah juga akan meraikan kunjungan kenamaan itu pada satu majlis jamuan malam.

Dr Mahathir akan menamatkan lawatannya ke India dengan mengunjungi Kerala selepas Mumbai. Beliau turut menemui Perdana Menteri India, Manmohan Singh di Delhi. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment