Ini barulah dikatakan BERSIH!!!!!
"Perhimpunan ini akan berlangsung dalam keadaan aman dan harmoni
tanpa sebarang unsur provokasi. Malah, kita mengalu-alukan seramai
mungkin kehadiran rakyat Malaysia termasuk daripada mereka yang bukan
beragama Islam.
"Saya mahu tegaskan perhimpunan pada Sabtu ini juga bukan anti
mana-mana agama. Apa yang kami cuba usahakan adalah mencari platform
bagi umat Islam bersatu dalam usaha mempertahankan akidah tanpa mengira
ideologi politik,'' katanya pada sidang akhbar Himpun di sini, hari ini.
Menurut Yusri, perpaduan antara seluruh umat Islam pada Sabtu ini adalah kerana akidah.
"Sebagai seorang Islam, tiada yang lebih penting daripada mempertahankan akidah," tegasnya.