Friday, April 18, 2014

MENANGIS DITEPIAN KERANDA KARPAL SINGH...

Bayangkan ada Melayu menangis di tepi keranda penentang Islam no 1...syahdunya...mungkin perlu berdoa agar nyawa segera direntap agar dapat semati bersama Karpal Singh..dapatlah sekubur nanti...

Ana memang sedih awal pagi tadi. Bila dapat berita daripada seorang
sahabat DAP di Ipoh bahawa Karpal terlibat dalam kemalangan jalan
raya. Ana kenal keluarga Karpal. Ram dan adik beradiknya yang lain.
Memang keluarga yang hebat.

Pada ana, memang lah Karpal menentang Hudud. Itu hak dia sebagai bukan
Islam. Ini soal perjuangan dia. Ana tak kisah pun. Pada ana, Karpal
berhak untuk menyampaikan pandangan. Lagipun, ulama’ muktabar pun
masih belum sepakat mengenai undang-undang shariah dan pelaksanaannya
kepada non-Muslim.

Pada ana, kita kena bezakan antara politik dan persahabatan. Karpal
ini masih sahabat yang baik kepada Pas. Tahaluf siyasi kita pun
disokong kuat oleh Karpal dan keluarga.

Ana daripada dulu kata, politik mesti mendahului hudud. Buat ketika
ini. Dalam Islam ada istilah fiqh-al waqi’. Realiti semasa, kita mesti
dahulukan politik. Itu pandangan ana.

Sebab itu pada ana, Karpal ini sahabat yang lebih baik kepada Pas,
berbanding orang UMNO.

Pada ana, Karpal ini jauh 1000 % lebih baik berbanding orang korup
seperti KJ, Shahidan kasim, nazri aziz dan sebagainya ni. Lebih baik.

Pada ana, tolak hudud bukan bererti Karpal tolak Islam.

Terus terang ana kata, ana akan menangis di tepi keranda Karpal.
Manusia hebat yang walaupun tidak menyokong Hudud, tetapi menyokong
kita di dalam Pas. Itu lebih penting.

SUMBER

3 comments:

  1. Kepada satu PAS tu:

    Betul tu.. nanti bila anta mati, anta wasiatkan supaya sepupu sepapat tahalul siyasi anta mandikan, kafankan dan sembahyangkan... sure lebih afdal dari orang UMNO yang buat... betul betul betul...

    ReplyDelete
  2. Salam. Ternyata benar sekali bahawa musuh Islam telah berjaya 'menterbiahkan' hati orang Islam terutama PAS dan juga PKR agar 'jerat' yang dipasang dilihat baik dari kaca mata orang Islam, semuanya kerana 'kuasa dan perasaan tidak puas hati atau 'iri hati orang Melayu Islam sendiri.. Inilah penyakit Melayu selamanya, tidak tahu menilai apa itu tuntutan Islam dan keperluan dalam agama.

    ReplyDelete