Wednesday, January 23, 2013

MASIH TAK INSAF WALAUPUN HAMPIR KUFUR...!!!

Memang gila bekas MB Perak ni...berbagai cara dilakukan termasuklah memfitnah demi untuk kembali menjadi MB Boneka DAP...


GEMPARRR..!!! RAHSIA NIZAR DIDEDAHKAN..!!! TAK MALU KE WOIII..???



Mungkin “biru” muka bekas Menteri Besar “Boneka”, Datuk Seri Nizar Jamaluddin bila tembelangnya telah dipecahkan dengan begitu mudah dipatahkan berhubung dakwaan bayaran pampasan sebanyak RM207 bilion daripada Kerajaan Jepun kepada Kerajaan Malaysia.
Nizar sebelum ini dengan riak muka yang begitu “confident” mencanang di seluruh negara bahawa Kerajaan Malaysia pernah menerima jumlah wang tersebut dari kerajaan Jepun sebagai pampasan kepada buruh paksa di landasan keretapi dari Thailand ke Myanmar ketika Perang Dunia Kedua.
Kononnya lagi, Kerajaan BN telah menyeleweng wang itu dan tidak diagih-agihkan kepada mangsa-mangsa yang dipaksa bekerja di landasan “keretapi maut” tersebut. Kononnya, Kerajaan BN ini “jahat”lah, kata Nizar…

Tidak cukup dengan itu, khabarnya Nizar menggunakan khidmat “blogger upahan” Pakatan Haram untuk menyebarkan surat yang didakwa dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan berhubung bayaran pampasan kepada buruh binaan kereta api Perang Dunia II bertarikh 29 Mac 2011.
Kononnya, itulah bukti yang menunjukkan Kerajaan BN ini “jahat”. Yang “jahat” itu semuanya UMNO di mata Nizar…
Punyalah hebat “auta” Nizar ini sehingga Kerajaan Jepun sendiri seolah-olah “tertipu” dengannya apabila negara itu menulis surat kepada pihak Kementerian Kewangan bagi mendapatkan penjelasan mengenai pembayaran dan jumlah wang sebanyak itu.
Lebih menarik, Kerajaan Jepun melalui surat itu juga memaklumkan bahawa mereka tidak pernah membayar sebanyak RM207 bilion kepada Kerajaan Malaysia dan dakwaan Nizar itu benar-benar menghairankan mereka!
Rupa-rupanya, bukan Kerajaan Jepun saja yang hairan. Malah Kementerian Kewangan pun sendiri hairan sebab sepanjang negara ini merdeka, Kerajaan Malaysia pun tak pernah dapat wang sebanyak itu daripada negara Jepun!
Selanjutnya, pihak kementerian turut membuat satu laporan polis berhubung sekeping memo yang digunakan Nizar untuk memfitnah pihak kerajaan. Memo itu kata Nizar adalah bukti dakwaannya. Padahal memo itu memo palsu!
Persoalannya, terdesak sangatkah Nizar sehingga tergamak menggunakan kaedah FITNAH untuk menarik perhatian rakyat? Sudah sah fitnah itu berdosa besar, apakah Nizar tak belajar tentang itu dari “agama PAS”?
Memo palsu pun boleh Nizar jadikan bahan bukti? Nizar tak takut dosa? Tak tahu undang-undang? Kalau betul pun nak berpolitik dan serang BN, rasanya Nizar perlu cari cara yang lebih bermaruah untuk bertindak begitu.
Jika saya seorang Presiden PAS, rasanya Nizar sudah saya ambil tindakan disiplin terhadapnya kerana memalukan parti dengan sikap dan akhlaknya yang berpolitik tanpa berlandaskan Islam sebagai panduan.
Namun saya yakin PAS tidak berani mengambil tindakan terhadap Nizar yang terbukti menabur fitnah kerana politik.
Peliknya, Datuk Dr. Hasan Ali yang mempertahankan aqidah umat Islam itu berani pula dipecat PAS, kan?!
Sumber: Perak Today

No comments:

Post a Comment