Thursday, December 13, 2012

TABIK SPRING 100X SEBAB BERANI...!!!!

MB Trengganu ni dia lain sikit dari MB-MB UMNO lain. Dia berani...berani sekat biasiswa pelajar Trengganu yang sertai BERSIH. Terbaru berani saman wakil rakyat pembangkang yang fitnah dia...macam nilah pejuang UMNO..ajarkan siapa yang kurang ajar...!!!!

Sedap sangat Syed Azman fitnah, akhirnya terdedah salahlaku sendiri



ADUN PAS bagi Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad menerima tamparan hebat apabila usahanya untuk menimbulkan isu di sidang DUN Terengganu dipatahkan dengan beberapa pendedahan yang membabitkan dirinya dan kerajaan PAS ketika mentadbir Terengganu pada tahun-tahun 19990-1994.

Dalam jawapan tertulis, pihak pemerintah BN mendedahkan kerajaan PAS telah melelong Dermaga Barat di Kemaman pada satu syarikat bernama Sukma Samudera Sdn Bhd yang mana ahli Lembaga Pengarah adalah Wan Mutallib Embong dan Syed Azman.

Kos pembinaan Dermaga Barat itu berharga RM79 juta tapi telah dilelong oleh PAs kepada kroni mereka pada harga murah sebanyak RM10 juta.

Pendedahan ini merosakkan lagi reputasi Syed Azman yang sedang berhadapan dengan saman dari pihak Menteri Besar di atas beberapa fitnah yang telah dilakukannya terhadap kerajaan.

Pada Disember 15hb tahun 2011, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said bersama dua lagi plaintif (Menteri Besar Terengganu), telah menyaman Syed Azman ekoran  fitnah yang dibuatnya dalam Harakah berhubung artikel ‘Seleweng RM30 juta Bantuan Sekolah’ bertarikh 11-13 November 2011 dan laporan palsu kepada SPRM pada Januari 5hb 2012.

Dijelaskan bahawa laporan Ketua Audit Negara mengenai kontrak pembekalan pakaian hanya untuk satu tahun iaitu pada tahun 2009 dengan nilai kontrak sebenar RM7.995 juta. Laporan tidak ada sebut sebarang salah laku dan penyelewengan. Bagi tahun-tahun 2007, 2008 dan 2010 tiada pemberiaan pakaian tapi hanya wang tunai.

Ketika sidang semalam, Syed Azman cuba mempolitikkan beberapa isu dan membuat satu tuduhan.

Dia menuduh bajet besar kerajaan negeri sebanyak RM 1.995 bilion sebagai mahu mendorong rakyat agar terus bergantung kpd subsidi dan dana khas kerajaan menjelang perayaan dan sesi persekolahan. Dia menuduh berdasarkan ramalannya bahawa harga barang keperluan akan naik sehingga 50% menjelang tahun 2015 manakala gaji Kakitangan kerajaan hanya naik 2.6%.

Syed Azman turut cuba menimbulkan isu-isu untuk memberi gambaran negatif kepada program pembangunan kerajaan seperti kononnya projek ECER sebagai penyebab kemusnahan kampung tradisi melayu di persekitaran bandar Kuala Terengganu dan buan proses pembandaran yang semulajadi.

Dia menimbulkan isu cost over run dan status projek LPT dan stadium terengganu yang runtuh.

Syed Azman menuduh bahawa 12 syarikat-syarikat yang terlibat dalam program perhutanan skim sawmill dipaksa bayar "rasuah" konsesi RM 2.5 juta kepada syarikat guaman Arshad, Azahari Asso di Kuala Lumpur dan jumlah bayaran melibatkan RM30 juta.

Beranikah Syed Azman membuat tuduhan sama di luar dewan dan berhadapan dengan risiko di saman samada oleh pihak kerajaan Terengganu atau MB sendiri?


Bukan saja salahlaku pentadbiran PAS berkaitan pembabitan pembelian Syed Azman dalam dermaga telah ddedahkan, turut didedahkan adalah syarikat kerajaan negeri, EPIC Berhad telah membuat pelaboran di dalam syarikat Vela Energy Holding Ltd sebanyak jumlah RM1.164 juta ketika pentadbiran PAS dan pelaboran ini telah mengalami kerugian.

Disamping tu, kerajaan BN mendedahkan pembohongan fakta dalam tuduhan PAS bahawa 11.7% pelajar Terengganu tercicir dalam pelajaran. Padahal hanya 0.6% saja yang tercicir di Sekolah Rendah dan terlalu kecil keciciran di peringkat Sekolah Menanngah, ia-itu hanya 257 orang.


sumber

No comments:

Post a Comment