Saturday, April 21, 2012

YANG LAIN ADA BERANI KE...????

Macam nilah kalau nak jadi MB, kena ada keberanian!!!!! Kalau lah Pakatan Rakyat yang memerintah Malaysia, dah berlonggok-longgok pelajar-pelajar pro UMNO  yang dihukum!!!


Pas dicabar biayai pengajian 9 pelajar ditarik pinjaman di Mesir

KUALA TERENGGANU 19 April - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mencabar pemimpin Pas membiayai pengajian sembilan pelajar di Mesir yang ditarik balik pinjaman kewangan mereka oleh Yayasan Terengganu.
Katanya, Pas perlu mengambil alih tanggungjawab itu kerana menghasut pelajar bertindak mengingkari perjanjian apabila membabitkan diri dengan kegiatan negatif yang menjejaskan kepentingan negara serta Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
"Saya cabar Pas membiayai pengajian pelajar ini sebab Pas menjadi punca kepada mereka terlibat dalam demonstrasi.
"Saya lihat Pas hanya kutip derma ketika dekat dengan pilihan raya. Sekarang, ambillah tanggungjawab membiayai pengajian pelajar yang tertangguh itu.
"Bahagi-bahagilah (pembiayaan). Pas berapa orang (pelajar), Parti Keadilan Rakyat pula berapa orang. Tanggunglah," katanya kepada pemberita di Wisma Darul Iman, semalam.
Beliau mengulas mengenai demonstrasi yang disyaki didalangi pembangkang yang diadakan di pekarangan bangunan Yayasan Terengganu dan Wisma Darul Iman, semalam.
Demonstrasi itu bagi membantah tindakan kerajaan negeri menarik balik pinjaman sembilan pelajar di Mesir kerana terlibat dengan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah pada 9 Julai tahun lalu.
Dalam pada itu, Ahmad turut menasihatkan pelajar supaya tidak menggadaikan masa depan dengan terpengaruh hasutan pembangkang kerana belum sampai masanya untuk mereka berpolitik.
Malah, beliau turut menegaskan kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana pelajar jika turut serta dalam demonstrasi Bersih 3.0 yang dijadualkan pada 28 April ini.
"Ingin saya tegaskan bahawa ini bukan masanya untuk mereka berdemonstrasi. Sesetengah mahasiswa ini juga tak pernah mengundi pun.
"Jadi bagaimana mereka boleh mendakwa pilihan raya umum atau proses mengundi di negara ini tidak bersih," katanya.

No comments:

Post a Comment