Wednesday, December 7, 2011

BARUA KOMUNIS YANG TEWAS!!!!

Permohonan Utusan batalkan saman Mat Sabu dibenarkan

06/12/2011 4:33pm

KUALA LUMPUR 6 Dis. – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Utusan Melayu (M) Bhd. untuk membatalkan writ saman Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berhubung isu serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Johor.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk John Louis O'hara setelah bersetuju dengan hujah peguam-peguam yang mewakili syarikat akhbar tersebut, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun.
Pada 27 Oktober lalu, Utusan telah memfailkan permohonan membatalkan saman Mohamad terhadap mereka yang dinamakan sebagai pihak defendan.
Mohamad selaku plaintif telah gagal memberikan butir-butir yang mencukupi berhubung penerbitan yang didakwa berunsur fitnah bagi menyokong tuntutan samannya itu.
Menurut Firoz Hussein, kenyataan sokongan itu merupakan satu keperluan serta membentuk prasyarat yang dikehendaki di bawah Aturan 78 Kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dalam writ saman fitnah. – Utusan

No comments:

Post a Comment