YEAH..YEAH..!!!!
Akhbar: Sinchew Daily News
Ruangan: dalam negeri m/s 09
Tarikh: 1 November 2011 (Selasa)
Tajuk: Jika Pakatan Rakyat Memerintah Kakitangan Awam Akan Dikurangkan Separuh Setiap Tahun Berperingkat-peringkat: Tony Pua Kiam Wee
31hb Johor Bahru – Setiausaha Bahagian Penerangan DAP Tony Pua Kiam
Wee berkata, jika Pakatan Rakyat dapat memerintah kerajaan pusat sahaja,
akan kemukakan satu projek yang dinamakan “Projek Khas Mengurangkan
Kakitangan Awam” untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam
berperingkat-peringkat setiap tahun.
Tony Pua berkata, bagi mengurangkan jumlah dan bilangan kakitangan
awam ia adalah satu cabaran besar bagi Pakatan Rakyat, oleh kerana
mungkin akan dapat bantahan daripada kakitangan awam itu sendiri,
selepas Pakatan Rakyat memerintah, Pakatan Rakyat tidak akan laksanakan
projek (pengurangan kakitangan awam) itu secara mengejut.
“Pakatan Rakyat tidak akan gunakan budaya lama yang dilakukan oleh
kerajaan membuat pengambilan graduan universiti untuk dimuatkan ke dalam
sektor kerajaan, pada masa sama mungkin Pakatan Rakyat akan buat
penambahan kakitangan awam, tetapi penambahan itu perlu yang berkualiti
tinggi, dan memilih kakitangan awam yang punyai daya saing.”
Kakitangan Awam Yang Sudah Berusia Dibiar Bersara Cepat
Tony Pua berkata, Pakatan Rakyat akan menggalakkan kakitangan awam
yang sudah tua dinasihatkan berhenti kerja. Ia akan ambil contoh cara
negera China bagaimana mereka kurangkan kakitangan awam termasuk
kakitangan awam yang kurang berprestasi, kakitangan awam yang
diberhentikan ini akan mendapat pampasan separuh gaji, supaya pihak
kerajaan dapat kurangkan bebanan dan tanggungan kos untuk membayar gaji
kakitangan awamnya.
Tony Pua Kiam Wee berkata demikian semasa menghadiri seminar bertajuk
“Ke mana perginya wang titik peluh kita? Beranikan diri untuk
bentangkan bajet 2012” yang diajurkan oleh pemuda DAP negeri Johor,
ucapan dalam seminar politik itu, sebagai membalas soalan-soalan dari
orang ramai terhadap kakitangan awam negara ini yang berlebihan, dan
sebagai menjawab soalan-soalan itu Tony Pua berkata demikian.
![b031ysf01[1]](http://xpressminda.files.wordpress.com/2011/11/b031ysf011.jpg?w=300&h=212)
Dalam sesi soal jawab seminar itu, yang dihadiri oleh Tony Pua Kiam
Wee, Teo Nie Ching, Timbalan Setiausaha Penerangan DAP, Ketua Pemuda DAP
negeri Johor dan Setiausaha DAP negeri Johor, mereka dapat mengumpulkan
seramai 200 peserta yang hadir yang ambil berat tentang bajet tahun
2012. Atur acara majlis itu diusahakan oleh Setiausaha Penerangan Pemuda
DAP negeri Johor, Liau Yu Fei.
Tony Pua Kiam Wee juga berkata, buat masa ini kakitangan awam yang
berjumlah 1.3 juta orang di negara ini, dengan nisbah 4.6 peratus
daripada penduduk negara kita; jika dibandingkan dengan negara jiran
seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Korea, bilangan kakitangan
awam mereka hanya 2 peratus daripada jumlah penduduk negara tersebut.
Sumber Terjemahan: Kritis Online
http://xpressminda.wordpress.com/2011/11/06/pakatan-rakyat-nak-buang-ramai-kakitangan-kerajaan/
No comments:
Post a Comment