Thursday, October 19, 2017

MAHATHIR SAMBUNG HASRAT CINA DAP TINDAS PENJAWAT AWAM

Buang Penjawat Awam, Mahathir Teruskan Perjuangan DAP Yang Belum Selesai

Mahathir pernah bersajak  "tiada yang lebih menyayatkan dari melihat bangsaku dijajah, tiada yang lebih menyedihkan dari melihat bangsaku dihina" pada Mei 1996.

Sekarang barulah ramai orang faham apa bangsa Mahathir yang sebenar. Mahathir bukan menangis untuk orang Melayu tetapi untuk bangsa dia, Kerala. Dia sanggup hina orang lain dan laksanakan perjuangan DAP demi anak anak dan kroni dia.

“Sebab itu kita tidak boleh terima sama sekali kerajaan yang ada sekarang ini, bahkan ada kakitangan kerajaaan tertentu yang perlu disingkir oleh kita juga” kata Mahathir ketika berucap di Demo Kleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya pada 14 Oktober 2017.

Saranan Mahathir untuk membuang penjawat awam di Putrajaya ini disambut dengan sorakan yang kuat di padang pada malam itu oleh penyokong penyokong DAP. Mahathir berkata kerajaan Barisan Nasional yang berada di Putrajaya sudah tidak boleh diterima olehnya. Malah ‘kita” juga akan singkirkan kakitangan awam.

“Kita” itu merujuk kepada siapa? “Kita” itu adalah gabungan DAP, PPBM, PKR dan PAN. Ketua ‘kita’ itu adalah Kit Siang.  Mahathir kita sanggup buat sahaja demi tuannya iaitu DAP.

DAP memang sudah lama berhasrat membuang penjawat awam yang ada di Putrajaya. Itulah perjuangan DAP sejak 2011 lagi. Dalam Sinchew Daily News pada 1 November 2011, Tony Pua pernah berkata jika pembangkang dapat perintah kerajaan pusat, maka satu projek yang dinamakan “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam” akan dilaksanakan.

Pada 24 Oktober 2013, Kit Siang berkata “Kakitangan awam di Malaysia adalah yang tertinggi di dunia”. Perlu dibuang kerana membazir duit rakyat.

Pada 22 Oktober 2016, ketika menganalisis “Bajet 2017”, Penang Institute menyatakan terlalu banyak wang diperuntukkan untuk perkhidmatan awam. Penang Institute yang dibiayai oleh kerajaan DAP Pulau Pinang mencadangkan supaya penjawat awam dibuang sejumlah 1.2 juta orang.

Pada 24 Oktober 2016, Tony Pua, Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara menyarankan agar kerajaan membenarkan sebahagian penjawat awam terus dibayar gaji, tetapi mereka tidak perlu bekerja bagi mengurangkan masalah lambakan penjawat awam.

Tony Pua menyifatkan jumlah penjawat awam di Malaysia adalah terlebih berbanding negara lain. Ahli Parlimen DAP itu bercakap demikian dalam satu forum berbahasa Mandarin bertajuk ‘Menganalisis Bajet 2017” di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur.

DAP konsisten menyatakan mahu membuang penjawat awam. Mereka mahu hapuskan GST dan membuang kakitangan awam dilihat sebagai satu cara penjimatan bagi mereka untuk tampung kekurangan hasil akibat GST.

Kini Mahathir menyambut baik apa yang diperjuangkan DAP itu untuk membuang kakitangan awam di Putrajaya. Untuk rekod, jumlah penjawat awam sekarang adalah bersamaan 5.5 peratus daripada penduduk negara ini. Malah majoriti jumlah kakitangan awam  itu adalah berbangsa Melayu.

Inilah perjuangan sebenar DAP. Mahu orang Melayu disingkir daripada Putrajaya dan menggantikan penjawat awam itu dengan orang orang mereka. Gantikan dengan orang dari Kerala dan wilayah Fujian duduk berkhidmat di Putrajaya.

Senanglah nanti untuk menjayakan agenda Kerala dan Fujian. Kerala sudah lesapkan RM32 billion, Fujian juga sudah lesapkan berjuta di Pulau Pinang. Teringin juga Fujian mahu lesapkan jumlah yang besar seperti yang dibuat Kerala.

Dulu Mahathir digelar “Ultra Melayu”, kini Mahathir sudah jadi “Ultra DAP”. Sanggup buat apa sahaja demi DAP. Bahkan sanggup derma DAP sampai RM1 billion semata mata hendak dapat  jawatan Pengerusi Pakatan Harapan.

1.6 juta penjawat awam di Malaysia harus “seriau” dengan agenda tersembunyi Mahathir dan DAP ini. Jika mereka terus sokong Pakatan Harapan, berkemungkinan periuk nasi mereka akan hilang.

Penjawat awam wajib terus menyokong pentadbiran Najib Razak, pasti akan lebih banyak lagi insentif khas untuk mereka. Kalau bersimpati kepada Mahathir, tunggulah padahnya.

Ramai orang Melayu akan kena buang di Putrajaya, merempatlah di tanahair sendiri. Jangan beri peluang kepada DAP untuk memerintah Putrajaya. Padah akibatnya kepada agama, bangsa dan negara.

Tulisan :
Beruang Biru
BB619, Selasa
17 Oktober 2017

2 comments:

  1. Hari yang baik: anda memerlukan pinjaman segera untuk menyelesaikan keperluan kewangan anda, kami menawarkan pelbagai dari $ 5,000.00 hingga $ 10,000,000.00 Max pinjaman, kami boleh dipercayai, cekap, cepat dan dinamik, dengan jaminan 100% dan kami juga memberi kredit kepada (. kadar faedah yang dikenakan untuk semua pinjaman habis bulan (3%), jika anda berminat kembali kepada kami melalui (mrwilliam751@gmail.com) dengan maklumat di bawah ini: nama penuh: Negara: Jumlah alamat pinjaman : Tempoh: Umur: Jantina: Pekerjaan: nombor telefon: Terima kasih. Saya menanti tindak balas segera anda
    Whats aplikasi +919650892379

    ReplyDelete

  2. Hello, Do you need a loan from The most trusted and reliable company
    in the world? if yes then contact us now for we offer loan to all
    categories of seekers be it companies or for staff usage. We offer
    loan at 3% interest rate, Contact us via email:
    getyourloanhere@gmail.com

    (1) Full Name
    (2) Full Address
    (3) Country
    (4) Age
    (5) Occupation
    (6) Tell phone number
    (7) Sex:
    (8) Loan Amount needed:
    (9) Loan Duration

    Email us at: getyourloanhere@gmail.com

    Whats app +919650892379

    ReplyDelete