Monday, June 13, 2011

DEPAN DATO' LATT.... MENGAPA DATO' JAMIL DIAM....!!!!!

5 Jun yang lalu UMNO BAHAGIAN KUALA KEDAH telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Bahagian. Semua AJK Bahagian tertunggu-tungu Dato' Jamil membelasah Dato' Latt dalam mesyurat malam tersebut, maklumlah dalam perasmian persidangan pemuda bahagian 3hb Jun 2011, Dato' Jamil telah membelasah Dato' Latt kaw-kaw punya. (Mungkin pada ketika ini laporan SU POLITIK PERDANA MENTERI, Saudara Soffian Awang bahawa Dato' Latt tak reti buat kerja dah pun berada di atas meja Dato Seri Najib...habislah TOK LATT!!!!)



Semua tak sabar nak tengok perang besar malam tu....tunggu punya tunggu...Dato' Jamil tak belasah Dato' Latt juga...Last-last Dato' Jamil dan bini dia, Norhasita (Ketua Wanita Kuala Kedah) belasah UMNO Cawangan Kota Sarang Semut.

Semua heran..apa yang tak kena dengan Dato' Jamil dan Norhasita malam tu...tiba-tiba saja angin dengan UMNO KOTA SARANG SEMUT. Dato' Jamil  rupanya marah-marah UMNO KOTA SARANG SEMUT sebab dia dakwa Ketua UMNO CAWANGAN, CIKGU ABDUL LATIFF bertanggungjawab terhadap kekalahan dia di DUN PENGKALAN KUNDUR dalam PRU12 yang lalu!!!!!Naya UMNO KOTA SARANG SEMUT yang di ketuai oleh Cikgu ABDUL LATIFF itu...tak pasai-pasai kena TUTUH!!!!

 Cikgu Abd Latiff bersama Dato' Mukhriz

Untuk makluman semua, UMNO KOTA SARANG SEMUT sejak sekian lama telah mengkoordinasikan 2 peti undi dengan berkesan sekali  iaitu PETI UNDI KOTA SARANG SEMUT dan PETI UNDI TAMAN IMPIAN tanpa sebarang masalah di samping membantu calon berjimat!!!! Semasa PRU 12 yang lalu, Dato Jamil sendiri dapat berjimat apabila hanya perlu mengeluarkan perbelanjaan RM300 dan sebungkus gula-gula sahaja untuk 2 peti undi tersebut..JIMAT BANYAK tu!!!!

Sebaliknya Dato' Jamil gagal melihat kekalahannya dalam PRU 12 yang lalu adalah akibat pengundi Cina yang diagung-agungkan beliau selama ini telah 'tikam beliau', walaupun sering terpacul dari mulut Dato' Jamil  Ayat "kita kena jaga pengundi CINA kerana undi depa , undi PENENTU!!! Tapi dalam PRU12, SJKC Min Sin iaitu tempat mengundi bagi pengundi Peti Undi Kota Sarang Semut yang majoriti pengundinya kaum Cina  telah mencatat sejarah apabila kalah teruk!!!!sebab apa pengundi Cina lari walaupun Dato' Jamil tatang pengundi Cina sikit punya baik selama ini..itu kena tanya pengundi Cina la...!!!! Depa ada jawapan!!!!

Sebenarnya yang sering  menimbulkan masalah ialah Dato' Jamil dan Norhasita dan Norhasita sendiri yang termakan hasutan anasir-anasir tertentu di KOTA SARANG SEMUT. Dato' Jamil selalu membuat kacau di bahagian, minta PETI UNDI TAMAN IMPIAN diserahkan untuk dikendalikan oleh 'orang-orang Dato' Jamil'. Sejak beberapa PRU yang lepas itulah kerja Dato' Jamil dan Norhasita...kacau urusan UMNO KOTA SARANG SEMUT !!!! Rata ceruk Dato Jamil dan Norhasita jaja cerita UMNO KOTA SARANG SEMUT bermasalah dan khianat beliau dalam PRU 12 lantas menjadikan CIKGU ABDUL LATIF AMAT DIBENCI OLEH PENYOKONG-PENYOKONG DATO' JAMIL!!!!

Sebenarnya ahli UMNO Bahagian Kuala Kedah amat menghormati Dato' Jamil dan janganlah Dato Jamil mengulangi lagi tindakan yang boleh menghilangkan rasa hormat ahli UMNO kepada Dato' Jamil! Dengan pengalaman sepak terajang politik yang amat luas, Dato' Jamil seharusnya sedia menjadi 'ORANG TUA dan juga BAPA' di bahagian Kuala Kedah. Sebagai "Orang Tua dan BAPA" yang sedia memberi teguran dan nasihat untuk mengukuhkan lagi kekuatan UMNO Kuala Kedah di bawah kepimpinan Dato' Latt Shariman!

oleh SU JKKKPKSS

6 comments:

  1. ha Ha ! memang menariks ...

    Kola kedah dan 3 DUNnya PASTI jahanam lagi PRU13 nanti kalau lagu ni.

    Tak payah takut, tak payah bimbang, SB tak gadoh susah payah buat kajian, JASA tak gadoh pening kpala cari statistik.

    La ni pun kita dah buleh agak dah, apa nak jadi PRu13 tak lama lagi!

    Dato Latt dok pupuk lagu mana pun, kalau ada yang dok buat kelaku huduh kot bawah, jahanam jugak.

    kita buleh tengok sama-sama nanti, bila gendang perang pilihanraya dipalu olih datok najib dekat2 hujung tahun ni (bulan 9), sapa yang akan katup henset / katup bilek gerakan / katup cawangan / katup jentera peti undi / katup semuanya DAN pi pangkah kertas undi untuk PAIH PARTI CAP DATANG BULAN disebabkan hati yang berkesumat sesama sendiri !

    kita akan sama-sama tengok nanti ! La ni pun dok tunjuk tak sangga dah ...

    PAIH dok gelak sakan tengok kelaku puak ni ... PAIH tak gadoh buat kreja teruk pun, tapi undi geng kita PAIH dapat FREE mudah2 saja ...

    depa tak payah penat berkempen, kita sama kita dok pakat tulong berkempen perjatuh sama-sama kita ... contohnya macam yang berlaku di Persidangan Pemuda Kola Kedah minggu lepas yang blog JKKKP-KSS bagitau sebelum ni ...

    Sampai tera tu punya kelaku pun dok ada lagi dalam UMNO Kola Kedah ni ....

    PUNYA LA CERDIK ORANG KOLA KEDAH MAIN POLITIK opppssss ... POLITAIK ! ...


    Ikhlas;

    AlOQStaQ
    AloQStaQBlog ...

    ReplyDelete
  2. AloQStaQ...itulah hebatnya org KOLA main politik..kira nak jd calon saja..yang lain tak ambik kira dah..depa boleh menang ke..pengundi dah meluat ke...kita tau la bila dpt jd calon ada duit turun mai kat calon...depa nk kepung dan pekin duit tu la...kalau menang alhamdulillah..kalau kalah...guna duit tu lawan KETUA BAHAGIAN ke...politik KOLA ni silap2 orang ALOQ pun boleh lari balik macam tu saja!!!!

    ReplyDelete
  3. sama muhasabah diri.. hopefully semua rapatkan barisan dan perkukuhkan parti.. ini bukan masanya bercakaran... apa yang utama adalah mutlak BN, itu yang terutamanya..

    ReplyDelete
  4. asman...ini cerita asyik kena cakar...

    ReplyDelete
  5. sedara asman cuba turon mai bersembang dikedai-kedai kopi dikawasan kola ni , memang bercakaran 24jam ... haha

    memang best dengaq cerita : org tu tak kena, org ni tak kena, yang tu tak betoi, yang ni tak betoi ... semuanya salah dok kat ORANG. Tapi DIRI SENDIRI semuanya BETOI belaka ...

    Admin sahabatku,
    Datok Najib kalau salah pilih Winnable Candidate nanti, jahanam lagi la nooo kola kedah ni cikgu nooo !

    cikgu tau sangat la wayang depa tu , dok canang rata tak mau dah jadi tok wakil, ayat penyelamat : "tapi kalau depa PAKSA nak buat lagu mana" (kalau depa tak beropa PAKSA pun saya terima jugak aihhh) ... haha ...

    bila la UMNO kola nak bersatu ni, nak tunggu matahari naik dari barat kot? ....

    ReplyDelete
  6. AloQStaQ...inilah yg berlaku apabila rasa hormat menghormati diketepikan. Berbalik kepada pepatah BESAQ TAK SEMESTINYA BAPA, KECIK TAK SEMESTINYA ANAK...walaupun Dato LATT antara ketua BAHAGIAN yg termuda tetapi DATO LATT mempunyai karisma kepimpinannya yang tersendiri!!!!

    Kehadiran DS Najib merasmikan persidangan UMNO KOLA KEDAH 2010 jelas menunjukkan DS NAJIB mengiktiraf kepimpinan DATO LATT tetapi tidak bg pemimpin2 senior KOLA KEDAH!!! Ramai yg geli...izinkan saya meminjam ayat AloQStaQ..."tapi kalau depa PAKSA nak buat lagu mana"(kalau depa tak beropa PAKSA pun saya terima jugak aihhh) ... haha ...

    tak slah geli nak jadi calon sbb sapa2pun ahli UMNO dalam bhgn KOLA KEDAH berhak jadi calon...tapi janganlah tebuk lubang sampai karam kapal UMNO KOLA KEDAH!!!

    ReplyDelete