Tuesday, February 3, 2015

WAHAI ANAK MELAYU..BACALAH...!!!!!!

Melayu bukan sahaja bakal kehilangan kuasa...Melayu akan hilang segalanya...

Anak-Anak Bangsa Melayu Islam MESTI Baca, Puak Liberal & Pemuja Kafir Pergi Mampus


SUATU PERINGATAN KEPADA ANAK MELAYU

Kamu lahir dari suatu Bangsa yang punya maruah, ada hargadiri, beradab, punya tamadun, punya falsafah hidup berpaksikan Islam - Bangsa Melayu.

Tidak kira apakah kamu anak petani, nelayan, penoreh getah, anak orang berpangkat, yang kaya raya atau dari istana kamu tetap mempunyai tanggungjawab memperkasakan Bangsamu, memakmurkan ugamamu dan berjiwa patriotis.

Jangan sekali-kali kamu menjadi pengkhianat Bangsamu, si Malin Kundang yang lupa asal usulmu setelah kami bernafas dan bergelumang dalam kehidupan modern yang bebas lepas.

Malaysia adalah bumi bertuah Bangsamu.

Di sini kamu hidup, medan perjuangan, di sini tulang belulang dan roh kamu bersemadi.

Jangan kamu menafikan hak Bangsamu, menjadi petualangan memperhambakan diri pada lanun dan syaitan, pada dajjal, pada mereka yang merampas hak Bangsamu.

Kamu adalah pahlawan terbilang, pejuang Bangsa yang syumul bilamana kamu sanggup menentang musuh yang mengancam hakhidup Bangsamu.

Kamu syahid di jalan Allah bilamana kamu berjuang di jalan Illahi.

Jangan mudah terpukau dengan retorika para pemimpin yang memakai berjenis topeng.

Jangan kamu tersentuh hati nuranimu dengan janji yang tak mungkin ditepati.

Kuasailah ilmu, gunalah aqal yang sihat, timbanglah dengan neraca keadilan setiap tindakan yang kamu laksanakan.

Jangan jadi kaldai, hamba pecacai para pemimpin serakah.

Jangan kamu takbir membutatuli pada kafir yang menghina Bangsamu, ugamamu.

Ingat, kalau kamu tanam lalang masakan tumbuh padi. Apa yang kamu tanam itulah yang kamu dapat.

Bangsa Melayu kini dalam keadaan kritikal akibat kerakusan, kebuasan, kelanunan para pemimpin Melayu yang gila kuasa dunia, meletakkan kepentingan pribadi di atas kesejahteraan ummah.

Mereka adalah pengkhianat Bangsa, pedagang ajaran sesat.

Sebagai anak muda Melayu yang berilmu, berpegang pada tali Allah menjadi tangguungjawab moral dan ugama kamu tampil ke depan sebagai pejuang Bangsa mengembelengkan kekuatan anak Melayu bersatu menentang kemungkaran.

Tidak kira apakah kamu orang UMNO, Pas, PKR atau pun belia atas pagar.

Yang penting kita semua mesti bersatu.

Musuh Bangsa ada dalam Bangsa kita sendiri dan juga dari luar yang merancang menghancurkan kuasa politik Bangsa kita.

Kalau sekarang kamu silap langkah kembalilah ke pangkal jalan.

Pohonlah hidayah dari Allah.

Kita berjihad memperjuangkan hak Bangsa kita, ugama kita, negara kita.

Hak Melayu mesti Melayu yang memperjuangkannya, bukan Melayu menjadi pengemis, hamba kepada bangsa-bangsa lain.

Tanamlah dalam dadamu kalau Melayu hilang kuasa politik pada PRU 14 jangan harap Melayu akan kembali berkuasa di bumi bertuahnya lagi.

Kalau kamu menjadi penghianat Bangsa anak cucu kamu akan kencing di atas pusara kamu.

Wahai anak muda Melayu marilah kita berjihad di jalan Allah. Allah tidak akan mengubah nasib Bangsa Melayu kalau Bangsa Melayu sendiri tidak mengubahnya.

Oleh:






sumber

No comments:

Post a Comment