Thursday, February 19, 2015

DEPA SERANG HAKIM TAK APA PULAK!!!

Bengong sungguh YB PR ni...yang depa serang hakim tak apalah pulak..


MALU KERANA SHAFEE ABDULLAH BERJAYA BOGELKAN DAN KANTOIKAN PEMBOHONGAN LIWAT ANWAR IBRAHIM, AFIF BAHARDIN MAHU RUJUK SHAFEE KE JAWATANKUASA DISIPLIN MAJLIS PEGUAM!!!



Tindak-tanduk Tan Sri Shafee Abdullah yang berterusan menyerang Dato’ Seri Anwar Ibrahim pasca keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung rayuan kes Fitnah II tempoh hari adalah sesuatu yang tidak beretika dan bersifat tidak profesional. Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia mengecam sekeras-kerasnya perilaku beliau dan memberi amaran supaya beliau menghentikan perilaku sumbang ini. 

Hakikatnya, keberadaan beliau di dalam program UMNO untuk menyerang Dato’ Seri Anwar dan kesediaan UMNO menyediakan platform kepada beliau mengukuhkan lagi pendirian kami bahawa kes Fitnah II ini adalah satu rekayasa dan konspirasi politik untuk menyerang, mengaibkan dan menzalimi Dato’ Seri Anwar. Konspirasi ini juga adalah helah jijik UMNO untuk membantutkan usaha Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negara. 

Perilaku Tan Sri Shafee ini telah menzahirkan keghairahan beliau yang ingin melobi satu ganjaran besar dari pihak UMNO. Persoalan yang timbul, apakah perilaku beliau ini ada kaitannya dengan spekulasi bahawa beliau akan dilantik sebagai Peguam Negara? Melihat kepada rekod lalu, setiap individu yang terlibat dengan usaha menjatuhkan Dato’ Seri Anwar akan diberi ganjaran dalam bentuk lantikan pangkat atau jawatan, sebagai contoh:

i. Mendiang Augustine Paul; disahkan sebagai hakim Mahkamah Tinggi dalam tempoh enam (6) bulan selepas menjatuhkan hukuman penjara kepada Dato’ Seri Anwar, dan beberapa bulan sebelum bersara dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan;

ii. Tan Sri Musa Hassan; pegawai Polis Di Raja Malaysia yang terlibat di dalam kes Fitnah I, dilantik sebagai Ketua Polis Negara;

iii. Tan Sri Abdul Gani Patail; Ketua Pendakwaraya di dalam kes Fitnah I pada 1998 dan kini memegang jawatan sebagai Peguam Negara.

Berdasarkan kepada contoh-contoh di atas, ia menguatkan lagi kemungkinan bahawa Tan Sri Shafee sememangnya terlibat dan memainkan peranan besar di sebalik konspirasi politik untuk menjatuhkan Dato’ Seri Anwar.

AMK Malaysia menyeru barisan peguam Dato’ Seri Anwar agar bertindak merujuk Tan Sri Shafee ke Jawatankuasa Disiplin Majlis Peguam bagi membicarakan perilaku beliau yang telah melampaui batas profesionalisme seorang peguam apatah lagi sebagai pendakwaraya. Kami menyeru Majlis Peguam untuk bertindak tegas demi melindungi kewibawaan dan integriti institusi kehakiman dan peguam di negara ini.

DR. AFIF BAHARDIN
TImbalan Ketua
Angkatan Muda KEADILAN

NOTA:

Temberang dan tipu belit serta pembohongan fakta yang dibuat oleh peguam-peguam Anwar Ibrahim terutama sekali oleh AMK dan PKR selepas Mahkamah Persekutuan mengesahkan Anwar Ibrahim adalah seorang peliwat, tidak pula diadukan ke Majlis Peguam.

Belum berkuasa lagiBaru sekadar perasan. Kalau dah berkuasa, sama macam DAP, mahu letakkan semuanya di bawah tapak kaki Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.



http://theflyingkick.blogspot.com/2015/02/malu-kerana-shafee-abdullah-berjaya.html

2 comments:

  1. Ada ka patut pegawai kerajaan yang melaksanakan tugasan yg baik tak boleh naik pangkat!

    ReplyDelete
  2. Otak yg korup...menyerlahkn perbuatan yg lg korup...dan menyedihkn...membazir sungguh belajar tinggi2...yg x tau saper yg sponsor...mgkn kerajaan yg dimakinyer...tapi akhirnya tersungkor dgn nafsu burok tnpa bimbingan aqal yg mulia...huhhh



    ReplyDelete