Sunday, April 14, 2013

ALAMAK...PELAKU VIDEO KES BULI PUN MIRIP JUGA...!!!

Jawapan sama dengan pemimin parti politik yang kantoi..tapi siasatlah..beri keadilan kepada adik ini...

"Saya hairan kenapa saya dikaitkan dalam kejadian itu, mungkin mereka ingat saya yang terlibat sebab wajah saya mirip salah seorang daripada pelajar berkenaan, kemudian gambar saya disebar di Internet," katanya

Pelajar trauma dituduh turut buli rakan sekolah

Luqman Al Hakim menunjukkan salinan laporan polis yang dibuatnya di Butterworth, semalam selepas menerima ugutan kerana disangka terlibat dalam kes buli pelajar.
BUTTERWORTH 13 April - Seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di sini kecewa kerana dituduh membuli seorang pelajar lain bulan lalu.
Luqman Al Hakim Ahmad, 15, menafikan bahawa dia terlibat dengan kes itu dan telah membuat laporan polis sebaik mengetahui gambarnya dimuat naik di laman sosial dan dianggap sebagai suspek utama kejadian itu.
Dia turut merasa trauma untuk keluar rumah, katanya.
"Saya pelik apabila ibu bertanya sama ada saya terlibat dengan kejadian buli di sekolah. Ibu beritahu sepupu saya ada datang ke rumah dan maklumkan bahawa gambar saya dimuat naik di blog kerana membuli seorang pelajar.
"Saya terus periksa telefon bimbit saya dan terkejut melihat banyak nombor yang tidak dikenali terpapar di skrin telefon saya. Kemudian saya semak akaun Facebook, Twitter dan Instagram saya yang semuanya penuh dengan komen-komen dari orang yang saya tak kenal. Mereka tuduh saya macam-macam, saya jadi takut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Anak bongsu dari lima beradik itu kemudiannya bertindak menutup sementara akaun laman sosialnya kerana tertekan dengan tohmahan orang ramai yang tidak tahu keadaan sebenar.
"Saya juga tidak boleh tidur lena, susah untuk beri tumpuan ketika belajar dan takut untuk keluar rumah kerana bimbang dicederakan," katanya.
Baru-baru ini tersiar sebuah klip video di Facebook dan Youtube yang memperlihatkan seorang pelajar lelaki dibelasah bertubi-tubi oleh seorang pelajar yang kemudiannya turut disertai dua pelajar lain.
Pihak Jabatan Pelajaran Negeri berkata, ketiga-tiga pelajar terbabit sudah dikenakan tindakan dibuang sekolah sementara mangsa dilapor tidak mengalami kecederaan serius.
Luqman Al Hakim yang mengenali ketiga-tiga pelajar terbabit berkata, ketika kejadian dia berada di dalam kelas yang berlainan dan hanya mengetahui insiden itu seminggu selepas kejadian.
"Saya hairan kenapa saya dikaitkan dalam kejadian itu, mungkin mereka ingat saya yang terlibat sebab wajah saya mirip salah seorang daripada pelajar berkenaan, kemudian gambar saya disebar di Internet," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment