Friday, December 31, 2010

Lelaki Berketayap + Perempuan Seksi x DAP x Nik AZIZ = HALAL

Islam tidak melarang sebarang kegiatan termasuk senamrobik dilakukan dalam kawasan masjid asalkan kegiatan itu tidak bercanggah dengan syariat Islam, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tidak menjadi masalah untuk melakukan kegiatan di luar atau dalam masjid sama ada oleh orang Islam atau bukan Islam.

"Adalah tidak salah dalam Islam pihak tertentu mengadakan kegiatan dalam rumah ibadah orang Islam, kerana zaman Nabi Muhammad s.a.w dahulupun, ada orang kafir masuk (kawasan) masjid kerana ia menjadi pusat segala kegiatan termasuk politik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di Kota Bharu hari ini.

Lubang Yang Menjahanamkan Bangsa 1998 -2010...18sx

Kembalikan maruah bola sepak negara

Kebanyakan jalan utama lengang, manakala kedai-kedai makan dan restoran pula dipenuhi segenap lapisan masyarakat seawal pukul 7 malam lagi.

Yang di rumah pula kalau selalunya solat Maghrib di hujung senja, tetapi malam tadi ramai yang solat Maghrib awal. Semuanya gara-gara ingin menyaksikan perlawanan akhir pusingan kedua antara Malaysia dan Indonesia!

Jutaan rakyat Malaysia malam tadi terus tercongok di depan televisyen menyaksikan kebangkitan Malaysia bergelar raja bole sepak Asia Tenggara setelah sekian lama digenangi episod hitam menduduki tempat tercorot dalam senarai kedudukan persekutuan bola sepak antarabangsa (FIFA).

Siaran secara langsung tersebut, jelas menyaksikan bagaimana pasukan anak muda negara berhempas pulas bermain bermati-matian menangkis serangan menggila yang penuh dengan semangat dari pasukan bola sepak Indonesia.

Walaupun tewas di gelangang lawan tetapi rakyat Malaysia berbangga dengan semangat juang yang ditunjukkan oleh pasukan negara sehinggakan ada yang menitiskan air mata tatkala menyaksikan gawang pasukan negara bocor dua kali!

Namun pasukan negara menang dari segi agregat, justeru itu jutaan syabas dan tahniah tentunya ialah kepada anak-anak muda Malaysia yang turun dengan begitu besemangat sekali menjunjung bersama maruah negara yang sering dipijak-pijak oleh segolongan rakyat Indonesia yang mereng!.

Pelbagai provokasi dan ugutan terhadap pasukan bola sepak negara dilaporkan berlaku tetapi tidak sedikitpun mengugat semangat juang pasukan negara demi untuk mengembalikan maruah sukan bola sepak negara.

Paling diingati dan akan terpahat di ingatan seluruh rakyat Malaysia tentulah idealisme jurulatih bolasepak negara, K. Rajagobal dalam mencatur pasukan kebangsaan yang mantap walaupun sebelum ini dibayangi oleh siri kecederaan beberapa pemain utama negara!

Di bawah didikan K. Rajagobal, dengan pencapaian negara sebagai juara bola sepak Sukan Sea XXV selepas 20 tahun pada 17 Disember 2009 yang lalu dan menobatkan Malaysia sebagai juara Piala AFF Suzuki 2010, menamatkan penantian 14 tahun Malaysia untuk unggul sebagai pasukan terbaik di Asia Tenggara, tidak salah rasanya jika K. Rajagobal dianugerahkan gelaran Datuk bagi mengenang jasa beliau itu!

NORHISYAM MOHAMAD

Pemuda UMNO Kuala Kedah

Thursday, December 30, 2010

Lelaki + Perempuan x DAP = HALAL

Beruk pun pening!!!!


PAS Kelantan







PAS Selangor


Antara Diam Ubi dan Kencing Janji

Diam Ubi

31 Disember Cuti Umum!!!!!



Kencing Janji




Malaysia Raja Bolasepak Asia Tenggara:Rajagobal Harus Dapat Dato'!

Mengembalikan kegemilangan bolasepak negara!!!

Juara Piala Suzuki


Juara Sukan SEA

Wednesday, December 29, 2010

Manusia No 3 Yahudi Paling Sayang!!!


I am not anti-Semitic bcause I am not against the Arabs and other Semitic people, or for that matter those Jews who reject Zioni

I am simply against injustice, against oppression and unmitigated and illegal violence.

If that makes me anti-Semitic then I am proud to be anti-Semitic, even though the term anti-Semitic is wrong.

p/s : Manusia No 1 tentulah MANUSIA yang terpaksa pergi ke Washington melutut mohon maaf dar1 Yahudi!

Tuesday, December 28, 2010

Cara Bagaimana Malaysia Menjadi Juara Piala Dunia 2014

















Lagi Agenda Jahat Pembangkang: Ambillah Tindakan!!!

Penipuan Dr. Kua dalam bukunya dipersoalkan

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 27 Dis. - Tindakan Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Dr. Kua Kia Soong yang menipu dalam buku tulisannya bertajuk 'Questioning Arms Spending in Malaysia' menimbulkan persoalan tentang kesahihan fakta, niat serta pengetahuannya dalam bidang pertahanan.

Penulis blog, Zakhir Mohd. berkata, tindakan bekas Ahli Parlimen DAP itu juga menimbulkan persoalan sama ada dia melakukan pengkhianatan terhadap negara dengan mengemukakan fakta salah, serta melancarkan buku tersebut di London pada 14 Disember lalu.

Menurut Zakhir, penipuan Kia Soong dikesan oleh penulis Jane's Defense Weekly, Dzirhan Mahadzir yang mendapati nota kaki pada muka surat kelima yang dikemukakan Kia Soong dalam buku tersebut sebenarnya palsu dan tidak wujud.

"Menulis buku dan melancarkannya di luar negara memberi konotasi yang sama sekali berbeza, ia merupakan serangan sebelah pihak sahaja dan disyaki berniat jahat.

"Ia adalah satu tindakan anarki. Tiada bezanya dengan penipuan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar di Jakarta yang menipu tentang kapal selam Scorpene negara kononnya tidak boleh beroperasi," katanya dalam http://bigdogdotcom. wordpress.com/ hari ini.

Buku tersebut dilancarkan di ibu negara pada 11 Disember lalu dan dilancarkan sekali lagi di London tiga hari kemudian.

Di samping ulasannya sendiri, Zakhir turut mengemukakan pautan kepada komen Dzirhan mengenai penipuan Pengarah Suaram tersebut.

Dalam komennya, Dzirhan mendedahkan bahawa petikan Kia Soong mengenai tulisan Bob Karniol dari Jane's adalah palsu serta disahkan sendiri oleh Karniol yang merupakan bekas majikannya di majalah berkenaan.

Nota kaki yang dikemukakan Kia Soong antara lain berbunyi: "Apakah impak pembelian Skuadron Nombor 1 Malaysia berbanding pesanan yang dilakukan India ke atas Su-30S (atau pelan pembangunan China untuk membina J-10)."

Menurut Dzirhan, Karniol sendiri telah menghubunginya melalui e-mel dan menegaskan beliau tidak pernah menulis petikan sebegitu dalam tulisan bertajuk Arms resurgence in Southeast Asia yang disiarkan portal The Straits Times pada 15 Mac lalu.

Kata Dzirhan, Kia Soong juga melakukan kesalahan besar dengan menulis tentang kehilangan dua enjin pesawat Sukhoi SU-30MKM negara dalam buku itu, kerana beliau percaya penulis tersebut sebenarnya merujuk kepada enjin pesawat F-5E.

Tambahnya, Kia Soong juga menipu apabila mempromosi untuk mendedahkan banyak perkara menerusi buku itu namun ia hanya bersandar kepada berita lama yang telah diterbitkan oleh majalah serta akhbar dari dalam dan luar negara.

Justeru, Zakhir dan Dzirhan menasihatkan Kia Soong yang masih merupakan ahli DAP supaya mengemukakan soalan berkaitan pertahanan negara kepada 78 ahli Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat, untuk diperdebatkan dengan anggota Parlimen kerajaan.

Menurut mereka, sesebuah buku pertahanan harus ditulis dengan berhati-hati, berniat baik serta berpengetahuan dan tidak dibuat berdasarkan emosi atau memenuhi agenda tertentu.

Monday, December 27, 2010

1000x lebih genius daripada yahudi!!!



Mulai hari ini The Flying Kick mengisytiharkan sokongan kepada Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS yang bijak laksana dan pandai yang keterlaluan. Dengan ini juga, The Flying Kick mengumumkan, tidak ada sapa-sapa dalam Malaysia ini yang mampu menandingi kegeniusan otak Mahfuz yang berpandangan jauh, dan sangat berwawasan.

Kenyataan Mahfuz bahawa ganjaran yang diberikan oleh FELDA kepada para peneroka sangat kecil berbanding sumbangan yang mereka berikan sehingga Pengerusi FELDA kaya raya dan perolehan FELDA sangat besar, SANGAT-SANGAT DISOKONG.

Begitu juga kenyataan Mahfuz bahawa kalau pun pasukan bola sepak Malaysia kalah pun tidak mengapa kerana mereka telah bermain bersungguh-sungguh... lainlah macam UMNO yang menang pun kerana RASUAH... SANGAT-SANGAT DISOKONG.

Kepada pro-UMNO yang melabelkan Mahfuz sebagai BONGOK KETERLALUAN, BAHLOL, BODOH BENGONG, GILA NAK BERCAKAP, AKAL LETAK KAT LUTUT dan sebagainya, The Flying Kick adalah dengan ini menasihatkan anda semua agar menarik kembali ungkapan-ungkapan anda itu kerana sesungguhnya MAHFUZ OMAR adalah SANGAT BIJAKSANA sehinggakan tak cukup kalam dalam dunia ini untuk mencatatkan kebijaksanaannya!

Kepada mereka yang mengatakan Mahfuz Omar GILA PUBLISITI, KAKI BUSUK, CAKAP MACAM BUDAK TADIKA TERBERAK DALAM SELUAR, TERINGIN NAK JADI PRESIDEN PAS SEKALIPUN TAK PASS SRP, BERCITA-CITA JADI MENTERI WALAUPUN KIRA-KIRA BENGAP NAK MAMPUS, sila tarik kembali kata-kata anda kerana Mahfuz Omar sentiasa berhati-hati apabila menuturkan kata-katanya dan setiap kata-katanya membawa maksud 100 tahun akan datang. Dengan kata lain, lebih advanced daripada sebarang pemikiran yang pernah wujud dalam dunia ini.

Sepatutnya, Mahfuz Omar disayangi bukannya dicaci. Dia sangat prihatin kepada para peneroka, sekalipun sebelum ini, dia sendiri pun tidak kenal mana satu kelapa bali, mana satu buah sawit dan mana satu buah geduak. Sepatutnya juga, Mahfuz diberikan ruang agar dapat menerangkan kepada masyarakat, bagaimana FELDA menjalankan operasi dan menjana pendapatan daripada kelapa sawit dan getah serta 17% daripada keseluruhan peneroka yang menjual hasil di luar tetapi claim kat FELDA.

Tolong jangan caci Mahfuz Omar sebab dia adalah PEMIMPIN KESAYANGAN The Flying Kick dengan harapan suatu hari nanti, dia mampu menjadi Mursyidul Am sebagai bukti kepada sabdaan yang sering digunakan sebagai kiasan oleh Ahli al-Muntahi, 'Kalung mutiara di tengkuk babi!'



sumber:http://theflyingkick.blogspot.com

Wasiat Nenek Bedah Jongang

bedah jongang said...

Nenek aku orang PAS. Dia kata."kalau sokong pas,kita akan senang bila kita mati(masuk syurga).Kalau kita undi BN kita akan senang di dunia.Jadi kita mesti senang di dunia dan akhirat"

Sekarang undi BN. Dah mati nanti undi PAS.

EHHHH Biar betul Nek.

p/s : Kepada Pengundi-pengundi PAS...Betul tak pesan nenek Bedah Jongang!!!

satu komen menarik dr blog Srikandi7

NYAWA PEMAIN BOLASEPAK MALAYSIA DALAM BAHAYA. FAM WAJIB DESAK UBAH LOKASI.




Selamatkah Nyawa Pemain dan Pegawai kita???

Terbalik lagi:Selamatkah Bas Dua Tingkat???

KUANTAN 26 Dis. - Lagi nahas membabitkan bas ekspres dua tingkat. Mujurlah kali ini, tiada nyawa yang terkorban.

Seramai 39 penumpang bas ekspres dua tingkat melalui detik cemas apabila bas yang mereka naiki terbabas ke laluan bertentangan sebelum terbalik ke dalam parit di Kilometer 363 Jalan Raub-Bentong awal pagi ini.

Bagaimanapun, penumpang bas yang dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke Kuala Lumpur itu bernasib baik kerana kejadian pada pukul 5.20 pagi itu tidak melibatkan kehilangan nyawa.

Ketua Polis Daerah Raub, Supritendan Wan Mohd. Samsudin Wan Osman berkata, lapan orang termasuk seorang kanak-kanak berusia empat tahun cedera dalam kemalangan tersebut.

"Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Raub (HR) untuk menerima rawatan. Enam daripada mereka sudah dibenarkan pulang.

"Dua mangsa lagi yang mengalami kecederaan parah iaitu patah tulang rusuk dan kecederaan di perut masing-masing ditempatkan di wad HR dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada 20 Disember lalu, negara dikejutkan dengan nahas terburuk membabitkan sebuah bas persiaran membawa 35 penumpang warga Thailand.

Dalam nahas itu, seramai 28 maut termasuk seorang daripada mangsa meninggal dunia hari ini apabila bas itu terbabas dalam terbalik ke dalam longkang di Jalan Simpang Pulai, Cameron Highlands.

Menurut Wan Mohd. Samsudin, kemalangan itu berlaku selepas pemandu dipercayai gagal mengawal kenderaan kerana keadaan jalan licin akibat hujan dan gelap.

"Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, pemandu dipercayai tidak dapat mengawal kenderaannya sehingga terbabas ke laluan bertentangan sebelum terbalik ke dalam parit.

"Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pemeriksaan ujian air kencing ke atas pemandu didapati negatif," jelasnya.

Sebelum kejadian, kata beliau, bas berkenaan membawa seramai 44 penumpang termasuk pemandu dan kelindan.

"Semasa dalam perjalanan kira-kira pukul 4.30 pagi, bas itu melalui pemeriksaan dalam sekatan jalan raya di Benta, Lipis dan anggota penguat kuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menahan tiga daripada penumpang kerana didapati positif dadah," ujarnya.

TERKINI - Senarai Pengerusi Dan Timbalan Pengerusi BN Negeri

1.PERLIS
PENGERUSI - YAB DATO' SERI DR. MD ISA BIN SABU
TIMB. PENGERUSI - YB DATO' SERI SHAHIDAN KASSIM



2. KEDAH
PENGERUSI - YB DATO' PADUKA AHMAD BASHAH MD HANIPAH
TIMB. PENGERUSI - YB DATO' MUKHRIZ BIN TUN MAHATHIR



3. KELANTAN
PENGERUSI - YB DATO' SRI MUSTAPA BIN MOHAMED
TIMB. PENGERUSI - YB SEN. DATO' DR AWANG ADEK HUSSIN



4. TERENGGANU
PENGERUSI - YAB DATO' SERI AHMAD BIN SAID
TIMB. PENGERUSI - YB YAHYA BIN KHATIB MOHAMAD



5. PULAU PINANG
PENGERUSI - YBHG DATO' HJ ZAINAL ABIDIN HJ OSMAN
TIMB. PENGERUSI - YB SENATOR DATUK HAJI MUSA HJ SHEIKH FADZIR



6. PERAK
PENGERUSI - YAB DATO' SERI DR. ZAMBRY B. ABD KADIR
TIMB. PENGERUSI - YB DATO' SERI HJ AHMAD HUSNI HANADZLAH



7. PAHANG
PENGERUSI - YAB DATO' SRI ADNAN BIN YAAKOB
TIMB. PENGERUSI - YB DATO' HJ MOHD SHARKAR SHAMSUDIN



8. SELANGOR
PENGERUSI - YAB DATO' SRI MOHD NAJIB TUN HJ ABDUL RAZAK
TIMB. PENGERUSI - YB DATO' SERI NOH B. OMAR



9. W.PERSEKUTUAN
PENGERUSI - YAB TAN SRI DATO' MUHYIDDIN MOHD YASSIN
TIMB. PENGERUSI - YB. SEN. DATUK RAJA NONG CHIK DATO' RAJA ZAINAL ABIDIN



10. NEGERI SEMBILAN
PENGERUSI - YAB DATO' SERI UTAMA MOHAMAD HASSAN
TIMB. PENGERUSI - YB DATO' SHAZIMAN HAJI ABU MANSOR



11. MELAKA
PENGERUSI - YAB DATUK SERI MOHD ALI B. MOHD RUSTAM
TIMB. PENGERUSI - YB DATUK WIRA ABU SEMAN B. YUSOP



12. JOHOR
PENGERUSI - YAB DATO' HAJI ABDUL GHANI B. OTHMAN
TIMB. PENGERUSI - YB DATUK DR. HJ ABDUL LATIFF HAJI AHMAD



13. SABAH
PENGERUSI - YAB DATUK SERI PANGLIMA MUSA HJ AMAN
TIMB. PENGERUSI - YBHG DATUK SP MOHD SALLEH TUN SAID

Saturday, December 25, 2010

ANUWAR Memang Hebat Tetapi Mahu Kita Jadi ANUWAR!

Teman nak tutup pesan ini dengan satu kisah benar, supaya sahabat-sahabat PAS tahu betapa liciknya Anwar dengan kelentong, temberang dan putarbelitnya.

Kisah ini berlaku melibatkan Almarhum Tun Ghafar. sebelum pemergian Almarhum. Anwar pada masa itu hendak meyakinkan kami termasuk teman bahawa UMNO menyokong dia, dan mahu bersama dengan dia. Dan untuk meyakinkan kami termasuk teman, Anwar memberitahu kami Almarhum Tun Ghafar beriya-iya meminta mahu berjumpa dengan Anwar secara rahsia dirumah, untuk meminta maaf dan untuk menyatakan sokongan kepada Anwar. Anwar kata walaupun dia marah dengan Almarhum Tun Ghafar, tetapi demi kesatuan Melayu dia sanggup membuang segala kesalahan Almarhum Tun Ghafar dan berjumpa dengan Tun. Kami semua agak terkejut kerana tidak terfikir ianya akan berlaku. Tetapi apabila mendapat maklumat sah bahawa memang akan ada perjumapaan diantara Anwar dengan Almarhum Tun Ghafar dirumahnya di Bukit Pantai (tak silap teman selepas raya puasa, mungkin raya ketujuh), kami termasuk teman termakan cerita Anwar.

Wamakaru wamakarallah, wallah hukhoirul maakiriin - pembohong merancang dan ALLAH merancang, dan rancangan ALLAH mengatasi segalanya.

Nak jadi cerita, ada seorang diantara kami terserempak dengan Sdr. Zahid Mat Arip, bekas Naib Ketua Pemuda AMK dan cucu Almarhum Tun Ghafar disebuah pasaraya. Maka kawan kami ni pun bersalam dan mengucapkan tahniah kepada Zahid kerana Almarhum Tun Ghafar sudah bertaubat dan mahu berjumpa dengan Anwar dan meminta ma'af kepada Anwar atas kesilapan yang berlaku dan akan menyokong Anwar. Siap nak berjumpa secara rahsia dirumah Tun di Bukit Pantai.

Merah padam dan menyinga marah lah Zahid. "Cilaka punya Anwar, bapak pembohong betul haramjadah ni!!". Siapa yang kenal Zahid tahulah mulut lazer dia. Zahid pun berceritalah kepada kawan kami ni apa sebenarnya berlaku. "Anwar yang mintak sangat nak jumpa Pak Ghafar bulan puasa ni. Katanya nak mintak maaf sebab kesalahan dia mengkhianati Pak Ghafar tahun 1993 dulu". Zahid memulakan cerita. "Jadi Anwar mintak sangat aku aturkan, dan dia sanggup kerumah Pak Ghafar di Bukit Pantai", tambah Zahid. "Jadi akupun jumpalah Pak Gahafar dan bagitahu Anwar nak jumpa ni, nak minta maaf pasal khianat tahun 1993 dulu. Atok ok ke?" tanya Zahid kepada Pak Ghafar. "Boleh percaya ke tu Zahid, Anwar ni banyak autanya, aku bukan tak tahu" sinis Pak Ghafar kepada Zahid. "Tapi kali ni dia betul-betul Atok, bersungguh dia minta, dia sanggup datang rumah Bukit Pantai ni jumpa Atok secara rahsia pun takpe, sebab dia tak mahu PM pandang serong kat Atok nanti (masa tu Pak Lah PM)".

Pak Ghafar pun sebagai orang tua yang sayangkan cucu, bersetuju. "Macam tu jumpa lepas raya ajelah, bulan puasa orang ramai kat rumah. Lepas raya pun biar lambatkan sikit, sebab awal-awal raya anak cucu semua datang. Buat raya ketujuh aje, orang pun dah takde". Begitu pandangan jujur Almarhum Tun Ghafar. Maka Zahid pun terus dengan gembira memaklumkan kepada Anwar persetujuan Pak Ghafar itu. Anwar punya gembira kata Zahid, sampai kata "tolong rahsiakan jangan sampai UMNO tahu, kita kena jaga Pak Ghafar tu".

Kawan yang mendengar pendedahan itu melopong mendengarnya dan menyampuk, "tapi Zahid, itu bukan apa yang Anwar bagitahu kami. Dia kata Pak Ghafar yang nak jumpa untuk mintak maaf, dan dia bersedia walaupun dia sebenarnya malas nak layan Pak Ghafar" dedah kawan kami yang mendengar cerita Anwar itu. Menyingalah Zahid, lalu dia suruh kawan tu telefon Anwar masa tu juga dan bila dapat cakap "kepala ... you lah Anwar, you suruh I atur you nak jumpa Pak Ghafar untuk mintak maaf, sekarang you cerita lain pada orang yang Pak Ghafar yang nak jumpa jumpa you dan nak mintak maaf serta menyokong you. Pigi jahanamlah you Anwar. You ni memang political animal lah, haiwan politik!!". Maki Zahid kepada Anwar lalu menghempas telefon.

Zahid terus menghubungi Almarhum Tun Ghafar dan menceritakan apa yang berlaku. Dan Tun Ghafar jawab, "dah agak dah tu, Anwar ni memang kaki kelentong". Dan kawan kita yang berjumpa Zahid tu menceritakan bagaimana dia dimaki oleh Anwar kerana menceritakan hal itu kepada Zahid. Dan kawan itu, seorang pemimpin kanan PKR hari ni dah pun keluar daripada PKR kerana menyedari kelentong dan putar belit Anwar. Siapa kawan itu, biarlah ia menjadi rahsia kami. Tapi Anwar tahu siapa yang dimaksudkan. Semoga ALLAH mencucuri rahmat kepada Almarhum Tun Ghafar.

Begitulah secebis kisah bagaimana mainan politik putar belit dan kelentong Anwar. Itu belum teman cerita macam mana Anwar kelentong Khairy Jamaludin sampai menantu Pak Lah tu datang kerumah Anwar dimalam selepas pembebasan dari penjara Sg. Buloh untuk menyerahkan paspot kepada Anwar, dan bagaiaman Anwar gunakan kedatangan Khairy itu sampai hari ni Khairy letih nak kena jawab. Kalau ada masa lain kali kita cerita pulak yop.

Apahal pun, teman berharap sangat supaya sahabat-sahabat didalam PAS, daripada kepimpinan parti, para ulama', ustadz dan da'i serta ahli akar umbi supaya janganlah terpedaya dengan mainan politik jijik, kotor dan penuh dengan kelicikan dan tipudaya ini. Kalau boleh boikot sahaja Konvensyen esok. Tapi kalau terpaksa pergi juga, jangan lupa dapatkan pengesahan, penjelasan dan komitmen terbuka Anwar, Kitsiang, Karpal Singh dan Wan Azizah tentang isu-isu yang teman kemukakan diatas.

Semoga ALLAH memelihara aqidah dan tauhid kita, dan menganugerahkan istiqomah kepada kita dalam perjuangan yang semakin mencabar ini. Segala yang baik datangnya daripada ALLAH, yang tidak itu kelemahan teman sendiri.

Wallahua'lam & Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
12 Muharram 1432
18 Disember 2010

p/s: ANUWAR memang hebat tetapi sanggupkah kita menjadi ANUWAR!!!!!

Amanat Terakhir: Jangan percayakan UMNO dan orang Melayu.

Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee


MALAYSIAINSIDER dan beberapa akhbar bukan Melayu, bertungkus lumus mendapatkan "fakta" dengan "menemubual" rakyat Malaysia bukan Melayu yang bekerja di luar negara. Seperti biasanya taktik mereka, komen-komen yang negatif terhadap Malaysia dilemparkan, seperti ketidakadilan sosial, keburukan dasar kerajaan dan berbagai lagi komen negatif yang menyakitkan.

Terbaru, akhbar The Sun menemubual dua orang ahli sejarah bukan Melayu, tanpa mendapatkan maklum balas daripada ramai lagi sejarawan Melayu mengenai buku teks sejarah sekolah menengah yang dikatakan telah "diselewengkan" faktanya, terutama berkaitan sumbangan bukan Melayu. Persoalan saya, kenapa baru sekarang dibangkitkan, kenapa tidak sejak dahulu lagi sebelum 2008? Apakah subjek sejarah itu hanya bercakap soal sumbangan kaum semata-mata? Bagaimana dengan fakta-fakta teras sejarah sesebuah negara?

Secara kebetulan pula, saya berkesempatan mengikuti Persidangan Nasional Paradigma Baru Perpaduan Bangsa yang dianjurkan oleh Majlis Profesor Negara di bawah kluster sejarah, warisan dan sosio-budaya. Saya mengikuti pembentangan sejarah asas Tanah Melayu daripada profesor tersohor negara yang begitu meyakinkan. Yang saya pelik, kenapa profesor tersohor sejarah ini tidak dicari oleh wartawan media tersebut? Sedangkan kajian mereka terhadap bahan sejarah Melayu merentasi sempadan sehingga ke luar negara. Begitulah dalamnya mereka menggali ilmu sejarah dengan melakukan penyelidikan rapi. Negara kita juga mempunyai profesor sejarah tersohor bukan Melayu seperti Tan Sri Khoo Kay Kim. Kenapa pendapat beliau tidak diminta? Jawapannya mudah, pendapat Khoo Kay Kim tidak selari dengan media perkauman tersebut. Inilah perancangan halus yang mesti diketahui oleh kita semua.

Trend pemberitaan stereotaip media sebegini sudah dijangka. Bukan suatu perkara baharu. Semua yang dilakukan kerajaan tidak betul. Niat mereka hanya satu, mahu memastikan kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang pada pilihan raya akan datang, selepas itu mudahlah mereka untuk mengubah fakta dan sejarah. Sebelum tibanya hari pilihan raya itu, maka tekanan demi tekanan diberikan kepada kerajaan, bagi "membuka" hati rakyat agar menolak BN.

Bagi memenuhi niat serakah tersebut, setiap ucapan pemimpin-pemimpin BN akan dinilai dan diberikan perhatian satu-persatu. Tersalah cakap, buruk padahnya, akan segera disensasikan dan dipaksa supaya meminta maaf. Sedangkan Namewee, bukan sahaja tidak disuruh minta maaf, malahan disanjung dan dijunjung. Apakah kita masih buta?

Perlu diingatkan bahawa sejarah negara tidak hanya boleh dirujuk kepada perjuangan menentang Jepun dan komunis semata-mata. Begitu juga dengan sumbangan Yap Ah Loy dalam membangunkan Kuala Lumpur, tetapi semua itu tidak percuma. Setiap usaha dibalas dengan kekayaan hasil bumi bertuah ini.

Berbeza dengan mereka yang mempertahankan tanah air daripada berterusan dijajah sehingga nyawa menjadi gadaian. Sumbangan siapakah yang lebih besar dan patut ditonjolkan? Saya tidak fikir perjuangan menentang komunis dan Jepun itu perlu diperbesarkan sangat. Ini disebabkan ada sejarah tersurat dan tersirat yang perlu kita kaji di sebalik penentangan ini, yang kadangkala sengaja disembunyikan bagi menonjolkan kehebatan tokoh-tokoh tertentu yang dipilih. Saya tidak perlu ceritakan kerana saya telah jelaskan dalam artikel-artikel yang lalu, seperti kenapa Jepun memusuhi Cina (bukan Melayu) dan kenapa komunis serta MPAJA menentang Jepun?

Sebab-musabab ini perlu juga dijelaskan dengan rapi. Apakah benar tokoh-tokoh ini mempertahankan tanah air atau mempertahankan diri semata-mata? Adakah semangat nasionalisme mereka sebegitu kuat berbanding Leftenan Adnan dan Kanang anak Langkau (Iban Sarawak). Sudah tentu saya tidak perlu ceritakan tokoh-tokoh lain sebelum itu seperti Banting, Sharif Masahor, Rentap (Sarawak), Mat Salleh dan Antanum (Sabah). Saya sengaja tidak menyebut tokoh-tokoh Melayu bagi mengelakkan saya dituduh lebih Melayu dari Melayu.

Tahun lalu, perkara yang sama dibangkitkan, termasuk ketua pemuda MCA. Segelintir ultra kiasu ini tidak habis-habis mahukan watak seperti Lim Bo Seng, Gurchan Singh dan Sybil Karthigesu direkodkan sebagaimana Leftenan Adnan yang diberikan perhatian berserta fotonya sekali.

Cubalah buat perbandingan bagaimana Singapura menunggang terbalikkan sejarah negeri itu yang menjadi sebahagian Tanah Melayu suatu ketika dahulu dan kedudukannya di kepulauan Melayu? Sehinggakan sikap ultra kiasu turut diwasiatkan oleh mendiang Madam Kwa (isteri Lee Kuan Yew), mengingatkan suaminya sebelum meninggal, supaya jangan percayakan UMNO dan orang Melayu. Begitu dahsyatnya golongan Belanda minta tanah ini memutarbelitkan sejarah bumi Melayu.

Saya mengagumi ramai ahli sejarah yang kononnya "berwibawa" melakukan kerja-kerja penyelidikan dan penerbitan sejarah dengan begitu baik. Apa yang menggusarkan saya adalah mengenai tujuan tersirat dan tersurat yang pada permukaannya nampak begitu baik, namun di sebaliknya terselit agenda tertentu. Memang tidak dinafikan juga ramai tokoh sejarah yang layak ditonjolkan. Namun, jika semua individu tertentu mahu dimasukkan, atas dasar semangat 1Malaysia, dibimbangi sudah tidak jadi buku teks lagi.

Catatan sejarah

Agaknya pada bahagian manakah dalam banyak-banyak catatan sejarah negara ini yang sebenarnya ada dalam minda kumpulan ultra ini? Bagaimana pula dengan era sebelum kependudukan Jepun? Adakah ia tidak penting disebabkan hanya orang Melayu sahaja yang mempertahankan tanah air ini daripada penjajah British, Belanda dan Portugis. Apakah pada pandangan "ahli sejarah" tersebut? Berapa ayat atau halamankah yang perlu dituliskan?

Sorotan semua peristiwa sebegini sepatutnya membuka mata kita semua bahawa kita jangan terlalu berharap kepada orang lain untuk membangunkan bumi tercinta ini. Biarlah mereka yang faham sejarah dan yang setia sahaja yang tinggal. Kita perlu menghargai mereka yang setia, kerana setia itu adalah asas kepada patriotisme.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan keseronokan dan kebebasan, biarkan sahaja. Saya yakin, Perdana Menteri mahukan bakat yang berada di luar itu mempunyai semangat patriotisme yang tinggi kepada negara. Walaupun mereka berada di luar, mereka tidak pernah memburuk-buruk negara kita. Berbanding dengan mereka yang berada di dalam negara, tetapi menjadi duri dalam daging dan musang berbulu ayam.

Saya tidak kisah sama ada mereka yang bekerja di luar negara akan kembali atau tidak, kerana pada saya kesetiaan kepada negara itu yang paling penting, berbanding tenaga yang mengalir ke luar. Apa ertinya tenaga tersebut dipanggil balik jika kesetiaan tidak ada dan asyik mengungkit agar perkara-perkara sensitif dihapuskan. Itu lebih bahaya daripada mereka terus tinggal di luar negara. Jika kesetiaan itu sudah tiada, balik pun tidak ada ertinya. Kerana semangat patriotisme bermula dengan kesetiaan.

Biarlah mereka mencari kebahagiaan di luar sana. Saya yakin mereka yang setia akan kembali jua akhirnya. Mungkin buat masa ini mereka ada komitmen dan perancangan tertentu. Yang perlu dipanggil balik adalah mereka yang setia, bukannya yang ultra kiasu dan tidak mengenang budi.

Saya yakin, pandangan saya ini akan dikatakan sebagai merosakkan gagasan 1Malaysia. Hari ini gagasan 1Malaysia tidak lagi dilihat sebagai pelan tindakan kerajaan untuk membangunkan dan menyatupadukan rakyat mengikut fakta sejarah, tetapi gagasan ini dijadikan batu loncatan untuk mendapatkan kepentingan dan nafsu kaum masing-masing.

Buktinya begitu jelas, DAP mencabar Perdana Menteri supaya melantik bukan Melayu menjadi Timbalan Perdana Menteri. Sedarlah diri wahai DAP, bumiputera Sabah dan Sarawak lebih layak untuk jawatan tersebut. Saya cadangkan pemimpin DAP tersebut membawa idea ini ke China atau India, supaya mendesak mereka melantik Timbalan Perdana Menteri di kalangan bangsa yang sama tetapi beragama Islam? Apakah pandangan ini akan diterima?

Sama juga desakan MIC supaya kerusi menteri penuh diberikan kepada presiden MIC yang baru dilantik, tanpa menganggu-gugat jawatan menteri Kabinet wakil India yang sedia ada. Persoalan saya, kerusi siapakah yang patut dikorbankan? Fikir punya fikir, akhirnya kerusi UMNO juga yang menjadi mangsa kerana orang lain sudah tentu tidak mahu mengalah? Sedikit diambil maka hebohlah satu Malaysia.

Berpada-padalah wahai rakyat 1Malaysia. Kerusi yang dimenangi oleh MCA dan MIC majoritinya adalah undi ehsan orang Melayu.

Bila ANUWAR jadi PM

Harga barang naik..rakyat marah...BN kalah Pru 13...ANUWAR jd PM..semua barang turun...minyak 1L 20sen, kereta 2 ketegori je paling murah RM5K paling Mahal RM20K, Rumah kategori RM50K bagi free kat semua rakyat,,,letrik bayar pukal 1 bln rm2, air kira tong drum..1 tong=1 sen..pendidikan free sbb semua U dah tukar jd UNISEL..PTPTN dibubarkan..barang2 makanan n keperluan asas free..ambik kat semua pasaraya besar sbb ANUWAR dah subsidikan..satu je rakyat hairan sebab x kurang malah mungkin bertambah,,,KOPI BOY!!!!

Shah Rukh Khan Rai "Anugerah ALLAH"

Dr Mahathir jadi tetamu kehormat Shah Rukh Khan

2010/12/25
NEW DELHI: Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Mumbai menjelang Hari Krismas, beliau akan menjadi tetamu kehormat bintang pujaan Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan.

Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, kedua-duanya kini melakukan lawatan peribadi ke India, tiba di pusat kewangan India semalam, dan Shah Rukh Khan menjadi tuan rumah kepada negarawan ulung itu.
“Apabila beliau dapat tahu saya akan datang ke India, beliau kata saya mesti pergi ke Bombay (Mumbai).
“Beliau lebih kepada seorang sahabat daripada peminat. Saya kenal dengannya sudah agak lama. Filem terakhir beliau yang saya tontoni ialah My Name is Khan," kata Dr Mahathir.

Shah Rukh Khan dijangka menganjurkan jamuan petang istimewa untuk meraikan pasangan itu di kediamannya di Mumbai, hari ini.

Sepanjang lawatan dua hari beliau ke Mumbai, Dr Mahathir dijadual melawat ke Yash Raj Film Studio yang juga studio filem terulung India.

Dr Mahathir adalah tokoh kedua bertemu Shah Rukh Khan dalam tempoh kurang seminggu, selepas Presiden Russia, Dmitry Medvedev, mengadakan pertemuan dengan aktor terkenal itu di Mumbai, Rabu lalu.
Medvedev melakukan lawatan rasmi ke India minggu lalu.

Konsul Besar Malaysia di Mumbai Wan Zaidi Wan Abdullah juga akan meraikan kunjungan kenamaan itu pada satu majlis jamuan malam.

Dr Mahathir akan menamatkan lawatannya ke India dengan mengunjungi Kerala selepas Mumbai. Beliau turut menemui Perdana Menteri India, Manmohan Singh di Delhi. – BERNAMA

Friday, December 24, 2010

Janji 100 Hari Pakatan Rakyat : Nasihat Khir Toyo

Khir Toyo menasihati UMNO-BN agar tidak mengambil mudah dengan janji-janji Pakatan Rakyat terutama Janji Jenin 100 Hari yang diisytiharkan pada Ahad lalu. Menurutnya, sekalipun setiap janji Pakatan Rakyat, lawak sifatnya, bongok bunyinya dan bahlol amalannya, ramai pengundi yang mudah terpengaruh mendengar cerita-cerita Pakatan Rakyat.

Pada masa yang sama, Khir Toyo turut menasihati agar UMNO-BN tidak melakukan kesilapan dengan tidak memberikan perhatian terhadap apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Pakatan Rakyat dan dia telah mendasarkan natijah daripada sikap itu menerusi pengalamannya selaku Menteri Besar Selangor yang akhirnya kehilangan Selangor, sekalipun tidak kehilangan kerusi DUN Sungai Panjang.

Sewajarnya UMNO dan Barisan Nasional perlu memberikan perhatian yang lebih terhadap janji-janji pembohong Pakatan Rakyat. Sekalipun pelbagai janji mereka, termasuklah yang paling besar Gempar 16 September tidak pernah ditunaikan dan tidak pernah disebutkan semula, ramai lagi para pengangan dan pengimpi yang kekal menjadi penyokong mereka beranggapan, angan-angan itu boleh dijayakan dengan sekadar bercakap dan percaya cakap. Dan jumlah mereka yang gemar berangan-angan ini bukan sedikit... lebih-lebih lagi mereka adalah golongan muda yang bukan sahaja pemalas, tetapi juga bodoh, otak beku dan makan perlu bersuap!!!

Namun yang paling penting ialah, UMNO wajar mengenalpasti calon atau panglima terlebih awal untuk dihantar berperang. Panglima perang tersebut perlu sentiasa berperang dan bersedia untuk berperang, bukannya panglima-panglima penakut yang kecut telurnya, yang besar perutnya dan yang tinggi angan-angannya. Panglima-panglima sebegitu elok dibagi sahaja borang keahlian PAS, PKR dan DAP... suruh mereka berhijrah ke parti-parti pembangkang berkenaan.

Kesilapan paling besar UMNO-BN pada pilihanraya umum 2008 ialah beranggapan, para pengundi adalah bodoh kerana orang yang berpandangan sedemikian beranggapan mereka jauh lebih pandai daripada orang ramai... dan kalaulah Najib Abdul Razak ingin mengulangi 'kejayaan' 2008, buatlah dan ikutlah juga jejak langkah para panglima kecut telur, besar perut dan tinggi angan-angan tahun 2008... nescaya, UMNO dan BN sekadar tinggal nama di Selangor...

Gempar!MB Kedah Di Kafirkan oleh Penyokong PAS!

http://anwarpembohong.blogspot.com/2010/12/gemparmb-kedah-di-kafirkan-oleh.html

Azizan Abdul Razak menyampaikan Anugerah Penaung Tetap LIFE dan Anugerah Insaniah-IRTI LIFE 2010 kepada Dr. Mahathir Mohamad di Langkawi, semalam. - BERNAMA


Apabila ahli PAS melihat gambar Ustaz Azizan mengalungkan anugerah kepada Tun M,MB Kedah diserang hingga ada gerembolan pakatan menuduh beliau kafir,ada yang menyarankan agar beliau dihadapkan ke lembaga displin,ada yang desak di bincangkan dalam majlis Syura PAS.


Begitulah meroyannya apabila seorang menteri besar PAS memberi pengiktirafan kepada bekas pemimpin Umno dan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir.




Fobia dengan nama UMNO dan Tun Mahathir hingga sanggup mengkafirkan pemimpin mereka sendiri hanya kerana mengalungkan anugerah dan pengiktirafan kepada lawan.


Begitulah nasib pemimpin dan penyokong PAS,jika mana mana dari kalangan mereka yang cuba berbaik sangka dan bersetuju dengan pihak lawan ,maka terpaksalah berdepan dengan pelbagai tohmahan dan serangan yang kadang kala tidak masuk dek akal.


Mengkafirkan orang lain amat mudah dihukum oleh golongan ahli PAS,mereka sudah diasuh dan ditanam dengan sifat khawarij yang sentiasa melihat diri sendiri dengan penuh ujub dan takbur.


p/s bayangkan kalau Nik Aziz kalung hadiah pada Najib,kena kapir jugak kah Nik Aziz?

Penang:Cheap Minister Cabut Lari?

Selepas menuduh seluruh rakyat yang tidak menyokong pakatan bukan warganegara Malaysia ,kemudian berbohong kepada rakyat Pulau Pinang mengenai tender bumiputra.Guan Eng berlepas ke Kuala Lumpur dan terus cabut lari ke Peking China bersama ahli keluarganya.


Guan Eng memang dasar pengecut dan bacul,setiap kali menimbulkan kontraversi hanya balaci dan hamba suruhan saja yang mengambil tugas untuk menjawab kembali pembohongan dan putar belit beliau.


Adalah tidak mengejutkan apabila isu menuduh bangsa melayu bukan warga negara Malaysia ketika kongres menjadi panas hanya setiausaha akhbar beliau yang menjawap kembali bagi pihak beliau.


Mahu tidak mahu,Chew Ying Fan terpaksa berbohong untuk menyelamatkan ketuanya rasis chauvanist ultra kiasu Guan Eng.Hinggakan memberi penjelasan yang memperbodohkan rakyat Malaysia.:klik sini


Guan Eng bersama Bettey Chew dan 4 orang anaknya berlepas ke Peking,China pada Rabu 22/12/2010 untuk bercuti sakan selepas berhempas pulas memperbodohkan seluruh rakyat Pulau Pinang.


Sebelum itu,3 bulan yang lalu Guan Eng turut membawa seluruh ahli keluarga termasuk dinosour tua pakatan Uncle Kit dan kroni kroni bercuti menghabiskan wang rakyat Pulau Pinang di Shanghai:klik sini .Hari ini sekali lagi pergi bersama keluarganya bersuka ria di Peking China.


Adakah ini yang dikatakan Ketua menteri rakyat,bermuka muka kepada rakyat kononnya tidak boros ,cakap tak serupa bikin.


Pisau kata "Silap haribulan bercuti pun kontraktor yang sponsor...yer ker ??"

http://www.pisau.net/2010/12/penangcheap-minister-cabut-lari.html

Monday, December 6, 2010

Bila ANUWAR jadi PM

Harga barang naik..rakyat marah...BN kalah Pru 13...ANUWAR jd PM..semua barang turun...minyak 1L 20sen, kereta 2 ketegori je paling murah RM5K paling Mahal RM20K, Rumah kategori RM50K bagi free kat semua rakyat,,,letrik bayar pukal 1 bln rm2, air kira tong drum..1 tong=1 sen..pendidikan free sbb semua U dah tukar jd UNISEL..PTPTN dibubarkan..barang2 makanan n keperluan asas free..ambik kat semua pasaraya besar sbb ANUWAR dah subsidikan..satu je rakyat hairan sebab x kurang malah mungkin bertambah,,,KOPI BOY!!!!

Saturday, December 4, 2010

UMNO JAHAT 1

UMNO adalah sebuah parti politik yang jahat dari dulu sampailah sekarang terutama terhadap orang-orang Melayu, lebih-lebih lagi terhadap orang Melayu di luar bandar!!!!

Kejahatan UMNO terhadap orang Melayu bermula sedari orang Melayu berada dalam perut ibu lagi. Ibu mengandung dipaksa ke klinik kerajaan untuk memeriksa kesihatan anak dalam kandungan. Kalau tak pergi setiap bulan kena marah pulak dengan agen-agen UMNO (nurse denagn bidan le tu). Lepas tu siap bagi macam-macam ubat dan vitamin dan yang paling menyakitkan hati bila orang kampung kena bayar Ringgit Malaysia 100sen...MAHAL GILA TU!!!! Bila bersalin kat hospital kerajaan kena pulak RM20-30..itupun ada yang tak bayar..(kalau kat hospital swasta kena RM2-3 ribu je) ingatkan bila dah bersalin habislah urusan dengan UMNO ni...tapi agen-agen UMNO terus paksa bawa budak kecik secara berkala untuk disuntik macam-macam vaksin yang berharga beratus-ratus ringgit tapi orang kampung kena bayar lebih mahal.. Ringgit Malaysia 100sen...MAHAL GILA TU!!!!!!!!!
Woi UMNO...Orang Melayu tak heran le sebab orang Melayu terutama di luar bandar memang amat mementingkan penjagaan kesihatan dari dahulu lagi dan pendidikan kesihatan mereka teramatlah tingginya!!!. Kebanyakan Perempuan Melayu di kampung-kampung yang mengandung selalu pergi buat pemeriksaan kesihatan kat hospital-hospital swasta...sekali pergi kena charge lebih kurang RM150-RM200..bukannya mahalpun..orang Melayu kat kampung kaya-raya apa!!!!

Jahatnya UMNO!!!!

Thursday, December 2, 2010

UNTUK MEREKA YANG MENGAKU SEBAGAI MELAYU-BUMIPUTERA ATAU PRIBUMI SAHAJA!!!! YANG LAIN-LAIN, PI MAIN JAUH-JAUH

Jikalau anda berasakan anda adalah bangsa Melayu atau Bumiputera dan Pribumi yang masih memerlukan bantuan mahupun peruntukan daripada Perlembagaan Persekutuan, ini adalah masanya untuk meningkatkan atau mengubah destini anak bangsa dengan melanjutkan pengajian atau pelajaran ke UiTM yang diwujudkan oleh kerajaan, khas untuk Melayu dan Bumiputera (serta Pribumi) sejajar dengan akta yang digubal pada tahun 2000 yang menjadikan UiTM sebagai HAK EKSKLUSIF Melayu-Bumiputera-Pribumi.

Daripada 24 buah universiti yang wujud di seluruh Malaysia, satu-satunya universiti yang dikhaskan untuk Bumiputera-Melayu-Pribumi hanyalah UiTM. Manakala untuk kaum-kaum lain, mereka mempunyai pelbagai universiti yang dimiliki oleh taukeh-taukeh besar bangsa mereka sendiri, terutama yang dimiliki oleh entiti-entiti seperti Dong Jiong.

Berbekalkan kredit wajib untuk matapelajaran Bahasa Melayu, dan tiga kredit yang lain, anda (yang berbangsa Melayu-Bumiputera-Pribumi sahaja atau lebih tepat lagi yang bernaung di bawah KETUANAN MELAYU) sudah boleh memasuki UiTM sama ada untuk kursus pra mahupun diploma bagi kursus-kursus yang ditawarkan seperti perakaunan dan pra-sains (kejuruteraan dsbg)

Menurut Prof. Madya Mohd Hanafiah Harun yang memberi taklimat di Dewan Orang Ramai Taman Seri Raya, Ampang anjuran UMNO Bahagian Ampang, UiTM memperuntukkan sebanyak RM7.5 juta setiap tahun untuk 5000 orang pelajar semester baru.

Paling menarik apabila UiTM turut memberikan RM400 sebulan kepada para pelajar dari golongan miskin iaitu RM300 untuk duit poket, manakala RM100 untuk bahan kuliah. Apa yang diperlukan untuk pelajar-pelajar baru UiTM menikmati kelayakan ini ialah:

(1) Salinan keputusan SPM
(2) Salinan kad pengenalan dan surat beranak calon
(3) Salinan kad pengenalan dan surat beranak ibu bapa calon.
(4) Penyata pendapatan ibu bapa atau surat pengesahan pendapatan atau surat daripada KETUA BAHAGIAN UMNO atau AJK BAHAGIAN untuk mengesahkan ibu bapa calon mempunyai pendapatan kurang dari RM2000 sebulan.

Selain itu, UiTM tidak lagi mengenakan bayaran untuk borang permohonan kemasukan seperti universiti-universiti lain atau dengan kata lain, permohonan adalah PERCUMA. Selain itu, UiTM juga tidak mengenakan yuran tiusyen dan yuran kemasukan (untuk pelajar yang layak)

Paling menarik apabila UiTM memberikan peluang kepada calon-calon SPM dari tahun 2004 hingga 2009 untuk memohon dengan 4 kredit (Bahasa Melayu wajib). UiTM sedang berusaha untuk menyasarkan 16,000 orang akauntan Melayu yang sekarang jumlah mereka tidak lebih 1000 orang.

Segala-galanya hanya untuk Melayu-Bumiputera-Pribumi. Bagi yang mempertikaikan KEIKHLASAN UiTM yang ingin dibuka oleh PKR Selangor kepada bukan Bumiputera sebelum ini, ada baiknya cuba untuk memohon. Atau barangkali ada saudara-mara atau anak-anak yang dinafikan peluang melanjutkan pelajaran kerana kemiskinan, maka UiTM menyediakan peluang berkenaan.

Untuk Melayu-Bumiputera-Pribumi Selangor, 800 orang pelajar baru menjadi sasaran UiTM untuk dididik dan disediakan sebagai modal insan bagi pembangunan serta kemajuan BANGSA MELAYU-BUMIPUTERA-PRIBUMI setiap tahun.

Bagi yang berasakan malu untuk mengakui diri mereka sebagai Melayu, tidak perlulah menerima tawaran ini. Atau barangkali ada baiknya juga memohon di Universiti Tunku Abdul Rahman yang dimiliki oleh MCA, kerana di sana, TIDAK ADA MELAYU-BUMIPUTERA-PRIBUMI kecuali minoriti yang perlu mempunyai lebih merit untuk bersaing dengan pelajar-pelajar dari kaum Cina.

Anda sudah nampak mengapa PKR-DAP begitu bersungguh-sungguh ingin UiTM dibuka kepada golongan bukan Bumiputera? Anda sudah nampak mengapa akta yang digubal pada tahun 2000 yang memperuntukkan UiTM sebagai universiti eksklusif Melayu-Bumiputera-Pribumi berusaha dimansuhkan agar UiTM menjadi universiti terbuka?

Anda sudah faham bagaimana KETUANAN MELAYU berfungsi dalam kewujudan UiTM?

Wednesday, December 1, 2010

Yang ini barulah dinamakan 'ANUGERAH ALLAH"

MAHATHIR BUKAN ULAMA TETAPI ALLAH MEMILIHNYA UNTUK MASUK KE DALAM KAABAH
KISAH 1 : Lazatnya beribadah dalam Kaabah

Oleh DUSUKI AHMAD

AIR mata saya menitis, sayu, sedih dan hiba ketika melihat Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad merapat kemas mukanya ke multazam pintu Kaabah. Tidaklah diketahui apa yang beliau berdoa dan bermunajat. Tetapi yang jelasnya beliau amat bersyahdu.

Beliau, isterinya Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan beberapa orang pegawai pengiring baru saja selesai sembahyang isyak berjemaah, kemudian dibawa tawaf qudum/umrah dengan diiringi oleh ramai tentera kerajaan Arab Saudi.

Kebetulan malam itu - 21 Oktober 2002 - ialah malam Nisfu Syaaban. Kira-kira pukul 11 malam, rombongan Dr. Mahathir dibawa masuk ke dalam Kaabah. Lama juga beliau berada di dalamnya sehingga sempatlah beliau menunaikan sembahyang sunat pada empat penjuru Kaabah itu.

Saya merasai sayu dan hiba kerana dua tiga hari sebelum ini ketika berada di Riyadh dan di Jeddah, saya ditanya oleh ramai tokoh cendekiawan Islam tentang sebab-sebab mengapa Dr. Mahathir tidak bercadang lagi untuk menyambung perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri.

Mereka hairan bagaimana seorang pemimpin yang amat dihormati seperti Dr. Mahathir yang telah membuktikan kejayaan dalam pelbagai bidang telah membuat ketetapan untuk mengakhiri perkhidmatannya pada Oktober 2003.

Sikap seumpama ini tidak pernah berlaku dalam sejarah moden negara-negara Islam. Lebih-lebih lagi katanya, ``Umat Islam hari ini amat memerlukan pimpinan tokoh besar yang berwibawa seperti Dr. Mahathir, ketika nasib negara-negara Islam tidak menentu dan umatnya pula semacam mengambil sikap untuk tidak bersatu.''

Saya hanya menjawab pendek, ``Hanya Dr. Mahathir dan Allah yang mengetahui.''

Mereka tidak senang dengan jawapan itu. Mereka mahu sebab-sebab yang khusus. ``Seorang yang mendapat kurniaan Allah sebagai pemimpin yang berwibawa, dia harus amanah dan bertanggungjawab kepada orang ramai. Dia juga tidak boleh membiarkan pengikut-pengikutnya, rakyatnya dan negaranya kehilangan pemimpin.''

Saya memberi penjelasan, ``Kerana amanah dan tanggungjawablah maka Malaysia hari ini adalah negara paling aman dan selamat di rantau Asia dan Pasifik. Pentadbirannya baik, rakyatnya gembira, ekonominya kukuh dan politiknya stabil. Bahkan kita tidak ada masalah besar selain daripada penghijrahan haram kira-kira dua juta rakyat negara-negara jiran yang ingin menumpang hidup di Malaysia kerana tidak selesa di negara sendiri.

``Dan hari ini Dr. Mahathir sudah berjaya memastikan penggantinya dan menamakan seorang tokoh yang dapat menyambung dan menyempurnakan misi dan visinya.''

Beliau setuju dengan pandangan saya dan menegaskan, ``Dr. Mahathir adalah contoh mithali pemimpin Islam pada abad ini. Dan Malaysia adalah sebuah negara Islam yang paling subur untuk dakwah, pembangunan ummah dan penyebaran syiar Islam.''

Kehadiran Dr. Mahathir ke negara Arab Saudi pada 21 Oktober lalu adalah atas jemputan Putera Abdullah bin Abdul Aziz al-Saud, Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri pertama Arab Saudi. Dr. Mahathir dijemput memberi ucapan tentang pengalaman Malaysia dalam membangunkan ekonomi.

Tiba di Riyadh pada Sabtu 19 Oktober, Perdana Menteri disambut oleh Raja Salman bin Abdul Aziz, Gabenor Riyadh. Pada hari yang sama beliau diberi penghormatan menyampaikan ucaptama pada seminar yang bertemakan Wawasan Ekonomi Arab Saudi Sehingga Tahun 2020.

Seperti biasa, ucapannya mendapat sambutan luar biasa. Beliau memberi rangsangan masa depan negara Arab Saudi yang cemerlang dan gemilang. Katanya, Arab Saudi mampu menjadi kuasa besar dunia yang dapat menaungi umat Islam sejagat dan menjadi tempat berteduh negara-negara Islam yang ditindas.

Kadar pengeluaran minyak Arab Saudi sekarang adalah berjumlah 10 juta tong sehari yang memberikan hasil RM760 juta sehari atau RM277 bilion setahun. Dianggarkan kadar pengeluaran minyak Arab Saudi sekarang boleh bertahan selama 200 tahun lagi.

Beliau menyarankan supaya Arab Saudi menguasai bidang-bidang utama pengeluaran perindustrian, kewangan dan teknologi. Padang pasir dan bukit boleh disuburkan dengan tanaman melalui pengairan yang saintifik.

Beliau menegaskan bahawa pendapatan per kapita yang tinggi dan taraf hidup yang baik belum bermakna mencapai kemajuan jika sumber manusia tidak dapat dieksploitasi sepenuhnya.

Beliau mahu melihat Arab Saudi bukan saja menjual minyak mentah semata-mata, tetapi mencari jalan agar wujud nilai tambah yang maksimum kepada sumber minyak yang ada itu. Katanya, ``Minyak itu boleh diolah dan digarap menjadi barangan lain dan boleh dijual secara runcitan seperti yang dilakukan oleh syarikat-syarikat petroleum Shell, Mobil dan lain-lain. Harga runcitan tidak pernah jatuh walaupun ketika harga minyak mentah merudum.''

Ketika di Riyadh, Dr. Mahathir dikunjungi oleh Putera Abdullah bin Abdul Aziz al-Saud yang juga Perdana Menteri Pertama dan Putera Sultan bin Abdul Aziz al-Saud, Perdana Menteri Kedua yang juga Menteri Pertahanan Arab Saudi. Beliau juga mengunjungi Raja al-Malik Fahad bin Abdul Aziz as-Saud, raja bagi kerajaan Arab Saudi.

Pada hari kedua rombongan dibawa ke Jeddah dengan pesawat khas yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi. Di Jeddah juga Dr. Mahathir menemui ahli-ahli perniagaan dan kemudiannya dijemput ke rumah Syaikh Salleh Kamil di kawasan pembangunan yang indah di pinggir Jeddah yang diberi nama Durrah Al-Arus.

Ramai tokoh korporat dan ulama saya temui pada majlis-majlis bersama Dr. Mahathir sepanjang lawatan ke Arab Saudi. Setelah melihat sendiri air muka Dr. Mahathir dan mendengar sendiri ucapannya, maka seorang sahabat telah membisik ke telinga saya, ``Aktivis-aktivis Islam dan pendakwah hendaklah belajar daripada pengalaman yang lalu. Mengambil sikap bermusuh dengan pemerintah tidak akan memberi apa-apa faedah.''

Dikatakan ramai yang membenci Dr. Mahathir, tetapi berganda ramai yang menyanjunginya. Kerana itulah beliau mampu menjadi Perdana Menteri melebihi 20 tahun.

Mungkin beliau tidak popular bagi sesetengah orang. Apakah kerana adanya golongan tertentu yang hari-hari mencipta fitnah terhadapnya, lalu dianggapnya buruk belaka.

Siapakah pemimpin-pemimpin dunia dalam sejarah yang bersih daripada fitnah dan suci daripada pembenci? Bahkan makin tinggi dan mulia darjat kepimpinan seseorang itu maka bertambah subur fitnah terhadapnya dan bertambah biak golongan yang memusuhinya.

Sahabat yang berkenaan juga telah menegaskan kepada saya bahawa kesedaran Islam yang tinggi dan semangat juang yang kuat haruslah seiring dengan kefahaman yang sebenar.

Beliau menegaskan bahawa tamadun Islam tidak seharusnya berkisar dalam rangka bernostalgia dengan kehebatan lampau, tetapi haruslah mengambil kira kesesuaian masa kini dan masa depan.

Pada petangnya rombongan Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah dibawa ke Mekah al-Mukarramah untuk menunaikan umrah. Pada malamnya mereka diberi kesempatan memasuki Kaabah. Sudah tentu mereka yang berkesempatan memasuki Kaabah itu merasai indah dan lazatnya berada dalam Kaabah. Hanya Allah yang mengetahui tentang kenikmatan itu.

- Datuk Dusuki Ahmad ialah mantan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri. Beliau adalah cucunda kepada ulama terkenal Kelantan, Tok Selehor

KISAH 2

DATUK Seri Dr Mahathir Mohamad adalah pemimpin negara yang pernah dibenarkan pihak berkuasa Arab Saudi memasuki Kaabah ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah Al Mukarramah pada 1993.

"Perdana Menteri mengerjakan solat dalam rumah Allah itu dan turut berdoa tetapi apa yang didoakan beliau, tiada siapa tahu," cerita bekas pegawai waran Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Rosme Hassan, 45.

Apa yang pasti, katanya, Dr Mahathir sehingga kini dikurniakan kesihatan yang baik walaupun usianya sudah mencecah 77 tahun dan berjaya membangunkan Malaysia sehingga dikenali sebagai negarawan ulung negara.

Rosme yang bertugas dalam jet eksekutif Falcon-900 sebagai kuarter master udara antara 1985 hingga bersara pada 1993, berkata beliau dan beberapa ahli rombongan lain turut mengambil kesempatan itu memasuki Kaabah.

"Saya masih ingat ketika itu kira-kira jam 11.45 malam waktu tempatan, saya terlihat beberapa petugas di situ membawa tangga dan terdetik dalam hati hajat untuk memasuki Kaabah akan tercapai.

"Mereka kemudian meletakkan tangga di tepi dinding Kaabah dan kami dengan didahului Perdana Menteri menaiki tangga berkenaan untuk memasukinya. Sebaik berada dalam Kaabah, saya mendapati keadaan di dalamnya samar-samar tetapi apa yang pasti semua yang berada di dalamnya mengerjakan solat mengikut arah kiblat masing-masing kerana kita berada dalam Kaabah," katanya ketika ditemui di Langkawi.

Rosme berasal dari Kuala Sanglang, Kedah dan dibesarkan di Ipoh, Perak, menyertai TUDM pada 1973 dan bersara pada 1993.

Tugas Kuarter Master udara sama seperti pramugara atau pramugari yang melayani penumpang dalam pesawat biasa, cuma bezanya dengan tugas Rosme ialah beliau dipertanggungjawabkan melayani orang kenamaan yang mengikuti penerbangan menggunakan jet Falcon-900. Tiga juruterbang terlatih dan dua krew kabin menyertai setiap penerbangan ke luar negara dengan jet eksekutif itu yang sering digunakan untuk membawa pemimpin negara dan asing.

Menceritakan pengalaman yang sukar dilupakannya di Kaabah itu, beliau berkata, ramai orang Arab yang berada berhampiran Kaabah menarik-narik kain ihramnya dan apabila ditanya kenapa mereka berbuat demikian, orang Arab itu mengatakan mereka mahu mendapat berkat daripada rombongan negara.

Mereka menyifatkan rombongan daripada Malaysia sebagai bertuah dan dirahmati Allah kerana terpilih oleh-Nya memasuki Kaabah sedangkan tidak semua penduduk Arab mendapat peluang itu.

Keadaan yang agak gawat ketika itu, katanya, memaksa pihak berkuasa Makkah membuat pagar manusia bagi memberi laluan kepada rombongan Perdana Menteri.

Rosme berkata, beliau sebelum itu pernah singgah di Makkah bagi menyahut lambaian Kaabah bersama pemimpin negara yang lain tetapi tidak pernah berpeluang memasukinya.

Selain itu, katanya, ramai tidak tahu Dr Mahathir sebenarnya mampu mendaratkan pesawat dengan baik dan itu pernah dilakukannya beberapa kali.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berbuat demikian dengan ditemani juruterbang berpengalaman dan terlatih yang berada di sebelahnya.

Beliau berkata, tugasnya cukup mudah sepanjang mengikuti penerbangan bersama Dr Mahathir kerana beliau adalah seorang yang berdisiplin tinggi dan menghargai masa.

"Bagi hidangan pertama sebaik memulakan penerbangan, beliau lazimnya akan mengeluarkan bekalan yang dibawanya iaitu daging dinding, daging yang dihiris halus dan ditambah serbuk lada.

"Kemudian, barulah kami menyediakan hidangan seterusnya selepas masa makan ditetapkan beliau. Kami juga memaklumkan kepada isterinya, Datin Seri Dr Siti Hasmah Mohd Ali mengenai menu hidangan," katanya sambil menambah ada sebuah kamar dalam pesawat itu yang dilengkapi dapur untuk memanaskan hidangan.

Jika penerbangan mengambil masa lama, katanya, Dr Mahathir lebih suka duduk berseorangan dan tidak mahu diganggu sambil tangan mencatat sesuatu pada buku nota kecil. Beliau juga tidak mahu diganggu dengan bunyi muzik atau pemain visual dalam pesawat kerana mahukan keadaan yang senyap dan tenang.

Rosme berkata, Dr Mahathir juga pernah memasuki kokpit (kamar juruterbang) ketika penerbangan dalam negara dan bertanya juruterbang masa sampai ke destinasi dan keadaan cuaca ketika itu. Juruterbang juga akan menceritakan mengenai peralatan dalam kokpit.
Berdasarkan pengalamannya bersama Perdana Menteri Rosme berkata, beliau secara peribadi menghormati dan menyanjung tinggi keperibadian Dr Mahathir.

Justeru, katanya, cerita negatif yang diada-adakan menyentuh peribadi Dr Mahathir di luar negara disifatkannya sebagai karut semata-mata dan tidak lain hanya bertujuan menjejaskan kewibawaannya sebagai pemimpin ulung negara.

Yang ini barulah dinamakan 'ANUGERAH ALLAH"

Dr Mahathir di mata seorang pensyarah Rusia

Ketika kemuncak krisis kewangan di Asia Tenggara pada Ogos 1998, saya berkunjung ke Kuala Lumpur atas undangan Gabungan Persatuan Penulis Nasinal (Gapena) dan julung-julung kali melihat lapangan terbang antarabangsa KLIA yang baru dirasmikan.

Saya dengan hairan berkata: "Dan anda cakap anda mengalami kemelesetan ekonomi!"

Reaksi hampir sama saya lahirkan apabila timbalan ketua setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohd Azmi Razak (yang kebetulan saya kenali ketika masih belajar di Universiti Malaya pada 1970-an) dengan bangga menunjukkan Kompleks Sukan Bukit Jalil yang juga baru dirasmikan menjelang Sukan Komanwel.

Dalam mendepani kegawatan ekonomi ketika itu, tentu petandanya boleh dilihat dengan jelas. Tetapi pada amnya program pembangunan negara seiring dengan Wawasan 2020 terus dilangsungkan.

Sumbangan perdana menteri waktu itu Tun Dr Mahathir Mohamad dalam hal itu tidak boleh dinafikan. Mula-mula beliau mengambil tindakan melawan spekulator mata wang dengan menetapkan kadar tambatan ringgit yang stabil dan mengehadkan pengalirannya ke luar negara.

Strategi mengatasi krisis yang disusun perdana menteri - tanpa bantuan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) dan pertubuhan antarabangsa lain - ternyata amat berkesan. Lebih penting, strategi itu dilaksanakan sedemikian rupa sehingga tidak merugikan program sosial dan tidak pula memberatkan kedudukan orang biasa.

Pemandu teksi yang membawa saya dari KLIA mengungkapkan: "Mahathir seorang perdana menteri rakyat. Dia mementingkan bukan diri sendiri tetapi orang yang sekarang berada dalam kesempitan, iaitu rakyat jelata".

Pastinya fenomena keperibadian Dr Mahathir akan disoroti lama lagi. Tindakan seorang yang luar biasa selalu menarik perhatian, tambahan pula kalau beliau memang pandai menemui jalan keluar dari sebarang situasi, bahkan yang sepintas lalu kelihatan buntu.

Saya ingat pada akhir tahun 1980-an apabila, sebagai akibat formaliti undang-undang, Umno yang diketuainya menjadi seakan-akan tidak wujud. Dr Mahathir dengan pantas mendaftarkan parti itu dengan nama Umno (baru).

Seorang wartawan asing pernah mencatat situasi itu seperti berikut:"Mahathir seumpama dengan orang yang terjatuh ke dalam lubang tetapi bukan saja boleh keluar dengan selamat, malah menemui di sana harta karun".

Dr Mahathir juga pernah dinamakan sebagai doktor rakyat apabila, selepas rusuhan kaum pada Mei 1969, beliau disingkirkan daripada partinya dan kembali menyambung kerja di klinik.

Ia berpunca daripada surat yang ditulisnya kepada perdana menteri ketika itu Tunku Abdul Rahman Putra dan kerajaan, dengan menimpakan tanggungjawab berhubung rusuhan kaum itu kepada mereka - bertentangan dengan pendapat umum waktu itu.

Dr Mahathir tidak boleh secara langsung mengambil bahagian dalam politik tetapi beliau tidak dilarang menulis. Dan beliau menurunkan fikiran yang paling terpendam ke atas kertas.

Mengapa orang Melayu di negaranya sendiri tidak berpeluang menjalankan kehidupan selayaknya? Apa mesti dilakukan bagi meninggikan taraf ekonomi mereka dengan tidak merugikan hak kaum lain? Bagaimana hendak mencapai kesetaraan antara kaum?

Ia membawa kepada kesimpulan bahawa, penting mengembalikan orang Melayu ke bidang pengeluaran dan perdagangan seperti mereka didesak keluar akibat dasar penjajah yang menggalakkan imigrasi pekerja dari India dan China serta membekukan hubungan patriarki di kalangan Bumiputera luar bandar.

Tetapi membuat itu tanpa sokongan kerajaan adalah tidak mungkin. Kerana itu, beliau mencadangkan orang Melayu diberi bantuan ekonomi khusus.

Dilema Melayu, buku karangan Dr Mahathir, diharamkan tetapi ia masih sempat dibaca orang. Persoalannya, apa gunanya mengharamkan buku itu apabila rusuhan kaum 1969 menunjukkan bahawa sudah tiba masanya untuk menyelesaikan masalah kemunduran orang Melayu.

Kesan-kesan rusuhan, antaranya deretan kedai yang musnah dalam kebakaran di Jalan Bangsar dan sikap berhati-hati orang Melayu dan Cina terhadap satu sama lain - masih kelihatan ketara pada 1970 apabila saya bersama sekumpulan pelajar Russia julung-julung kali datang ke Kuala Lumpur.

Di Universiti Malaya, jarang dilihat pelajar-pelajar Melayu dan Cina bergaul bersama. Mereka juga mengelak membincangkan masalah politik. Betapa seriusnya hal itu dimengertikan oleh Tunku Abdul Rahman yang memilih untuk bersara.

Langkah itu boleh ditafsirkan sebagai kerelaannya mengambil tanggungjawab atas peristiwa Mei 1969 - satu pendirian berani!

Tun Abdul Razak Hussein yang menggantikannya ternyata memiliki pandangan yang sama dengan Dr Mahathir. Beliaulah yang menyusun Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan mengukuhkan kedudukan ekonomi orang Melayu.

Pastinya allahyarham turut memerhatikan Dr Mahathir pada awal tahun 1960-an apabila beliau dipilih menjadi ahli parlimen dan dengan giat mempertahankan kedudukan orang Melayu.

Dengan bersaranya Tunku Abdul Rahman, maka Dr Mahathir mendapat peluang melaksanakan gagasannya dan kembali berpolitik secara aktif. Pada 1972, beliau diterima kembali dalam Umno dan diberi jawatan dalam kerajaan dua tahun kemudian.

Mula-mula Dr Mahathir dilantik sebagai menteri pelajaran. Pada 1976, beliau dilantik sebagai timbalan perdana menteri dalam kabinet Tun Hussein Onn. Pelantikan ini disusuli jawatan perdana menteri pada 1981.

Peristiwa itu disifatkan pemerhati politik bukan hanya sebagai pergantian kerajaan, malah melonjakkan ahli politik generasi baru - meskipun tidak berapa muda daripada pendahulunya tetapi mempunyai asal-usul lain, penuh gagasan baru dan berazam bergiat cergas.

Lee Kuan Yew, waktu itu perdana menteri Singapura, mencatatkan bahawa di Malaysia "generasi baru daripada lapisan bawah datang ke tampuk kekuasaan'. Dan ia sememangnya benar demikian.

Dr Mahathir bukan saja menyambung dasar pendahulunya yang mahu menyatukan di sekitar Umno pertubuhan-pertubuhan politik lain, termasuk parti pembangkang, dalam rangka BN tetapi mengubah wajah negara sama sekali.

Apabila saya kembali semula ke Malaysia selepas 16 tahun, saya tidak kenal lagi negara ini. Malaysia mendekati apa yang dinamakan negeri perindustrian baru, ia berhasil merekabentuk kereta sendiri yang dieksport dan bercita-cita melancarkan seorang angkasawan ke angkasa lepas.

Tetapi saya sempat menyaksikan gejala yang lain juga. Di mana-mana, ternampak petanda pengislaman yang cergas. Perempuan Melayu mula bertudung dan berbaju kurung labuh. Kaum lelaki Muslimnya mula lebih ketat mengikuti peraturan agama.

Bermacam-macam acara keagamaan, termasuk tilawah membaca al-Quran, menyerikan kehidupan bernegara. Islam seakan-akan menjadi perisai untuk orang Melayu mempertahankan jati diri, keperibadian dan kebudayaannya.

Lembaga-lembaga kewangan Islam, termasuk bank Islam, mendapat peluang berakar kuat. Bersamaan dengan itu, kaum-kaum lain juga mendapat keyakinan terhadap masa depan.

DEB yang disusun pada zaman Abdul Razak diubahsuai sedemikian rupa sehingga tidak menjejaskan hak mereka sambil meninggikan status ekonomi bumiputera.

Bukti keberhasilan jalan yang dipilih ialah pencapaian besar dalam bidang ekonomi yang dicerminkan antara lain dengan pembinaan Koridor Raya Multimedia (MSC), Cyberjaya dan mercu tanda berprestij, Menara KL dan Menara Berkembar Petronas.

Cendekiawan dan kelompok masyarakat yang paling peka pada amnya menyokong dasar-dasar Dr Mahathir.

Bayangkan Malaysia, dahulunya negara agak kecil dan kurang dikenali, mengejutkan masyarakat dunia dengan menuntut agar benua Antartika diberi status "warisan seluruh umat manusia".

Malah, Malaysia sentiasa berada di barisan depan dalam pelbagai kerjasama antarabangsa, termasuk memerangi dadah, di samping menjadi penganjur penyatuan usaha negara membangun untuk mendapat tempat lebih dihormati di dunia.

Maka berkumandanglah suara Dr Mahathir yang mengungkapkan: "Kita lama memandang pada Barat tetapi tidak lagi menganggapnya sebagai contoh sesuai bagi kita".

Ia bukan sekadar kata-kata, sebaliknya diteruskan dengan langkah-langkah konkrit menuju ke arah terjalinnya hubungan lebih seimbang dengan negara lain, termasuk Russia.

Dasar Dr Mahathir dalam bidang kebudayaan juga lain daripada yang lain. Malaysia sebuah negara Asia Tenggara yang berjaya melaksanakan dasar bahasa kebangsaan.

Bahasa Melayu ditetapkan sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah dan menengah dengan pengecualian untuk penggunaan bahasa Inggeris di institusi pengajian tinggi (IPT).

Semangat patriotisme yang menjadi ciri khas masyarakat Malaysia adalah salah satu faktor lagi yang membantu Dr Mahathir mengadakan dasarnya demi kepentingan rakyat.

Namun, Malaysia juga negara yang menyaksikan kewujudan pelbagai parti politik. Dan tidak semua langkah pemimpin negara dinilai sama. Misalnya Dr Mahathir pernah dikritik kerana bertindak terhadap pembangkang pada kemuncak krisis kewangan tetapi keprihatinan beliau boleh dimengerti.

Akhirnya, kita tidak boleh tidak mengagumi cara bagaimana kerajaan Malaysia memikirkan nasib pelajar sekolah. Mereka akan hidup pada alaf baru dan, kerana itu, wujudlah satu lagi cogan kata “anak tanpa komputer ialah anak tanpa hari depan”.

Kenyataan itu bererti bahawa pada masa terdekat setiap keluarga akan menpunyai sekurang-kurangnya satu komputer.

Raja yang dilawati oleh Putera Kecil dalam karya penulis Perancis, Antoine de Saint-Exupery Le Petite Prince (Putera Kecil) pernah berkata:

"Kekuasaan patut menjadi wajar. Kalau aku memerintah rakyat untuk menceburkan diri ke laut, maka rakyat akan mencetuskan revolusi. Aku berhak menuntut kepatuhan kerana perintahku wajar".

Kini, ketika Dr Mahathir sudah bersara daripada kegiatan politik aktif, kita boleh mengambil kesimpulan bahawa dasar Dr Mahathir memang wajar. Selama 22 tahun, beliau menyusun strategi yang boleh dicapai bersandarkan kepada sokongan masyarakat terbanyak.

Dr Mahathir tidak takut mengubah dasarnya, sesuai dengan perkembangan semasa dan berpandukan kepentingan rakyat terbanyak tanpa mengambil peduli pendirian Barat.

Dan apabila beliau mundur, beliau yakin akan hari cerah Malaysia kerana penerusnya Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Abdul Razak menyambungkan politik bertujuan untuk meningkat kesejahteraan rakyat.


Dr Victor A Pogadaev adalah sarjana Rusia yang kini berkhidmat sebagai profesor madya di Fakulti Bahasa dan Linguistik Universiti Malaya. Artikel ini disediakan bersempena dengan sambutan ulang tahun hari lahir Tun Dr Mahathir Mohamad pada 20 Disember.

Yang ini barulah dinamakan 'ANUGERAH ALLAH"

Tun Dr. Mahathir Mohamad – Penyelamat Negara

Dalam artikel ini, saya ingin menghuraikan serba sedikit tentang satu keputusan yang begitu bermakna, berani dan bijaksana yang telah diambil oleh Dr. Mahathir Mohamad pada 1 September 1998. Pada tarikh tersebut, Dr. Mahathir Mohamad, sebagai pemimpin Malaysia, dengan penuh keyakinan, telah mengambil keputusan untuk melaksanakan rejim kawalan pertukaran asing terpilih (selective exchange control regime). Peluang yang terbuka ekoran langkah-langkah 1 September 1998 bukan sahaja memberi kekuatan kepada Malaysia untuk terus mengharungi krisis ekonomi yang melanda negara, malah Malaysia muncul sebagai negara yang semakin kuat dan mantap. Adalah tidak sukar untuk meramalkan apa agaknya yang akan terjadi kepada negara tercinta sekiranya langkah-langkah tersebut tidak dilaksanakan.

Selepas pelan tindakan dilaksanakan pada 1 September 1998, Dr Mahathir Mohamad tidak berehat. Sebaliknya, beliau terus mempengerusikan mesyuarat Exco Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) setiap hari bagi membincangkan, menghalusi dan memantau keadaan ekonomi serta menyusun langkah-langkah ke arah mengukuhkan ekonomi. Petunjuk dan data-data ekonomi penting seperti pelaburan, perbelanjaan, eksport dan import serta banyak lagi data-data dianalisis pada setiap hari. Tidak ada pemimpin di negara membangun mahupun sedang membangun yang pernah melakukan tindakan seperti ini. Ini membuktikan kelebihan Dr. Mahathir. Hakikatnya, Dr. Mahathir menyelamatkan Malaysia, bukan sahaja melalui keberanian beliau melaksanakan pelan tindakan unorthodox pada 1 September 1998, tetapi juga melalui kerajinan dan kecekapan beliau dalam memantau situasi ekonomi setiap hari, supaya tindakan segera dapat diambil untuk menangkis sebarang ancaman dan memperbaiki keadaan, jika perlu.

Sekiranya Malaysia tidak melaksanakan langkah-langkah unorthodox pada bulan September 1998, sebahagian besar syarikat perniagaan akan menjadi muflis. Kadar faedah yang tinggi akan meningkatkan tanggungan hutang mereka. Apabila mereka jatuh seperti domino, bank-bank dan institusi kewangan akan runtuh kerana hutang tidak berbayar (NPL) yang terlalu besar. Apabila bank-bank runtuh, kekangan kredit akan menjadi lebih parah, menyebabkan syarikat-syarikat yang sedia maju tidak mendapat pinjaman. Perniagaan mereka akan menguncup dan akhirnya mereka juga akan terjejas teruk. Seterunya Kerajaan pula tidak akan dapat memungut hasil yang mencukupi untuk membiayai perbelanjaan.

Akibat kegagalan bank dan korporat, kadar pengangguran akan meningkat dengan ketara dan seterusnya satu lagi kitaran kegagalan syarikat dan bank akan menyebabkan satu lagi pusingan pengangguran. Inilah apa yang dikatakan kitaran ganas. Apabila jumlah pengangguran meningkat, jalinan sosial di Malaysia akan terungkai dan seterusnya menyebabkan kegawatan sosial dan politik. Ini akan menyebabkan dana dari luar tidak masuk ke Malaysia, kerana pelabur asing tidak akan masuk ke dalam negara yang tidak menentu kestabilan sistem politiknya. Dalam tahun 1997 dan 1998, senario ini adalah satu bencana yang menunggu masa untuk berlaku. Namun, ia tidak berlaku kerana kebijaksanaan Dr. Mahathir melaksanakan pelan tindakan unorthodox pada 1 September 1998.

Negara-negara jiran kita juga kembali pulih kerana Malaysia melaksanakan kawalan pertukaran asing terpilih. Beberapa bulan sebelum 1 September 1998, pengurus hedge funds telah merancang untuk melemahkan kadar ringgit kepada RM5 bagi setiap AS$1, dan mengambil tindakan yang sama terhadap mata wang Thailand, Indonesia dan Korea Selatan.

Mereka telah pun mula melaksanakan rancangan ini sedikit demi sedikit. Apabila Malaysia secara mengejut melaksanakan pelan tindakannya pada 1 September 1998, mereka panik dan bukan sahaja membeli semula ringgit, tetapi juga mata wang negara-negara rantau ini. Paling penting, mereka terpaksa membatalkan rancangan serangan tersebut dan tidak berani membuat serangan sedemikian sehingga sekarang. Mungkin tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa langkah Dr. Mahathir melaksanakan pelan tindakan unorthodox pada bulan September 1998 bukan sahaja telah menyelamatkan Malaysia tetapi juga negara-negara di rantau ini.

Satu lagi kesan positif kepada Korea Selatan, Thailand dan Indonesia berikutan langkah-langkah kawalan pertukaran asing yang dilaksanakan Malaysia ialah sikap IMF dan negara-negara Barat. Atas sebab-sebab yang telah kita ketahui, IMF dan lain-lain negara Barat tidak mahu kawalan mata wang asing Malaysia berjaya kerana kejayaan langkah berkenaan akan menjejaskan kredibiliti dasar globalisasi dan pasaran bebas yang mereka perjuangkan. Oleh itu, bagi IMF adalah penting untuk memastikan Korea Selatan, Thailand dan Indonesia, yang tidak melaksanakan kawalan pertukaran asing dan sebaliknya menerima bantuan IMF, menghasilkan kejayaan yang jauh lebih baik daripada Malaysia. Ini dilakukan, bukan kerana IMF benar-benar mahu negara-negara tersebut berjaya, tetapi hanya untuk menunjukkan bahawa cara yang dipilih oleh Malaysia adalah salah. Bagi Malaysia, lebih banyak bantuan yang diberikan oleh IMF kepada negara-negara ini adalah lebih baik. Ini bukan sahaja dari segi kemanusiaannya, iaitu ingin melihat jiran kita makmur, tetapi juga dari segi kepentingan Malaysia sendiri, kerana kemakmuran jiran-jiran kita akan meningkatkan perdagangan serantau dan kestabilan politik serantau yang akan menguntungkan Malaysia.

Kemenangan Malaysia
It was the worst of times. It was the best of times. Ungkapan ini mungkin diucapkan oleh penyair untuk menggambarkan tempoh dua tahun yang diharungi negara mulai Julai 1997, apabila krisis kewangan di Asia mula menunjukkan belangnya. Ia adalah satu tempoh yang paling perit berikutan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Malaysia semasa melalui tempoh ini.

Ia juga adalah satu tempoh yang paling menarik kerana ia menampakkan beberapa kualiti terbaik Dr. Mahathir Mohamad khasnya dan rakyat Malaysia amnya untuk membuktikan kepada masyarakat antarabangsa bahawa Malaysia adalah satu jalinan masyarakat yang kukuh yang mempunyai kemampuan dan keupayaan untuk menerima gegaran serta kejutan, bahkan tabah menghadapinya.

Dr. Mahathir Mohamad telah beberapa kali menegaskan bahawa satu pengajaran dari krisis 1997 – 1998 ialah kita perlu mempersiapkan dan memperlengkapkan diri supaya kita mempunyai daya ketahanan yang cukup kuat untuk menangkis dan menangani krisis-krisis kewangan dan serangan ekonomi yang berlaku pada masa hadapan. Kita perlu sedar bahawa kebanyakan krisis kewangan dan krisis ekonomi adalah di luar kawalan kita. Ia muncul dengan tiba-tiba dalam bentuk dan pola yang sukar diramalkan. Apa yang mustahak, mengikut pendapat Dr. Mahathir, ialah jika berlaku krisis, kita mesti mempunyai keyakinan yang kuat untuk melakukan sesuatu yang dianggap mustahil, dengan syarat ia dilakukan untuk kepentingan rakyat keseluruhannya. Kita akan berjaya sekiranya kita bijaksana, berakhlak dan berani sepertimana yang ditegaskan oleh filasuf Kung Fu Tze: Yang bijaksana tidak keliru, yang berakhlak tidak gundah gulana, yang berani tidak gentar.

Kita tidak harus mengharapkan apa-apa pujian daripada negara-negara barat atau media-media mereka kerana kita melakukannya bukan untuk mendapat pujian atau untuk memuaskan hati mereka. Kita melakukannya kerana kita tahu bahawa apa yang kita lakukan adalah langkah yang tepat demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat keseluruhannya.

Dalam melaksanakan pelan unorthodox pada bulan September 1998, Dr Mahathir telah membuktikan bahawa sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh secara teratur, berpasukan, berstrategi dan terancang, adalah tidak mustahil untuk menentang lawan kita yang jauh lebih gagah dan perkasa daripada kita dengan cara kita sendiri.

Satu lagi pengajaran, khasnya daripada krisis kewangan 1997 – 1998, yang selalu ditekankan oleh Dr. Mahathir Mohamad, ialah proses globalisasi tidak semestinya membawa kemakmuran kepada kesemua negara di dunia ini. Di peringkat awal, pelonggaran halangan perdagangan, dasar perniagaan mata wang yang bersifat antarabangsa dan aliran modal jangka pendek yang tidak terbatas dianggap satu perkara yang membawa manfaat kepada negara maju dan negara membangun. Namun apa yang dianggap baik kepada negara maju tidak semestinya baik untuk negara membangun. Krisis kewangan, yang hanya membabitkan negara yang mengamalkan ekonomi terbuka, membuktikan tesis ini dengan jelas. Ini bermakna proses globalisasi yang dicanangkan oleh Barat perlu diselidiki serta dikaji secara halus dan bijaksana sebelum kita menerimanya bulat-bulat.

Dr. Mahathir Mohamad telah menyedarkan kita bahawa kita tidak boleh berlapang dada dan merasa lega. Perjalanan kita masih jauh. Tugas kita masih banyak lagi. Kita perlu memakmurkan kembali Malaysia agar ia dapat mencapai taraf negara maju, membasmi kemiskinan hingga ke akar umbi, dan menjana satu budaya bangsa yang murni, sanggup bekerja keras dan sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hidup untuk semua lapisan rakyat Malaysia.

Kejayaan kita dalam pertembungan antara globalisasi dan kawalan modal adalah satu pencapaian yang boleh kita banggakan, kerana kita, melalui kepimpinan dan kebijaksanaan Dr. Mahathir Mohamad, dapat mengelak daripada menjadi negara penerima Dana IMF. Tetapi kita harus bersedia setiap masa dan sentiasa beringat setiap waktu supaya krisis yang sama, sekiranya datang kembali, boleh ditangani dengan pendekatan dan langkah-langkah yang matang, kreatif dan bijaksana.

Kesimpulan
Dalam kehidupan setiap pemimpin, ada beberapa ketika yang merupakan saat-saat penuh genting, bererti dan bermisteri. Saat-saat di mana seseorang pemimpin membuat keputusan penting yang akan mencorakkan kehidupan bangsanya di kemudian hari. Dr Mahathir Mohamad sudah tentunya telah melalui banyak saat-saat seperti ini dalam masa 22 tahun beliau memimpin negara tercinta. Antara saat-saat seperti ini, 1 September 1998 merupakan saat yang penuh rahmat untuk bangsa Malaysia. Pada tarikh tersebut Dr Mahathir Mohamad, sebagai pemimpin Malaysia, telah mengambil keputusan berani untuk melaksanakan pelan tindakan unorthodox dan sekaligus menyelamatkan Malaysia.

Oleh: Jentayuemastrading untuk MyKMU